Sabtu, 23 April 2011

PASIR BERBISIK AWAN PUN MENANGIS



bila budaya tercemar


Bila kekaki meninggalkan pepantai
berbekas tapak-tapak yang tercicir
melakar peta sejarah lopak hitam
pantai pun berbisik awan pun menagis.
sewaktu mentari mengisut di kakilangit
melabuhkan tirai malam di dada laut.

Esok! Aku lihat cahaya mentari
merahnya marah bersaga dendam
masih terbakarkah  tragedi semalam?
bila pasir berbisik awan pun menagis
angin pantai pun malas bertiup lesu.

Biar pantai berbisek awan pun menagis
bolekah padamkah sejarah yang berlaku?
telah ditinggalkan si pendatang asing
kerana penghuni pantai sering terjebak
mendengar cerita dongingan warga luar
pandai bermain dengan mata keranjangnya.


 Oleh: Nurimanja,
catatan Pantai Batu Ferenggi,
Pulau Pinang, tarikh; 23hb, April, 2011.






50 ulasan:

Satria Juragan berkata...

SELAK HARIMU ITU

selak hatimu cari kekuatan
memecah tembok tembok pemisah jiwa
sekian lama memendam dendam membara
jeritkan pada mereka
tentang kecelakaan hatimu
sampai satu waktu kita bertemu
di penghujung jalan berduri
berdamai raikan kemenangan abadi

Satria Juragan
sajak simbolik

Pak Kassim berkata...

ANAK-ANAK TERANG

Pagi getir anak anak terang
mula terbit dari ufuk yang suram
bintik bintik warna mula bersatu
dengan cahaya dan alam
lembaran perjuangan
sedang melebar sayap mula bangkit
dari peraduan masing - masing
mengukur kebatilan
dengan ketajaman akal
ketenangan jiwa
sampai aku bersatu dengan mereka
di satu garis mula
membelah keangkuhan sang pendua

Pak Kassim
sajak simbolik politik

En Sanusi berkata...

HAMA

hanya suara tak kedengaran
iringi langkahku ke kamar
hama malam mengusap wajahku
bertindihan merubah
hampa jadi derita…
berintipan semalam
cuba menyusup dalam kenangan…
buatku tak daya jadi orang biasa…
dengarkan rintih fajar
bawa pesan duka…
sampai bertemu terang kukasihi…

En Sanusi
sajak simbolik

Petualang Tiga berkata...

JIWA LARUT

Jiwa ku hampir terlarut
dalam gas beracun
dia lepaskan dalam hidupku
Jangan dan jangan fikirkan lagi.
Ruginya kalau fikir sesuatu kosong,
ruginya hilang kasih sayang
dari yang paling berhak
Ingat jangan jadi insan
yang zalim pada diri sendiri!

Petualang Tiga
sajak jiwa2

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Satria Juragan dengan sajak SELAH HARIMU ITU, sepatutnya renungkan kembali harimu atau hari-hari yang berlalu. Penceritaannya bagai memberi peringatan kepada sahabat atau yang berkenaan agar perlu menilai atau merenung kembali apa yang telah berlaku ke atas diri anda yang dahulu munkin mudah lupa, atau terpengaruh dengan keadaan semasa. Setelah di tegur dan mungkin menerima kegagalan. Kini mungkin si penulis rasa kecewa kalau maseh belum sedar, sebagai kawan yang ingin memberi nasihat dan teguran.Apa-apa pun ini cerita lumrah erti berkawan dalam kehidupan seharian. Cuma disini maaf usaha lagi pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Pak Kassim sembolik yang mengelirukan jika kami gagal menangkap atau gagal membuat andaian , kami terpaksa keluarkan sajak siapa saja dari sayembara ini, kekadang terlalu ingin mencari kelaian , lalu memilih perkataan yang kurang tepat, ini mungkin jika sajak itu dicipta secara tergesa-gesa. Tangkap muat, mungkin nasib baik Qalam dapat menerimanya. Jika gagal. Biasanya bila Qalam baca 3 atau 4 kali akan tersingker sajak itu. Sebab dia sendiri tak faham.Apa pun sajak ini mungkin menceritakan kisah pagi hari anak-anak pergi kesekolah mencari ilmu untuk persedian di masa depan, agar dapat membezakan perkara baik dan buruk, bila besar nanti menghadapi cabaran dengan gelagat manusia lainnya. Bila boleh dibuat andaian secara tak langsung layak, walaupun bukan maksudnya yang sebenar. Lagi diberi peluang buat Pak Kassim untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

HAMA sajak oleh En Sanusi tajuknya agak lain dari yang lain. Pengucapannya juga agak sakit mencari maksud atau cerita yang hendak disampaikan.(harap dapat baca juga ulasan orang lain) sajak Hama.juga terdapat penutup agak longgar sama dengan sajak Pak kassim. Apa pun maseh boleh diterima kerana maseh boleh dibaca dari sudut andaian sahaja, kerana sajak yang baik bisa melahirkan berbagai andain pada sipembaca. Seperti melihat gambar lukisan abstrak ; Mesejnya, mungkin tugasan berat di pejabat yang sepatutnya di sangkut di pintu pagar rumah, tetapi telah dibawa masuk ke kamar tidur, menjadikan suasana malam lebih membebankan, sehingga kini tiap kali terbit fajar maseh dibebani duka derita. Layak untuk di beri peluang lagi ke sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

