Ahad, 15 Mei 2011

USAH LIHAT LUARAN SAJA



 sajak pilihan ahli Cr.


Usah dilihat pada wajah luarku
senantiasa berbunga riang
senantiasa dihiasi senyuman
tiada terjumpa kelatnya
tiada ternampak riaknya
tiada terserlah dukanya
kerana aku juga sama seperti kamu
seperti mereka semua pelakon hebat
hebat di pentas kehidupan
semuanya tersurat kemas
skrip sudah sedia
namun tersirat tiada siapa tahu
tiada siapa mengerti
hanya mampu mengerti
cuma si pemilik hati ini
serta sentiasa di sisi
melihat merahnya hati
dari sudut penuh misteri
si pencinta hati


Oleh: Mak Cik Senah
tukang cuci tandas/28 Mac 2011 4:57 PM




50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

1 ulasan:

Mak Cik Senah ini tajuk sajak dia pun nampak terang lagi nyata USAH LIHAT LUARAN SAJA Pengucapannya agak tegas dan tidak berselindung kata bicara. Orang sebegini tidak Ada penyakit nampak muda. Kerana tidak ada menyimpan rasa Penceritaanya tegas kerana kita hidup di dunia ini menghirup udara tuhan yang semua darah merah warnanya juga sama Cuma ketaqwaan yang dinilai Allah swt. (SM)
Oleh: Tinta. 28 Mac 2011 8:45 AM

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBASOLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke Lapan.

SEBELUM Naga Sang Rajunatapa kepala tujuh sampai kepada ancah-ancah yang diduduki oleh Tuan Puteri Rembulan Senja, Kelihatan anak muda gagah perkasa Putera Raja, Panglima dan hulubalang, punya cara dan starteginya yang tersendiri untuk menyerang dan menentang Sang Naga Rajunatapa kepala tujuh itu.

Dari atas bukit, bokok dan ce
ah batu, mereka semua sudah bersedia dengan senjata masingmasing.tapi cuma seorang wira putera Syahil yang ada sadikit perbezaan strateginya untuk menewaskan Sang Naga Rajunatapa berkepala tujuh itu dengan membiarkan semua perserta yang ingin menentang dan berlawan dengan Naga Sang Rajunatapa kepala tujuh itu.

Bila mereka melihata saha kelibat Naga Sang Rajunatapa tanpa membuang masa lagi semua wira-wira ini pun membuat serangan mengejut, Ada yang menerang seperti tazan dari atas pokok dengan mengunakan tali akar kayu mencantas kepala naga itu, ada pula yang cuba menikam dari celah batu dengan tikaman curi, ada yang menerkam secera berhadapan memanah dan merejam lembing masing-masing.

Keadaan begitu menjadi kelamkabut, Sang Rajunatapa terpaksa berhempas pulat menghadaoi cabaran yang datang bertubi-tibi dari segenap penjuru, seingga menyebabkan lima kepalanya daripada tujuh tidak mempunyai kuasa lagi.

Tetapi malangnya semua wira ini akhirnya habis ditelah oleh Sang Naga Rajunatapa ke dalam perutnya. walaupun keadaan badan dan kepala Sang Naga Rajunatapa berlumuran darah hasil tetakan pedang, rejaman lembing dan luka anak panah yang banyak melekat dibadan dan kepalanya.

Dalam Keadaan Sang Naga Rajunatapa berhenti kelitehan Putera Wira Syahil telah berpakat dengan beberapa orang nelayan membawa pukat. dan beberapa orang tukang besi membakar bebola besi yang secukup panas. Merah menyala dan berbahang kepanasannya.

Putera Wira Syahil yang baru tiba sepekan di desa negeri setenagah mati telah berjaya memikat hati setengan para nelayan dan tukang besi. Mereka adalah gulungan yang ingin menuntut bela keatas ramai anak gadis belasan tahun mereka yang men jadi mangsa korban Sang naga rajunatapa itu.

