Ahad, 29 Mei 2011

MANA MUNGKIN?



 


Ramai aku lihat
rakyat kita ternyata tenat
bagaimana mungkin boleh hidup
jika saban hari menanggung beban   
biasakah kita bernafas dalam lumpur

Ada yang kaya
senang bertambah kayaraya
yang miskin pula kian papa kedana
jika kos keperluan  semuanya naik.
sedangkan pendapatan berkurangan

Mana mungkin
Hidup akan selesa dan bahgia
jika segalanya tidak terdaya mendapatnya
belanja bulanan  sudah lari  jadi harian pula
untuk simpanan tahunan sudah jadi bulanan nampaknya.



Oleh: Qalam Mutiara
Keluhan yang terpaksa ditanggung.
dua hari lalu, pohon cuti dan berhenti nampaknya.





50 ulasan:

Mentari Senja berkata...

Maaf Qalam ada tugas yang tidak dapat dilaksanakan dengan kata lain belum selesai. Dia melepaskan kepada saya boleh dilatakan sahabat Qarib juga, En nuri kata pilih saja yang mana anda suka. Kalau ada yang tidak puas hati lantik dua orang lagi . Mungkin kita minta persetujuan Ziarah Makrifat dan Tan Seri Yunus. kalau saya pilih jika dua orang lagi juri setuju; atau mereka berkata okey! (OK) dikira lulus. Kalau saya pilih dua juri lagi kata tidak okey (TO) Maka pemelihan kena buat 2 atau 3 juri setuju. jika satu juru batal atau tidak boleh diterima. Okey!

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke lapanbelas.

Sesampai sahaja di puncak Gunung Mentera Alam Putera Wira Syahir bertemu dengan saekor ular yang sangat besar dan garang telah menyerangnya dengan begitu ganas sekali. maka dengan tangkas pula Putra Wira Syahir melompat turun dari kudanya dan menepuk kudanya untuk pergi menyelamatkan diri.
Ular besar dan garang it uterus menyerang Putra Wira Syahir. bertubu-tubi melepaskan patukkan.

Dia melompat lagi ke arah kiri dan kanan. Setelah sekian lamanya ular itu kelihatan letih dan marah, Sewaktu itulah Putra Wira Syahir hendak mengeluarkan pedang saktinya untuk memancung kepala ular itu, Tetapi belum sempat dia bertinda dengan pantas pula ular besar dan garang itu menghilangkan diri, ghaiba entah kemana..

Apabila melihat keadaan kembali tenang , Putra Wira Syahir memanggil kudanya dengan sekali siulan saja, kelihatan kuda kesayangannya itu pun dating dari celah batu besar di atas puncak gunung itu. sambil berbunyi dengan manjanya.

Putra Wira Syahir segera melompat ke atas kudanya sebagai seorang perwira laganya.Dengan pantas dia meneruskan perjalannannya menuju ke puncak yang lebih tinggi lagi. Tetapi malang masih belum setengah perjalanan dia bertemu pula dengan saekor harimau belang yang sangat besar dan garang, tetiba dengan pantas menyerangnya.

Maka dengan pantas pula Putra Wira Syahir menyelak dan melompat dari atas kudanya, serta menepok belakang buntuk kudanya sebgai isyarat agar kudanya segera menyelamatkan dir idengan Wira Syahir menyelak dan melompat dari atas kuda kudanya, serta menepok belakang kudanya sebagai isyarat agar kudanya segera menyelamatkan diri.

Maka Putra Wira Syahir dengan pantas juga menyelak dan melompat dari atas kuda kesayangan serta mengarahkan dengan segera agar kudanya menyelamatkan diri. Dia terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih merbahaya lagi kali ini.

Harimau belang itu mengum sekuatnya bagaikan ingin mematahkan tengkok Putra Wira Syahir. kelihatan seperti dia sedang mengumpul tenaga untuk menyerang habis-habisan. Ternyata semua usaha Harimau belang itu sia-sia. Kepantasan Putra Wira Syahir melompat dan mengelak dari terkaman Harimau belang itu dapat ditangkiskannya.

Apabila Putra Wira Syahir melihat akan keletihan sang Harimau Belang itu. Dia segera penghunuskan petangnya yang berkilas ketajaman mata pedang saktinya itu. Tetapi ternyata sekali lagi, belum pun sempat dia melepaskan tetakkan atau tikaman, Harimau Belang itu telah pun gahib serta merta daripada pandangannya, lalu hilang entah kemana.

