Selasa, 17 Mei 2011

ANJING GONGGONGAN (SM)




Selagi anjing bergonggongan
memingit hablur mandiri
senggama batil petaka akar
kelakuan berisi pantas
di kurapsi anjing yang kemaruk
dengar secekak takar
terus menuak kalam
kesetanan naik tuhan
di satah lakar kebajingan
akal palat aku kan terus
jadi kekulat terpalit di pasungan..

 
Oleh: Pak Hussin
sajak simbolik26 April 2011 5:09 PM




50 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke Sembilan.

Gerakkan senyap yang dilakukan oleh Putera Wira Syahil telah pun menunggu isyarat sahaja daripada Putera Wira Syahir. Sewaktu Sang Naga Rajunatapa kepala Tujuh itu tercungap-cungap keletihan nampakkeletihan. dikala itulah Putera Wira Syahir memberi isyaratnya.

Apa lagi tepat waktu mentari jatuh di kaki langit kegelapan mula menguasai suasana. Tetiba pukat dan jala terbang mencekup tubuh Sang Naga Rajunatapa Kepala Tujuh itu. Sehingga tubuhnya tidak dapat bergerak lagi. Cuma kepala-kepalanya sahaja yang dapat meluluskan terjengul keluar dari celah jaringan pukat dan jala itu.

Kemudian disusuli pula dengan berpuluh biji bebola besi panas yang merah menyala terbang keatas ke pala Sang Naga rajunatapa kepala tujuh itu. Apa bila Sang Naga Rajunatapa melihat sahaja bebola besi yang berwarna kemerahan dalam kegelapan itu, Dia menyangkakan biji-biji geliganya yang jatuh dari atas gunung. maka ditelanyalah satu- satu.

Di waktu dalam keadaanya yang penuh cemas dan mengelirukan itu Sang Naga Rajunatapa merasa kepanasan yang amat sangat membakar ruang leher dan perutnya. Terasa panas seluruh tubuhnya. Sewaktu dia mengelumur untuk mencari air dengan badannya yang disaluti pukat dan jala.
Pergerakannya juga terasa lemah.

Di waktu itulah Putera Wira Syahir melompat dengan menghunuskan petang saktinya yang diberi oleh anak ikan mas dahulu digunakannya sepenuh hati. Dia melompat ke kiri dan kekanan sambil mencantas dan melebas ke tujuh0tujuh kepala Sang Naga Rajunatapa. Kesuanya telah terkulai dan tidak bergerak lagi.

BERSAMBUNG

Qalam Mutiara berkata...

1 ulasan:

Nurimanja berkata...
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

ANJING GONGGONGAN daripada Pak Hussin pengucapannya bahasa jawa. Sekali baca kena cari maannya. Dua kali baca tukar bahasa dan terjemahannya.Sajak simbolik ini cuba kami andaikan : menceritakan mungkin seorang itu umpama saekor anjing yang menyalak. Sering memekak dan meninggikan diri. Patang mendapat peluang, pantas dia tidak akan melepskannya, Demi memuaskan nafsu keinginannya, jiwa kesyaitananya akan mengatasi rasa ketuhanan, Inilah dasar manusia banjing. Tidak akan berhenti membuat onar dan kemungkaran sehingga dirinya layak dimasukkan ke dalam pasungan atau penjara saja. Sajak ada maana yang tersendiri mungkin sinis tajam untuk sipolan. Masih diberi peluang mengikuti sayembara seterusnya (SM)

Oleh; Qalam Mutiara.

Penghibur Diraja berkata...

TIK

Gemerintik detik memantik
jentik menampik jala di parit
yang sedari membatik butik
dibalik bilik dimana aku mengetik
tiap titik yang tertarik
detik-detik tak hentinya berdetik
Titik-titik detik terus meletik
bak hujan menitik
dipinggir kali waktu ku tilik
doa diatas kertas secarik
ini tak kan henti berdetik
Air mata ini terus menitik
dari mataku terus mendelik
dibawah mentari terik pelik
sampai otak ingin memekik
serta jiwa raga yang ku racik
dari detik ditiap titik

Penghibur Diraja
sajak simbolik

Tok Mahat berkata...

