Ahad, 3 April 2011

JADILAH SEORANG ULUL AL BAB




Jadikanlah dirimu dahagakan  ilmu
seperti mana kita dahagakan air minuman
jadikanlah dirimu seperti mana lemabah
bukannya  gunung yang tidak dapat pun
menakungkan air hujan yang jatuh.


Carilah ilmu itu sebanyak mungkin
kerana ilmu yang bertambah itu
sama seperti minuman tidak pernah
menghilangkan dahaga sesaorang kamu,
jadi carilah dan minumlah semahunya.


Jadilah dirimu manusia ulul albab
dengan kuat berkerja dan berjaga malam
bukan sekadar bercakap tidak bermenasabah
kerana seorang ahli fikir itu juga diberi pahala
untuk diangkat Allah akan mertabatnya.


Oleh : Nurimanja,
Catatan malam hari sebelum tidur,
tarikh: 03/04/2011 teluk kumbar, Penang.





50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA RAKYAT NEGARA NEPAL
BERTAJUK: MAHARAJA NEPAL DENGAN BURUNG BUL-BUL DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA, DAN DITAIP SEMULA DENGAN KERAJINAN OLEH: QALAM & TINTA AZIMAT DAN
----------------------------------------------------------------------
Siri Ke tiga. (Akhir)

SETELAH beberapa lama burung bul-bul ciptaan maharaja Jepun itu mengalami kerosakan. Bunyinya sudah tidak semerdu dahulu lagi. Kekadang bunyinya terasa amat menyakitkan telinga dan memanaskan hati, beberapa kali anak maharaja Nepal itu mahu menghempokkannya.

Baginda telah memanggil beberapa orang bijak pandai untuk memperbaiki jendera pengerak di dalamnya telah mengalami kerosakan menyebabkan fongsi bunyi tidak setabil lagi. Malah tidak ada seorang pun rakyatnya yang dapat memperbaiki burung bulbul ciptaan rakyat Jepun itu.

Bagind Wee anak maharaja Nepal itu amat kecewa dan sedeh sehingga baginda membawa gering .Bendahara di raja menjadi cemas melihatnya , lalu mereka berkumpul mengadapnya bersama dengan beberapa orang pembesar di istananya.

Tetiba banginda maharaja Wee memerentahkan mereka mencari kembali burung bulbul asal yang terbang hilang membawa diri ke hutan belantara itu “Carikan benda burung bulbul asal dahulu, beta terlalu merindui bunyi suara burung bulbul itu,”

Semua pembesar hulubalang dan bala tenteranya dan orang ramai bersama rakyat jelata segera pergi mencari burung bulbul itu diseluruh perusuk negeri hingga ke sempadan india dan china, tetapi gagal menemuinya. Mereka pulang dengan kesedehan Baginda nampaknya kian tenat sehingga tidak lalu lagi bersantap dan berseram, ingatannya hanya pada burung bulbul itu.

Malah baginda bagai diserang penyakit kerinduan yang kuat kepada burung bulbul itu, malah mulutnya sentiasa saja menyebut –nyebut nama burung bulbul itu.

Sutu malam sedang baginda menyebut dan memanggil0manggil nama burung bulbul itu, tetiba kedegaran sayup-sayup bunyi suara burung bulbul itu,datang dari sudut jendela tempat peraduan banginda mahara Wee itu.

Setelah bangin Wee membuka mata ternyata burung bulbul itu telah pulang ke istana banginda dan hinggap di tepi katilnya , sambil berbunyi dan mengeluarkan bersuaranya yang merdu itu .

Baginda anak maharaja Wu itu amat gembira, terasa kerinduannya telah terubat. Dia kembali sembuh daripada kegeringannya selama ini.


Para pembesar dan bendahara di raja bersama rakyat jelata pun turut bergembira. Baginda Wee telah mengadakan jamuat rakyat kerana sempena kembalinya burung bulbul nya itu sebagai mengenangan jasa mereka membantu baginda mencari burung bulbul kesayangannya yang hilang itu, kini kembali semula ke istananya..

SELESAI 03/04/2011.

Geletek Pagi berkata...

