Jumaat, 22 April 2011

ORANG ITU BUTA ATAU CELIK



sajak pilihan warga blog Cr.


Terlihat si buta
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah panggilan azan
Walau buta terang arahnya
Walau buta terang hatinya
Walau buta jelas matlamatnya
Walau buta celik akalnya


Terlihat pula si celik
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah kedai judi
Walau celik gelap arahnya
Walau celik gelap hatinya
Walau celik kabur matlamatnya
Walau celik buta akalnya
Dalam buta ada celiknya
Dalam celik ada butanya
Jalan lurus atau bengkok
Jalan terang atau gelap

Jalan sibuta atau sicelik
Celikkah kita atau butakah dia
Semua itu sehingga kini
Ia kekal menjadi tanda tanya...


 Oleh: Jalal Rafzee
sewaktu lepas bersahur
pkul 6pagi/2010 Ogos 30 06:31
Dicatat oleh Nurimanja di 4:35 PM
diterbitkan semula tarikh: 22hb, April, 2911.





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

1 ulasan:
Qalam berkata...

Sajak daripada Jalal Rafzee pennyalarasan blog CR ini, bertajuk ;ORANG ITU BUTA ATAU CELIK. Kata en nuri kita bagi peluang buat siapa saja mengelola Penyalarasan blog ini tunjuk bakat, baru dia boleh mengelola blog ini dan kena pula dengan kerjayanya sebab blog ini
berbentuk kreatif sajak dan cerpen.

Tahniah! Ada kemampuan luar biasa menghasilkan sajak bentuk perbandingan dan bidalan sinis buat mereka khalayak yang mengerti. Pengucapan yang
mudah tetapi sinis menjadikan khalayak berfikir, ini sudah dikira penulisan yang baik.Kerana dapat mengembangkan minda pembacaSyabas! Jalal Rafzee.


Sebenarnya manusia hari sudah ramai yang hilang harga diri, mungkin terlalu hidup mewah, sebagaimana zaman kharun dan haman akhirnya mereka mengaku merekalah tuhan. Mungkin dulu orang yang miskin hamper dengan kufur, tetapi hari ini orang yang kayaraya sudah mulai rasa lupa pada yang maha esa. Terbalik OKU pula lebih cenderung kearah mengabdikan diri kepada Ilahi. Amin.


Oleh: Qalam Mutiara
29 Ogos 2010 4:37 PM

Tanpa Nama berkata...

BACA LAGI DI SINI...
VIDEO SEKS.. MUSTAFA ALI ADA BUKTI LELAKI ITU ADALAH ANWAR!!?
Posted: Friday, April 22, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: Anwar Ibrahim, PAS


"BIARLAH POLIS SIASAT TERLEBIH DAHULU"... Itu reaksi Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali apabila disoal mengenai individu di dalam Video Seks tersebut. Beliau merupakan antara Pemimpin PAS yang telah menonton video itu di Carcosa Seri Negara bersama Mat Sabu.

Jawapan yang diberikan beliau jelas amat berbeza sekali dengan beberapa Pemimpin PAS yang lain terutamanya dari pihak Pro Erdogan yang sebelum ini berkata mereka amat yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara2 mungkar seperti didakwa.

PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

KOMENTAR:

PAS kalau fikir pasal nak perjatuh perang saudara perjatuhkan UMNO teruslah bersekongkol dengan PKR atau DAP atau SNAP. Jika ingin memilih kebahagian di akhirat hentikalah sepakatan dengan musuh Islam itu.

Sedeh kami tenguk ramai dah yang tergelencir jauh kian jauh dari apa yang diajarkan dan disuruh agama Islam. Tak payah sebut fikir sendiri. budak darjah satu pun tahu.

Geletek Pagi dari blog duke;

Mahligai Syahdu berkata...

