Memaparkan catatan dengan label cuma fantasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuma fantasi. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mei 2011

RENUNGANKU MENEMBUSI KERTAS



Sajak menang sayembara Cr April 2011



aku tenung lama kertas itu
sehingga dasarnya telah aku tembusi
aku biarkan pandangan itu kaku
sehingga minda aku
mengoyak isi kertas tersebut
menjadi helaian helaian mengecil
semakin mengabur dari pandangan
kala aku tersentak dari lamunan
kertas itu masih begitu ,
kosong tanpa warna tanpa coretan
aku tahu kecelakaan bakalku hadapi
beberapa bulan dari sekarang
kecelakaan yang nampaknya
seperti akan memberi luka parah
pada minda pembekal .
rasanya masa makin meruncing ,
perlahan aku gerakkan jari menconteng
mungkin sekadar contengan
tapi tak membawa maksud apa-apa.


Oleh: Simsalabin
sajak tengah berfikir/11 Mei 2011 11:38 AM



Jumaat, 25 Mac 2011

KHAYALAN TIADA YANG NYATA


sajak pilihan ahli Cr.


Dalam tak sedar
dalam khayal
bukan pada mata kasar
bukan pada sentuhan
tangan berpautan
masih erat berpegangan
walau perit berdekat
masih kuat
jalan dilalui
kami berdiri
berlari merentasi
melepasi gelap
mengharungi gelita
dalam khayal semata
dalam tiada nyata


Oleh: Balqish
ketika sy bersama adik di dalam rumah terputus bekalan elektrik
2010 Disember 8 23:14
Diterbitkan semula 25/03/2011