Jadikanlah dirimu dahagakan ilmu
seperti mana kita dahagakan air minuman
jadikanlah dirimu seperti mana lemabah
bukannya gunung yang tidak dapat pun
menakungkan air hujan yang jatuh.
Carilah ilmu itu sebanyak mungkin
kerana ilmu yang bertambah itu
sama seperti minuman tidak pernah
menghilangkan dahaga sesaorang kamu,
jadi carilah dan minumlah semahunya.
Jadilah dirimu manusia ulul albab
dengan kuat berkerja dan berjaga malam
bukan sekadar bercakap tidak bermenasabah
kerana seorang ahli fikir itu juga diberi pahala
untuk diangkat Allah akan mertabatnya.
Oleh : Nurimanja,
Catatan malam hari sebelum tidur,
tarikh: 03/04/2011 teluk kumbar, Penang.
