Isnin, 16 Mei 2011

BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU



semacam wajah en nuri di serawak?


Biar pun,
kita bagai lilin
membakar diri
menerangai orang lain,
tugas ini untuk sejagat
usaha kita jangan berhenti
walaupun kemelut
sepanjang zaman.

Biar pun,
keluarga pendidik
tidak punya apa-apa
cukup sekadar
memahat nama
pada meniti usia
untuk renungan
buat gendarasi muda

Biar pun,
setinggi mana imbuhan
pujian dan kurniaan
sekadar melepaskan nafas
kejayaan anak-anak didik
adalah wadah keramat
untuk kami.

Biar pun,
walau tiada siapa
sudi atau mengerti
harga masa terbuang
bagi hanyat seorang pendidik
pembangunan kemajuan  rakyat
adalah  [enawar segala duka

Biar pun
tiada siapa
yang dapat menilai
tentang wang dan keringat
walau pun mutabat tiada
mencorak zaman
adalah kita.


Oleh; Nurimanja,
SK. Sungai Ara. hb16/05/2000
Sajak lagenda mengenang kembali.
Buat guru-guru 1 malaysia yang maseh mengajar.



50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sempena hari guru hari ini, kami menyiarkan sajak bertemakan hari guru. selamat hari guru yang maseh lagi mengajar di alam persekolahan sempena dengan ini kamu tak mahu mengulas sajak yang ditulis oleh en nuri ini juga seorang guru. Cuma sekadar kita boleh membaca dan merenunginya buat mengenang akan jasa dan pengorbanan guru kepada kita semua yang pernah bersekolah.

Mentari Senja berkata...

DAP cakap tak serupa bikin - Zainal Abidin (BB)

KEPALA BATAS 12 Mei - Keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang dianggap melanggar batas kebebasan akhbar yang dilaung- laungkan mereka sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, dengan keputusan tersebut membuktikan kepimpinan DAP 'cakap tak serupa bikin'.

"Kalau dulu mereka (DAP) cuba menjadi juara dalam isu kebebasan media, mahu media bebas memberi laporan serta meraikan kebebasan bersuara secara mutlak.

"Tetapi dalam isu ini mereka pula yang bertindak melarang Utusan Malaysia daripada membuat liputan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Kemajuan Persekutuan negeri, Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.

Selasa lalu, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan usul supaya akhbar Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sesi persidangan atau berada di pekarangan DUN kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai kos ubah suai banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng berjumlah RM1.5 juta.

Keputusan itu dibuat selepas Utusan Malaysia dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

KOMENTAR:

DAP tak perlu takut jika akhbar lain menulis benar jika UM saja berat sebelah, ini membuktikan anda benar. semacam mana Harakah menulis apa saja yang bercangah dengan dasar BN.

Najib tidak mengharamkannya. Yang menilai adalah rakyat. Bagaimana dulu PR yang melaungkan kebebasan akhbar tak perlu disekat.Kini sudah jadi sebaliknya, jika benar tidak perlu takut. Ini baru akhbar , tidak termasuk dalam enternit lagi, blog dan sebagainya. Rakyat boleh fikir sendiri.

Bob Kuli berkata...

TELUR DAN MEE MAGGI

sebiji telur sebungkus megi
jam awal pagi perut pula berbunyi
berlagu minta diisi
jenguk ke dapur sepi
tiada yang tinggal lagi
licin semua sekali
jenguk pula peti sejuk hiba hati
tarik pula laci ada telur sebiji
ada sebungkus megi
gembira hati masih punya rezeki
buat peneguh diri sampai esok pagi
berdetik hati apa nasib mereka kini
berjuang hidup mati
demi sesuap rezeki anak isteri
ibu pertiwi dan islam dicintai
laci kututup kembali
tak jadi masak megi
mahu sekejap rasai
apa mereka rasa kini…


Bob Kuli
sajak terkenang nasib orang di afrika

Penghuni Maya berkata...

HARI YANG KELAM

hari kelam lampu enggan bersinar
aku sendiri tangisi
setiap tarikan nafasku sia-sia
hingga kering mata
tak ada dalam fikiran suram
tak ada pena di atas kertas
hanya sebatang rokok
terselip dalam jemari
kepulan asap, mencekik
bagai pisau memotong nadi
aliran darah bagaikan tali
dalam lembah kesunyian.
meniti tiap detik masih gelap

Penghuni Maya
sajak simbolik

Pencari Inspirasi berkata...

BIAS SINAR PUTIH

Bias sinar putih
bagai lantunan nada menderas
menerpa sudut gelap
tampak setengah bayang.
saat kita menakar warna,
mengurai benang menjalin
cahaya beraneka warna
dalam pantulan kristal
di langit pagi
ketika engkau memalingkan pandang
membuat sekat menutup bayang
hatimu yang bergejolak.

Pencari Inspirasi
sajak simbolik

Satria Juragan berkata...

PANDANG LANGIT ATAS

aku pandang langit atas ,
bersyukur masih ada nyawa .
bagaimana esok bagaimana lusa ?
hidup aku memang langsi ,
kerna pilihan aku sendiri ,
jangan salahkan TUHAN ,
hakimi dari iman ,
moga kesempatan yang ada ,
dapat aku sempurnakan ,
bemula dari sini .....

