Jumaat, 27 Mei 2011

PERCINTAAN KOSONG



sajak pilihan warga Cr.


Kubaca ribuan kalimat kertas kosong
Seperti menyayat kupukupu
Menjelma hari tak terhitung
Dalam rintihan tangisan patah

masih bersisa harum
masih melekat pada tongkat pendeta
khotbah masih terngiang oleh bumi
Tapi aku sendiri telah lenyap bercinta dengan kekosongan
Kita telah berkhianat pada zaman

Bau keringat percintaan
Telah hilang tertiup angin
kenikmatan telah hanyut
Dan peziarah telah senyap
Tapi aku di sini mendekap kosong

 
Oleh: Ku Dania
semasa di pulau langkawi
malam hari
2010 Mac 17 02:37






50 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

Tanpa Nama Qalam Mutiara berkata...

Catat Ulasan


Sajak ini sudah diulas dan kebarangkalian telah terdelik.

kini terserah kepada para ahli dan Pb Cr, membuat andaian sendiri, hentam sajalah. Apa pun bagi kami sajak ini bertemakan kisah orang muda punya biasa, penyakit jiwa-jiwa;

26 Mei 2011 7:54 AM

Mentari Senja. berkata...

ISU SEMASA: CUTI SEKOLAH


Kini telah tiba musim percutian sekolah buat pertengahan tahun lebih kurang dua minggu lamanya.
Bersempena dengan bulan enam ini ada pula hari gawai satu perayaan penduduk peribumi di bumi
kenyalang atau pun Malaysia Timur Serawak. Bertambah hebat bawa anak-anak cuti sambil melancung.



Dan bagi setengah ibu bapa musim cuti beginilah diambil kesempatan yang belum lagi memotong
muncung burung pipit. Nah inilah masanya berkhatam beramai-ramai seperti di langkawi. hamper
50 orang kanak-kanak telah direpang muncung pistolnya. Bila besar jangan menimbak sebarangan.


Apa pun yang sudah bersedia balik kampung terutama cikgu muda yang sudah merancang untuk khawin.
atau berbulan madu Selamat Pengantin Baru. Berhati-hatilah bila memandu, biar lambat asalkan selamat. amin.

Markisa Loo berkata...

WAYAR PUTIH

tika wayar putih berselirat
terkenang kisah dahulu
saat penuh tawa hilai
lincah rentas dunia
kudrat tiada batas
kita tangkas lawan badai
kita harung ombak samudera
kita tawan puncak dunia
kita juara segenap ruang
kita capai semua impian
namun tika wayar putih berselirat
hanya tinggal aku
teruskan sisa perjuangan
yang sama kita ciptakan
kau akhirnya terjelepuk
lemah tiada daya
dipenuhi selirat wayar putih
silih berganti saban hari
yang membotakkan kepala
yang menambahkan garis kedut
cuma satu yang kekal utuh
senyuman manis di bibirmu
tetap jua terukir
wahai sel-sel kanser
pergilah jauh darinya

Markisa Loo
sajak buat bf sy yg terlantar di hospital

Hajjah Jamilah berkata...

INI JANJI SIAPA

kelu lidah nak berkata,
pedih hati makin terasa.
mana nak di luah hati luka,
jiwa kecewa gelap bertakhta.
wajah derita batin tersiksa
kata menjadi dusta
kata mereka menjadi bangga.
pekak telinga butakan mata
sang kecil tercicir menjadi mangsa.
segenggam nasi di pagi hari,
malam entah siapa tahu.
menagih kasih nasib sendiri,
menangis simpati tak siapa bantu
dalam genggam ada janji,
dalam janji ada sumpah setia
dalam setia ada lagu
mana lagu, pengubat zaman
mana bantu, menolak angan
mana hati, mari luahkan
mana teguh, aku nantikan

Hajjah Jamilah
sajak politik

Arkenna berkata...

HILANGNYA DUNIA YANG KU KAGUMI

Kau Jerihkan keringat pedih perut
sakitkan tangan hilang rasa cemburu
cemburu menghantui perasaan
jiwa menggilai kesenangan
apakah keadilan nyalakan kemarahan
pemberontak apakah tanda kesakitan
kau tenang dalam kehidupan
namun pedih kenang kekurangan
kau kuat jiwa cekal dalam kesedihan
sungguh tiada yang simpati?
kemana hilang dunia yang ku kagumi?

Arkenna
sajak tak puas hati

Zuraifah berkata...

BERTUKAR SEMUA

aku harap aku buta,pekak dan bisu
biar semua tentang kamu aku tak
melihat,mendengar dan berbicara
aku harap tak punya hati ini,
yang penuh sifat belas kasihan
aku harap aku bukan dibumi,
supaya tak perlu jumpa kamu..
ako bukan membenci atau memaki..
tapi tolong mengerti aku,
aku sudah ketemu yang sebenarnya
sekarang aku hidup bahagia
tolong jangan ganggu aku lagi!!

Zuraifah
sajak buat bekas suami yg asyik menghasut taib supaya ceraikan sy

Mentari Senja berkata...

Maekisa Loo sajak Wayer Putih. maaf ini sajak peribadai apa yang berlaku satu musibah.Dulu mesra bersama memburu cita. Kini semuanya tinggal kenangan saja.kerna terlantar sakit. apa yang dapat kita lakukan taqdir atau ketentuan dariNya. ini mungkin dugaan daripadaNya (tuan ala) bagi setengah agama. Kini Cuma perlu bersabar setiap penyakit ada ubatnya , doktor ikhtiar sahaja.Harap disembuhkan oleh yang maha esa. Maaf! Agaknya cuma disini sahaja. (TK)

Mentari Senja berkata...

