Rabu, 6 April 2011

TUJUAN ASAL TELAH TERSASAR



kembalilah kejalan kebenaran


Kami sudah rasa kesal
kerana telah menyeleyeng
dan tersasar jauh dari agama
kerana hendak pertahankan kekuasaan.
kami menentang semua kerana cuma terpaksa
sehingga ada mengelarkan kami petualang negara.

Kami tidak tahu malu
apakah hukumnya dosa ini?
ramai kawan telah melarikan diri
kami yang tinggal maseh terharu termanggu
mungkinkah tergelencer aqidah kami selama ini?
menolak dasar perpaduan yang diajar rasulluhlah.

Dahulu kami kata
saudara kami ini kapirun
berkerjasama dengan bukan islam
kini kami sendiri menyokong kerjasama
dengan si pencabar langkah mayat duhulu
dan mengarah bertaubat pula pada si pulan.


 Oleh: Nurimanja,
Bila  terdengar rentehan suara-suara
sumbang yang menyesal pula dengan perjuangan.
tarikh beberapa hari yang lalu bulan 4.tahun 2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

KEKAYAAN BOLEH MENGUASAI SEGALA.

Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman


sumber mykmu.net

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.

Puak pembangkang begitu seronok bercerita tentang kekayaan ahli keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS Najib Razak, tanpa menyedari bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini.

Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.


sedutan drp: Blog Luke(hantu raya)

Nurimanja berkata...

CERITA RAKYAT SEDUNIA NEGERI ARAB
BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri Pertama.

PADA ZAMANDAHULU , ada seorang budak yang sangat miskin ,. Dia tinggal bersama seorang ibu yang telah tua dan dhaif pula. Kedua beranak ini tinggal di sebenrang sungai. Kerja mereka dua beranak Cuma menternak kambing. Ibunya pula mengambil upah menjahit pakaian orang.

Kerana kemiskinana ini ibunya tidak dapat menghantar anaknya yang bernama Abul Hassan untuk pergi ke sekolah. Lebih-lebih lagi sekolah agama tempat menuntut ilmu itu berada di seberang sungai. Mereka yang mempunyai sampan sahaja yang punya kemampuan berulang alik.

Tetapi di dalam hati anaknya Abul Hassan begitu kuat semangat ingin berlajar hingga terbawa-bawa di dalam mimpi tidurnya. Kisah bagai mana mahu menulis, mengira mengeja dan membaca. Tetapi apakan daya kemiskinan telah menghalang cita-cita anaknya.

Abul Hassan telah beberapa kali memujuk dan merayu kepada ibunya. Dia sanggup berkorban apa saja demi mendapatkan ilmu pengetahuan keagamaan dari sekolah agama Tuk Guru Wan Kembang. Abul Hassan menceritakan apa yang sering datang dalam mimpinya setiap malam tentang belajar di sekolah agama itu.

Ibunya amat berasa sedeh dan simpati sekali bila mengenangkan cita0cita anaknya yang begitu kuat membara, bersama lenangan air mata dia berserah juga kepada Allah swt agar memberi kemurahan rezeki Allah untuk menampung perbelanjaan ke sekolah nanti.

Semoga Allah memberi kambing cepat membiak dan beranak kembar atau Allah membuka hati ramai orang kampung akan mengupah dia menjahit pakaian mereka di rumahnya. Begitulah harapan ibu Abul hassan kewpada yang maha kuasa.

BERSAMBUNG.

Jamburi Yusofo berkata...

kenapa yg palsu semua bahan kimia?

En Dasuki berkata...

ni sapa pnya angkara la buat palsu ni

Puteri Bunian berkata...

dpt tangkap x org yg mengedar telur palsu ni?

Ustaz Muda berkata...

nampaknya telur skrg merbahaya la

Nabil Quldi berkata...

lps ni boikot la telur!

Tetamu Malam berkata...

sapa pnya kerja la buat yg palsu ni?

