Isnin, 23 Mei 2011

JANGAN SOMBONG MA



 sajak pilihan warga Cr.


Kilat petir rebut
Taufan tsunami mendung dah reda.
Sekarang cuaca dah cerah
Cuma kadang hujan turun juga
Aku bawa payung kau Tak ada kan?
Mari sini kita kongsi
Janganlah jadi bodoh
Jangan sombong nanti kau basah
Sakit demam kau yang susah.
Lain kali jangan sombong lagi ma

 

Oleh: Jessica Lew
jam 12 pagi
penang/2010 September 16 12:09




50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

1 ulasan:


Sajak bertajuk JANGAN SOMBONG MA seorang wanita cina dari pulau mutiara Sinopsisnya mengigatkan kita musibah yang pernah melanda dahulu telah reda kini.walaupoun sesekali masih ada mendung dan hujan adalah perkara biasa dalam Kehidupan seharian.

Namun ada sikap yang suka tolong menolong diamalkan budaya kita di Malaysia. Dipandang sepi dan agak sombong, kerana lebih sangup berhujan dari diberi tempat tompang berteduh dan berlindung sama berpayung.

Bila ditimpa musibah barulah mereka hendak sedar. Inilah satu budaya kurang sedar atau perihatian masyarakat yang bersikap hidung tinggi atau sombong. Satu peringatan buat mereka yang ada bersikap sombong. Syabas! Jassica Lew ada kemampuan mencipta puisi.usaha lagi!.

Oleh Qalam Mutiara
15 September 2010 11:24 PM

Mentari Senja berkata...

isu video seks tidak selesai selagi pelaku tidak didedah (UM)

KUALA LUMPUR 19 Mei – Isu rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan selesai selagi pihak berkuasa enggan mendedahkan individu terlibat walaupun ia telah disahkan tulen.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sehingga kini, pihak berkuasa tidak membuat kenyataan siapakah watak di dalam video meskipun pengesahan ketulenan dilakukan sebanyak dua kali termasuk pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tegas beliau, pendirian Pas dalam isu tersebut jelas iaitu parti itu tidak akan terlibat dalam kesalahan berkaitan qazaf.

‘‘Isu itu tidak selesai. Mana nak selesai kerana satu badan yang berkuasa pun tidak boleh kata siapa pelakon watak dalam video itu. Video ini kemudian telah disebarkan sebab itu Pas berpendapat ini tidak bertanggungjawab. Polis pula telah sahkan dua kali tulen.

‘‘Apabila Bukit Aman membuat penyiasatan ia disahkan tulen. Namun, kita perlu pula pakar daripada AS dan mereka siasat. Kemudian ia disahkan tulen. Ini bermakna ada pakar pun tulen tidak ada pakar pun tulen, tetapi tidak pula dedahkan siapa yang sebenarnya. Perlu ada satu badan berkuasa uruskan perkara ini,’’ katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keresahan rakyat ekoran rakaman video yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Sebelum ini, beberapa pihak mahukan pelaku video seks berkenaan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sama ada dalam bentuk hukuman mahkamah sivil atau syariah.

Salahuddin berkata, pendirian Pas tidak pernah berubah sejak hari pertama isu tersebut tercetus kerana bagi parti itu, tuduhan atau dakwaan tersebut perlu disertakan bersama empat saksi yang adil.

‘‘Perbuatan ini tidak diizinkan oleh Islam kerana ia memerlukan pembabitan empat orang saksi,’’ katanya.Menjawab satu soalan, beliau berkata, pendirian Pas adalah atas pertimbangan agama kerana ia berkaitan dengan satu tuduhan yang memerlukan keterangan empat orang saksi.

KOMENTAR:

Kalau nak cari 4 orang saksi baru nak sah? Kalau CCTV itu direkacacipta lebih daripada empat orang, malah satu syarikat dengan pekerjanya ramai. Buktinya lebih dari 4 orang saksi.Islam itu ikut situasi sebenarnya. Cuma pengikut dan penyokong taksup dan berkepentingan yang kurang
arif atau sengaja memutarbelitkan fakta. Di akhirat semuanya kulit tangan dan kaki akan menjadi saksi di atas kelakuan kita di dunia ini. Di akhir zaman ramai orang keliru dengan keadaan.

