Sabtu, 30 April 2011

MELANGKAH KE ALAM LAIN



sajaka pilihan ahli Cr.

Semalam aku melalui satu perjalanan
Kiri kanan penuh dengan rintangan
Harus aku lalui untuk ke seberang
Mencari damai dan ketenangan
Langkah pertama aku terpijak duri
Langkah kedua aku terpijak lagi
Memaksa aku untuk berhenti
Terasa mahu untuk mengundur diri

Hinggalah sampai satu persimpangan
Di kiri jalan yang bersenang senang
Di sebelah kanan yang terkorban
Membuat aku jadi tak keruan
Di hujung sana terpandang cahaya
Di sana pula tangan yang melambai
Di sini ada yang memandang sinis
Di situ seperti tempat yang tenang
Semalam aku bermimpi...
Didalam mimipi itu aku melihat aku.
Berjalan sayu tapi menuju cahaya...

 
Oleh: Qulbai Khaisai
ketika baru sedar dari koma di hospital
7pagi akan berkhawin tak lama lagi.
Diterbitkan semula 30/04/2011






50 ulasan:

Viger berkata...

Ulasan Qalam Mutiara berkata...

Sajak daripada Qulbai Khaisai dulu biasa bertugas mengelola blog CR ini, sebelum diganti oleh Maisarah An Nur kini. Ingin megutarakan sajaknya sewaktu koma,yang Bertajuk Melangkah Ke Alam Lain. (Ini secara kebetulan tajuk
sajak ini, menghidupkan Kembali ingatan en nuri kepada kisah di Indonesia seorang tua yang telah mati tiga kali. – jika ada masa en nuri akan tulis semula insyaallah)

Pengucapan sajak kali ini sekadar mengingatkan semula dan berkongsi pengalaman Qulbai dan jadi Pengajaran kepada mereka yang belum merasainya. Sebagai andaian saja.Mungkin di dalam hidup kita punya banyak simpang perenangnya. Senang , terkorban, ada yang bercahaya kembali kedunia, melambai para roh orang-orang yang telah meninggal, yang sinis itu pula mungkin syaitan, yang tenang itu mungkin syurga. Kerana Quibai telah pun menuju ke arah cahaya, maka kini bernafaslah kembali di dunia fana ini melihat mentari. Mungkin berkat doa sahabat-sahabat CR , Amin!

Oleh: Qalam Mutiara.
11 Ogos 2010 9:11 AM

Geletek Pagi berkata...

DAP dibidas cuba elak jawab isu seleweng projek pembangunan (3)

KUALA LUMPUR 25 April - Pelbagai pihak membidas DAP kerana parti itu cuba mengelak daripada menjawab isu penyelewengan projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya menjadi milik kontraktor bumiputera.

Menurut mereka, DAP seharusnya membersihkan nama parti itu terlebih dahulu sebelum mengalihkan isu terhadap pandangan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan supaya digerakkan gagasan 1Melayu, 1Bumi sebagai langkah menyatupadukan orang Melayu.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, DAP patut bertanggungjawab terhadap isu pokok iaitu pendedahan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa keuntungan daripada projek di DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku disampaikan kepada ketuanya iaitu ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah daripada DAP.

Katanya, tindakan mereka lebih menumpukan kepada isu 1Melayu, 1Bumi dengan jelas merupakan strategi DAP iaitu menggunakan Utusan Malaysia supaya bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.

"Pembaca perlu menilai DAP kerana parti itu sebenarnya cuba mempengaruhi rakyat dengan mengalih sebarang isu yang memberi kesan kepada mereka dan mengatasinya dengan isu yang tidak relevan.

"Ini seharusnya tidak berlaku kerana isu yang sebenar dilupakan. DAP seharusnya perlu menjawab isu itu dan tanpa penjelasan, DAP dilihat seolah-olah tidak mahu mewujudkan hubungan ke atas kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa kontraktor bernama Lee Wye Wing telah menggunakan nama syarikat bumiputera bagi mengaut projek-projek di kawasan Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya menjadi milik kontraktor bumiputera.

Wye Wing dalam prosiding itu juga bersetuju dengan cadangan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bahawa isterinya dan seorang anak saudaranya mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan pula berkata, DAP sentiasa cuba mengalihkan isu yang tidak memberi keuntungan kepada parti itu dengan menimbulkan isu lain serta memutar-belitkan isu yang dikaitkan dengan mereka.