MALAM SEMAKIN PEKAT

bukan mahuku mangingati kamu
bukan inginku rindui kamu
ako juga tak mahu perasaan ini
biar kasih aku abadi
kau tetap takkan termiliki aku akur
malam semakin pekat
waktu semakin telat
katil menanti penghilang penat
moga kau larut dlm mimpi

Tok Mahat
sajak simbolik

Guru Yahya berkata...

GURU

guru oh guru bila sebut GURU
apa terbayang di benak
apa bermain di fikiran
pasti terbayang baik budi
terkenang jasa murni
teringat sifat lembutnya
termimpi ajar didiknya
hebat sekali profesyen itu
lahirkan ramai manusia hebat
ciptakan penaung angkasaraya
hasilkan pemimpin terulung
semua dari acuan guru
saban waktu menguli
bersama jerit pekik suara
rotan pemanis perisa
ayat pemanis bicara
kata pendidik hati
roda pemandu arah
cahaya penunjuk jalan
doa pemangkin jaya
bersama airmata kala gembira
bersama tangis kala bangga
anak didik sudah berjaya
anak didik sudah di puncak
anak didik sudah jadi manusia
moga manusia manusia itulah
abadikan doa kala sujud
pimpinkan tangan kala kedut
iringi jenazah kala dijemput

Guru Yahya
sajak hari guru

Cikgu Rahim berkata...

CARI BAHAGIA

apa kamu cari mahu cari bahagia
cari sepenuh hati moga jumpa nanti
mahu cari bahagia ada di mana saja
di balik ikatan keluarga
di celah rumpun sahabat
di pintu mahligai cinta
di ruang puncak kerjaya
di gurun kering tandus
di hutan penuh hijau
di balik gumpalan awan
di sudut bumi tuhan
di mana sahaja pasti jumpa
jika tidak di sana pasti di sini
kadang-kadang di atas sejadah buruk
ada bahagia di situ
mari cari bahagia

Cikgu Rahim
sajak peringatan

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
Penghibur Diraja dengan sajak TIK agak berlain dan anih juga tajuknya . Tetapi penceritaannya bagai terikat dengan bunyi rema dihujungnya Kekadang sajak begini sukar mencinpanya dan kekadang lari maksud dan ayat yang benar-benar puitis bukan sajak bebas, Seperti Sebiji telur sebungkus megge. Apa pun satu percuban untuk berjinak dengan bunyi sebelum mencari maksud atau cerita atau mesej apa yang hendak disamapikan. Harap maaf usaha lagi , Cuma di sini sahajaterpaksa berhenti. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

Sajak Tok Mahat yang bertajuk MALAM SEMAKIT PEKAT pengucapannya agak puitis dan menarik walaupun terasa semacam bertemakan jiwa-jiwa juga Mungkin kisah memori lama agaknya. Penceritaannya sebagai seorang yang tidak terlalu mengharap takut kecewa agaknya, dengan kata lain takut untuk bercinta atau terjun ke dalam dunia jiwa-jiwa dan mengenali pula dirinya mungkin tidak setarap, malah yakin pula tidak akan dimiliki. Akhir penceritaannhya Si [enulis lebih redha pada kegelapan malam biar tidur menghilangkan keletihan dalam mimpi yang bertaburan. atau hayut tidak tentu hala. Layak sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

