Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkanlah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkanlah.. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

DALAM PERJALANAN HIDUP INI



 apa yang terjadi kini?


Dalam perjalanan hidup ini
terlalu banyak aku dengar
jangan terlalu mengharap
dan jangan banyak berjanji.
kerana di satu masa nanti
harapan akan menjadi musnah
dan janji tidak akan tertunai
semuanya membinasakan diri
Waspadalah dalam hidup ini
jangan suka sangat  mengharap
jangan terlalu sering berjanji
jika semuanya tidak ditunaikan.


Oleh: Nurimanja,
catatan pagi hari jam delapan khamis
bersamaan 05/05/2011




Sabtu, 23 April 2011

PASIR BERBISIK AWAN PUN MENANGIS



bila budaya tercemar


Bila kekaki meninggalkan pepantai
berbekas tapak-tapak yang tercicir
melakar peta sejarah lopak hitam
pantai pun berbisik awan pun menagis.
sewaktu mentari mengisut di kakilangit
melabuhkan tirai malam di dada laut.

Esok! Aku lihat cahaya mentari
merahnya marah bersaga dendam
masih terbakarkah  tragedi semalam?
bila pasir berbisik awan pun menagis
angin pantai pun malas bertiup lesu.

Biar pantai berbisek awan pun menagis
bolekah padamkah sejarah yang berlaku?
telah ditinggalkan si pendatang asing
kerana penghuni pantai sering terjebak
mendengar cerita dongingan warga luar
pandai bermain dengan mata keranjangnya.


 Oleh: Nurimanja,
catatan Pantai Batu Ferenggi,
Pulau Pinang, tarikh; 23hb, April, 2011.






Khamis, 24 Mac 2011

MUSIBAT SI PUTAR BELIT








Sajak pilihan ahli Cr.


 Musibat!
dasar putar belit
dah la kau masok lorong taik,
Kau pijak makanan aku.
Takda akal ker?
Kau bawak segala najis,
Kau lekatkan pada minumku.
Kurang ajar!



Musibat!
Ko jangan hasut kami
Kami setia dengan kerajaan kami
jangan kau curi rezeki dia,
Kau kenyangkan anak-anak bawahmu.
Bila kau nak berubah
Sedarlah umur semakin senja
Jangan jadi pendusta
Menabur janji palsu
Nanti kau.
tuhan tunjukanlah
Hapus lah dia.
si Musibat!! 



Oleh: Keris Sakti
jam sembilan malam
sepetang bersama 2010 April 20 14:33

Diterbitkan semula  pada hb,25/03/2011





Ahad, 27 Februari 2011

KERDAU



 demi masadepan negara


Asal nama tempat pokok hiasan
kawasan getah dan kelapa sawit
dipenuhi dengan tanah rancangan
Ada hasil perusahaan kraftangan
dan IKS terdapat di kawasan ini
penghunijuga berbilangan bangsa
daerah membangun aman sentosa
bersama mengikuti arus perdana

Kawasan Kerdau dan Merlimau
tidak ada jauh dan sama bezanya
jika kalaian ditawan pembangkang
keadaan awan di bumimu kian gelap
penghuninya mestilah bijak menentu
jangan cepat terpengaruh mudah tertipu
demi, melihat masa depan anak cucu.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dua iga hari lalu
dalam kempen membantu Mac, 2011.






Selasa, 11 Januari 2011

JAUH



kategori cendekawan PTPA


Semenjak ku pejamkan mata
hilang sudah mentari
Ke manakah perginya bulan?
Saat ku dikelilingi kegelapan
Tiada lagi cahaya kerlipan bintang
Deru angin tidak kurasai lagi
Kicauan burung bagaikan lenyap
Dimanakah diriku ini?
Dimanakah ibu dan ayahku?
Kini ku sudah jauh
Hanya baring berpeluk tubuh


OLEH: PROF NAQUIB
Tanpa Tarikh dan tempatnya.
sajak-sajak bersama sahabat CR 2009.