Bila rancangan yang diberi oleh syahil itu mendapat persetujuan dari kedua kumpulanan ini dan sanggup memberi kerjasama membantu menghapuskan naga kepala tujuh itu tanpa pengetahuan orang Istana dan kumpulan itu mengelarnya sebagai Putera Wira Syahil.


BERSAMBUNG.

Sarah berkata...

HILANG

Andai seisi dunia dapat menatang
seluruh ciptaan dapat memandang……..
Indahnya cinta barangkal
itulah terjemahannya.
Atau ada yang anggapnya berbeza
kamu tau aku sudah
tidak berdebar-debar lagi..
kamu tau kenapa?
aku tak tau semuanya hanya hilang..

Sarah
sajak jiwa2

Faezawatie berkata...

AKU TETAP MENANGIS

semalam tadi aku menangis
ku coba mendengarkan radio
kuharap itu membantu
namun ku tetap menangis
ku coba pejamkan mata
kuharap dapat meredakan sesak dada
namun semakin tersiksa
coba menulis puisi ini
kuharap dapat melegakan sakit
namun masih begini semakin tulis,
semakin terluka tetap menangis
sehingga akhir puisi ini
tangisku tak terhenti

Faezawatie
sajak kesedihan

Mawar Harum berkata...

OSAMA BIN OBAMA

osama bin laden seluruh dunia tahu
dia sudah gugur
tinggalkan dunia fana
namun hakikat sebenar
dia masih hidup cuma di alam lain
alam tiada mati alam kekal abadi
pergi mengadap tuhan
bawa segala amalan
diterima atau ditempelak
itu kerja tuhan
jika kanannya berat bahagia
jika kirinya berat kepedihan
osama dan kita semua sama destinasi
tidak kekal di sini
esok atau lusa kita pasti menyusul

Mawar harum
sajak buat osama

Siti Hajar berkata...

MENCUBIK WAKTU

Aku mengira semuanya kan abadi…
nyatanya jemariku
tak kuasa mencubit sang waktu
Biarkan air mata menitipkan
duka di ruang semadiku….
agar aku tetap menjadi misteri
meski dunia kian mencabik

Siti hajar
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

PUISI- PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB.

Sarah dengan sajak jiwa-jiwa yang masih perlu mencari kekuatan pada pengucapannya. Tajuk HILANG yang cuba diketengahkannya mungkin menceritakan bagai tidak ada keyakinan pada kisah cinta kebangkalian. lalu ditafsirkannya cinta itu tidak akan kekal dan pasti hilang. malah ia sudah menjadi terlalu biasa. Penceritaan biasa buat orang muda punya biasa dengan cinta moyetnya. Maaf Cuma di sini saja usaha lagi . (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Faezawatie dengan sajak sedihnya bertajuk: AKU TETAP MENANGIS, Sarah seorang tidak percaya keapada kisah cinta yang seorang ini pula sanggup menangis kerana kehilangan cinta. Bagai nak gila jadinya , Dengar radio tak menghiburkan, memejam mata pun tak mahu lrena, malah menulis puisi pun bertambah sedih lagi di hati, maka terus saja menangis semahunya.Harap maaf terlalu biasa penceritaannya kisah orang muda punya biasa. Sekadar disini pohon berhenti usah lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Mawar Harum dengan sajak bertajuk OSAMA BIN OBAMA .walaupun tema perjuangannya menceritakan kisah Osama bin Laden digelar pengganas dunia number satu. mesti ada bersebab. bukan satu kerja gila untuk menjadi pengganas. Walaupun dunia barat mengelarnya begitu. tetapi ada juga menyokongnya atas dasar pilih kasih dunia barat terhadap penindasan di negara asia barat atau timur tengah. Biar tuhan yang menilai akan perjuangannya. Walaupun ramai orang tidak sebulu dengan tindakkan negara POLIS DUNIA itu. Layak sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUISI PUISI SAYEMBARA BULAN MEI 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sajak semacam mengharap oleh Siti Hajar bertajuk MENCUBIK WAKTU penceritaanya ad rasa kecewa dihujung perjalanan. Mungkin banyakl cerita yang terluka hingga melewati angka kedewasaan. Kini biar saja perasaan berlalu, tidak guna marah pada waktu apatah lagi mencubitnya. ketentuan semuanya dari yang maha esa. Biar tinggal dalam mestri. biar dunia mencebeknya, kerana perasaan terlalu sukar untuk orang lain mengetahuinya. (ustaz muda masih
tiudak mahu mencuba ke?) Layak untuksayembara seterusnya (SM)

Bob Kuli berkata...

eh! makcik senah x menang mcm mana sajak dia siar jgk?