RM108 bilion lesap setiap tahun

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my (sedutan akhbar UM)

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

KOMENTAR:

PATUTLAH pada suatu ketika dahulu zaman Tun Dr M diarahkan pengawai kastam dibenarkan bawa wang belanja makan sepuluh ringgit ke atas sahaja. Bukan kastam saja Najib kena lihat Pegawai Perikanan dan Meretin kena jenguk sama. Di Kerian dan Juru Pulau Pinang mereka semua nampak bergaya tak padan dengan gaji lihat taman seri kurau. Ada anak mereka nak mengucap pun tak boleh sampai nak menangis. Makan duit apa ini? Bahaya..

Apek Liew berkata...

ulul abab ni apa?

Kembara Budiman berkata...

ulul abab ni apa? ahmad albab thu la

Petualang Tiga berkata...

ulul abab ni sapa?

Golok Buta berkata...

ulul abab ni bahasa arab ker?

Capricorn berkata...

ulul abab ni bermaksud apa? pening jgk tajuk ni

Saizul Maizav berkata...

ulul albab??? ulul azmi pnh la dgr

Abul Hassan berkata...

ulul abab ni nama pemerintah zaman arab ker?

Mei Ling berkata...

sajak pasal ilmu tp tajuk ulul albab???

Seri Suri berkata...

ulul albab? albab ni klu x salah dalam p ramlee ada main.. bermksud pintu

Pedang Kesatria berkata...

kena tanya ustaz la apa mksud ulul albab

Harimau Berantai berkata...

kalau ulul azmi pnh la dgr ni ulul albab apa plak?

Irham Kesuma berkata...

jepun pandai cipta barang2 yg palsu ni

Dayang berkata...

jepun mmg pandai mencipta sesuatu barang ni

Olie Pajutdy berkata...

otak jepun mmg kretif siap cipta burung tiruan

Miss Kim Cheung berkata...

jepun ni semua bnda dia cipta hebat2

Salam berkata...

jepun mmg hebat dalam mencipta sesuatu barang

Mata Langit berkata...

padan muka raja tu masa ada burung tiruan dia lupa yg asli

Karim Ghani berkata...

skrg bru nak tercari2 burung asli semula

Julia berkata...

padan muka raja tu ingat burung tiruan boleh gantikan yg asli?

Ku Dania berkata...

kenapa la burung tu dtg balk?

dam catur berkata...

klu aku jd burung tu mmg aku xkn dtg balik

Halilintar berkata...

bgus pnya burung siap dtg balik plak?

Mega Sutera berkata...

syg btol burung tu kat raja wee tu

Wasiril Aswad berkata...

walaupun raja tu buang dia burung tu tetap sayang jgk kat raja wee

Datuk Murad berkata...

eh! bagus btol burung tu dia x lupa kat tuan dia

Ezad Emir berkata...

jinak jgk burung tu

Hadi Hamzah berkata...

cerdik la burung tu thu plak dtg balik?

Raja Muda berkata...

mcm thu2 je raja tu rindu kat dia terus dia dtg balik?

Jalil Janggut berkata...

108 billioan lesap mcm tu jer?

Ali Conan berkata...

wah! byk jgk duit yg lesap tu

Inspektor Halim berkata...

kerja sapa la yg songlap duit pnya byk tu

Warga Emas berkata...

ni msti keja org dalam ni sbb byk sgt hilang duit

Geletek Malam berkata...

teruk la krja x amanah!

Brader Joe berkata...

byk gila dorg ambik! mmg tamak la

Datin Maimun berkata...

byk tu sampai billion plak!

Bumi Hijau berkata...

wah! smua duit main juta2 jer...

Sulaiman Embong berkata...

hilang ke mana smua duit berbillion tu?

Latif Bomba berkata...

eh! teruk kerja x manah smua duit lesap!

Laila Mellisa berkata...

sapa la dalang dalam mencuri duit ni?

Pak Kassim berkata...

