Ahad, 24 April 2011

AKUR



sajak pilihan ahli Cr.


pernah suatu ketika dulu
tangan itu aku genggam erat-erat
namun kala itu aku lagi mudah rapuh
lalu aku genggam itu aku lepaskan
tapi kini kau tanyakan
kembali sama aku
jawapan aku tidak
sudah cuba, aku capai
sudah cuba, aku genggam
tidak mungkin lagi bisa
kerana yang cuba aku capai
yang cuba aku genggam itu
bukan lagi milik aku
dan selepas ini subuh aku
tiada lagi kamu aku akur.


Oleh: Siti Hajar
Sarikei
ketika di halaman rumah/2010 November 27 19:27
Diterbitkan semula dlm ruang utama Cr,24.04/2011





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

1 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

Sajak jiwa-jiwa oleh Siti Hajar bertajuk: AKUR anak melayu melanau rajang serawak ( mana lagi pergi kawan-kawan masa sekolah dulu selain dari abang yang nampak berjaya?) Tanya en nuri Pengucapan Siti Hajar (seorang pendidik) mungkin terkenang kemasa dulu,
hati pun merasa pilu, mungkinkah dapat bertemu padamu cinta hatiku. Dulu sudah ada bf kenapa dilepaskan, kini bila ada kembali untuk berputik, ternyata pula ada orang yang punya.



Oleh: Qalam Mutiara.
28 November 2010 2:21 AM

Hantu Raya berkata...

Penentu masa depan Pas
Zulkiflee Bakar (siri 2 )

Pas perlu mengakui seruan supaya mengkaji kedudukan dalam pakatan pembangkang bukan dicipta oleh mereka di luar Pas tetapi di dalam parti itu terutamanya di peringkat akar umbi suara.

Mungkin ia tidak dilakukan secara tidak terbuka tetapi hasrat itu wujud kerana ahli-ahli Pas yang rasional amat memahami tindakan parti tersebut yang terlalu mempertahankan apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR dan DAP hanya memakan diri.

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Pas apabila ada pula di kalangan pemimpin mereka yang dilihat seolah-olah sanggup bermati-matian mempertahankan Anwar, PKR dan DAP.

Semua ini tidak menguntungkan Pas sebaliknya hanya akan menyebabkan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

Persoalan sama ada Pas mampu berubah atau tidak ia bergantung kepada pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 3 Jun ini. Jika ahli-ahli Pas tidak kira di peringkat mana pun melakukan percaturan yang salah, mereka akan bertanggungjawab mendedahkan parti tersebut dalam episod perjalanan politik yang cukup menyedihkan.

kedudukan

Dua posisi penting yang bakal menjadi penentu kepada nasib Pas ialah kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden. Sebab itulah cadangan Naib Presiden Pas, Datuk Ibrahim Tuan Man agar dua jawatan berkenaan diputuskan secara syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik perlu disokong oleh ahli-ahli.

Pada masa ini, Pas dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden manakala jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Nasharudin Mat Isa.Persoalannya, masih wujudkah semangat syura di kalangan pemimpin-pemimpin Pas yang ingin bertanding dua jawatan berkenaan? Buat masa ini,kedudukan Abdul Hadi boleh dikatakan selamat selepas cubaan bahagian tertentu untuk mencalonkan nama lain bagi jawatan berkenaan mendapat tentangan.

Abdul Hadi yang memegang jawatan itu sejak 2002 mendapat sokongan padu termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat. Sokongan itu sudah tentulah akan menyelamatkan kedudukan Abdul Hadi yang sebelum ini cuba digugat oleh pihak tertentu yang menganggap beliau sebagai liabiliti kepada Pas.

Berikutan keadaan itu, tumpuan diberikan kepada pertarungan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dikatakan bakal menyaksikan pertarungan sengit. Jika berdasarkan pencalonan awal, tidak mustahil Nasharudin perlu bertarung lagi bagi mempertahankan kedudukannya.

Pada tahun 2009, Nasharudin mengekalkan kedudukannya selepas menewaskan dua calon lain. Persoalannya, apakah pandangan Tuan Ibrahim akan diambil kira bagi memastikan tiada perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden?

BERSAMBUNG

Pangliam Ketot berkata...

