Ahad, 24 April 2011

AKU BODOH



sajak pilihan Pb Cr.


Apabila di dunia ini,
wujud manusia yang hanya tahu,
melukai hati orang tersayang,
itulah aku.

Bagaimana,
hendak ku lafazkan padanya,
Aku cinta pada mu.

Oleh: Sipaun Supain
perak jam 12mlm Supain
Diterbitkan semula di ruang utama Cr 24/04/2011




50 ulasan:

Viger berkata...

0 ulasan:

Catat Ulasan Viger.

Nampaknya tak ada ulasan sajak ini. Ada peluang aku buat ulasan rengkas saja , okey! Sajak Sipaun bukan saja kau diperdaya oleh wanita mengoda, malah, nama kau pun cukup melucukan dan terasa mudah untuk diperdayakan.
Apa-apa pun nasib kaulah Sipun, bila hati sudah jatuh cinta semuannya bagi kau indah saja, tidak dapat tenguk dia, dapat tenguk bumbung rumah dia pun tak apa. Hai tahi angau kau ni. Sipun! Sipun!!

Hantu Raya berkata...

Penentu masa depan Pas
Zulkiflee Bakar (siri 3 )

Dan kita juga tertanya-tanya apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Nasharudin sehingga beliau tidak harus dibenarkan oleh ahli-ahli Pas untuk kekal sebagai orang nombor dua dalam parti.

Ahli-ahli Pas perlu memahami bahawa pendekatan syura yang dicadangkan Tuan Ibrahim tidak akan berlaku jika mereka mengelak daripada awal di peringkat pencalonan.
Ia bermakna jika ahli-ahli Pas tidak mahu perebutan berlaku bagi dua jawatan penting berkenaan, maka mereka hanya perlu mencalonkan Abdul Hadi dan Nasharudin sahaja.

Tetapi kita percaya Nasharudin yang pernah melakukan kejutan di dalam Pas apabila dilantik oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Setiausaha Agung, tidak akan dibiarkan menempuh laluan selesa.

Keadaan itu berlaku kerana pendekatan politik di dalam Pas kini tidak lagi seperti dahulu. Pelbagai elemen yang meresapi Pas sejak parti itu bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan impian untuk melihat pendekatan syura diadakan bagi jawatan tertinggi hanyalah satu impian. Apatah lagi dengan usia Abdul Hadi yang kini mencecah 64 tahun sudah pastilah ia juga diambil kira oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang berhasrat menerajui Pas.

Lebih menarik lagi, di dalam Pas sendiri sudah ada tanggapan bahawa parti itu perlu melakukan anjakan paradigma dengan tidak bergantung kepada golongan ulama sahaja menjadi pemimpin utamanya. Namun begitu segala-galanya bergantung kepada ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan. Mereka sahaja boleh menentukan sama ada hendak mengekalkan golongan ulama sebagai pemimpin utama Pas atau tidak.

Bagi jawatan Naib Presiden tidak salah jika ia menggabungkan golongan ulama dan profesional kerana ia selaras dengan pesanan Abdul Hadi bahawa kesemua pemimpin Pas berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai addin di tanah air.

Bagaimanapun ahli-ahli Pas perlu mengelak daripada memilih mereka yang dilihat mampu merosakkan parti itu daripada dalam berikutan permainan politik yang dipelajari daripada PKR.Ia termasuklah memastikan tidak ada pemimpin yang dilihat melakukan tindakan yang bertentangan dengan dasar parti dipilih menduduki jawatan penting dalam Pas.

kepimpinan
Barisan kepimpinan yang bakal dipilih bukan sahaja perlu terdiri daripada mereka yang beriltizam mengekalkan kepimpinan ulama malah lebih penting daripada itu mengubah imej Pas yang kini dilihat hanya menjadi ‘pak turut’ kepada PKR dan DAP.

Persepsi atau tanggapan ini boleh dihapuskan jika ahli-ahli Pas menolak mana-mana pemimpin yang dilihat lebih mendengar kata pemimpin parti lain berbanding kepimpinan Pas sendiri. Atau golongan pemimpin yang takut untuk berkata benar kerana bimbang menyinggung rakan sekutu mereka.
Kalau benarlah ahli-ahli Pas berpegang kepada prinsip ‘‘menegakkan Islam sebagai addin’ maka mereka juga perlu memilih pemimpin-pemimpin yang mahu berkata benar biarpun pahit.

Ahli-ahli Pas perlu memahami sama ada Pas akan mampu bertahan atau tidak di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ia bukan sekadar bergantung kepada jentera parti.