Guru Yahya dengan sajaknya Guru oh Guru! penceritaannya baik tetapi sebaiknya dipendekan lagi secerita ini atau lebih kemas. contoh anak didik sudah di berja dipuncak, menjadi seorang insan berguna.Pada permulaannya kami cuba memperbetulkan tetapi akhirnya terlalu berat dan bercelaru. jika dapat dipasdatkan isi dan maksudnya boleh dicalunkan. Harap maaf usaha lagi .Cuma di sini pohon berhenti (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.
CARI BAHAGIAN sajak Cikgu Rahim penceritaannya mudah bagai ingin berfalasafah mengambarkan untuk sesaorang itu ingin mencari kebahagiaan. Apa yang penting semangat cekal hati dan kental jatidiri. wadah utama mencapai cita selaian berusahaatau bertawakal kena juga berdoa kepada yang Allah yang maha esa. Mejes mudah ada gaya tersendiri tidak mengelirukan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Petualang Tiga berkata...

wah! dpt tangkap jgk naga tu

Muhamad Rabbi berkata...

naga tu x sembur api ke?

Salam berkata...

naga tu xde kuasa sakti ke?

Mona berkata...

mudah btol dorg tangkap nama tu

Zain Issac berkata...

pakai pukat je tangkap naga?

Jalil Janggut berkata...

mcm mana dorg boleh tangkap naga pkai pukat je?

Satria Juragan berkata...

pakai pukat tumbang jgk naga tu

Ali Conan berkata...

dgn hanya menggunakan pukat je tumabng jgk naga tu?

Nurse Lisa berkata...

cara yg sama digunakan maharaja cina la..

Mahligai Syahdu berkata...

cerpen en nuri ni sama jgk dgn cerita maharaja cina ke???

Karim Ghani berkata...

mcm sama je cerita maharaja cina sbb maharaja cina pun ada putera kembar kalau x salah

Jalal Rafzee berkata...

bebola besi plak dorg bagi? haha

Olie Pajutdy berkata...

mmg kretif la bola besi pun boleh di sangka batu geliga

Sang Arjuna berkata...

senang je dorg memperbodohkan si rajna tapa tu

Harimau Berantai berkata...

apa la bangang sangat naga tu? hahaha

Zainal Arifin berkata...

wah! hebat pedang tu kepala naga pun di potongnya

Sharifah berkata...

kepala naga tu dh kena potong ke?

Ezad Emir berkata...

msti pedang tu berat dan besar sbb boleh potong kepala naga

Tetamu Malam berkata...

akhirnya mati jgk naga tu

Roslan Bidin berkata...

senang je dia tangkap naga tu?

Tok Mahat berkata...

skrg cerita dia dh hbis ke kan naga dh dibunuh?

Sufian Al Zahri berkata...

naga dh dibunuh tp nk tahu jgk apa jadi kat abang dia?

Pak Ngah But berkata...

abang dia langsung xdtg ke? sampai skrg xnmpk pun?

Lelangit Biru berkata...

wahA! hebat la kapala otak syahir ni

Saizul Maizav berkata...

naga pun dah mati cerita dah habis ke ada lagi?

Halilintar berkata...

mati jugak naga tu akhirnya

Pendekar Sakti berkata...

apa la jadi seterusnya nnt plak

Pendekar Waja berkata...

ada lagi ke dh hbis cerpen ni?

Angker 13 berkata...

naga tu dah mati ke hidup lagi?

Malik Wariya berkata...

btol2 ke naga tu dah mati?

Wasiril Aswad berkata...

orang kmpung x bunuh ke ramai2 xkn nk harapkan shair je?

Atan Yahoo berkata...

lps ni apa plak dh hbis ke?

Ali Conan berkata...

mana abang dia sbb cerita adik dia dh hbis///

Salina berkata...

nampaknya cerpen ni mcm dh nk hbis dh

Kembara Budiman berkata...

xkn hbis mcm tu je cerita abang dia xde ke?

Teratai Mekar berkata...

apa jadi kat abang dia?

Pak Haji berkata...

habis puteri tu mcm mana xkn dorg biar dia atas ancah tu????

Nasruq Haqq berkata...

naga tu senang je nk tewaskan org kmpung semua buat keja bodoh serbu mcm tu jer

Pak Awang berkata...

ingatkan hebat sgt naga tu rupanya lemah jgk

Anis Syahila berkata...

sambung lagi en nuri!!! best2