TIDURLAH ENAK-ENAK

tidur enak - enak
nanti mimpi enak - enak
nanti ketemu enak - enak
laman yang enak
manusia yang enak
kekasih yang enak
hidangan yang enak
mungkin dunia yang enak
tidak seperti yang kau ketemu
di sini laman ini
manusia ini kekasih ini
hidangan ini juga dunia ini
ada yang sanggup menolong?
jiwa dah mahu lepas tangan
hati dah mula naik rimas
dengan penyakit susah tidur aku

Mahligai Syahdu
sajak utk penyakit susah tidur sy

Salikin Samsudin berkata...

RINDU LUAR BIASA

Rindu ini luar biasa
Sendat menyesak dada
Hadirnya dengan cinta
Syadunya segenap ruang jiwa
Bukan sekadar sedetik rasa
Yang pernah ku menjauh
suatu ketika dahulu
Rindu ini pada Tuhanku
Yang bicaranya menusuk kalbuku
Yang kurniaNya tiada jemu
Yang akhirnya akan menjemputku

Salikin Samsudin
sajak ketuhanan

Mat Noh berkata...

ANGIN MENERPA

angin datang menerpa
membalut asap hembusan
asap kabur perlahan
terhilang diawan
kejam! setelah berlalu waktu
angin itu kembali
dia buat daunan kering menari
dia buat kayu usang bernyanyi
dan dia buat aku berpuisi.

Mat Noh
sajak simbolik

Ungku Zubir berkata...

CERUK KOTOR

pada ceruk lorongan kotor itu
adalah ruang permainan mereka
gelak tawanya di dalam tangis
mereka tanpa ayah tanpa ibu
disisih dan ditindas
oleh segala kebinatangan hidup
rintih perih nyanyian para dewa
buat merawan hati merana
tak siapa pernah peduli
Tuhan mungkin mengerti

Ungku Zubir
ketika traffic jam terpandang anak kecil di lorong yg kotor

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Mahligai Syahdu dengan sajaknya bertajuk: TIDURLAH ENAK-ENAK Apa yang kau cuba ceritakan ini Mahligai syahdu? Semuanya enak-enak belaka. Sebenarnya susah tidur bila fikiran terganggu dengan kerunsingan yang amat sangat. Tetapi selalunya kalau badan leteh. Perut pual kenyang, duduk bawah kipas angin pun boleh lena.Apa –apa pun sajak kau ini kena usaha lagi, bagi memantapkan lagi penulisan puisi atau sajak anda ini, Maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

RINDU LUAR BIASA sajak oleh: Salikin Samsudin ada persaingan dengan sajak Ungku Zubir yang bertajuk Cerok kotor, Dalam pengucapan kedua sajak ini ternyata Sajak Ungku Zibur lebeh sadikit terserlah mengmbarkan peristiwa anak-anak kotor yang terbiar bermain di Cerok Kotor di perjalanan. Amat sedeh dan malang , kerana nasib mereka tidak dijaga dan di abaikan.Apa pun sajak RLB ini ada dua tanggapannya , satu tersa semacam ada berbau jiwajiwa pada pengucapan permulaannya, di pertengahan hingga akir terasa kembali pada rasa ketuhannannya.Usaha lagi dalam sayembara yang laon pula. Maaf Cuma di sini sahaja semoga teruskan lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Lebai Noh kian mengancam yang bertajuk: ANGIN MENERPA Penceritaannya Ada simbolik atau sinis untuk ditujukan agaknya, berbau politik atau cerita ceribadi. Pengucapannya puitis dan menarik, cuma mesej dan maksud seritanya agak mengelirukan, tetapi terasa berbagai andaian boleh diterjemahkan malah terasa bagai melihat satu lukisan Abstrak hanya orang yang membaca dan melihatnya saja yang boleh membuat andaiannya yang tersendi, Sama pula dengan sajak en nuri yang hilang dulu PASIR BERBISIK awan pun menangis. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