Sebaliknya turut menjadi pertimbangan ialah sejauh manakah barisan yang bakal dipilih akan benar-benar mampu memantapkan Pas sebagai parti yang tidak dilihat hanya melukut di tepi gantang dalam gabungan pembangkang.

SELESAI

Keris Sakti berkata...

PANGKAL DAN HUJUNG LEHER

tasbih waktu
terus mengigit bisa akan usia
kita masih berzikir memuja rakusnya
hari-hari berlalu kosong
sambil kita alpa
meratip not rupa Agong
jasad kita dikafan lembaran hiburan
buat kita mati harapnya
jangan tika di mushaf terakhir
riwayat hikayat hayyat tempatnya
di antara pangkal dan hujung leher.

Keris Sakti
sajak simbolik

Raja Muda berkata...

LANGIT LUAS DAN KERIKIR TAJAM

langit luas itu adalah atap
buat teduhan damai resah jiwa
kerikilan tajam adalah lantaian
buat merenung hari esok
bakal hadir kekosongan lagi
debuan kota yang bergelut
bentuk satu dindingan tak bewarna
di atas sisa kerakusan kota
mereka lena beradu
jenguk segala khayal mimpi indah

Raja Muda
sajak simbolik

Ambuyak berkata...

BERIBU KATA DUA

beribu kata dua
angin sepi gelombang di mata
sayu sepi semuanya kembali Jua
Anugerah sunyi Malam hati kalam
impian masih ternyata
Apakah tidak kau sedari
yang ada hanya pemilik misteri
itupun kerana tak pasti
yang ada tidak difahami

Ambuyak
sajak simbolik

Brader Joe berkata...

PECAH DI PERUT

adat kita orang kita
biar pecah di perut
jangan pecah di mulut
jika ditilik penuh halus
ada baik di situ ada ilmu di situ
adat kita sama kita
yang salah sama betulkan
yang bengkok sama luruskan
apa guna dijaja sekampung
apa guna diheboh semalaya
aibkan si pemilik badan
jatuhkan si air muka
adat kita sama kita
adat muslim sama muslim
sembunyikan selagi daya
dosa pahala itu bukan hak kita
di sana ada syurga ada neraka
pasti ada percayalah…

Brader Joe
sajak peringatan

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Keris Sakti sajaknya terpaksa berentap dengan Ambuak dengan sajak yang tajuknya saja sudah mengelirukan BERIBU KATA DUA. Apa-apa bagi sajak PANGKAL DAN HUJUNG LEHER kami dapat juga menangkap matudnya yang tersirat (halkum) biasanya bila nyawa berada di pangkal halkum. Semua pintu taubat akan tertutup. Segala zikir , puja dan puji tidak akan diterima lagi, menunggu saat saja untuk dikafan , lalu di solat jenazah dan diusung untuk dimasukan ke dalam kubur. Dan tunggu saja hari kebangkitan untuk agenda soal jawabdi hadapan rabul izati nanti. Sajak layak untuk seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Raja Muda dengan sajak LANGIT LUAS DAN BUMI KERIKIR TAJAM , sadikit ada ubah suaian bagi menselesakan ungapan dan pengucapan yang hendak disampaikan. Raja muda ada kekuatan imaginasi yang hendak disampaikan, tetapi masih lemah mencari perkataan yang sesuai untuk menghidupkan cerita yang lebih puitis. Apa pun kami rasa si penulis ingin membicarakan tentang kehidupan manusia jagat dengan simbolik lagit luas bagai bumbung teduhan damai buat ubat resah jiwa. Tetapi bumi bagaikan batu kerikir yang tajam untuk sedia menanti menerjah dan menikim sesiapa saja uyamh tersilap langkah, akan merana akhirnya.Jadi usah mengharap sangat dan perlu waspada dalam kerankusan lumrah hidup ini. Kerana khyalan lebih mengasyikan dari realiti kenyataan. Layak untukmengikutiu sayembara puisi blog Cr seterusnya(SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ambuak dengan Keris Sakti terpaksa berentap unruk menentu kedudukan, setelah dibaca beberapa kali ternya kekuatan cerita dang tangkapan maksut lebih kepada keris sakti dengan sajaknya’ bertajuk PANGKAL DAN HUJUNG LEHER iaitu (KALKUM) tetapi BERIBU KATA DUA gagal dikesan maksud dan isi cerita . malah tajuknya juga mengelirukan. Sebab kata dua bisanya tidak boleh beribu lagi. melain kan YA atau TIDAK. Pengucapannya juga mengelirukan. Setelah beribu kata dua , dimasukan simbolik perbandingan pada agin sepi gelombang di mata, kemudian satu sepi lagi , kemudian semuanya kembali jua? Bait-bait tiada berkaitan untuk menterjemah cerita yang hendak disampaikan. Maaf kami gagal menangkap mesej yang hendak anda samapikan.apa lagi untuk ahli membacanya. Cuma di sini sahaja terpaksa berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Brader Joe dengan sajaknya bertajuk: PECAH DIPERUT pengucapannya bagai memberi satu peringatan pada pepatah melayu dulu. Berpegang pada adat, menyembunyikan rahsia untuk menjaga maruah, walaupun tuhan tahu. Sebenarnya dalam hidup menegak kebenaran dan keadilan untuk semua tidak sesuai lagi dizaman ini. Kerana banyak kita lihat contoh dan tauladan. Negara timur tengah atau asia barat, Arab paling pintar menipu. Akhirnya tidak lama mana pemerentahan mereka. Satu-satu digulingkan oleh rakyatnya sendiri.Apa-apa pun kerana sajak Brader Joe mudah ditangkap maksudnya oleh pembaca. Layang untuk sayembara seterusnya (SM)

