Rabu, 27 April 2011

TUDUH MENUDUH



sajak pilihan Pb Cr.

kau tuduh aku,
aku tuduh kau,
entah bila nak habis.
entah bila mahu henti.
bila aku tuduh kau,
kau tuduh semula.
tak penat lelah mahu tuduh-tuduh.
tuduh lama lama nanti kau penat.
aku lelah bila habis penat.
kau tuduh lagi
aku mcm kau tuduh aku dulu.
aku apalagi tuduh kau
untuk sekian kali kau tuduh aku.
asyik tuduh tuduh bila nak habis?
Asyik tuduh menuduh negara utuh
Lama-lama boleh runtuh


Oleh:Tuan Haji Abkram
saya penjaga blog di department lain tp seronok mengikuti
blog ni hrp qalam terima sajak sy2010 Disember 29 16:17
Diterbitkan semula tarikh: 28hb, April, 2011.





50 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:

Qalam berkata...

PB Tuan Haji Abkram dengan sajaknya bertajuk: TUDUH MENUDUH.
Penceritaanya bagai menyentuh isu semasa yang melanda keadaan
negara (P) tanah air kita. Selagi ledah lembut dan suara masih
ada sesiapa pun bebas bersuara. Lalu berlakulah tuduh menuduh,
dahsatnya pula sampai saman menyaman. Di dunia engkau lepas bebas.

Di akhirat tidak takutkah akan rasa terkandas. Bertambah malangnya janji buat janji kerja satu apa pun tak jadi. Siapa yang rugi.

Dalam rasa kecelaruan minda ini rakyat yang patut menilainya
jangan memberi suara membabi buta. Dulu kita yang pangkah,kita yang pilih hari ini, mengapa gelabah , mengapa pula bersedeh? Itulah akibatnya kemenangan undi protis. Tuhan lebih mengetahu segalanya. Amin.


Oleh: Qalam Mutiara,
29 Disember 2010 2:56 AM

Geletek Pagi berkata...

ISU PUTAR BELIT YB PEMBANGKANG PR

1.Tidak berganjak biar pun seinci – S Manikumar Oleh: M Faqih

KOTA BHARU, 29 Mei: Adun PKR Bukit Selambau, S Manikumar hari ini mengambil pentas konvensyen PKR bagi sekali lagi menolak spekulasi akan melompat dari parti itu.

Berucap pada Kongres PKR di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre hari ini beliau menegaskan tidak akan bertukar prinsip perjuangan biar pun seinci.

Ekoran itu orang ramai bertepuk tangan tanda bersetuju dan kagum dengan pendirian tegas anggota Exco kerajaan negeri Kedah terbabit.

Beliau turut mengulangi beberapa kali perkataan tidak akan berundur biar pun seinci dan tetap akan memakai baju PKR yang sudah sebati dengan jiwanya.

“Sebelum ini media membuat andaian mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh apabila ada lagi Adun yang akan melompat katak.

“Inilah yang menyebabkan rakyat tambah keliru. Mereka dok dengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang cakap begitu.

“Saya jadi calon bukan sekadar hendak suka-suka, cuba bayangkan ketika pilihan raya kecil itu saya terpaksa berdepan dengan 13 lagi calon lain tetapi akhirnya pengundi memilih PKR,” katanya pada ucapan sebelum perbahasan ucapan dasar presiden bermula.

Sebelum ini sebuah akhbar menggambarkan kerajaan Pakatan di Kedah goyah ekoran kemungkinan beberapa lagi Adun akan melompat parti.

Sehingga kini dua Adun PKR mengisytiharkan keluar dari parti terbabit iaitu Adun Lunas, Mohamad Radzhi Salleh dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Di Dewan Undangan Negeri Kelantan sekarang Pakatan mempunyai 20 kerusi, manakala BN – 14 dan Bebas – 2.

S Manikumar berkata, beliau hidup berpegang kepada prinsip dan tidak akan berganjak daripada pendirian tersebut biar pun seinci.

Seorang pembahas mewakili kaum Tionghua, Chan Li Kan melahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin kerajaan di Selangor menggunakan kenderaan rasmi sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat perlu memenangi hati rakyat terutamanya masyarakat Melayu dengan melakukan sesuatu secara telus dan bukannya boleh menimbulkan pertikaian.
at 5/29/2010 09:39:00 PM 0 comments Links to this post

KOMENTAR:

Sebagai seorang YB atau rakyat yang cintakan negara bangsa dan agama untuk aman dan setabil keadaannya: Soal prinsip boleh
diungkaikan jika bercangah dengan
prinsip rukun negara. Bukan menyokong pendendam yang tak tentu hala.

nurimanja49@gmail.com berkata...

sajak ambik jalan tgh nampaknya tuan haji abkam ni


Haji Hamdan

nurimanja49@gmail.com berkata...

eh!sajak jalan tgh menarik


Jeffry

nurimanja49@gmail.com berkata...

senang je sajak tuan haji abkam ni mana2 pun x sokong


Sulaiman Embong

nurimanja49@gmail.com berkata...

x sokong mana2 ke tuan haji abkam?


