Rabu, 20 April 2011

HARTA BANYAK DUNIA TIDAK KEMANA HANYA AMAL IBADAT YANG DITERIMA




Apabila banyak mengumpul harta dunia
maka terlalu banyaklah lalai dan leka
kerana saban hari kita perlu mengira
dimana ada untung dan dimana ruginya
setelah berdiri mendunggak ke langit
selalunya kita lupalah rumput di bumi
jauh sekali untuk menoleh kiri dan kanan
kerana hati ingin mencapai awan nan biru.


Apabila banyak amalibadat lebih beerti
maka banyaklah mengingati dosa dan mati
kerana setiap detek mati akan dihadapinya
maka tinggallah segala kemewahan yang ada
di alam akhirat tidak bermakna semuanya
manusia  hanya menghitung dosa dan pahala
untuk melayakkan diri ke syurga atau neraka
terpulang kepada amalan kita semasa di dunia.


Oleh; Nurimanja,
Catantan yang mengharubirukan
tanggal 20hb, April, 2011.





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

‘Kami tidak takut didakwa’
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.
Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

KOMENTAR:

Jika PAS enggan bersuara dan menyatakan pendirian issu ini, Ternyata menyokong kemungkaran. Adalah nilai menegak ke arah amal makrup nahi mungkar lebih berpihak kepada Trio Datuk T yang lebih pitriotek menyalamatkan negara agama, bangsa melayu yang tidak mempertuankan orang yang tidak berakhlak mulia dijadikan pemimpin seperti nabi muhamad saw akhir zaman seranankan.

Persoalan Rakyat? Siapa peguam negara kenapa ada main surung tarik dalam keputusan? Kenapa DNA tidak dibenarkan untuk diambil? Mengapa sumpah laknat Anuar takut melakukannya?

Nurimanja berkata...

BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri ke sebelas.

Kerana tiang menara surau itu terlalu berat nampaknya semacam tidak terdaya orang tua alim itu untuk memperbetulkannya, anak muda wajah kenabian itu cuba membantu, akhirnya mereka berjaya memperbaiki tiang surau yang condong untuk menunggu masa akan roboh atau runtuh.

Anak muda berwajah kenabian itu juga terasa hairan , mengapa orang tua alim itu memperbetulkan tiang surau yang hamper contong dan runtuh itu? Sedangkan penghuni di kawasan sekeliling surauItu langsung tidak menghormati mereka. Malah dalam keadaan leteh, lapar dan dahaga juga tidak ada seorang pun yang sudi memberi sadikit minuman atau makanan.

Selesai solat subuh dia bertekat mengambil keputusan untuk tidak mengikut lagi jejak langlah atau turut bersama pengembaraan orang tua alim itu. Lantas anakmuda berwajah kenabian itu pun berkata:

“Tuan setakat ini sajalah rasanya saya mengikuti tuan , sudah berbulan, tidak ada satu ilmu pun yang tuan ajarkan kepada saya, melainkan semuanya bercangah dengan perikemanusiaan, Sebelum saya mengundurkan diri tolong beri jawapan yang tuan telah janjikan?” Katanya dengan penuh keharuan.

Belum pun sempat orang tua alim itu menjawap, Anak muda berwajah kenabian itu bertanya lagi “Di pagi ini saya ingin bertanya untuk pertanyaan terakhir, kenapa tuan memperbetulkan tiang surau yang condong itu dengan bersusah payah? Sedangkan orang disini langsung tidak melayani kita dan memandang dengan penuh curiga?” kata anak muda berwajah kenabian itu. Semacam kesal sedikit nampak di wajahnya.

Orang tua alim itu tersenyum dan memandang kepada anak muda berwajah kenabian itu, sambil menganguk-angukkan kepalanya yang dililit dengan serban putih, di tangannya maseh lagi jejarinya memusing-musing bilangan biji tasbih, entah ke berapa ribu bilangan pujian yang dilontarkan dari bibirnya tentan memuji nama Ilhai.

“Sebenarnya kau tidak sabar, malah telah melanggar akan syarat perjanjian kita, jika ingin berguru dengan saya, dahulu sudah saya katakan, Tuhan telah memberi gambaran sepuluh tahun kehadapan Keapada saya apa yang akan berlaku. Saya sudah nampak dan mengetahuinya dahulu.” Jawab orang tua alim itu selamba sahaja.

Sesekali Abul Hassan mengeliat ke kiri dan kekanan. Hujan renyai malam di luar rumahnya , mulai turun, angin malam yang sejuk mencuri masuk dari celah jendela rumah buruknya, lalu mencengkam tubuhnya, Abu Hassan menarik kain selimutnya, Dia terasa ingin menyambung cerita dalam mimpinya yang belum selesai

BERSAMBUNG

Salam berkata...

eh! mcm mana dia thu tiang tu akan roboh?