Sharifah berkata...

eh! ada jgk yg palsu mcm mana la buat?

Diana Sanubari berkata...

mcm mana la rasa telur palsu ni

Sulaiman Embong berkata...

rasanya nak tahu telur palsu ke bukan cuba bau

Olie Pajutdy berkata...

selalunya telur palsu x bau hanyir

Guest berkata...

eh! telur palsu tu mahal jgk sampai rm11!

Saudagar Emas berkata...

sajak nik aziman ni fantasi je cerita dia

Datuk Borhan berkata...

mcm pasal fantasi la kenangan mas kecik sajak nik aziman ni

Mat Toopa berkata...

ingatkan nik aziz rupanya aziman? hahaha

Teksi Manaf berkata...

sajak nik aziman ni jiwa2 ke?

Adi Cana berkata...

nik aziman umur brapa?

Zain Issac berkata...

nik aziman ni tua ke muda?

Tan Sri Yunus berkata...

eh! sajak pasal memori lama ke?

Raju Linggam berkata...

dhaif tu apa? miskin ker?

sarah berkata...

cerita pasal apa plak ni?

Roslan Bidin berkata...

eh! ada cerpen lagi nampaknya! best2

Mozaire berkata...

mcm pnh baca je cerita abul ni

Pak Kassim berkata...

ni yg dia seberang sungai ke?

Datuk Murad berkata...

sian abul... miskin plak?

Teratai mekar berkata...

sian cerita abul ni miskin plak tu?

Qalam Musoffa berkata...

ni yg dia boleh menyeberang sungai ke?

Angker 13 berkata...

cerpen ni yg dia boleh terapung dalam sungai ker?

Yusmanira berkata...

cerpen baru ke! wah!!!

Ziarah Makrifat berkata...

cerpen mcm pnh bca jer...

dam catur berkata...

eh! ada cerpen plak kali ni sempoi!

Petualang Tiga berkata...

cerpen ni pasal apa plak sedih ke gembira?

Simsalabin berkata...

cerpen ni cerpen kisah teladan ker?

Hantu Gigi berkata...

eh! cerpen kisah hantu ker?

Syed Faizal berkata...

cerpen mengisahkan apa plak kali ni?

Kevin Chong berkata...

eh! ada balik cerpen....

Satria Juragan berkata...

cerpen dia boleh menyeberang sungai ke???

Puan Rosnah berkata...

apa jadi kat abul ni nnt???

Vijay Kumar berkata...

cerpen kali ni berunsur apa plak?

Pak Ngah But berkata...

cerpen baru plak nampaknya ni yg best ni

Inspektor Halim berkata...

nampaknya cerpen pengajaran plak kali ni

Bulan Terang berkata...

MELIHAT KE BULAN

Aku bagai melihat dirinya
Sedang mengenang kisah semalam
Sambil melihat ke bulan
Air matanya jatuh berguguran
Pada siapa nak di luahkan
Segala penyesalan
bermain di fikiran
Hatinya bersuara dalam diam
Andainya dia diberi pilihan
Untuk kembali kemasa silam
Pasti dia gunakan peluang
Untuk baiki segala kesilapan

Bulan terang
sajak politik

Orang Lama berkata...

DIAMKAN SEMUA PANCAINDERA

cuba sedut sedalamnya
nikmat hidup kau tak sedar..
setiap detik masa
ada sahaja bahagian kita..
cuba pejam mata
diamkan semua pancaindera..
rasai degupan jantung
yang masih bergetar..
cuba lihat langit gelap
di hiasi bintang bintang...
tetap indah walau
seribu kali di pandang..
cuba hapuskan semua rasa datang..
melaikan rasa kehambaan...
terus bangkit terus berlari..
rentasi hamparan ini..
cari rahsia yang tersembunyi...
dapatkah engkau temui..?

Orang Lama
sajak simbolik

Pejuang Islam berkata...