Katanya, tindakan DAP mengalih sesuatu isu khasnya berkaitan penyelewengan parti sebenarnya bagi menimbulkan kemarahan di kalangan orang Cina dengan mengungkit isu sensitif dan perkauman.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali pula berkata, DAP perlu membersihkan namanya berhubung penyelewengan projek pembangunan berkenaan yang membabitkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP.

Sekiranya dakwaan itu tidak benar jelasnya, mereka seharusnya menafikan tuduhan tersebut dengan segera dan bukannya mengalih tumpuan pada isu lain.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat pendedahan mengenai perkara itu bagi membuktikan kebenaran," katanya.

KOMENTAR
DAP sebuah parti yang menangok di air keruh. Mereka sama seperti burung terkukur dimana ada padi masak di situlah mereka berkumpul mencanangkan kepada orang lain semuanya ini Hasil usaha mereka.

Jadi tidak hairan mereka akan cuba menguasai kawasan bandar yang rata-rata penghuninya orang China . Sedangkan kemudahan asas emuanya telah di sediakan oleh parti pemerentah BN. Namun mereka cuba pujuk PKR dan PAS untuk menguasai diluar bandar. Siapa yang cerdek dan lecik?

Comel berkata...

menarik sajak ustaz sahzan kali ni

Si Kecil berkata...

tahniah ustaz sahzan!

faezawatie berkata...

sajak simbolik yg menarik

Maisarah An Nisa berkata...

sajak ustaz sahzan dulu best2 jgk

Nuri Jaguh berkata...

sajak yg terbaik dari ustaz sahzan

Angker 13 berkata...

ustaz sahzan ni agak putisis sajak dia

Jalal Rafzee berkata...

best sajak ustaz sahzan

Karim Ghani berkata...

sajak ustaz sahzan mmg terbaik!

Jalal Rafzee berkata...

maaf lambat lps ulasan

Jalal Rafzee berkata...

ada masalah sikit blog semalam

Jalal Rafzee berkata...

tapi semua dapat di perbaiki semula

Nur Atikah berkata...

blog kena serang semalam

Zainal Arifin berkata...

maaf en nuri ulasan agak tunggang langgang byk hilang

Ustaz Rahman berkata...

ustaz sahzan ni penceramah ke?

Nur Atikah berkata...

semalam byk jgk serangan kat blog ni

Ustaz Zamree berkata...

tahniah ustaz sahzan!

Ustaz Sahzan berkata...

trima kasih en nuri siar sajak sy yg ni

Jalal Rafzee berkata...

skrg blog dh normal semula

Datuk Hasbi berkata...

aik! sajak qulbai plak siar?

Raja MUda berkata...

kenapa siar sajak makluk ni plak?

En Sanusi berkata...

xde sajak lain ke nak siar sajak maknguk ni jgk disiar

Haji Hamdan berkata...

sajak haprak ni x layak disiar disini

Qalam Musoffa berkata...

sapa plak yg pilih qulbai ni?

Ustaz Sahzan berkata...

kenapa siar sajak qulbai? sy melawak sj sy pilih pak ngah but

dam catur berkata...

sajak mangkuk ni plak siar?

Bulan Terang berkata...

sajak barua ni xpyh siar la buat semak je

Kembara Budiman berkata...

sajak orang hutan ni buang je en nuri jgn disiar

Teksi Manaf berkata...

sajak hantu raya ni baik buang siar pun tgk buat sakit ati jer

Guest berkata...

kenapa en nuri siar sajak pengkianat negara ni?

Asyar Mujid berkata...

sajak beruang ni meluat aku tgk!

Salikin Samsudin berkata...

kenapa la masa dia ni koma x mati je hidup buat semak je!

Ustaz Zaidi berkata...

sajak konco anuar baik jgn siar en nuri

Puan Rosnah berkata...

msti ramai orang marah en nuri siar sajak beruk ni

Sufian Al zahri berkata...

meluat aku tgk qulbai sombong btol skrg ni

Syed Faizal berkata...

rasa mcm nk buang je sajak babun ni kenapa en nuri siar?

Hamba Allah berkata...

la... sajak mangkuk ni siar buat apa en nuri?

Ustaz Majusi berkata...

sajak musuh ketat pun en nuri siar?

Pendekar Waja berkata...

pelik kenapa en nuri ambik sajak ni?

Mawar Harum berkata...

sajak orang gila ni baik jgn siar!