Syah Inderapura berkata...

CEMARA UDANG

Angin pantai disela gerimis
mendera sejenak
berteduh di pohon cemara udang.
kemudian lenyap
ke arah bambu reput
tanpa atap di tepian jalanan pantai
Senja ini tiada romantis membiuskan angan ke dalam khayal
ratusan hari terkubur diam.
Pantai ini telah sepi..
hanya derai cemara udang..
rintik gerimis tidak kunjung reda,
tidak juga menjadi hujan deras.

Indera Syahpura
sajak simbolik

Tok mahat berkata...

PIRAMID KRISTAL

Tinggal kata orang berucap
berlalu terserak pandang,
bayang hilang dalam balutan hitam
bergurat warna perak kusam.
bagai lantunan nada
menderas menerpa sudut gelap
tampak setengah bayang.
saat kita menakar warna,
mengurai benang yang menjalin
lanjutan cahaya beraneka warna
dalam pantulan piramid kristal.

Tok Mahat
sajak simbolik

Muhamad Ahmad berkata...

KUTUK

aku orang baik dan budiman
di mata sendiri
tapi di pandangan tuhan
aku tidak tahu
rasa macam dah baik
amalan semua cukup
sembahyang cukup lima waktu
puasa tak pernah tinggal
zakat aku keluarkan
cuma pergi haji aku belum mampu
tapi insyaallah ada rezekiku nanti
tapi tadi terkutuk Salih Yaacob
sakitkan hati Aznil
terkutuk Eskay dan anuar
tertidur waktu kerja
terlanggar lampu merah
rupanya aku belum baik
aku insan pelupa
muhasabah itu perlu

Muhamad Ahmad
sajak peringatan

Cikgu Rahim berkata...

PENUH KEPALSUAN

Lihat mata penuh linangan air mata
yang tertahan atau memang di tahan?
Lihat senyum itu pula
penuh kepalsuan atau di palsukan?
tak tahan ku menatapnya
Karena ku tahu dia lemah
dia sudah tak kuasa
biar dirinya sendiri berlari
dia meminum keringatnya
untuk memuaskan dahaganya
Dia coba lewati duri agar
dia terus terjaga dan berjalan
menuju akhir dari semua


Cikgu Rahim
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Sajak CEMARA UDANG oleh Indera Syahpura pengucapannya bagai mengenang kisah silap yang dulu mungkin tempat sipermainan atau melepas lelah di tepian pantai bersama mengirup deru angin laut di bawah pohon cemara udang di sekitar pepohon bamboo. Kini semuanya telah hilang dihakis keadaan.Begitulah kehidupan kita sering saja berubah situasi dan dimamah usia’ yang tinggal kini cuma kenangan seperti tunggul bambu yang reput dan pohon cemara udang tua Tiap kewujudan di dunia ini. tidak siapa yang kekal untuk selamanya. Syabas! Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Sajak PIRAMID KRISTIL oleh Tok Mahat . Pengucapanya agak rengkas tetapi punya daya pemikiran yang kalut untuk menangkap maksud. Apa sekadar andain saja . Pada tajuknya saja sudah jelas menyatakan untuk membina sesuatu yang gah seperti pramid, tidak akan menjadi sekadar dengan kaca atau kristil. Pastinya nampak cantek, tetapi ketahannya belum tentu dapat dibanggakan.Jadi jangan terlalu percaya dan yakin dengan cerita donging dan ucapan tidak punya asas yang boleh diyakinkan. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Muhamad ahmad dengan sajak bertajuk KUTUK Nampak bertema ketuhan. Sayang cara pengucapannya sebagai dialog biasa . Isinya ada cuma daya kreatif untuk menyusun ayat agar lebih puitis dan menarik kurang ditekankan. Penyampaian semacam ingin berfalasafah. namun penutup masih longgar dan lemah untuk member kesimpulan yang menarik. Harap maaf usaha lagi .Cuma disini setelah diberi peluang. terpaksa di keluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUIS-PUISII NURIMANJA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PEKERJA BLOG