HIDUP UNTUK APA

kamu semua hidup
tapi untuk apa
hidup untuk makan? untuk seronok?
tanpa pikul beban tanpa amanah
tanpa tanggungjawab
goyang kaki sahaja
harapkan semua datang bergolek
usaha langsung tiada
jika benar kamu begitu
kamu sama sahaja
seperti si tanduk dua
kamu kan manusia
ada tuhan buat disembah
kamu kan manusia
ada kudrat daya usaha
kamu kan manusia
ada akal fikirkan segala
gunakanlah sepenuhnya
jadi berguna bukan sampah

Pejuang Islam
sajak sindiran

Mawar Harum berkata...

BERCERITA KEPADA LAMPU KAMAR

semalam yang bisu..
aku terdiam tanpa suara...
kesunyian itu memecah segala bunyi..
jiwaku mati mahu saja
aku bercerita pada lampu kamar
sentiasa menemani aku
ketika waktu gelap..
aku pasrah kerana memang ini
hidup yang harus aku tempuh...

Mawar harum
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

Bulan Terang dengan sajaknya bertajuk MELIHAT BULAN sajak inis bebau politik khas buat saeorang yang mungkin juga berpengaruh bila ramalannya terasar dari andaiannya yang sebenar, masakan tidak bersedeh bila terasa diri terperangkap dalam bersubahat menegak kemungkaran di bumi tuhan. Jika judi dibenarkan dan kemungkaran dibebaskan Dimana muka mesti diletak di hadapan Allah swt? Kini cuba memkirkan ingin kembali ke jalan asal hidup sebagai kelompok silam. Buat yang membaca pasti faham kisah Bulan Terang. Apa pun berhenti disini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

Satu lagi sajak berbentuk persoalan dan sinis daripada Pejuang Islam bertajuk: HIDUP UNTUK APA? Mesti ingat kenapa, mengapa, buat apa. Semuanya mesti dipersoalkan untuk mencari jalan keredhaan Allah swt. Jika sebalinya , sama dengan haiwan melata. Tidak guna diberinya akal dan hati untuk berfikir dan beriman, tubuh untuk beramal, jiwa untuk bertakwa, melakukan yang makruh dan menolak sebarang yang mungkar.Gunakan kehiupan ini sebaiknya. Sekadar perbicaraan biasa dan ada condong pada sinis dakwah. Maaf sajak ini juga tidak dinilai dari puitisnya kerana persaingannya juga hebat.maka sajak anda terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

Sajak orang lama juga mengacam tetapi kana pemlihan agak terhad maka dua orang dari enam sajak terbaik terpaksa dikeluarkan, termaksuk Bulan Terang Sajak DIAM SEMUA PANCAINDERA. Meminta agar kita cuba menilai jika 5 pancaraindera ini dihentikan seketika. terasa semuanya bagaikan tidak sempurna. Itulah nekmat yang tuhan beri terlalu sukar untuk dinilai dengan harta dan wang ringgi.,Sebab itulah hanya orang yang beriman dan dekat dengan pertunjuk Allah swt dapat bersyukur dengan apa yang ada diberikan oleh Allh Penbicaraan biasa yang selalu manusia lupa sebagai hamba Allah yang lupa dimuka bumi ini..layak bersaing dengan sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara. berkata...

SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

Sajak ini juga terkena penyakit jiwa, pengucapannya baik dan puitis bunyi dan bermadah dengan tajuk yang menarik BERCERITA KEPADA LAMPU KAMAR. Penceritaannya bagai berbicara dengan lampu sepi di kamar Sajak ini diberi kemenangan kerana penceritaan jiwa-jiwanya agak berbeza dari puisi rumaja dan jiwa-jiwa yang lain sebelum ini. Apa-apa pun peluang ini harap tidak dipersiakan, jika baik cuba masuk sayembara puisi dan cerpen melalyu jalur lebar untuk orang muda anjursn kementerisn belia dsn suksan .Harap dengan tema yang lebih mnancam lagi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)