Sipaun Supain berkata...

eh! viger plak ulas sajak aku ada lawak plak? haha ni nama samaran aku la nama betol aku Saufi Sopian

Atan Yahoo berkata...

bodoh btol supain ni.. hahahaha

Halilintar berkata...

supain mengaku jgk dia bodoh? hahahhaa

Salina berkata...

sajak kutuk diri sendiri nampaknya..

Ustaz Rahman berkata...

itulah supain nk buat apa selidik btol2..

Ziarah Makrifat berkata...

anda bukan bodoh supain tp kurang bijak dalam memilih keputusan

Nahul Hidzar berkata...

apa la supain kata diri bodoh plak?

Zainal Arifin berkata...

ko kena tipu dgn gf ke?

Jamil Hisyam berkata...

sama mcm aku la selalu di permaikan wanita.. adeh

Madah Pujangga berkata...

lain kelai berhati2 supain.. haha

Kembara Budiman berkata...

nasarudin ni sapa? kenapa asyik cerita dia saja bukan nik aziz

Panglima Sakti berkata...

nasarudin ni anak nik aziz ke?

Danial berkata...

PAS silap sbb berkejasama dgn PKR dgn DAP

Ustaz Muda berkata...

PAS sepatutnya jgn join dgn PKR dan DAP

Abul Hassan berkata...

PAS baik buat parti sendiri dia join dgn PKR jadi carca marba

Nurse Lisa berkata...

cerpen masih xde lagi ke?

Sarah berkata...

mne cerpen en nuri?

Tetamu Malam berkata...

esok letak cerpen balik

Ummu Akilah berkata...

cerpen xkn dh hbis?

Mawar Harum berkata...

mne cerpen plak xde ke kali ni?

Muhamad Akmal berkata...

anjakan paradigma tu apa?

Ustaz Saad berkata...

btol tu nampaknya PAS jd kamping hitam PKR dan DAP

Harimau Berantai berkata...

PAS ni mmg jd pak turut bodohnya mereka

Pak Haji berkata...

PAS kalau bergerak sola x boleh ke mana dorang bukan kuat pun

Teksi Manaf berkata...

PAs kalau bergerak sorang PRU 13 nnt boleh kalah teruk silap2 kelantan pun dpt kt BN

Keris Sakti berkata...

Makin lama makin pening tgk politik PAS ni

Jessica berkata...

islam dan addin tu apa la agaknya

Haji Hamdah berkata...

PAS politik dah tungang langgang skrg ni

Ambuyak berkata...

cerpen xde ke kali ni?

Saizul Maizav berkata...

esok diharap letak cerpen balik

Tuan Haji Abkam berkata...

moga ramai yg tersedar lps ni

Putera Damien berkata...

PAS ni jd kambing hitam la nampaknya

Ali Conan berkata...

PAS skrg mcm x sehaluan dgn PKR dan DAP

Jupri Helmi berkata...

cerpen harap letak balik

Bulan Terang berkata...

ni msti cinta monyet supain ni

Pak Ngah But berkata...

sah cinta terhalang supain ni

Jalil Janggut berkata...

dua2 sajak jiwa2 kali ni

Simsalabin berkata...

sajak en nuri xde plak kali ni?

Saudagar Emas berkata...

sajak en nuri mana?

Badrolshah berkata...

dua2 sajak ahli sjak en nuri hilang plak kali ni?