Rabu, 13 April 2011

SEBELUM MELINTAS TITIAN RAMBUT



sajak pilihan ahli Cr

sajak terutama tp.


Susur gelap di sebalik
lebuh peganganmu
Merabunkan iman
Sepanjang jalan
tersasar dari jalanan lurus
Di sisimu ada pedoman dan nafsu
didepanmu cahaya
dibelakangmu lohong gelita
dikananmu syurga
dikirimu neraka
Kau titi titian usang
Berpijak di helaian rambut berbelah tujuh
Mahu kemana kau?
Lari kemana kau?
Ayuh sebelum langkahmu dirantai
ayuh sebelum langkah tersasar
ayuh genggam tanganku
Ayuh kita cari jalan pulang


Oleh: Syeikh Al Habib
sajak tentang hari akhirat2011 Februari 13 00:11
diterbitkan semula tanggal 14/04/2011.






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Lima Soalan Untuk Anwar – Dato’ Eskay (BB)
30 03 2011

…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.

Update 11 am 31 March 2011
Saya menerima panggilan daripada Dato’ Eskay lewat malam semalam memaklumkan bahawa beliau tidak berhasrat mengulas kenyataan dan amaran yang diberikan oleh salah seorang peguam Anwar kepadanya berhubung dengan 5 soalan yang dituntut Anwar menjawabnya.

“Maklum pada semua sahabat-sahabat, saya tidak perlu melayan kenyataan itu”, kata Eskay.
Anwar Ibrahim sehingga kini tidak memberi sebarang respons terhadap tuntutan terbaharu Eskay itu, sebalik R Sivarasa semalam memberi amaran kepada Eskay sebagai reaksi kepada 5 soalan yang Eskay minta di tanya kepada Anwar.

Jika Anwar tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, peguamnya seharusnya menuntut Eskay sendiri memberi jawapan kepada ke lima-lima soalan itu dan bukan mengugutnya.

“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata Sivarasa yang di petik dari The Malaysian Insider di sini.

Posting Asal Setelah lebih satu dekad tidak bertemu, semalam, Dato’ Eskay dan saya ditakdirkan Allah s.w.t bertemu semula di Shah Alam. Panjang cerita kami, kembali ke zaman kami merancang membuat sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’ bersama Datin Tiara Jacquelina dan Uwei Hajisaari. Dato’ Eskay masih seperti yang saya ingat tentang beliau, lincah dan sporty.

Di dalam pertemuan semalam, Dato’ Eskay di temani oleh Dato’ Shuib Lazim dan pertemuan itu disertai oleh lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif, Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay.

Dato’ Eskay semalam mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara, sebulan selepas rakaman dibuat.

“Eskay! Where are you?” tanya Anwar, menurut Eskay. Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Dato’ Eskay juga tidak menafikan, Anwar secara terbuka lebih fokus menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik daripada dirinya, sedangkan penglibatan RTC hanya bermula 3 hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut. Bagaimanapun, Eskay amat kesal bila ada penyokong Anwar cuba mengaitkan tindakannya itu dengan kes mahkamahnya dan juga sebagai satu aksi untuk mendapat habuan lumayan.

Untuk itu Dato’ Eskay telah memberitahu para blogger yang hadir bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan, adik angkat Anwar dari Indonesia.

“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita. (SAMBUNG ESOK)

Nurimanja berkata...

BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
_______________________________________________________________________________
Siri ke lima

Setelah perjanjian atau kata sepalkat dipersetujui, maka mulai hari itu anak muda itu pun mernjadi teman dan murid kepada orang tua Alim itu mereka bagaikan pengembara yang merantau di bumi Allah. Berjalanlah mereka melalui gurung dan bukit sehingga sampai di buah tasek yang luas.

Untuk menyeberangi tasek yanmg luas itu bukanlah pekara mudah. Akhirnya mereka mencari sebuah Perahu yang besar dari nelayan tempatan agaknya. Setelah dibayar harga perahu itu, anak muda berpewatakan nabi itu pun belayarlah bersama orang tua alim itu.

Setelah berharian mereka sampai di seberang . Kelihatan negara di sebelah sini lebih maju dan makmur dari seberang tasek sana. Setelah tali perahu di tarik ke atas darat. Dengan tidak membuang masa lagi orang tua alim itu pun mengeluarkan beliung dari perahu itu dan memecahkannya perahu yang dibelinya sehingga hancur semuanya.

Anak muda itu hampir terkejut dan beberapa kali dia mengelilingi orang tua alim itu untuk mernahannya, tetapi bagai tidak dihiraukannya , terus dia mengapak dan menghancurkannya sehingga tidak boleh digunakannya lagi.