LAUT DAN MAHAHARI

Sudah lama laut rindu matahari
menanti muncul bawa hangat
untuk tenteram gelodakdicipta ombak
sampai waktu pasir rebahdipesisiran
matahari pun mencetus api
bakar semua resah
semua gusar tinggal getar rasa
indah hingga belah jadi jarak
buat ruang kosong tinggal buang
Dan matahari datang
beri laut apa laut tahu
hingga laut sakit kerana hangat,

Panglima Ketot
sajak simbolik

Amira Baini berkata...

SESEDAR WUJUD

Sesedar wujud telahpun bersamamu
Kau dan aku dan kita
Kita bersatu di atas cinta
Apa benarkah begitu?
lalu datang cahaya
mengejutkan aku lantas terjaga
Barulah aku sedar
Emosiku jadi gusar
Pandangan makin pinar
Mengapa begini? kita berbeza
dua perkara engkau pendusta
celaka hiaskan jelik jadi baik
kau harumkan jijik jadi cantik
tersalah menyintaimu
tersesat kerna rindu

Latif Bomba berkata...

TERIMA KASIH TEMAN

terima kasih teman
restu kalian ku dambakan
doakan kebahagiaan terus berkekalan
menyelonsuri hidup dihari mendatang
sesungguhnya ku tak kesaorangan
ada kalian dibelakang
memberi semangat bukan kepalang
hati yang kuncup menjadi kembang

Latif Bomba
sajak perhargaan kpd rakan2

Pak Haji berkata...

NERACA

hambatkan kata megah
tak pernah aku harap
pantai berubah
apa keringat kamu lebih dari aku?
maka kamu lebih teragung?
persetan tabiat kehutanan
lebih mulia jalanan
menghukum itu kerja tuhan
tapi ingat ini soal sesama insan
kamu angkuh? sua muka atas neraca
aku tunggu kamu di sana

Pak Haji
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

LAUT DAN MATAHARI oleh Panglima Ketot pengucapannya sudah baik pada permulaannya , tetapi untuk mentapsirkan bagi mencari isi dan maksudnya kian bercelaru, lebih mengelirukan pada penutup bentuk penceritaannya. Apakah simbolik yang hendak disampaikan?Mengambil simbullaut dan matahari. Mungkin ada perasaan jiwa-jiwa juga nampaknya ini. Sambungan dari gelodakkan cinta tidak berbalas sedutan dari sajak dahulu, lantas kesepian mencengkam diri, maka jadilah kebingungan yang tidak berkesudahan. Apa punini semua penceritaan biasa. Maka maaf sajalah/ di sini pohon berhenti . usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

SESEDAR WUJUD atau tetiba ada? Sajak Amira Baini kali pertama anda terlepas untuk pusingan kelayakan. Kini sajak tidak diletakan nama di bawah oleh dan tarikh atau tempat dan sedikit penerangan sinoksis sajak. Lihat sajak terdahulu dikirimkan oleh penulis lain. Biasanya kalau anda hantar di majallah atau penerbitan lain tidak akan disiar, malah dibakul sampahkan. Apa-apa pun kami maseh melayaninya sebagai ahli Cr. Penceritaan si penulis mungkin mengenangkan tentang persehabatan atau kisah bf yang pandai bersaniwara. Setelah mengetahui akan kejelikkannya yang berbeza baru sedar selama ini cinta yang diberi terasa bagai sia-sia, dan terpengaruh kerna rindu. Sajak berunsur jiwa-jiwa. Harap maaf Cuma setakan ini sahaja terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

TERIMA KASIH TEMAN oleh Latif Bomba penceritaannya semacam ada perubahan dalam Kehidupan , mungkin atas sokongan dan dorongan kawan dan rakan kejayaan mungkin telah menyebelahinya. Kini si penulis terasa begitu berbesar hati, atas limpah ramhmat yang tuhan beri bersama keluarga yang berbahagian. Amin. Rasanya sajak keluar pun tidak mengapa , asalkan sajak tersiar dapat meluahkan perasaan hati buat teman –teman yang pernah membantu dan memberi kerjasama. Maaf sajak terlalu biasa sikap baik mengenang budi itulah amalan kita. Kerana sajak lain ada persaingan lebih hebat sajak anda terpaksa dihentikan (TK).