BERSAMBUNG.

Tuan Haji berkata...

PEDIHKAH KAU MEMANDANG MATAHARI

sesakali bila kau angkat kepala
cuba dongak ke langit
mesti pedih mata memandang matahari
tapi tak mengapa asalkan kau sedar
kau masih berpijak dibumi tuhan
kau masih berada di bawah
belum lagi mencapai langitdan bulan
tapi kenapa kau takut mahatari
kerana ia yang paling besar
jadi kau pasti akan tahu
masih ada di atas yang memerhati
kau hanya cuma kerdil disini
jangan cuba melawan matahari
kalau kau hanya ada
bulan,langit dan bintang

Tuan Haji
sajak simbolik politik dan sindiran

Syah Inderapura berkata...

BICARA ANGKUH SELEMBAR KERTAS PUTIH

selembar kertas putih itu bersuara
Aku tercipta warna putih suci
kerana itu aku suci selamanya.
walau dibakar abuku juga putih
kegelapan takkan menyentuhku
aku takkandidekati dengan kekotoran
Tapi ada satu botol dakwat hitam
mendengarkertas itu lalu ia ketawa
disudut lain pula
ada sebatang pen yang melihat
hanya tersenyum lebar
dalam hatinya berkata
walau seputih manapun kau
manusia akan menggunakan
aku untuk menulis atas kau
jadi yang putih tak selamanya putih

Syah Inderaputa
sajak simbolik untuk org yang angkuh

Kelana Nusantara berkata...

KELMARIN IA MENANGIS

Kemarin kulihat ia menangis
dalam hening diam tanpa airmata
Namun kutahu ia menangis
Kutahu ia telah pasrah
Kutahu ia telah menyerah
tak berdaya pada kuasa hatinya
tak kuasa pada kehendak cintanya
Dan kini ia hanya diam menanti
dalam rindu yang amat sangat
dalam sepi yang menyengat
Menanti sesuatu yang tak pasti
tapi ia tak peduli ia hanya tahu
cinta yang ia miliki pasti.

kelana nusantara
sajak jiwa2 utk gf sy

Satria Juragan berkata...

HUJAN

kamu tersenyum kala
aku ungkap kata perpisahan
tapi kamu jangan lupa
mendoakan kebahagiaan aku
seperti tiada apa yang berlaku
melihat kamu pergi dengan perlahan
jangan biar ia dalam kesedihan
aku pasti takkan mampu bertahan
pasti takkan dapat melepaskan
kamu laju didalam hujan
hujan jadi teman hujan jadi saksi
kerna hujan tangisan tak kelihatan
kerna hujan takkan pernah menahan

Satria Juragan
sajak perpisahan dgn gf

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak Tuan Haji bertajuk PEDIHKAH KAU MEMANDANG MATARI masih berternaga ungapan simbolik dan sinis politik yang hendak disampaikan. Bengitulah kenyataannya kerana terlalu takut hendak menghadapi matahari terpaksa bekerjasama dengan bulan bintang dan bumi. ternyata tiga lawan satu, mujurlah matahari ada lagibeberapa cekerawala lain membantu, jika tidak sakit juga jadinya. Apa pun yang sedehnya bumi sering saja ditimpa bencana alam dan keadaan, akibat lagaknya sendiri, bulan dan bintang Cuma mengambil kesempatan saja,Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Sajak oleh Sdra. Syah Inderaputra bertajuk: BICARA ANGKUH SELEMBAR KERTAS PUTIH/ Ada simbolik dan sinis tajam buat mereka yang bersifat angkuh dan sumbung. Sebenarnya dalam hidup kita ini, secantik dan saelok mana pun benda yang baharu akan akan ada kelemahannya dan akan menerima kebinasaan. tidak akan kekal. kertas putih pun akhirnya didakwatkan , apatah lagi manusia biasa. pastinya ada kelemahannya , justeru itu jangan terlalu angkuh. Apa yang menarik ada dailog pula dalam pengucapan sajak ini antara kertas putih,botol dakwat dan pen. Layak untuk sajak seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Disebabkan kedua sajak ini bertemanya jiwa-jiwa, terpaksa kami pilih dua sahaja dan yang lebih mantap pengucapan , ada maksud dan isinya. disamping puitis, pada persembahan dan penutup yang lebih berkeyakinan. Sajak bertajuk KEMARIN IA MENANGIS oleh sdra Kelana Nusantara. sajak ini pengucapannya boleh diterima , tetapi nasib tidak menyembelahi anda kali ini , kerana ada persaingan sajak yang lebih hebat di antaranya sajak 1 dan 2 di atas. harap maaf sajak anda terpaksa digugurkan . usaha lagi (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI-PUISI SAHABAT CR. BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PENJAJA BLOG