JIWA LARUT sajak Petulang Tiga kali ini pengucapannya agak membebankan sehingga jiwa dan raga pun boleh menjadi larut, Ini sudah sampai ke satu tahap yang agak tenat seperti tepung yang kena uli dan bercampur gaul habis semuanya , tidak akan mungkin dapat menjadi tepung yang berseh kembali. Sajak ini mungkin untuk nasihat atau peringatan buat sahabat agaknya. Tapi pada penutupnya baik pula bunyi nasihat: , Agak rugi jika terus dibiarkan jiwa kosong, dan amat zalim pula pada diri sendiri jiwa masa yang ada berlalu begitu saja , Sajak ada kemampuan . Apa-apa pun mesej penceritaan biasa . kami ingin mencari sesuatu pengucapan yang lain dari yang lain (sila baca ulasan sajak orang lain) Harap maaf kerana ada persaingan lebih hebat dari sajak anda , kini sajak anda terpaksa dikeluarkan. Usaha lagi. (TK)

Karim Ghani berkata...

CARA BUAT PAU

300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Pau1
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Pau2
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Pau3
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
Pau
Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

resepi dari isteri

Abul Hassan berkata...

ada resepi pau plak!

Mozaire berkata...

wah! ada resepi pau mmg kesukaan aku ni

Puteri Bunian berkata...

karim ghani ni niaga pau ke?

Pak Haji berkata...

resepi turun temurun ke ni?

Bicara Bulan berkata...

pau mmg menjadi kesukaan sy anak beranak ni

Kembara Budiman berkata...

pau! perghh! sedap ni thnkz karim ghani

Jalil Janggut berkata...

resepi pau ni mcm mana boleh thu ni?

Nahul Hidzar berkata...

pau plak resepi kali ni? nmpk sedap

Si Kecil berkata...

resepi rahsia ke ni? hehe

Datin Maimun berkata...

pau ni susah nak buat klu silap buat xjd

Datuk Hasbi berkata...

pau ni sy jarang buat selalu beli saja

Pendekar Waja berkata...

pau ni halal ni? setahu aku pau makanan cina

Haji Atang berkata...

nnt nak cuba la buat pau jgk esok

Atuk berkata...

asam jawa utk hilangkan jerawat? sy pnh dulu cuba masa kecil alhamdulilah hilang

Orang Lama berkata...

ni cara dulu2 skrg semua orang beli ubat di farmasi nak hilangkan jerawat

Ustaz Rahman berkata...

petua ni zaman dulu pnya mcm mana salina tahu?

Puan Rosnah berkata...

orang dulu2 mana thu pergi klinik selalu cuba letak asam jawa utk hilangkan parut luka

Haji Hamdan berkata...

kdg2 petua dulu2 lagi mujarab dari ubat2 skrg ni

Nasruq Haqq berkata...

buat pau plak resepi aku nak cuba la harap2 menjadi

Abul Hassan berkata...

pau klu nak beli yg sedap pnya beli kat tempat aku kat simpan masuk flat aku mmg terbaik!

Badrolshah berkata...

dulu pau ni cina yg boleh buat skrg melayu pun terrer

Dayang berkata...

pau kalau nak makan baik buat sendiri jgn beli kat cina sbb dia letak binatang tu nnt

Pedang Kesatria berkata...

pau kat sini susah nak jmpa la

Pahlawan Melayu berkata...

pau paling aku suka! mcm muffin jgk

Ustaz Sahzan berkata...

sajak en nuri lagi tinggi langsung x dpt tangkap

Sufian Al Zahri berkata...

alamak! pening la sajak en nuri ni skop luas ni

Ambuyak berkata...

sajak en nuri ni ada unsur politik jgk ke?

Ziarah Makrifat berkata...

mcm drama kat sarawak pasir berbisik ni

Pak Awang berkata...

pasir berbisik? sajak tentang x puas hati ke?

Zain Issac berkata...

sajak pasir berbisik ni mcm marah jer

Sarah berkata...

pasir berbisik ni sajak perjuangan ke?

Nur Atikah berkata...

xdpt tangkap la sajak en nuri ni rasanya kalau bagi kat qalam pun dia x dpt ulas

Hadi Hamzah berkata...

sajak tentang apa ni pasir berbisik penindasan ke?

Geletek Malam berkata...

puitis tinggi susah nak phm maksud sajak pasir berbsiik ni

Nurse Lisa berkata...

mcm cerita kat TV I plak cerita paisr berbisik jghk

Man Pendek berkata...

tajuk sajak en nuri pun x phm tinggi mksudnya

Irham Kesuma berkata...

sajak en nuri puitis tinggi sgt la

Malik Wariya berkata...

sajak orang jawa ke pasir berbisik ni?

Mawar harum berkata...

rasanya sajak kenangan la pasir berbisik ni

Madah Pujangga berkata...

mcm bunyi sajak kesedihan je pasir berbisik

Hajjah Jamilah berkata...

sajak perumpamaan ke en nuri pnya sajak ni?