Selasa, 26 April 2011

HASUTAN AGENDA SYAITAN (AS)





Iran menyatakan sekeras kerasnya
ketidak kesetabilan di Asia barat
ini adalah angakara Agenda Syaitan
yang ingin menguasai emas hitam
lihat Mesir, libiya, Syira, Yaman,
sesudah Iran dan Iraq berseteru
mencetuskan mangsa perang saudara.
Kini bila bekalan emas hitam habis
mula mencipta hasutan Agenda syaitan.


Tapi Tuhan maha mengetahui isi hati
tetiba negara Agenda Syaitan dilanda
Angin puting beliung yang menyerang
hampir empat ratus ribu menjadi mangsa
menghancurkan hak keperluan rakyatnya
ditambah kebakaran hutan berluluasa
dan bersama banjir kilat yang melanda
ini satu pengajaran yang mereka lupa,
kekuasaan bukannya di tangan mereka.

 
Oleh: Nurimanja.
catantan sebulan dua lalu,
kini baru diterbitkan 26/04/2011.





50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011
CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
_______________________________________________________________________________
Siri Pertama.

Petang yang suram. Angin senja pun bagai malas bertiup . kecauan beburung petang pulang ke sarang pun kian sayup kedengaran di hujung bukit .Kedua beradik anak kembar seiras ini asyik memancing ikan di tasek kaki bukit .

Si abang yang bernama Syahir rasa malas untuk terus memancing, di mukanya kelihatan wajah kekecewaan. Beberapa kali dia mengeliat kekiri dan kekanan, sesekali melemparkan pandangan kepada adiknya Syakir yang duduk tidak jauh daripada nya.

Matahari merah sudah mula membenankan dirinya di kaki langit. Sebentar lagi suasana alam akan bertukar warna menjadi mambang kuning.

Kegelisahan kian mencengkam hati Syahir sebentar lagi matahari akan tengelam.

“Nampaknya petang ini tak ada rezeki kita . Ayuh kita pulang,” kata syahir kepada adiknya Syakir.
“Tunggu sekejap lagi , kalau nasib baik adalah rezeki kita, untuk buat laut malam ini.” Jawab Syakir pula.

Tetiba joran pancingnya disendap anak ikan . Syakir menyentaknya , ternyata saekor anak inkan emas kecil tergantung di udara, tergoyang-goyang ekornya mengipas angin. Pelahan-lahan Syakir cuba menurunkannya.

Setelah dibuka mata pancing yang tersangkut dimulut anak ikan emas kecil itu. Lantas dia terdengarAda suara kecil berbunyi .

“ Wahai saudara lepaskan saya! Jangan makan saya kerana saya terlalu kecil. Saya berjanji akan memberi ganjaran kepada saudara berdua.” Kata anak ikan emas itu minta simpati.

Syahir yang tidak jauh dari adiknya juga terkejut, mereka berpandangan sesama sendiri. bila mendengar ada ganjaran besar yang akan diberi oleh anak ikan mas kecil itu. Syakir memandang kepada abangnya , bagaikan meminta bersetujuan. Abangnya tidak berbicara panjang terus mengangukkan kepalanya.

“Baiklah anak inkan emas, kami setuju melepaskan kau kembali ke dalam tasek ini, tetapi apakah ganjarannya yang akan kau beri nanti?” kata Shakir kepada anak ikan emas kecil itu kerana ingin tahu.

“Kamu tunggu sahaja esok pagi , ada hadiah yang istimewa untuk anda berdua.” Jawab ikan itu, syakir pun melepaskan semula anak ikan emas kecil itu ke dalam kolam tasek di kaki bukit itu.

BERSAMBUNG.

Lebai Noh berkata...

CUCUR UDANG

cucur apa kamu makan
nampak sungguh menyelerakan
jadi hidangan petang
oh cucur udang
hati jadi tak keruan
kecur tiada tertahan
rasa mahu mencuba
pasti enak rasanya
oh tidak! selera tetiba mati
indah khabar dari rupa
indah rupa dari rasa
belek satu tiada terjumpa
belek dua tiada terjumpa
belek tiga langsung tiada
cuma yang ada kepala udang
terhias indah di cucur
cucur kepala udang nampaknya

Lebai Noh
bila isteri buat cucur udang

Atuk berkata...