Firasat Hikayat berkata...

sajak makcik senah yg dulu2 lagi bgus dari yg final

Ezad Emir berkata...

sajak makcik senah ni agak menarik

Tuan Haji Abkam berkata...

dulu2 sajak makcik senah menarik skrg agak kurang sikit

Putera Damien berkata...

makcik senah kena buat sendiri la jgn minta tolong anak buat sajak

Karim Ghani berkata...

makcik senah silap la minta tolong anak dia buat sajak

Pak Awang berkata...

ingatkan TV dpt kat makcik senah x sangka simsalabin yg dpt

En Sanusi berkata...

ingatkan ada persaingan sengit antara makcik senah dgn simsalabin tp jangkaan kami silap simsalabin menang mudah jer

Jalil Janggut berkata...

btol tu makcik senah kata jgn pandang luaran saja

Nuri Kecil berkata...

btol apa yg dikatakan dalam sajak ni jgn pandang luaran pandang jgk dalaman

Jupri Helmi berkata...

makin lama makin berdebar nk thu kesudahan cerpen ni

Puan Rosnah berkata...

kenapa la sajak makcik senah ni dulu2 ok bila final habis hancur

Sang Arjuna berkata...

ada org ke boleh tewaskan naga tu?

Ali Conan berkata...

mcm filem dulu2 kala cerpen ni

Lelangit Biru berkata...

menyorok merata semua hulubalang tu

Mei Ling berkata...

hulubalang ni bnda apa?

Tanpa Wajah berkata...

ingatkan kembar tujuh rupanya kepala tujuh

Warga Emas berkata...

eh! cerpen ni panjang lagi ke

Roslan Bidin berkata...

cerpen ni kalau buat buku msti bdk2 suka ni

Dayang berkata...

bodo semua sekali nk serang xde strategi mmg mati la

Seruling Kelana berkata...

walaupun berlumuran darah x mati jgk ke?

Jeffry berkata...

mne hero xdtg ke bunuh naga tu?

Puteri Bunian berkata...

wah! cerdik jgk syahir ni pakai jala plak?

Wasiril Aswad berkata...

eh! mcm cerita maharaja cina dulu pun pakai bola besi panas

Naga Samudera berkata...

boleh ke pakai pukat dgn bebola besi panas ni?

Ustaz Sahzan berkata...

mcm mana la cara syahir tu nk buat?

Jengking Perak berkata...

boleh ke pakai pukat dgn bola besi tangkap naga?

Pak Kassim berkata...

rasanya cara pukat ni msti berhasil

Tasya Humairah berkata...

mcm mana la putera syahir pun nak buat nnt?

Marjinah Markonah berkata...

makin suspen plak cerpen ni

Guest berkata...

ada ke cara nak tangkap naga tu?

Nasruq Haqq berkata...

bagi je bom snang meletop lps tu mati trus naga tu

Atuk berkata...

dia ada idea ke nak bunuh naga tu?

Datuk Hasbi berkata...

nmpknya 50/50 jgk cara syahir ni menjadi atau x?

Lagenda Pulau berkata...

kenapa x cuba carai syahir dulu kesian byk yg mati

Lukiee berkata...

kenapa la org kmpung semua bodoh sgt nk serang mcm tu je?

Ustaz Rahman berkata...

semua org kmpung serang pakai otot tp x pakai otak!

Nabil Quldi berkata...

agaknya cara syahir berjaya sbb hero mana boleh mati

Seri Suri berkata...

cerpen ni berdasarkan kisah benar ke?

Mak Mah berkata...

rasanya cara ni mngkin jd kot?