Malik Wariya berkata...

ingatkan dia boleh buat sorang2 rupanya dia minta tolong jgk anak muda tu

Pak Ngah But berkata...

la..rupanya semalam anak muda tu x tolong pun orang alim tu

Muhamad Rabbi berkata...

ingatkan dia betolkan sorang2 td? rupanya dia minta tolong anak muda tu

Tok Mahat berkata...

sian plak aku tgk orang tua tu sorang betolkan tiang

Seri Suri berkata...

semalam rupanya anak muda tu tgk je orang tua tu betolkan tiang sorang2?

Ali Conan berkata...

eh! surau ke masjid ni?

Bos Kacak berkata...

oh surau je ingatkan masjid td

Kembara Budiman berkata...

kalau aku buat xthu je sbb orang kt surau semua sombong

Saudagar Emas berkata...

orang kmpung pun sombong baik jgn tolong jer...

Wasiril Aswad berkata...

xkn dorang berdua je yang tolong betolkan tiang?

Mona berkata...

orang kampung kt sana sombong2 plak?

Tetamu Malam berkata...

xde belas kasihan la orang kmpung kat sana

Malik Wariya berkata...

kalau aku org kmpung pnya sombong baik xpyh tolong

Pendekar Waja berkata...

huh! org kmpung x tolong sekali ke?

Tok Mahat\ berkata...

pelik la kenapa orang kampung sorg pun x tolong?

Ungku Zubie berkata...

orang kmpung xkn xde yang tolong kot?

Raja Muda berkata...

eh! dia xmhu ikut plak?

Atan Yahoo berkata...

kalau aku dari dulu lagi aku nak berhenti dari ikut orang tua ni

Guest berkata...

ha! baru aku perasan langsung xde ilmu pun orang alim ni ajar

Sarah berkata...

ilmu apa plak yg orang alim ni ajar? xde ape pun?

Qalam Musoffa berkata...

orang alim ni ajar apa? xnmpk ape pun?>

Faezawatie berkata...

kesian terkial2 dorang berdua yg betolkan orang kmpung langsung x tolong ke?

Yusri Nawab berkata...

kenapa dia masih tolongkan orang kat sana yg sombong?

Petualang Tiga berkata...

eh! baru nk berhenti kalau aku mula2 lagi aku xmhu ikut orang tua ni

Julia berkata...

eh! abul rupanya mimpi kat rumah ke?

Roslan Bidin berkata...

ingatkan abul ni tidur bawah pokok rupanya dalam rumah buruk ke?

Nahul Hidzar berkata...

panjang jgk mimpi abul ni

Emily Osman berkata...

mimpi abul rupanya? hehe

Karim Ghani berkata...

abul langsung xde dalam cerita ni rupanya

Saizul Maizav berkata...

abul ni masih x terjaga lagi ke?

Brader Joe berkata...

abul ni tidur malam ke siang dia mimpi ni?

Salina berkata...

eh! abul masih bermimpi lagi rupanya

Badrolshah berkata...

abul ni tidur x basuh kaki ni sbb tu dia mimpi pelik mcm ni

Bob Kuli berkata...

eh! abul ni dia duduk rumah bujang ke dgn mak bapak dia?

Pedang Kesatria berkata...

eh! kenapa plak orang alim tu jwb dia boleh thn masa depan je?

Jalil Janggut berkata...

eh! kenapa orang tua masih xmhu jawab lagi?

Zain Issac berkata...

pelik la orang tua tu

Lelangit Biru berkata...

kenapa dia nak berhenti plak ikut orang tua tu?

Lelangit Biru berkata...

kenapa dia nak berhenti plak ikut orang tua tu?

Seniman Jalanan berkata...

MUAK

aku sudah muak
makin meloyakan tekak
rasa ingin terjeluak
mual membuak-buak
mengapa akalmu bengap
kami bukan pelahap
tiada rasa sedap
lama sudah terperap dah basi
hidangan lama dah bosan
sama sahaja janjinya
sama sahaja katanya
janji tiada tunaikan
kata tiada kotakan
ayatnya juga sama
ayat penuh berbunga
tapi busuk bunga tahi ayam
mereka pun sama muak
naik jelak tolonglah berubah
tidak rugi walau sekelumit
malah main bertambah
apakah cukup hanya sepenggal?
jawablah dengan ikhlas
tepuk dada tanya selera…

Seniman jalanan
sajak utk pemimpin

Badrolshah berkata...

HIDUP MAKAN

falsafah ciptaan perut
hidup untuk makan
pujalah perutmu sepuasnya
tambahkan lipatan indah
hakikatnya penuh seksa
lambang kekayaan katamu
hakikatnya tolak batu dan kayu
lambang kebahagiaan katamu
konon air tangan isterimu
hakikatnya kau kuat makan
cipta pelbagai alasan
nafsu apa kau ikut cubalah sedar
di mana punca segala penyakit
di mana punca segala sembelit
pasti di perutmu
pesanan ikhlas dariku
makanlah untuk hidup
pesanan ikhlas dariku…

Badrolshah
sajak utk orang kuat makan

Datuk Hasbi berkata...

