Sabtu, 14 Mei 2011

RENUNGANKU MENEMBUSI KERTAS



Sajak menang sayembara Cr April 2011



aku tenung lama kertas itu
sehingga dasarnya telah aku tembusi
aku biarkan pandangan itu kaku
sehingga minda aku
mengoyak isi kertas tersebut
menjadi helaian helaian mengecil
semakin mengabur dari pandangan
kala aku tersentak dari lamunan
kertas itu masih begitu ,
kosong tanpa warna tanpa coretan
aku tahu kecelakaan bakalku hadapi
beberapa bulan dari sekarang
kecelakaan yang nampaknya
seperti akan memberi luka parah
pada minda pembekal .
rasanya masa makin meruncing ,
perlahan aku gerakkan jari menconteng
mungkin sekadar contengan
tapi tak membawa maksud apa-apa.


Oleh: Simsalabin
sajak tengah berfikir/11 Mei 2011 11:38 AM



50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA PESERTA AKHIR APRIL AHLI DAN PB CR 2011.

RENUNGANKU MENEMBUSI KERTAS tajuk sajak agak menarik ada daya ingin tahu buat khalayak. Pengucapannya terasa membawa ke alam fantasi atau imbas kehadapan.semestinya punya daya kareatif yang kuat untuk menulis. seperti dalam cerpen en nuri yang bertajuk ( maaf lupa pula tajuknya). Apa-apa pun mesejnya semacam rasa kesal dan kecewa diatas apa yang berlaku. mungkin menerima surat notes atau saman kerana tempuh yang dihatkan perlu di tanda tangan atau dilunaskan segera, .kalau bekerja dengan syarikat mungkin tuan syarikat yang akan membayarnya(cuma andaian). Penceritaan mungkin perkara biasa saja, tetapi gaya penyampaian dan pengucapannya menarik untuk berfikir dan mengcabarkan kemampuan minda mencari maksud dan andaian yang berbagai. Untuk itu selayaknyalah anda dinobat untuk sayembara bulan April ini sebagai Sajak TERUTAMA tempat PERTAMA.

Ustaz Rahman berkata...

SUARA BUAT TUHAN

ya tuhanku aku layangkan
terima kaseh buatMu
cela-cela mencampakkan aku
pada realiti fatamorgana
aku dihempap batu
sehingga parah bernanah
aku ditikam tembus
sehingga hanyir menyelubungi
aku dinodai najis duni
sehingga hapak membayangi
aku digauli sampah sara
sehingga nafas tersekat
tidak berganjak teguh memilih
dalam tenang aku berperisai sinis
ya tuhanku aku daki kesyukuran
senyuman maseh kekal menemaniku

Ustaz Rahman
sajak ketuhanan

Muhamad Akmal berkata...

MATEMATIK

Ma-te-ma-tik,hari - hari
Nombor,huruf,besar,kecil
Aku sudah mulai pening
Ma-te-ma-tik,hari - hari
Operasi kira - kira
Satu tambah satu aku kata tingkap
Teori di luar fikiran
Ma-te-ma-tik takkan berubah
Takkan lari,takkan hilang
Tapi ku lebih suka lupakan,
Matematik,aku sakit.


Muhamaad akmal
sajak tgh pening

Geletek Malam berkata...

BUTIRAN HUJAN

hujan meniupkah butiran air
angin menghembuskan udaranya
aku duduk disini menunggumu
matahari bersembunyi di balik awan
bulan enggan hadir
burung-burung berceloteh riang
jangkrik bernyanyi gembira
dedaunan kehilangan warnanya
hembus angin mencampak dari tangkai


Geletek Malam
sajak keindahan alam

Ahmad Qatarunada berkata...

HILANG SERI WAJAH

mana hilang seri wajah
tiada terjejak manis terletak
bengkeng terus melanda
usah jadi begitu
kita memang sebulu sekutu sekufu
tolong maafkan aku
aku sedar itu silapku
ayuh segera ke sini
kubawakan secubit kasih
bersama sekepal sayang
juga segenggam harapan
terimalah pemberianku ini
tanda ikhlas hati
usah bengkeng lagi
hapuskanlah belang di pipi
kerut di dahi ukir sebuah senyuman
sepenuh kemanisan
agar wajahmu berseri kembali

Ahmad Qatarunada
sajak jiwa2

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sajak ketuhanan oleh Ustaz Rahaman yang bertajuk: SUARA BUAT TUHAN pengucapannya Ingin rasa bersykur di atas keyakinan diri yang selama ini terlalu banyak tarekkan kecelaruan minda berlaku.
Mungkin diri hampir terhuyung ke hulu dan ke hilir bila mendengar cerita mencari pengaruh.

Tetapi bila hati yang telah dimekteri degan keimanan tuhan masih sayang dan menyelamatkan daripada terpengaruh.dengan pertimbangan keimanan.