BATU MENANGIS

Batu itu berwarna putih
Terungkap sebaris nama
Dahulunya megah
Berkiblatkan pangkat dan kuasa
Namun batu itu ku lihat menangis
Dirinya terasa usang
Susuk tubuh longlai berlalu
Enggan singgah menyapa
Enggan mengusap pundaknya
Tiada alunan fatihah bergema
Batu itu terus menangis
Tanahnya kontang lalang meninggi
Menelan kewujudannya
Nama terpalit dijamah usia
Hilang sudah segalanya
Batu itu tetap menangis
Diratapi nasib penghuni
Dipandangnya ke bawah
Sekujur insan terpalit seribu luka
Jawapan setiap angkara
Batu itu berhenti menangis

Pak Kassim
ketika melawat pusara tok teh dan memerhati di sekelilingnya

Pak Osman Ali berkata...

SUBUH API

Ke mana kan kucari hening
Percuma saja kaki kadang longlai
Kadang lurus bagai pesawat kuat
Embun subuhku tak lagi
dititisan suci
Dia menjelma kibaran api
Di hujung takbirku
Angkasaku menjadi tandus

Pak osman ali
sajak simbolik

Leonard Abdullah berkata...

MELUKIS WAJAHMU

Melukis wajahmu di dadaku
Adalah mimpi merampas malamku
Aku mengerti tak mampu melukis
Dengan sisa titik tinta ini
Tapi aku harus bagaimana
Kerinduan selalu menggempurku
Dari segala arah
Sementara wajahmu menjadi rebutan
Mataku jatuh seketika
Alamku terbakar tanpa nyala
Tintaku mengering tak tersisa
Aku harus bagaimana
Akhirnya aku hanya bisa
Mencemburuimu dengan sepi ini


Leonard Abdullah
sajak tentang kesetian

Syeikh Iqbal berkata...

HANYUT DI MIMPI SEMENTARA

Tanpa Engkau aku buta
hanyut di dalam mimpi sementara.
Selamatkan aku
wahai Maha Penyayang,
Biarkanlah aku membuka mata,
Memandang wajahMu bercahaya,
Apabila aku terjaga
suatu hari nanti.
Jangan biarkan aku hanyut,
Di dalam mimpi sementara.

Syeikh Iqbal
sajak ketuhanan

Jalal Rafzee berkata...

menarik cerpen ni sambung sikit lagi

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Harimau Berantai dengan Pak Kassim pembicaraannya agak berbeza , walaupun penceritaannya bagai bersahaja, namun ada nesej dan sendiran tajam untuk kita sesama merenunginya. Sajak MOYET membicarakan anak hingus sudah pandaian berasmara. Dan sajak BATU MENANGIS kisah keangkuhan seorang pada masa hidupanya, kini cuma tinggal sepi pusaranya di penuhi lalang : Kedua sajak ini layak dicalunkan seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Pak Osman Ali dengan sajak SUBUH API pengucapannya memang puitis dan menarik, sayangnya agak sukar kami menangkap cerita pada tiap bait-baitnya, bagaimana mungkin kami boleh menterjemah maananya sekali gus gagal pula untuk mencari maksud isi cerita atau mesej keseluruhan yang hendak atau ingin si penulis sampaikan. Ataupun sajak ini terlalu shot cut, barangkali ingin merengkaskan sebaik mungkin sehingga melarikan isi penyampaian ceritanya. Maaf terpaksa terkeluar (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak MELUKIS WAJAHMU oleh Leonard Abdullah membicarakan tentang kerinduan yang mencengkam tentang kesetiaan yang mungkin jarang berjumpa menjadi timbul keraguan dan kecurigaan yang berbagai dalam andaian hati seorang anak muda kebarangkalian. Ini termasuk dalam kategori jiwa-jiwa orang muda punya biasa. Sajak agak menarik pengucapannya dan ada rasa puitis, kerana dua orang sajak untuk dipilih mesej yang anda bawa adalah terlalu biasa.walaun ada kemampuan menulis penuh kreatif. Maaf cuba lagi lain kali. Terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Syeukh Iqbal dengan sajak HANYUT DIMIMPI SEMENTARA membicarakan tentang dunia ini Cuma tumpangan atau pinjaman bagai mimpi buat sementara, hidup yang sadikit ini perlu dijaga , kerana tidur itu mati kecil, tetapi mati yang sebenar itulah, bagai tidur panjang yang bila tersedar dari mimpi yang terjaga, tidak akan kembali lagi. Cuma menunggu hari – hari perhitungan di yaumal mahsyar sahaja .layak dicalunkan seterusnya (SM)