Disebabkan kedua sajak ini bertemanya jiwa-jiwa , terpaksa kami pilih dua saja, dan yang lebih mantap pengucapan dan ada maksud isinya. disamping puitis, pada persembahan dan penutup yang lebih berkeyakinan. Begitu juga sajak bertajuk: HUJAN oleh sdra Satria Juragan, sajak anda juga punya cerita biasa dan boleh dikira ada kemampuannya, tetapi kerana ada persaingan hebat sajak 1 dan 2 di atas harap maaf sajak anda terpaksa digugurkan. usaha lagi (TK)

Mia Safiyah\ berkata...

ada anakonda la plak!!! wah

Saudagar Emas berkata...

ular anakonda ke yg serang dia?

Nahul Hidzar berkata...

ular tu besar mana?

Tengku hasbullah berkata...

ular tu sebesar ular sawa ke kecik lagi?

Abang berkata...

ular tu besar kereta ke?

Sharifah berkata...

byk binatang yg dia jmpa nampaknya

Teksi Manaf berkata...

td ular skrg harimau plak!

Harimau Berantai berkata...

wah! 2 kali binatang ghaib!!!

Mak Mah berkata...

eh! mcm ada tanda x baik je ada haiwan ganas serang dia

Dayang berkata...

entah2 jelmaan kot haiwan tu?

Siti Hajar berkata...

selalunya kalau kt hutan binatang semua jelmaan jin

Inspektor Haliom berkata...

binatang tu binatang biasa atau jelmaan jin????

Mawar Harum berkata...

mcm ada petanda x baik je?

Nasruq Haqq berkata...

rasanya haiwan tu penunggu hutan tu la

Pak Haji berkata...

selalunya kat hutan binatang semua kebayakan hantu2

Dam Catur berkata...

mmg berani la dia pegi situ sorg2

Sudin Ramlee berkata...

eh! ada apa plak haiwan tu tiba2 serang syahir?

Ustaz Sahzan berkata...

kalau ada haiwan msti ada penjaga dia

Bos Kacak berkata...

eh! haiwan tu mcm bukan haiwan je entah2 hantu kot?

Atan Yahoo berkata...

dian kuda dia lari lps tu dtg balik? hahaha

Simsalabin berkata...

kenapa en nuri x buat dia boleh bercakap????

Panglima Ketot berkata...

haiwan ni misteri la

Nabil Quldi berkata...

kenapa la dgn haiwan tu mcm ada org yg yg suruh kacau shahir?

En Sanusi berkata...

kalau haiwan yg misteri ni msti ada tuan dia yg menjaga

Firasat Hikayat berkata...

ada lagi ke haiwan yg serang dia lps ni?

Hadi Hamzah berkata...

lps ni binatang apa plak serang dia?

Ustaz Saad berkata...

kenapa dia x azan?? sbb kalau ada binatang serang kena azan

Comel berkata...

binatang tu gila agaknya

Bob Kuli berkata...

entah2 ular dgn harimau tu adik dia kot??? kena sumpah jd binatang?

Mr Casanova berkata...

aku rasa dalam perjalanan nnt dia jmpa adik dia plak agaknya

Mei Ling berkata...

binatang tu datang dari mana?

Lelangit Biru berkata...

haiwan tu pelik la misteri mcm ada sesuatu

Syah Inderapura berkata...

lps ni apa plak? gajah plak serang dia rasanya

Yusmanir berkata...

semua binatang ganas2 serang dia nampaknya

Madah Pujangga berkata...

belum sampai lagi mcm2 dugaan dia lalui

Lagenda Pulau berkata...

rasanya lps ni dia patah balik kot?

Latif Bomba berkata...

eh! ada apa la kt hutan tua agaknya baru sampai dah kena serang dgn haiwan ganas?

Karim Ghani berkata...

pelik la binatang tu mcm jelmaan bunian je?

Pengembara Masa berkata...

dia x jmpa perkampungan org asli ke?

Penyajak Istana berkata...

lps ni mngkin org bunian tolong dia