Ahad, 1 Mei 2011

CIRI ORANG BERIMAN



Sajak untuk kanak-kanak

Orang yang beriman itu tenang
kelihatan Wajah menyenangkan
Bicaranya penuh berhikmah
Wataknya sentiasa terpesona
Dengan aura yang dikurniakan
Ciri orang yang beriman mudah
Berjumpa cukup menyenangkan
Bagaikan jumpa para syuhada
Tidak mudah menyinder sesiapa
Atau menyakitkan hati orang
Kerana jiwanya sentiasa zuhud
Malah hatinya mengingat dosa
Kepada pembalasan hari akhirat
Maka keadaannya sentiasa takut
Dalam kewaspadaan  siap siaga
Memelihara akan Hati dan lidahnya.


Oleh: Nurimanja.
Pagi hari jam 8 30.
sajak lagenda untuk renungan
diterbitkan semula tarikh: 30/04/2011.





50 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

Sumpah laknat Eskay urusan peribadi (BB)
KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat berhubung isu video seks hari ini adalah keputusan peribadinya dan bukan urusan kerajaan atau UMNO.... Berita Penuh

KOMENTAR

Panisahat PKR kini bukan lagi berdepan dengan UMNO tetapi menghadapi musuh dan kawan baiknya bersama sewaktu mereka berkawan baik dulu. Jadi AMPKR perlu melihat dengan lebih resinoal. Dan bukan membuat kacau dalam masjid. Menjadikan anda lebih lemah dan menjatuhkan diri sendiri. Pilih saja penganti lain yang ada keperibadian yang baik untuk menganti ketua umum PKR baru jika benar ingin menegak keadilan. Begitu juga BN mereka sanggup mengundurkan Pak Lah demi parti UMNO.

Jamil HIsyam berkata...

CARA BUAT KEK LAPIS

Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

* BAHAN A (dalam kek)
* 5 biji kuning telur
* 3 biji putih telur
* 150 gram gula kastor
* 100 gram tepung hong kong
* 1 sudu makan ovelet
* BAHAN B (dalam kek)
* 200 gram mentega/butter
* 3 sudu makan susu pekat
* BAHAN UTK BHGN LUAR KEK
* 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
* 190 gram tepung hong kong
* 150 gram gula kastor
* 1 sudu makan ovelet
* 250 gram butter/mentega (cairkan)
* 50 ml susu cair

Cara-cara

1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK
2. Pukul Bahan B hingga sebati.
3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.
7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK
8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

Anis Syahila berkata...

Muffin Coklat

Bahan-Bahan

* ½ cawan mentega
* ½ cawan minyak jagung
* 1 ¼ cawan gula perang
* 3 biji telur
* 2 ½ cwn tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 3 sudu makan serbuk koko
* 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
* Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Puan Rosnah berkata...

PAN CAKE

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

* 115g Tepung Gandum
* 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
* 25g Butter
* 1 biji Telur
* 150ml Susu Segar
* 1 sudu besar Gula
* Secubit Garam

Cara-cara

1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
2.
Dsc02688
Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
3.
Dsc02689
Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
4.
Dsc02692
Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
5.
Dsc02693
Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
6.
Dsc02699
Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
7.
Pancake_syrup
Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
8.
Blueberry_syrup
Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.
9.
Krim_of_tartar
Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

Jamil Hisyam berkata...

testing pertama kali masuk sini

Jamil Hisyam berkata...

hrp semua selesa dgn saya

Jamil Hisyam berkata...

ulasan tgh disusun skrg ni

Jamil Hisyam berkata...

lps ni sy lps 4 sajak tp letak sehari 1 saja sajak jgn letak lebih pening kepala nk susun

Jamil Hisyam berkata...

kalau x penuh ulasan mcm mana ni?

Jamil HIisyam berkata...

xpa x cukup ulasan sy penuhkan

Ali Conan berkata...

kek lapis plak resepi kali ni?

Mia Safiyah berkata...

eh! jalal pnya abang setahu aku mana reti masak mna pnya resepi dia ambik ni>?

Mona berkata...

kek lapis resepi yg sy tunggu2 ni

Abang berkata...

ni kek lapis mana? sarawak ke?

Penghuni Maya berkata...

resepi ke lapis mesti cuba ni

Malik Wariya berkata...

kek lapis? lama x mkn

Nuri Jaguh berkata...

sapa yg jaga blog skrg ni?

Ustazah Hamidah berkata...

eh! resepi pnya byk kali ni?

En Sanusi berkata...

kenapa byk sgt resepi ni jamil?

Badrolshah berkata...

resepi byk sgt plak kali ni

Abul Hassan berkata...

byk sgt la resepi nk komen mne 1 ni?

Jalil Janggut berkata...

apesal byk sgt resepi ni

Zainal Arifin berkata...

kenapa lepas sekali gus resepi?

Yusri Nawab berkata...

semua resepi kali nisedap2 belaka

Mozaire berkata...

boleh gemuk aku mcm ni byk resepi!

Nuri Kecil berkata...

dh mcm blog masakan je? hehe

Ustaz Sahzan berkata...

kek lapis ni resepi sendiri ke?

