Jumaat, 8 April 2011

ADIK



sajak pilihan ahli

 
Adik
Jangan sekali main dengan hati
Mudah patah, bahaya.
Jangan terpedaya kata buaya
Bahaya jiwa merana

Adik
Jangan ikut kata hati sentiasa
Kelak badan binasa
Jangan pernah benci cinta
Dia pemurah beri kita
Peluang ke dua dan seterusnya.


Oleh: Yusmanira
sajak penjaga blog harap qalam x kisah2011 Januari 4 16:14
Diterbitkan semula tarikh 09/04/2011.







50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

1 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

ADIK sajak nasihat dan peringatan dari sdri Yusmanira menceritakan
dan cuba melarang jangan sesekali suka bermain dengan hati,pastinya
jika tersilap langkah akan merana diri, begitu juga jangan sekali
ikut kata hati, silap langklah tergadai jiwa dan raga. Oleh itu boleh menilai dengan berwaspada sebelum menyerah dan terus percaya tanpa menyelidik dan usul pereksa. Semoga keadaan tidak begitu buat adik-adik. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara.

Hantu Raya berkata...

Secara rasminya, manifesto BN sudah diumumkan. Berikut disenaraikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, 2011. Manifesto bukan "bulan dan bintang"...

Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.

Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.

Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.

Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.

Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.

Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.


Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Dengan manifesto begini, mampukah BN Sarawak mengekalkan tampuk pemerintahan BN di negeri ini.

Manifesto ini tidak menjanjikan "bulan dan bintang", malah ianya boleh dicapai dengan mudah sekiranya mendapat kerjasama rakyat yang sukakan keamanan, perpaduan, kemajuan yang seiring dengan pembangunan insan dan sayangkan Sarawak daripada "penjajahan kuasa luar", terutamanya DAP yang sememangnya chauvinis dan pro-komunis.

Petekan drp blog DUKE

Abul Hassan berkata...

sajak utk adik ko ke?

Abang berkata...

entah2 yusmanira ni adik en nuri kot?

Nuri Jaguh berkata...

sajak nasihat utk remaja skrg ni

Sharifah berkata...

sajak mcm nasihat utk adik2 remaja ni

Ibrahim Lee berkata...

menarik ada nasihat dalam sajak yusmanira ni

Badrolshah berkata...

sajak utk adik umur brapa ni?

Bumi Hijau berkata...

sajak ke x mcm sajak mcm nasihat jer..

Nurse Lisa berkata...

sajak pasal masalah remaja lombok rasanya

Kembara Budiman berkata...

lawa plak pmpuan dalam gambar sajak ni... hahaha

Nuri Kecil berkata...

menarik sajak peringatan sesama kita

Ayu Manja berkata...

nasihat yg menarik dari yusma

Nurse Lisa berkata...

sajak yg ringkas tp penuh pengajaran

Hadi Hamzah berkata...

sajak yusmanira plak nampaknya?

Yusri Nawab berkata...

moga2 ada yg dgr sajak nasihat dari yusmanira

Sarah berkata...

terima kasih yusmanira sajak yg menarik penuh nasihat berguna

Dirasat Hikayat berkata...

sajak utk adik2 ke untuk adik kandung ni?

Malik Wariya berkata...

manifesto tu apa?

Diana Sanubari berkata...

wah! byk jgk manidesto BN ni

Ambuyak berkata...

pembangkang mana ada manifesto BN dh buat siap2

Muhamad Akmal berkata...

manifesto bahasa apa ni?

Pak Kassim berkata...

wah menarik manisfesto yg di beri oleh BN ni

Ustaz Rahman berkata...

semoga rakyat bijak memilih

Datuk Hasbi berkata...

chauvinis ni bnda apa?

Busur Berduri berkata...

chauvinis pun ada betol ke ejaan ni?

Karim Ghani berkata...

tahniah kepada BN sbb dh buat maniesto siap2

Brader Joe berkata...

byk jgk manisfesto dari BN ni

Nahul Hidzar berkata...

perjanjian ke manifesto ni?

Dayang berkata...

menarik semua sekali yg dijanjikan BN ni

Rossa Long berkata...

boleh undi Bn la sbb manifesto pun ok

Nabil Quldi berkata...

pelik sampai skrg kenapa hanya sarawak je pilihanraya sabah xde ke?

Irham Kesuma berkata...

manifesto tu apa?

Ustaz Saad berkata...

manifesto tu ganjaran ker?

Zainal Arifin berkata...

rasanya manisfesto ni syarat kot

Tan Sri Yunus berkata...

semoga BN sapu semua kerusi di sarawak!

Puteri Bunian berkata...

rasanya Bn boleh sapu semua kerusi di sarawak ni

Keris Sakti berkata...

semoga berjaya buat BN!

Orang Lama berkata...

manifesto pembangkang entah ada entah tidak?

Intan berkata...

manifesto kerajaan mmg menaik kalau pembangkang pnya msti nak lingkupkan rakyat

Mat Noh berkata...

kenapa sarawak mula dulu pilihanraya?

Ummu Akilah berkata...

semoga Bn menang di sarawka!!!

Mak Cik Leha berkata...

UJIAN

hidup kita memang berbeza...
adakala laut bergelora...
pasang surut tidak menentu..
seperti juga roda...
kadang kala kita di atas...
usah sombong kerna ada ketika
kita akan ke bawah...
bersabarlah ketika di uji..
ujian itu adalah sebahagian
dari syarat hidup kita..
untuk di pilih mana satu
yang sabar dan mana satu tewas..
lihat para nabi mereka mulia..
hebat di uji menderita terseksa
tapi mereka tabah..
tak pernah menyerah..
tak pernah berputus asa demi
membawa cahaya umat selepasnya..
walau ramai menentang membenci hingga kini hati tak pernah lemah
kerana yakin dengan janji Allah...
selagi jasad ini masih bergerak..
masih merasai nikmat curahan ilahi
takkan seseali aku menyerah.