Ini janji Siapa ? Sajak politik dari hajjah Jamilah apa pun penceritaannya mudah . Semacam kena permain dengan orang politik nampaknya. Inilah cara mereka mengekalkan kedudukan,Sanggup buat apa saja, kerana mereka susah hidup kalau turun temurun hidup dengan cara poliyik. Bukan di Negara ini saja malah seanturu dunia. begitulah keadaannya.. Dengan kata lain hang pejatuh aku ,esok aku pula perjatuh hang. dengan berbagai muslihat. Apa yang sedih rakyat jadi mangsa . Hari lihat ramai yang tidak yakin dan tak mahu mengundi duduk atas pangar saja atau jadi bebas. Pandapat dua juri lagi? (SM)

Mentari Senja berkata...

SajakArkenna bertajuk: HDYKK . Nampak semacam tidak puas hati mungkin pada kekasih atau pihak tertentu agaknya . Apa pun Pengucapannya tidak nampak puitisnya? Mengelirukan amat terserlah. Ceritanya mungkin dulu kita memujanya kini nampak kecewa pula. Amat terasa kesal dan kecewa dengan apa yang kita kagumi dahulu tidak seperti lrwat kebelakangan ini. Maaf kata guna istilah Qalam. Minta padangan dua juri lagi , Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM) .

Mentari Senja berkata...

Sajak Bertukar Semua oleh Zuraifah juga berbentuk peribadi maaf cakap . Adalah terlalu biasa seorang itu bila berada dalam kesenangan lupa. Tak bersyur. marah pukul tampar. Bila semuanya itu sudah hilang. Bila tinggal berseorangan. atau berada dalam lebih teruk dan parah. Mula terasa kehilangan sesuatu. Kini mungkin hamper jadi gila. dengan kata lain ingin kembali. menyesal pun tak ada gunanya. Maah Cuma disini. sajak anda terpksa digugurkan dan terkeluar (TK)

man Pendek berkata...

terharu plak en nuri buat sajak utk golongan kami

Roslan Bidin berkata...

terima kasih en nuri buat sajak buat OKU

Seniman Jalana berkata...

sajak utk org seniman jalanan xde ke?

Badrolshah berkata...

sedih plak en nuri buat sajak utk golongan kami

Nuri Kecil berkata...

sayu je sajak en nuri kali ni

Zain Issac berkata...

sian buat golongan OKU

Sulaiman Embong berkata...

msti ramai OKU terharu dgn en nuri

Wasiril Aswad berkata...

nampaknya sajak utk org istimewa plak kali ni

Dam Catur berkata...

sedih la sajak en nuri ni

Richard Sirosa berkata...

kenapa dia nak ke atas gunung tu sgt?

En Sanusi berkata...

mcm mana dia nak ke aats gunung tu??

Abul Hassan berkata...

boleh ke dia pergi atas gunung tu pakai kuda je/

Ambuyak berkata...

eh! dia nak naik gunung dia ada pengalaman ke?

Geletek Malam berkata...

kenapa dia nk ke gunung tu?

Emily Osman berkata...

potong burung pipit?? nak buat gulai ke?

Markisa Loo berkata...

potong burung pipit nk buat apa?

Lukiee berkata...

potong burung pipt nk buat apa sy x makan burung

Vijay Kumar berkata...

porong burung pipit lps tu nak panggang ke?

Mei Ling berkata...

bukan potong en nuri sbb burung pipit mne boleh potong kena sembelih dulu

Tan Sri Yunus berkata...

simbolik jgk mentari senja pnya ayat ni klu yg phm msti tersenyum.. hehe

Pak Kassim berkata...

mentari senja pnya ayat aku phm psl apa? hehehe

Ustaz Rahman berkata...

kebetulan sy nk hntr anak sy berkhatan jgk nnt

Jessica berkata...

burung pipit nk potong? mana boleh potong burung kena sembelih dulu bru boleh panggang atau buat kari

Bob Kuli berkata...

ada jgk peringatan dari mentar senja

Harimau Berantai berkata...

aku nak tergelak baca mentari senja tulis ni.. hehehe

Panglima Sakti berkata...

aku rasa smua phm apa yg mentari senja tulis ni.. hehe

Inspektor Halim berkata...

hehehe agak lawak plak peringatan dari mentari senja

hajjah jamilah berkata...

potong pipit lain macam je bunyi mentari senja? hehe

Penghuni Maya berkata...

eh! ada mksud tersirat jgk mentari ni

Nabil Quldi berkata...

mentari senja tulis hanya lelaki saja yg phm... hehehe

Datuk hasbi berkata...

kenapa dgn sajak qalam ni?

Musafir Jalana berkata...

psl isu semasa ke qalam?

Nasruq Haqq berkata...

pelik je maksud mentari ni

Kareem Kramjit berkata...

agaknya ada ke yg phm apa yg mentari senja tulis ni

Nur Atikah berkata...

xphm la apa yg mentari senja tulis ni? hahahhaa

Yusmanira berkata...

agak melucukan plak baca mentari senja tulis ni...

Anis Syahila berkata...

agak aneh ucapan dari mentari senja

Dewi Sageenta berkata...

apa la maksud tersurat mentari senja ni

Apek Liew berkata...

menari senja ni tulis psl apa xphm la apa tu pipit?

Tuan Haji berkata...

ada mskud tersirat hanya org lelaki yg mengerti? hahahaha