LAMBAT LAUN

Lambat laun yang menderu
teruap oleh awan tekun
tala segala ikut susun
bertimpuh tekup ke bulan
setengah laman
takkan ada buta ketulian di mimpiku
jernihnya liut ke tepi berputih
diri diheret dasar laut temu karam
kemanusiaan jadi tunggal pesan
berleretan pedih
ranap bergelandangan
lebur ke daratan mual

Datuk hasbi
sajak simbolik

Orang Lama berkata...

BAIT BAIT

Bait - bait si binatang jalang
mentusuk bagai seribu pedang
tembus jiwaku tak ampuh serang
tersungkuran aku di bentuk sujud
bertanya pada Tuhan
Apakah sudah tiba waktuku
berselimut dengan maut?
lalu jawab Tuhan
Engkau sudahpun di kelubungan maut
saat terpisah jiwamu dari jalan-Ku

orang lama
sajak ketuhanan

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Seniman jalanan dengan sajak rasa muak dengan janji dan kata kosong kebarangkalian. Ini yang membuat ada orang ambil jalan tengah untuk tidak pergi mengundi atau jadi orang tengah bebas, tak mahu subahat se macam en nuri. Haram tak pergi mengundi nak masuk 4 penggal dah sebelum mantan tun dr keluar umno masuk balik. Ini mungkin pada pandangan si penulis ada yang tak kena. Tetapi sebenarnya bukan semua, segelenter. Jika mereka buat tidak Betul, pasti tidak lama, lihat saja negara luar Arab sana sampai tiga puluh tahun memerentah. Bila tak betul dan tak kena ramai rakyat marah.tapi negara kita jauh sikit beza 1 malaysia semua Dapat rasa, yang teruk di negara kita pembangkang kuat menghasut pula, rakyat yang buta.menyukong membabi buta, aginda saitan mata satu nak balas dendam dan ingin berkuasa. Apa-apa pun kerna ada bersaingan hebat sajak anada Cuma disini sahaja. (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sdra. Badrolshah maseh berlakon drama agaknya? Dengan sajak bertajuk HIDUP MAKAN. Ini cerita Kebarangkalian si penulis selalu miss suru masa kecil dulu agaknya, Keluarga ramai ke? Selalunya begitulah adik beradik ramai abang selalu mengalah, makan sikit, kalau keluarga pula kurang sikit pendapatan bulanan, lagi seksa, makan ala kadar saja, Sajak nampak menceritakan tentang falasafah makan banyak punca segala penyakit.Sebenarnya dah mangli kata orang kedah. Negara kita ramai mati kerana makan berlebihan, oversiti pun kian bertambah, akibat nasi lemak, bukan makan mentedarah, nabi paling tak suka orang banyak makan, syaraul thaam dalam bahasa arab. Banyak makan banyak tidur, kerja apa pun tak buat. Perut pun jadi tong sampah semua sumbat semua masuk. Ada pengajaran diberi peluang untuk sayembara seterusnya. (SM)

Tinta azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Maaf secara jujur! Datuk Hasbi dengan sajaknya LAMBAT LAUN Penceritaannya agak keliru, tetapi lambat laun apa pula yang datang menderu? Kami sudah cari dimana isi cerita, atau mesej yang hendak disampaikan, setiap bait-baitnya tidak ada hubung kait untuk menterjemahkan maana bagi menerangkan maksud yang hendak disampaikan. Keliru dan buntu.Nyata kami gagal mencari masejnya, atau sajak ini yang mungkin terlompat–lompat pengucapannya? Kerana banyak laptop jadi begitu, kami gelar dia laptop tua. Maaf Datuk sajak ini tidak dapat dikesan pengucapannya, maka sajak lain ada persaingan hebat, harap usaha lagi. maka setekat ini saja terpaksa berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Orang Lama dengan sajaknya BAIT-BAIT PUISI Pengucapannya ternyata ada sadikit unsur berbau politik ke arah menuju ke lantas mengingati ketuhanan atau mati. Biasalah dalam kehidupan seharian ini. Kalau dengar hujah dan cerita orang mabuk kuasa kurang iman kita hamper nak gila dibuatnya, betul sesaja kata mereka. Seolah semacam bercakap tiada bertuhan, seolah hidup ini tiadah berkesudahan, Kalau diri sudah berada di hujung senja, kita bagai orang Islam sepatutnya banyaklah berastaghpar, kerana rumah kata pergi, kubur kata mari. Di sana yang kekal abadi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)