Mak Cik Leha
sajak ketuhanan

Saizul Maizav berkata...

Melompat dari dalam kotak basah
masuk ke dalam lopak
melontar dari ruang sempit
kembali menyeringai sakit...
berlari dari garisan permulaan
tersungkur di pertengahan..
mencuri rembulan
untuk siang yang kegelapan..
memecah kebuntua
untuk suatu kecelaruan..
terjun ke dasar lautan
sedang tangan mencecah daratan...
menahan kesakitan dan ketawa..
keluar dari persembunyian namun masih tidak kelihatan.
akhirnya mencari kesimpulan
dari persoalan
menemui jawapan tanpa kesudahan...

Saizul Maizav
percubaan pertama kali buat sajak tanpa bantuan sapa-sapa kalau tak dulu msti ada orang tolong

Ismail Harakm berkata...

JANGANLAH PERLI DIA

Syukur pada Tuhan
dia mahu ubah diri
jadi yang lain
tak perlulah perli-perli
apa diri sudah jadi paling suci?
sibuk menghakimi orang sesuka hati.
biar apa orang kata kita tetap kita
seadanya kita macam ni saja.
mereka rosakkan kita
kita tangkis bersama
biar musnah tembok China
jangan sampai kita turut juga.
sakit hati dendam itulah angkara
biasa bagi mahkluk bernama manusia
cuma diharapkan kita diam sahaja
kerana kita tahu itu bukan kita.

Ismail Harakam
bukan sajak politik sajak untuk kwn sy nk berubah tp masyarakat plak asyik menyindir

Seniman Jalanan berkata...

KAKI LIMA

Sedang aku beristirehat di kamar
terkejut mendengar guruh mengelepar
di dalam perut pengemis kota
Aku bangkit mencapai bungkusan pilu
terisi ketul-ketulan duka.
Melihat dalam lebar
harapannya terkoyak
hasil tikaman kemelaratan
dengan diiringi kekesalan
aku meninggalkan dia
terbaring di kaki lima
tengah panas terik.
mengusungnya keliling kota.

Seniman Jalanan
sajak cerita pasal diri sendiri

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Mak Cik Leha bertajuk UJIAN sesekali membacanya terasa bagai seorang ibu memberi nasihat kepada anak-anaknya . hidup umpama roda, segala kesusahan dan kesenangan itu ujian menilai keimanan sesaorang daripada Allah swt. Terima kasih Mak Cik Leha, menulis bukan kerna nama, Cuma sekadar nasihat saja untuk mengingati tuhan. Penceritaannya terlalu biasa tidak menetek beratkan sudut puitisnya atau bait-bait yang menarek dengan ayat yang memberi kesegaran untuk yang mendengarnya. Maaf setakat ini sahaja (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sauzul Maizav dengan sajak tidak berkepala , lebih mencelarukan tetiba macam ada saekor katak melompat dari kota basah ke dalam lopak , semua bait dan isi penceritaannya melompat Ini mungkin hendak memedekan puisi, tetapi telah jauh lari sehingga sesiapa pun membaca tidak akan mengerti mesej yang hendak disampaikannya. Biasanya orang akan mengenal orang itu melihat muka kepalanya. Bertambah berat untuk mengenal isi badannya, begitu juga dengan penutup yang tergantung dan bertanya? Maaf kami gagal menangkap isi atau maksud penceritaannya sebagaimana sajak subuh berapi pak Cik Osman Ali. Pengucapannya puitis dan menarik, tetapi isi dan maksud tidak menentu jadinya. Sama juga dengan sajak Saizul tanpa kepala. Maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

JANGAN PERLI DIA oleh Ismail Harakam pengucapannya kini sudah menjadi fenomena terkini, rata-rata ramai yang telah sedar dari kecelaruan minda yang dimainkan oleh sesumpah selama ini dengan meraih simpati ke atas penahanannya selama ini. Dengan beratus ribu dia mengerakkan jentera dan bergabung dengan dua musuh tradisi BN dengan melempar tuduhan palsu memfitnah dan tohmah PM masa itu Matan Tun Dr Mahadhir yang cuma diam sekadar menangkis saja. Tiba Pak Lah pujuk dan kelintungnya menjadi terus melepaskannya pula. Akhirnya Pak Lah yang tersungkur bila dilantik orang kuat PKR dlam kerajaannya . Nasib ada dua M jadi penyelamatnya. Soal ejek dan sinis perkara biasa itu kerja orang politik, mereka dah muka depal boleh tidur lena Apa yang sedehnya penyokong di bawah yang boleh menentukan mereka naik atau rebah yang jadi susah dan payah , sehingga berjalan pun tak tentu arah.Lebih baik jadi bebas , siapa buat kerja tak kena bertentnagan agama kita boleh libas . malah ramai yang diam saja. Maaf cerita biasa saja buat masa ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

KAKI LIMA sajak oleh Seniman Jalanan pengucapannya menceritakan akan kehidupan dirinya bersama warga pengemis jalanan yang sering di pandang sepi oleh penghuni warga kota melewati kaki lima saban masa Begitu juga dengan trajedi yang menyanyat hati bila hujan dan ribut turun mereka terjejas mencari rezeki, bila dah tua kurang upaya kesakitan pula menimpa, kian tenat jadinya.tambah pula tidak ada sanak saudara sebatang kara. Kecuali Seniman Jalanan yang mampu berdikari, dengan nyainyian dan muziknya. Itulah rakaman citrasa yang dirakamkan melalui deria pengamatannya. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)