Tiada satu paling mengembirakan jika diri tidak terperangkap dengan cakap-cakap kosong, Kii hanya pada Tuhan diri ingin bersuara tanda rasa bersyukur. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sajak tenag pening betajuk MATEMTIK oleh Muhamad Akmal.Semacam tak ada idea saja kali ini, Cerita biasa buat meeka yang kekadang mungkin tersalah jusan. Apa pun Ini Cuma persdian hidup dalam menempuh masa epan kerana kita akan behadapan dengan matematik saban hari.ira umur, gaji dan belaja harian anak bini, Masa ini mungkin belum lagi anda merasainya. Syabs! Kerana berani mencubanya! Namun sajak anada terpaksa dikeluarkan tanpa bentuk dan isi gaya puisi (TK)

Qalam Mutiara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sajak Ahmad Qatarunada bertajuk HILNG SERI WAJAH.Penceritaannya menarik juga, ada kemampuan untuk dicalunkan, tetapi telah ditewaskan oleh sajak brtajuk BUTIRAN HUJAN. Jka diterbitkan engan sajak sebelum ini . Ada kmungkin boleh dicalunkan. Walauun berbentuk atau tema jiwa-jiwa ada kepuitisannya. Harap maaf, kerana pemilihan Cuma empat sajak saja , usaha lagi lain kali. Cuma di sini sahaja pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA BLOG BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sajak panorama alam ini ada banyak andaian untuk ditejemahkan betajuk BUTIRAN HUJAN Oleh Geletek Malam Penceritaannya rezeki biasanya dari sumbr air hujan. Memeri kita hidup nak menekmati alam ini, mentari dan bulan kedua punya peranan dalam memilang hari atau waktu, agin kehidupan yang menuip dedaun adalah kita , bila tua bertukar wajah lalu mati arau gugur dari tangkainya, Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Simsalabin berkata...

sajak aku tersiar dalam ni plak? mmg kalau menang sajak tersiar kat sini ke?

Pak Ngah But berkata...

ingatkan sajak apa rupanya pasal kena saman

Harimau Berantai berkata...

x sangka sajak simsalabin ni hebat jgk

Datin Maimun berkata...

sajak simsalabin agak mengancam jgk nampaknya

Salam berkata...

wlpn bru dtg terus menang simsalabin ni

Abul Hassan berkata...

mcm mana simsalabin boleh menang lagipun dia ahli bru... mmg pelik

Nuri Jaguh berkata...

nampaknya pendatang baru kat blog ni kena bagi perhatian jgk

Jalal Rafzee berkata...

dah 2 kali ahli baru menang kt blog ni

Karim Ghani berkata...

x sangka ahli baru pun bagi tentangan jgk nampaknya

Seri Suri berkata...

ahli baru semua hebat2 jgk dulu mia menang

Petualang Tiga berkata...

bila la ahli lama nak menang balik ni

Tetamu Malam berkata...

tajuk pun dah gerun sajak simsalabin ni

Pak Haji berkata...

ada kemampuan nk tulis sajak simsalabin ni

Maisarah An Nisa berkata...

eh! sajak simsalabin disiarkan kali ni

Tok mahat berkata...

mmg byk tgk filem fantasi la simsalabin ni

Tan Sri Yunus berkata...

sajak simsalabin ni yang dikatakan imbas ke depan

Pak Haji berkata...

lps simsalabin sajak sy plak ke? sbb sy no 2

Mozaire berkata...

kenapa cerpen xde kat sini?

Malik Wariya berkata...

hanya ada sajak simsalabin je cerpen mana?

Salikin Samsudin berkata...

sajak je cerpen mana?

Asyar Mujid berkata...

xkn ada sajak je mana cerpen ni

Ustazah Hamidah berkata...

kali ni xde cerpen la plak?

Sudin Ramlee berkata...

eh! sajak simsalabin la disiarkan

Yusmanira berkata...

xde cerpen ulasan susah penuh ni

Yusri Nawab berkata...

harap esok ada cerpen balik

Nurse Lisa berkata...

esok ada cerpen balik x?

Jalal Rafzee berkata...

cerpen mana en nuri?

Jalal Rafzee berkata...

sbb selalu xde cerpen susah nk penuh ulasan

Umar Haslam berkata...

tahniah pendatang baru simsalabin

Penyajak Istana berkata...

simsalabin ni peserta jemputan ke?

Inspektor Halim berkata...

eh! sajak naib juara pun en nuri siar atau juara je?

Ustaz Muda berkata...

seronok la simsalabin dpt Tv besau

Badrolshah berkata...

msti rumah simsalabin mcm panggung wayang TV besar

Julia berkata...

lps ni sapa la plak menang sayembara

Saudagar Emas berkata...

bila la pmpuan nk menang setakat ni hanya mia safiyah dgn julia jer

Cikgu Zuki berkata...

nampaknya simsalabin ni imaginasi tinggi jgk

Olie Pajudty berkata...

lepas ni nak buat sajak mcm simsalabin la.. hehe

Brader Joe berkata...

sajak imbas ke hadapan susah org nk buat ni

Raja Muda berkata...

sajak simsalabin ni mmg kretif

Datin Maimun berkata...

mmg layak dia menang sajak kretif