Umar Haslam berkata...

boleh jadi ke buat kek lapis mcm ni?

Tetamu Malam berkata...

eh! ada kek lapis la dah lama aku cari ni

Atuk berkata...

kek lapis ni selalunya ada kat sarawak jer

Adi Cana berkata...

gf org sarawak ke jamil?

Abang berkata...

kek lapis ni setahu aku orang sarawak pnya? curi ke?

Mr Casanova berkata...

byk btol resepi kali ni

Pak Ngah But berkata...

gila pnya byk resepi ko letak

Sulaiman Embong berkata...

mcm mana nak komen psl politik sbb bila tgk resepi trus jd lapar

Jeffry berkata...

boleh buka kedai kek la kalau mcm ni?

Guest berkata...

byk resepi kek nampaknya

Seri Suri berkata...

boleh kencing manis smua resepi kek je?

Harimau Berantai berkata...

resepi kek kali ni nmpk sedap2

Nurse LIsa berkata...

boleh cuba resepi kat sini

Raja Muda berkata...

baik beli je susah nak buat la resepini

Hamba Allah berkata...

resepi byk sgt plak nampaknya?

Sufian Al Zahri berkata...

KELIRU

keliru dengan diri sendiri,
Termangu mengenangkan sikapmu,
Tak pernah ku rasakan
hidup penuh bererti,
Hadirmu membawakan sinar baru.
Terasa pantas masa berlalu,
Engkau dan aku semakin jauh,
Biar pernah kita
sama cipta bahagia,
Namun semua hilang
musnah tak kusangka.

Sufian Al Zahri
sajak jiwa2 dulu sebelum kwin

En Sanusi berkata...

WAKTU AKU BOSAN

waktu ini aku bosan
jadi aku merapu
tentang apa apa sahaja
terlintas dikepala
waktu tidur tapi seperti kebiasaan
aku akan merapu mengarut
untuk hilangkan tension
wahai sang langit gelap
temani aku seorang
bebintang aku mahu berkawan?

En sanusi
sajak kehabisan idea

Ustaz Sahzan berkata...

MEMBELAH SUBUH

Maafkan ku membelah subuh
dengan deruan kereta
untuk mengelak sesak lebuh raya
lalu menyimbah asap dan debu
Hingga petang untuk mengejar
hidup yang kian menghimpitku
burung-burung bertempiaran
daun-daun kering kehilangan arah
aku semakin payah
untuk sampai ke sekolah.

Ustaz Sahzan
ketika dalam perjalanan ke sekolah

Mat Noh berkata...

MENGOMEL

padanlah mereka mengomel membebel
luahkan ketidakpuasan hati
yang terbuku sedari pagi
kau ciptakan kiamat kecil
baju kau campak ke lantai
seluar kau biar di katil
tuala terperuk tepi pintu
pinggan kau biar atas meja
cawan terhurung semut di sinki
sisa tumpahan kopi tiada kau lap
habuk rokok berselerak di jendela
seluar dalam tergumpal di bantal
stokin tersadai atas kerusi
kasut berselerak tiada tersusun
pasu bunga tunggang terbalik
siapa bereskan cantikkan susunkan
mesti bukan kamu merekalah jua
biarkanlah mereka mengomel
tahan sahaja telinga mahu marah?
jangan sekali-kali kamu yang salah…

Mat Noh
sajak tak puas hati

Tinta Azimad berkata...

Sdra Sufian Keliru tajuk sajak ini pun telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari. sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Maaf sajak ini juga telah pun terkeluar kerana penceritaan biasa atau satu memori lama agaknya.
apa pun usaha lagi Cuma di sini pohon berhenti. (TK)

Tinta Azimad berkata...

Waktu aku bosan tajuk sajak ini telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Ternyata bebanan tanggyng jawab menjadikan seorang itu diganggu untuk berfikir apatah lagi
melahirkan ilham yang lebih mencabar dan puitis, lalu menulis ikut kata hati sahaja. Ssajak ini juga telah terkeluar . Maah Cuma disini sahaja usahala gi (TK)

Tinta Azimad berkata...

Membelah sebuh sajak inipun telah diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.
sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Sajak ini telah pun terpilih untuk seterusnya . Penceritaan tentang tugas yang mencabar saban hari memerlukan ketabahan dan kecekalan hati menempuh kehidupan seharian demi tugasa untuk bangsa agama dan negara. Layak untuk (SM)

Tinta Azimad berkata...

Mengomel tajak sajak ini telah pun diulas panjang lebar telah hilang diserang virus lebih 3 hari.sehingga hart dist pun terbakar panas kena ganti sehingga kami tak dapat membuka blog. (masa itu blog mantan Tun Dr. mahather kena serang)

Sajak ini penceritaananya berkenaan dengan leteran yang terlalu biasa dengan keadaan rumah tangga yang terlalu sempit dan banyak tekanan dan permasallahan . Maah sajak ini telah terkeluar Cuma usaha lagi pohon berhenti (TK)