Akhirnya anak muda itu tidak tertahan dengan tingkah laku orang tua yang diangapnya alim itu, melakukan sesuatu yang luar dugaannya. Bagikan orang gila naik angin semuntarnya. Kerana rasa bagai bersalah dia terlupa dan telah berkata.

“Kenapa tuan melakukan ini semua? Adakah tidak baik tuan membiarkan perahu itu atau disedekah atau diberi pada nelayan tempatan, Kita telah melakukan pembaziran harta untuk kegunaan orang ramai, setidak-tidaknya,” Kata anak muda itu , agak hairan dengan sikap orang tua alaim itu

“Aku sudah berkata, jangan tanya apa yang aku telah lakukan, jika kau ingin berguru dan ikut sama dalam pengembaraanku ini, Megerti, kau telah melanggar satu syarat, kono hanya tinggal dua saja lagi peluang mu untuk turut serta bersama ku. Kerjaku belum selesai,” kata orang tua alim itu dengan merenungnya dengan mata yang tajam.

BERSAMBUNG.

Yusri Nawab berkata...

JANGAN BERITAHU BONDAKU

aku bisa mendengar angin
berbisik padaku
ia tak pernah berduka
maka aku akan menyatu dengan mereka
beritahu mereka dimana aku berada
biar menyimpan aku dalam semu
biar kekasihku menyematkan
aku dalam diam
jangan katakan pada bundaku
tempatku bernaung
karena ia akan mengadu pada ayahku
dmemaksanya menjemputku
karena aku tak ingin pulang
aku ingin berada di taman
tempat bidadari bernyanyi
tempat tak mungkin nyata bagimmu
namun menjadi hidupku

Yusri nawab
sajak fantasi

Muhamad Rabbi berkata...

TAPAK RAPUH

apa gunanya lagi
bertapak di daerah ini
biarpun sudah sedekad
sinarnya makin kelam
manisnya makin menawar
bahangnya mula meluap
terasnya makin merapuh
mana perginya senyum
rasa bahagianya tawa rasa rianya
manis rasa madu akrab rasa hubung
makin hilang dibawa arus cemburu
dihanyut aliran benci
dihembus angin kecewa
bolak balik rasa celaru
akal makin mendangkal
hasutan bisik halus
berjaya tusukkan jarum
kala itu mereka semua
terbahak ketawa ada tertewas…

Muhamad Rabbi
sajak simbolik

En Sanusi berkata...

MAHU BERTANYA SAHAJA?

aku rela
mungkin juga hari ini
sebagai petanda
agar aku lebih pandai
menyusun kata kerana aku
sentiasa yakin juga percaya
apa yang di kata orang lama..
terlajak kata buruk padahnya...
aku memang tidak pandai
mengambil peluang
bertanya masa mememerlukan
izinkan aku bertanya seketika..
salahkah aku bertanya
apa belum aku jelas ertinya...
memang benar aku tak mengerti
apa yang terjadi kerana itulah
aku meluah apa terbuku di hati
bukannya aku bangkang sana
sokong sini aku perlukan jawapan

En Sanusi
sajak simbolik

Sarah berkata...

MERAK HATI

duhai merak hati
hanya mampu ku memerhati
tiap kelibat bayangmu melintasi
wajahku tertunduk ke bumi
injab nafas meradang membuli
sesak lorong darah hilang tali
dan aku berpaling kanan kiri
kubangkang bukan membenci
caraku menahan resah sanubari

Sarah
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak fantasi daripada Yusri Nawab yang bertajuk JANGAN BERI TAHU BONDAKU. Rasa ada cerita rahsia antara penulis dengan ibunya, ini munkin ada cerita yang kebarangkalian tidak digemari oleh kedua ayah dan ibunya yang mahu disembunyikan oleh penulis. Apa-apa pun penceritaan dan pengucapannya terlalu biasa jika kisah anak muda dini hari sering mempermainkan orang tuanya, namun masej yang bersimbolik ini agak sukar untuk pembaca menangkap maksudnya. Walaupun dalam fantasi khayalannya. Maaf sajak anda terpaksa berhenti di sini,. Usaha klagi. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Muhamad Rabbi sajaknya TAPAK RAPUH. Membicarakan soal pergerakan yang pernah diikutinya dahalu kini seakan rapuh dan musnah. Mungkin kepercayaanya telah mulai rasa hilang oleh ahli yang menyokong atau mengikutinya, dulu meamng tawa riang, akhrab bersama. Kini bagai diserang penyakit, cemburu, benci, kecewa, dan mencelarukan minda. Malah sehingga ada yang tertewas. Begitulah keadaanya, jangan disangka panas hingga ke petang, kadang kala hujan turun ditengah hari. Diberi peluang untuk sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak En Sanusi bertajuk MAHU BERTANYA SAHAJA. Penceritaannya bagai ingin meluahkan rasa persoalan yang bagai teperangkap dalam kecelaruan minda. Ingin mencari jalan tengah yang mungkin lebih selamat.kerana jika tersilap langkah kita juga akan diheret bersama di oadang mahsyar nanti. Kini berbagai pertanyaan dan persoalan yang timbul dalam kepalanya. Bukan menyokong sana dan menyokong sini. Sekadar ingin mencari jawapan yang sebenar, sehingga kini masih lagi belum ditemui. Sebaiknya berdiam diri sahaja. Biarkan masa akan menceritakan segala0galanya. Klayak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