Pak Kassim berkata...

pelik en nuri sajak org yg buat penaya pun en nuri ambik?

Pak Hussin berkata...

MERANGKAK

Dalam kepayahan aku merangkak
melewati detik silamku
kesepian itu mengigitku
kerna aku perlu sendiri
Mereka bisa simpati
namun tak bisa mengerti
kerna hanya aku hanya aku mengerti
erti sepi diri ada hulurkan tangan
namun ku tak bisa menyambutnya
kerna mereka tak pernah memahami
walaupun mereka percaya ku mampu
tetapi aku tak akan benar biarkan saja aku sendiri kalaupun
sampai mati aku harus begini
jangan pernah peduli lagi.
aku memilih untuk begini.

Pak Hussin
sajak tentang kehidupan

Mak Cik Senah berkata...

SEMALAM AKU BERMIMPI?

Semalam aku bermimpi
satu petanda atau petunjuk?
Kepeningan mula bermain
saat bangkit dari lena
Menjelang petang aku kembali
menunggu azan berkumandang
kepeningan mulai pergi
tika aku sedang menjamah makanan
Hening malam mengigilkan sendi
namun aku cuba gagah berdiri
bukan ku mahu minta diriku di puji
cuma untuk menginsafi diri
Semalam berlalu terus ku tinggalkan
dalam berdiri tanpa sedar
ada titis bahang
sebak tidak dapat tertahan lagi
mengenang diri yang menyimpan dosa
bolehkah kiranya aku di ampunkan?

Mak Cik Senah
sajak simbolik

Syeikh Al Habib berkata...

DARI HATI TURUN KE PENA

Dari hati menuruni pena
mereka melakar melukis meluahkan...
Tentang kehidupan dan pengalaman...
Mencoretkan keanehan
menceritakan keajaiban
telus dari mata pandangan
dari diari pemikiran
Terkadang sutera hati mereka
tercarik pedih oleh duri sembilu...
namun darahnya lukanya...
tidak terpotret pada mata zahir

Syeikh Al Habib
sajak simbolik

Inspektor Halim berkata...

CAKAP-CAKAP ORANG

cakap orang apa perlu didengar
tambahkan sakit di hati
jika kamu benar tetapqiam di situ
pedulikan apa orang kata
apa orang sebut mulut orang
bukan mulut tempayan
mana mungkin bisa ditutup
malah mungkin makin meluas
selagi masih bernyawa
mulut pasti petah bicara
namun jika kamu salah
dengarlah cakap orang
pasti terselit betulnya
pasti ada ilmu kerana kita manusia
sering terlupa melupakan
sering terkoyak iman
kerana iman cuma nipis kulit bawang

Inspektor Halim
sajak sindiran

Tinta Azimad berkata...

MERANGKAK tajuk sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Pak Hussin dengan sajak pengalamannya yang penuh dengan duka nan sensara kini berjayamengapai kehidupan walaupun dahulu dia tanggung sendiri dalam mengharung hidup ini. Ini satu ujian menguji keimanan. Sajak ini juga layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

Semalam aku bermimpi tajuk sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari. sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Disebab ulasan terpadam kami tak akan mengulasnya lagi kerana keputusan telah dibuat sebelum kena serang cuma untuk diterbitkan, tetiba telah terpadam maka kami mengikut semula akan kata keputusan yang telah Qalam Mutiara letakan di tajuk di atas. Sajak mak cik senah terpilih untuk sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

Dari hati turun ke pena sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Disebab ulasan terpadam kami tak akan mengulasnya lagi kerana keputusan telah dibuat sebelum kena serang Cuma untuk diterbitkan telah terpadam maka kami mengikut semula keputusan yang telah Qalam Mutiara letakan di tajuk di atas. Syeikh Al Habib sajaknya cuma penceritaan biasa sahaja memaparkan pengalamanannya untuk menulis dan berkongi pengalaman bersama sahabat dan pembaca. Maaf sajak ini juga terkeluar dari sayembara seterusnya. (TK)

Tinta Azimad berkata...

Cakap-akapa orang sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Disebab ulasan terpadam kami tak akan mengulasnya lagi kerana keputusan telah dibuat sebelum kena serang Cuma untuk diterbitkan telah terpadam maka kami mengikut semula keputusan yang telah Qalam Mutiara letakan di tajuk di atas. Inspektor Halim cerita biasa tetang perdulikan cakap-cakap orang sajak ini terpaksa dikeluarkan usaha lagi (TK)