COROK KOTOR oleh Ungku Zubir, pengucapannya merakam kisah sebenar apa yang dilihat dan dirasakannya menjadikanya citrarasaGambarannya telah diceritakan dalam ulasan diatas
Dalam sajak Salikin samsudin. Apa-apa pun terlalu banyak cerita yang kita tidak tahu, apa uang kita tahu mungkin sekelumit sahaja, kehidupan di dunia pada ini Malah bukan semua manusia yang sudi ambil perduli. Hanya tuhan yang maha mengetahui. Sajak diberi peluang dan layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Jalil Janggut berkata...

sajak jalal ni agak menarik

En Dasuki berkata...

simbolik jgk sajak jalal ni

Atan Yahoo berkata...

bru perasan sajak jalal xpnh disiarkan la selama ni.. hahaha

Lukiee berkata...

sapa plak pilih sajak jalal bukan ke lps ni mei ling ke?

Nahul Hidzar berkata...

sajak jalal ni utk org suka menipu ke?

Salina berkata...

sajak jalal agak simbolik jgk ni

Mona berkata...

sajak jalal biasa je kali ni

Ustaz Rahman berkata...

sajak jalal ibarat jgn pandang orang melalui luaran saja

Zain Issac berkata...

sajak jalal agak ringkas tp byk tersirat

Seruling Kelana berkata...

baru la nak tersiar sajak jalal selama ni xde plak?

Puteri Salju berkata...

eh! cerpen dah hbis ke?

Malik Wariya berkata...

cerpen xde ke kali ni?

Mozaire berkata...

mne cerpen ni xde ke?

Ustaz Sahzan berkata...

sajak jalal ibarat teka teki jer...

Ambuyak berkata...

byk mksud tersirat dalam sajak jalal ni

Nasruq Haqq berkata...

agak sinis jgk sajak jalal ni

Nahul Hidzar berkata...

sajak jalal ni penuh tanda tanya la

Harimau Berantai berkata...

sajak jalal ni agak senang jgk nk phm xde la puistis sgt pun? hehehe

Bos Kacak berkata...

sajak jalal ni biasa2 je smua org boleh buat

Lagenda Pulau berkata...

kdg2 orang x sempurna lbih baik

Raja Muda berkata...

org buta lebih mulia dari org normal

Wasiril Aswad berkata...

dah terbukti anuar dalam video tu buat apa nak siasat lagi?

Tok Mahat berkata...

eh! dorang ni byk berdalih la PAS ni

Nuri Kecil berkata...

erdogan ni bnda apa plak?

Tetamu Malam berkata...

PAS mmg mcm tu bila dah tersepit mula nak berdalih

Halilintar berkata...

PAS nak suruh buat siasatan apa lagi ni?

Richard Sirosa berkata...

PAS masih nak sebelah anuar lagi ke?

Saudagar Emas berkata...

eh! cerpen xde ke?

Nurse Lisa berkata...

cerita abul semalam dah hbis ke?

Saizul Maizav berkata...

eh! semalam kan abul dia nk mandi sebelum ke skolah pondok? xkn xde sambungan lagi?

Pak Haji berkata...

buat lagi sambungan en nuri cerpen semalam menarik

Shrifah berkata...

kenapa PAS tetap nak pertahankan anuar tu lagi?

Sulaiman Embong berkata...

anuar tu entah apa yg bagus sgt sampai PAS nak pertahankan dia

Roslan Bidin berkata...

PAS msih x serik lagi ke sbb msih sokong anuar?

Salam berkata...

cerpen semalam dah hbis ke? ingatkan ada lagi

Qalam Musoffa berkata...

kenapa x sambung lagi cerpen semalam?

Adi Cana berkata...

PAS tu nmpknya terkena dgn tipu helah anuar

Pak Ngah But berkata...

PAS dah takut sbb tu dorang suruh siasat lagi

Danial berkata...

x sangka PAS msih nak mempercayai anuar

Ezad Emir berkata...

anuar buat perlingkup je PAS msih x sedar lagi tu