Satria Juragan
sajak meghargai nikmat tuhan

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

Bob Kuli menulis apa yang dirasakan itulah yang diceritakan.Dengan tajuk sajaknya yang tema agak komedi bunyinya. SEBIJI TELUR SEBUNGKUS MEGGI. Kalau ada kategori sajak Komedi.Ternyata Bob Kuli orang yang akan menjuarainya; Walau sajak ini tak namapk puitisnya tetapi mesejnya nyata isi dan ceritanya ada. Syabas! Mungkin mengenang anak isteri dan sahabat handai saudara Islam di sana Afereka selatan agaknya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

HARI YANG KELAM sajak dari sdra Penghuni Maya mungkin pendatang baru atau ahli yang lama sajaknya tidak tersiar.Pengucapannya agak puitis tetapi tidak begitu nyata simboliknya pada pengucapan atau perbandingan penceritaannya? Tidak ada maksud yang nampaknya jelas? Lebih muda membaca sajak Sebiji Telur Sebungkus Megge. Kebanyakan orang tidak meminati puisi kerana tidak faham apa yang ditulis oleh si penulis, Apa tah lagi buat mereka yang malas berfikir. Harap maaf kami tidak dapat mencalunkan untuk sayembara seterusnya , usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

BIAS SINAR PUTIH sajak Pencari Inspirasi sajak ini pengucapanya sukar untuk menterjemah penceritaannya, mungkin si penuli sahaja yang tahu. kami ingin membuat andain juga terasa gagal. bagaimana mungkin untuk menangkap maksud dan isi penceritaannya Dibawah juga tidak dinyatakan sinosisnya sekadar sajak simbolik.Maaf kami tidak dapat mencalunkannya untuk sayembara seterusnya. Harap maaf. usaha lagi dengan sajak lebih difahami. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

Sajak PANDANG KE LANGIT tajuknya banyak yang kami ubah sadikit agar lebih rasa puitis dan menyengat bila diucapkan. atau tertarik hati ingin tahu bila khalayak membacanya Penceritaan sajak oleh Satria Juragan agak mudah saja penceritaannya bertemakan ketuhanan Mungkin dulu agak lupa, kini mulai sedar dan menyukuri akan nekmat tuhan.kerana hidung masih bernafas, redha akan ketentuan tuhan. kini mulai berterima kasih kepada tuhan dengan apa yang ada.dan bersuhasa dari sekarang. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

Siti Hajar berkata...

kalau x salah sajak hari guru ni dulu gmbr en nuri kan?

Cikgu Rahim berkata...

sajak hari guru mcm sajak sy tp en nuri lebih hebat lagi

Abul Hassan berkata...

sajak hari guru plak nampaknya

Simsalabin berkata...

sajak hari guru?? mcm pnh baca jer

Yusri Nawab berkata...

selamat hari guru kpd guru!

Badrolshah berkata...

selamat hari guru kepada semua

Pak Kassim berkata...

sajak ni bukan utk anak murid tp sajak guru kpd guru2 yg lain

Muhamad Akmal berkata...

selamat hari guru kpd guru yg mengajar sy

Nabil Quldi berkata...

selamat hari ustaz kepada en nuri

Ustaz Muda berkata...

selamat hari guru kpsd semua!!

Pejuang Islam berkata...

hari guru ke 16 mei terlupa nak bagi hadiah...

dam catur berkata...

untung sapa jadi guru sbb ada hari guru

Lagenda Pulau berkata...

hari guru rupanya 16 mei x perasan plak

Abang berkata...

hari guru utk semua guru

Dayang berkata...

klu xsalah sajak ni ada gmbr en nuri muda2

Abang berkata...

kenapa x letak gambar en nuri je kat sajak ni mcm dulu2 jgk

Mr Casanova berkata...

selamat hari guru kpd guru yg mengajar aku dulu

Jalil Janggut berkata...

sajak pak hussin dulu best la final pun jd mckik senah

Hamba Allah berkata...

pak hussin ni jawa ke?

Intan berkata...

sajak mcm org jawa je pak hussin ni

Mak Mah berkata...

sajak menarik jgk pak hussin ni

Bob Kuli berkata...

mcm sajak politik je pak hussin ni

Mei Ling berkata...

sajak pak hussin ni tinggi btol la

Inspektor halim berkata...

sajak pak hussin ni susah nk phm la

Maisarah An Nisa berkata...

sajak pak hussin ni psl apa ek?

Hajjah Jamilah berkata...

pening plak baca sajak pak hussin ni

Warga Emas berkata...

sajak yg agak tinggi maksudnya pak hussin ni

Geletek Malam berkata...

byk maksud tersirat pak hussin ni

Laila Mellisa berkata...

sajak apa plak pak hussin ni?

Suara Rakyat berkata...

pening jgk sajak pak hussin ni

Nuri Jaguh berkata...

makin berdebar nk thu kesudahan cerpen ni

Sarah berkata...

adik dia dgn puteri tu apa cerita?

Richrad Sirosa berkata...

cerita ni panjang lagi ke dh nk hbis?

Raja Muda berkata...

raja xde ke dalam cerpen ni?

Guest berkata...

sajak en nuri ni lain dari yg lain sbb sajak guru utk guru bukan utk pelajar

Saudagar Emas berkata...

apa jd kat naga tu dia hidup balik x?

Nik Aziman berkata...

eh! sajak kali agak pening jgk

Atuk berkata...

sajak pak hussin ni tinggi sgt la

Gelora Maya berkata...

pelik la sajak pak hussin ni

Muhamad Badawee berkata...

naga tu btol2 dh mati ke takut2 nnt di hidup balik telan syahir