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Pak Haji dengan sajak NERACA atau pertimbangan . Pengucapannya sekadar mengingatkan
dalam simbolik kehidupan di dunia ini. Kerana keangkuhan dan kemegahan mencari nama atau pangkat sesaorang itu boleh lupa segala, dan tidak sedar hidup umpama pantai biasanya sekali air bah sekali pula pantai berubah. Berbeza dengan si penulis hidup bukan memburu nama untuk di agung-agungkan, cukup cuma bagai orang biasa . kerana semua apa yang kita lakukan ada balasan dan di akhirat nanti akan dinilai dan juga di perhitungkan Layak untuk anda sayembara seterusnya. (SM)

Ummu Akilah berkata...

akur ni sajak jiwa2 ke?

Comel berkata...

akur ni mcm sajak sedih jer

Kembara Budiman berkata...

sajak putus cinta ke ni?

Seri Suri berkata...

terkenang kekasih lama ke siti hajar?

Abang berkata...

xpyh pikir pnjang ambik je ustaz muda... hahahahhaa

Ustaz Muda berkata...

siti hajar xkwin lagi ke? umor brapa?

Julia berkata...

sajak ni mcm sedih je di tinggalkan kekasih ke?

Atan Yahoo berkata...

siti hajar x kwin lagi ke msti anak dara tua ni? hahahahhaa

Jalil Janggut berkata...

sajak mcm bunyi kekecewaan jer

Harimau Berantai berkata...

bf lari ke siti hajar?

Salam berkata...

sajak putus cinta ke?

Wasiril Aswad berkata...

ni msti cinta terhalang sajak siti hajar ni

Ungku Zubir berkata...

mcm mana boleh berpisah ni siti hajar?

Intan berkata...

sajak siti hajar plak nampaknya

Dayang berkata...

sajak org kmpung sy ni.. hehe

Busur Berduri berkata...

siti hajar ni anak dara tua ke? hahahaha

Nur ATikah berkata...

eh! penentu masa depan masa siri 2? siri 1 mana?

Jalal Rafzee berkata...

semalam xde plak isu politik kosong je sbb tu aku lepas resepi skrg en nuri letak trus siri dua plak?

Petualang Tiga berkata...

PAS kenapa nak mempertahankan PKR?

Geletek Malam berkata...

PAS jgn la bersekongkol dgn PKR

Sufian Al Zahri berkata...

pemimpin mana plak bermatian sokong anuar ni?

Jengking Perak berkata...

3 jun ni ada pemilihan pemimpin PAS ke?

Mei Ling berkata...

eh! apa benda majlis syura tu?

Jalil Janggut berkata...

nampaknya PAS skrg semakin terdesak

Emily Osman berkata...

Datuk Ibrahim Tuan Man sapa plak ni?

Pedang Kesatria berkata...

politik di london pun aku xlarat nak layan politik di malaysia aku no komen

Mona berkata...

ada jgk pemilihan pemimpin pas ke?

Jalal Rafzee berkata...

A

1 ustaz majusi
2 ustaz muda
3 pak ngah but
4 simsalabim
5 harimau berantai
6 lebai noh
7 atuk
8 inspektor halim

B

1 bob kuli
2 ustaz saad
3 makcik senah
4 syeikh al habib
5 jeffry
6 orang lama
7 pak hussin
8 badrolshah

C

1 sufian al zahri
2 mei ling
3 saudagar emas
4 teksi manaf
5 ustaz sahzan
6 qalam mussofa
7 mat noh
8 ungku zubir

D

1 muhamad rabbi
2 muhamad akmalz
3 en sanusi
4 pak kassim
5 pak haji
6 raja muda
7 keris sakti
8 brader joe

Pak Kassim berkata...

kita tgk 3 jun ni adakah nik aziz boleh mempertahankan jawatan dia

Malik Wariya berkata...

pas pun mcm nk bergolak je aku tgk

Hadi Hamzah berkata...

pas jgn la menyokong si anuar tu

Lukiee berkata...

majlis syura pas ni kenapa plak?

Vijay Kumar berkata...

aku x berapa suka nik aziz ni

Lee Hap Yui berkata...

ape2pun aku tetap sokong gerakan...

Lelangir Biru berkata...

ada pemililihan pemimpin bru ke kat PAS ni?

Jeffry berkata...

mcm2 kes la pas ni ada saja masalah

Bob Kuli berkata...

PAS skrg mcm retak menunggu belah jer

Jalal Rafzee berkata...

sy lepas sekali perserta kumpulan A B C D

En Sanusi berkata...

nampaknya sayembara dah hampir sampai ke penghujungnya

Tan Sri Yunus berkata...

semoga berjaya buat semua peserta sayembara yg masih kekal