SUBSIDI

tolong datuk menteri
kami ini petani
tolong beri subsidi
berikan baja pada kami
nanti dulu datuk menteri
benih tak ada lagi
carikan untuk kami
tolong bagi free
kejap datuk menteri
batas tak bajak lagi
traktor dah lama mati
minyak dah tiada lagi
tolong lagi sekali
eh datuk menteri
lupa nak cakap tadi
parit belum digali
datuk tolonglah gali
eh! kenapa datuk menteri!
mati si datuk menteri
tak tahu pada siapa lagi
mahu minta subsidi
kenalah usaha sendiri
baru melayu sejati…

Atuk
sajak komedi

Ustaz Majusi berkata...

RENUNGKAN KATA-KATA INI

renungkanlah kata-kata ini
bukan aku tujukan untuk mereka
tetapi untuk kau yang membaca
jika terdapat luka ingin sembuhkan
selagi masa berputar
selagi itu aku tetap menunggumu
tiada apa yang boleh aku gembira
tiada siapa membuat aku berduka
sampai bila harus aku menulis ?
mungkin sampai kau mengerti
apakah erti kasih itu!

Ustaz Majusi
sajak simbolik

Pak Hussin berkata...

ANJING GONGGONGAN

Selagi anjing bergonggongan
memingit hablur mandiri
senggama batil petaka akar
kelakuan berisi pantas
di kurapsi anjing yang kemaruk
dengar secekak takar
terus menuak kalam
kesetanan naik tuhan
di satah lakar kebajingan
akal palat aku kan terus
jadi kekulat terpalit di pasungan..

Pak Hussin
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Lebai Noh semacam kehilangan ilham dengan sajak yang terlalu biasa CUCUR UDANG. Penceritaannya ternyata ada kebisaanya , setengah tempat di waktu petang mereka akan Perkena cucur udang, cicah kuah kacang, ada kendang, takua, timun dan telur rebus. Tetapi cucur udang isteri Lebai Noh lansung tak ada udang yang dijumpainya kepala udang. Barangkali isi udangnya telah dikerutih oleh anak cucunya sendiri.Apa-apa kisah biasa dalam kehidupan rumah tangga. Maaf cuma setakan ini sahaja . usaha lagi Lebai Noh terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Atok dengan sajak bertajuk SUBSIDI pengucapanya membangkitkan kisah orang Melayu yang kerja petani dengan kehidupan dunia subsidi. Kekadang kita rasa malu juga, bila bangsa lain, terutamanya negara jiran di kiri kanan depan belakang. Mungkin ada yang mentertawakan kita. Kerana kemanjuan bangsa kita terlalu banyak bergantung atas bantuan Kerajaan memberi subsidi. Jika tidak terlalu lambat kita hendak bergerak. Jadi jangan marah jika ada orang negara jiran mengelarkan jita. Bangsa subsidi. Ini kenyataan. Tetapi kita masih juga lupa daratan. Langsung tidak mengenang budi dan mengerti erti berterima kasih. Malah lebih memalukan lagi jadi pengkianat dan pendurhaka pada pemerentah. Sebaiknya tidak layak jadi rakyat Malaysia, kerana ada yang menentang dan menolak selogan 1 Malaysia. Layak mengikuti sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ustaz Majusi juga semacam kehilangan ilham dengan sajaknya bertajuk madah pujangga nampaknya; RENUNGKAN KATA-KATA INI. Pengucapannya juga agak kabur mencari maksud. Apa-apa pun sekadar andian sahaja. Mungkin menyentuh tetang perasaan hati dan jiwa juga agaknya. Terasa lama nian menunggu, masa tetap berputar, kerana tiada siapa buat gembira atau berduka. Ini kasih tidak berbalas atau di dia tidak mengetahui. Kata orang embun menitik di tempat yang lain. Bagaimana pun kasih boleh berputik, sampai bila pun hati tidak akan mengerti. Ada semacam jiwa-jiwa pula. Harap maaf, usaha lagi Cuma di sini sahaja sanjak anda dipohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