sajak bertajuk MERAK HATI oleh Sdri Sarah pengucapannya bagai memuja sesaorang nampoaknya yang digelarkan sebagai seekor burung merak di kayangan. Tiap kali melentasi jalanan malu untuk menyapa, tundu malu terasa malu, ingin marah pada diri dan hati kerana kerana takut dan malu. Sehingga kini terpaksalah menahan resah. Sajak jiwa-jiwa nampaknya. Apa-apa pun pengucapan sajak mencari bintang paling terang lebih mengancam. Sajak anda terpaksa berhenti di sini, usaha lagi (TK)

Emily Osman berkata...

muslim kuno tu ape?

Brader Joe berkata...

kepercyaan muslim juno?

Mozaire berkata...

sajak ni lama pnya ke

Vijay Kumar berkata...

musrikun ni apa?

Nuri Jaguh berkata...

sajak ketuhanan ke ni en nuri?

Tetamu Malam berkata...

sajak muslim kuno ni pasal apa?

Zain Issac berkata...

sajak xphm la muslim kuno ni

Rossa Long berkata...

cerita pasal apa ni muslim kuno?

Muhamad Akmal berkata...

muslim kuno ni sajak psl apa?

Geletek Malam berkata...

terus je stuju abul ni?

Danial berkata...

boleh ka abul terima syarat tu?

Diana Sanubari berkata...

syarat tu nmpk mcm mudah tp boleh ke abul terima?

Raja Muda berkata...

hrp2 abul boleh ikut syarat yg diberi

Sufian Al Zahri berkata...

eh! ada tasik luas plak!

Muhamad Rabbi berkata...

eh! siap buat perahu plak org tua tu

Saizul Maizav berkata...

cerpen ni yg guna nama abul ker?

Guest berkata...

rugi la dia bagi pecah perahu tu

Maisarah An Nisa berkata...

klu xde perahu mcm mana nak belajar nnt?

Malik Wariya berkata...

kenapa dia pecahkan perahu tu?

Petualang Tiga berkata...

kenapa dia pergi tanya plak?

Ustaz Sahzan berkata...

dh agak msti dia langgar perintah org tua tu

Wasiril Aswad berkata...

dia x bagithu plak kenapa dia bagi hancur?

Seri Suri berkata...

kenapa dia bagi pecah plak!

Jalal Rafzee berkata...

saya letak ulasan semalam kat sini sebab semalam tersilap bagi ulasan syeikh habib

Jalal Rafzee berkata...

hrp en nuri x kisah sy letak kat ulasan ni

Seruling Kelana berkata...

pelik kenapa dia pecahkan perahu tu?

Pendekar Waja berkata...

xkn xde sebab dia pecahkan perahu tu?

Pendekar Sakti berkata...

rasanya saja dia pecahkan sbb nk uji abul kot?

Qalam Musoffa berkata...

bodoh la org tu pecah mcm tu jer?

Badrolshah berkata...

btol tu membazir la dia buat mcm tu

Sadaqallah Azim berkata...

anuar pergi thailand buat apa??? jmpa taksin sinawat ke?

dam catur berkata...

anuar ada muslihat la sbb pergi thailand

Man Pendek berkata...

cari pengaruh kat thailand plak ke sbb pegi thailand?

Abang berkata...

anuar ibrahim nk buat filem kacau melaya???? biar btol!!!!!!!

Intan berkata...

ada plak filem kacau melaya?

Adi Cana berkata...

anuar hilang rm200 000???

Tok Mahat berkata...

anuar hilang duit? biar btol rasanya dia pnya sandirwara

Nurse Lisa berkata...

kenapa anuar telefon eskay bila video seks dia dah klauar?

Saudagar Emas berkata...

pelik kenapa anuar hanya tuduh eskay saja bukan thamby chik?

Hadi Hamzah berkata...

nmpknya mcm2 cara anuar ni nk menipu