Sajak bertajuk PENUH KEPALSUAN oleh Cikgu Rahim pengucapannya juga terlalu biasa. mungkinmenceritakan tentang gelagat manusia yang mungkin berani buat berani tanggung dalam apa jua keadaan. Simpati yang ditunjukkan bagai sudah dapat dinilai. Jadi cubalah kau tanggung sendiri dalam menempuh semua onak dan duri sehingga akhir nanti. Pengucapannya terasa hambar dan hilang kepuitisannya sebagai sebuah puisi yang diharapkan.Harap maaf Cuma disebi setelah diberi peluang. (TK)

Abul Hassan berkata...

kenapa ada ma kat belakang tajuk jessica ni? hehe

Zainal Arifin berkata...

kalau org cina ckp msti ada maaa... hehe

Rossa Long berkata...

kalau org cina suka letak maa kat belakang orang sabah plak bah

Ustaz Rahman berkata...

sajak nmpk mcm biasa tp byk mksud tersirat

Jalil Janggut berkata...

sajak nasihat jessica ni

Mozaire berkata...

eh! sajak jessica ni agak menarik jgk

Asyar Mujid berkata...

sayembara bulan mei menang perabot sbb byk org pening

Asyar Mujid berkata...

kenapa la aku x dijemput kat sayembara ni

Syed Faizal berkata...

sajak yg agak sinis dari jessica

Saudagar Emas berkata...

menarik jgk sajak jessica ni

Hajjah Jamilah berkata...

wa! makin lama makin mencabar jalan cerita

Wasiril Aswad berkata...

buat filem best ni sbb filem malaysia xpnh lagi mcm ni

Supain Sipaun berkata...

cerpen en nuri ni suruh KRU buat filem menarik

Asyar Mujid berkata...

sajak dalam simpanan sy ada 50.... tp 15 semua sajak politik yang selebih sajak apa x berapa phm

En Sanusi berkata...

eh! jessica pnya sajak agak hebat jgk

Tan Sri Yunus berkata...

mcm politik pun ada sajak jessica ni

Simsalabin berkata...

jessica ni ahli ke xpnh nmpk pun

Arkenna berkata...

eh sajak jessica plak kali ni

Pak Kassim berkata...

bila nak siar sajak melayu plak ni?

Yusmanira berkata...

sepanjang en nuri siar sajak ahli x terkenal ni dorg langsung x masuk pun?

Dayang berkata...

siar sajak ahli aktif la en nuri ahli x aktif siar sajak sorg bkn dorg msuk pun

Lagenda Pulau berkata...

semua sajak bukan islam je en nuri siar

Ustazah Hamidah berkata...

giliran sapa pilih sajak kali ni?

Puteri Bunian berkata...

sajak mcm ada bunyi sindiran jgk ni

Camelia berkata...

sajak kali ni pasal apa jessica?

Najwa berkata...

sajak jessica dia ahli ke xpnh nmpk pun

Guest berkata...

harap jessica masuk la sbb sajak dia tersiar kalau x msuk lain kali en nuri siar sajak ahli aktif je la

Ali Conan berkata...

eh! sajak kali ni agak menarik

Nuri Jaguh berkata...

sinis tajam jgk jessica ni

Qalam Musoffa berkata...

jessica sajak agak mengancam jgk

Jeffry berkata...

agaknya jessica ni perasan x sajak dia disiarkan mcm ahli2 yg sebelum ni sorg pun x msuk

En Qalifatullah berkata...

siar sajak ahli aktif la en nuri

Atan Yahoo berkata...

nampaknya kali ni en nuri siar sajak bukan islam je byk

Sulaiman Embong berkata...

sajak jessica ni dia perli sapa la agaknya

Ustaz Muda berkata...

lps ni giliran sajak sapa plak

Ezad Emir berkata...

en nuri pilih ke ahli yg pilih sajak2 tersiar ni?

Raja Muda berkata...

sajak politik ke jessica ni?

Asyar Mujid berkata...

ulasan lambat sikit maaf en nuri

Hambali Maliki berkata...

nmpknya sajak kali ni agak menarik

Salam berkata...

sajak kehidupan ke jessica ni?