Memaparkan catatan dengan label cuma renungan saja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuma renungan saja. Papar semua catatan

Ahad, 1 Mei 2011

CIRI ORANG BERIMAN



Sajak untuk kanak-kanak

Orang yang beriman itu tenang
kelihatan Wajah menyenangkan
Bicaranya penuh berhikmah
Wataknya sentiasa terpesona
Dengan aura yang dikurniakan
Ciri orang yang beriman mudah
Berjumpa cukup menyenangkan
Bagaikan jumpa para syuhada
Tidak mudah menyinder sesiapa
Atau menyakitkan hati orang
Kerana jiwanya sentiasa zuhud
Malah hatinya mengingat dosa
Kepada pembalasan hari akhirat
Maka keadaannya sentiasa takut
Dalam kewaspadaan  siap siaga
Memelihara akan Hati dan lidahnya.


Oleh: Nurimanja.
Pagi hari jam 8 30.
sajak lagenda untuk renungan
diterbitkan semula tarikh: 30/04/2011.





Isnin, 21 Mac 2011

BICARA SANG LIDAH



 sajak pilihan ahli Cr.


Dalam kelembutan lidah bicara
tajam sekali menikam ke sukma
melapah segenap pelusuk jiwa
membuka setiap ruang lubuk terpilu
lidah tidak bertulang
tajam bagaikan pedang
kurniaan agung dari tuhan
walau tubuh tiada kudrat
walau tangan tiada terangkat
walau kaki tiada terlangkah
kudrat masih tidak terperi
menghapuskan semua seteru
memotong musuh mendatang
tewas rebah semuanya
semua tunduk membisu
semua diam membatu
semua kerana lidah berbisa...


Oleh: Jeffry
sabah negeri di bawah bayu
23.10.2010/2010 September 29 06:10
Diterbitkan semula oleh Cr. tarikh: 21/03/2011