ANJING GONGGONGAN daripada Pak Hussin pengucapannya bahasa jawa. Sekali baca kena cari maannya. Dua kali baca tukar bahasa dan terjemahannya.Sajak simbolik ini cuba kami andaikan : menceritakan mungkin seorang itu umpama saekor anjing yang menyalak. Sering memekak dan meninggikan diri. Patang mendapat peluang, pantas dia tidak akan melepskannya, Demi memuaskan nafsu keinginannya, jiwa kesyaitananya akan mengatasi rasa ketuhanan, Inilah dasar manusia banjing. Tidak akan berhenti membuat onar dan kemungkaran sehingga dirinya layak dimasukkan ke dalam pasungan atau penjara saja. Sajak ada maana yang tersendiri mungkin sinis tajam untuk sipolan. Masih diberi peluang mengikuti sayembara seterusnya (SM)

Sufian Al Zahri berkata...

shahir dan syakir? mcm nama anak saya saja

Comel berkata...

cerpen memancing plak nampaknya

Kembara Budiman berkata...

cerpen ni xpnh baca lagi cerpen baru ke ni

Ahmad Qataruna berkata...

wah! cerpen kali ni agak menarik

Yusmanira berkata...

wah! ikan tu boleh bercakap la!

JUlia berkata...

eh! ikan boleh bercakap plak!

Ustaz Rahman berkata...

cerita kali ni nampaknya ada kelainan ikan boleh bercakap

Nahul Hidzar berkata...

mcm mana ikan tu boleh bercakap?

Nuri Jaguh berkata...

ikan tu jelmaan orang bunian ke?

Mona berkata...

ikan tu orang bunian ke?

Ustazah Hamidah berkata...

ikan tu orang dari kayangan ke?

Harimau Berantai berkata...

mcm filem dulu2 plak ikan boleh bercakap

Saudagar Emas berkata...

mcm mana ikan tu boleh bercakap?

Adi Can berkata...

ikan tu ajaib la sbb boleh bercakap

Ali COnan berkata...

ikan emas boleh bercakap????

dam catur berkata...

wah! cerpen baru la kali ni

Salina berkata...

ingatkan cerpen lama rupanya cerpen baru

Harimau Berantai berkata...

byk jgk koleksi cerpen en nuri ni ada saja yg baru

Nur Atikah berkata...

syahir dan shakir??? mcm nama anak sufian jer

Roslan Bidin berkata...

eh! cerita psal bdk kembar plak?

Ezad Emir berkata...

apa la ikan emas tu bagi nnt?

Jengking Perak berkata...

ikan emas nak makan mcm mana isi x byk la lain la ikan haruan

Tetamu Malam berkata...

ikan emas boleh mkn ke?

Danial berkata...

apa habuan yg ikan tu bagi agaknya?

Sarah berkata...

rasanya ikan tu puteri raja yg disumpah agaknya

Tok Mahat berkata...

ikan emas tu nak bagi apa plak?

Putera Damien berkata...

entah2 ikan emas tu tipu kot?

Tengku Anita berkata...

eh! ikan emas tu nak bagi apa?

Inspektor Halim berkata...

mngkin ikan emas tu nak bagi duit kot?

Anis Syahila berkata...

ikan emas tu nak bagi emas kot?

Mia Safiyah berkata...

benda apa yg ikan emas tu nak bagi nnt

Jeffry berkata...

ikan emas tu tipu dorang la rasanya

Wasiril Aswad berkata...

ikan emas tu nak bagi apa plak ni?

Atan Yahoo berkata...

ikan emas tu aku rasa dia berupa jd perempuan cantik kot keesokan harinya

Jalil Janggut berkata...

ikan emas tu nak bagi kembar tu apa? perempuan cantik ke?>

Olie Pajutdy berkata...

ikan emas tu nak bagi apa? rumah baru yang cantik ke?

Brader Joe berkata...

rasanya ikan emas tu acah je kot?

Lelangit Biru berkata...

ikan emas boleh ke makbulkan permintaan dorang? ikan emas tu tipu la

Abul Hassan berkata...

ikan emas boleh bercakap? wah! misteri jgk ikan tu

Warga Emas berkata...

ikan emas tu nak bagi apa? kenapa dorang terlalu percaya sgt?

Bob Kuli berkata...

aku rasa dorang dah kena kencing dgn ikan emas tu la