Angker 13

nurimanja49@gmail.com berkata...

terima kasih qalam sajak ni yg nk en nuri letak sebelum ni

Tuan Haji Abkam

nurimanja49@gmail.com berkata...

sajak bebas nampaknya kali ni


Bulan terang

nurimanja49@gmail.com berkata...

btol jgk sajak tuan haji abkam ni dua2 pun xboleh pakai

Datuk Hasbi

nurimanja49@gmail.com berkata...

btol tu haji abkam mana2 pun x sokong snang cerita


Mak Mah

nurimanja49@gmail.com berkata...

klu BEBAS lagi snang x bersubahat dgn mana2...


Dati Maimun

nurimanja49@gmail.com berkata...

btol jgk sajak tuan haji abkam ni dua2 x boleh di sokong

Sufian Al Zahri

nurimanja49@gmail.com berkata...

sokong sajak haji abkam baik sokong BEBAS


Ustaz Sahzan

nurimanja49@gmail.com berkata...

ni baru la nama sajak atas pagar dari haji abkam



Ustaz Rahman

nurimanja49@gmail.com berkata...

x sebelah mana2 ke haji abkam?


Adi Cana

nurimanja49@gmail.com berkata...

ingatkan haji abkam ni BN rupanya Bebas...



Inspektor Halim

nurimanja49@gmail.com berkata...

ikut mcm haji abkam snang mana pun dia x sokong


Haji Khali

nurimanja49@gmail.com berkata...

haji abkam ni bukan PAS ke dulu?


Zainal Arifin

nurimanja49@gmail.com berkata...

kenapa x sokong BN haji abkam sbb sajak ni tgh2...


Rembulan Senja

nurimanja49@gmail.com berkata...

btol2 haji abkam mana2 pun x pyh kita sokong buang masa

Datuk Murad

nurimanja49@gmail.com berkata...

betol tu haji abkam skrg susah nak tentukan mana yang btol...


Balqish

nurimanja49@gmail.com berkata...

kenapa dorang nak kluar dari kmpung tu kena halau ke?


Muhamad Badawee

nurimanja49@gmail.com berkata...

dorang berdua bersedia ke nak berdepan dunia luar?


Halilintar

nurimanja49@gmail.com berkata...

dah elok2 jaguh kmpung pergi kluar plak?


Kamal

nurimanja49@gmail.com berkata...

dorang ni kembar seiras ke atau x seiras?


Zain Issac

nurimanja49@gmail.com berkata...

btol tu islam agama indah


Kevin Khairudin

nurimanja49@gmail.com berkata...

islam adalah agama yg terbaik!!

Satria Juragan

nurimanja49@gmail.com berkata...

bangga dapat hidup dalam islam


Kareem Kramjit

nurimanja49@gmail.com berkata...

islam adalah agama yg terbaik utk di pilih!


Nurul Lisa Kim

nurimanja49@gmail.com berkata...

xthu nk kata apa pada sajak en nuri sbb sy bukan islam


Rossa Long

nurimanja49@gmail.com berkata...

nampaknya dorang nak berhijrah ke kmpung lain ke?


Ku Farah

nurimanja49@gmail.com berkata...

kembar ni msih x kwin lagi ke?


Srikandi Juwita

nurimanja49@gmail.com berkata...

kembar ni umor brapa dalam cerpen ni?


Siti Hajar

nurimanja49@gmail.com berkata...

aku rasa dorang berhjirah nk cari isteri kot?


Hantu Gigi

nurimanja49@gmail.com berkata...

ke mana arah destinasi dorang sebenarnya?


Orang Lama

nurimanja49@gmail.com berkata...

dorang berdua ni nk ke mana sebenarnya ni?


Hadi Hamzah

nurimanja49@gmail.com berkata...

kalau tersesat mcm mana dorang nak balik nnt?



Mak Mah

nurimanja49@gmail.com berkata...

kembar ni x bawak bekalan makanan ke????

nurimanja49@gmail.com berkata...

ke mana la kembar ni nak pergi??? xde haluan ke



Syed Faizal

nurimanja49@gmail.com berkata...

rasanya dalam perjalanan nnt byk halangan yg menimpa kan?


Irham kesuma

nurimanja49@gmail.com berkata...

ada hantu atau raksasa x yg halang perjalanan dorang nnt?


Pedang Kesatria

nurimanja49@gmail.com berkata...

dorang x bawak peta ke ke mana arah nak pergi??


Pahlawan Melayu

nurimanja49@gmail.com berkata...

SIAPA KAMU?

siapa kamu adakah kamu batu
kamu kayu jika benar kamu manusia
pasti kamu punya masalah
sudah ketentuan tuhan
hidup ada masalah ada dugaan
cabaran serta halangan
itu mehnah jika kamu berjaya
kamu bijak pandai
jika tidak berjaya
pasti ada jalan
dari atas dari bawah
dari kiri dari kanan
lambat cepat pasti ada
itu janji tuhan
apa sahaja masalah
pasti ada jalannya
kecuali satu mati…


Sufian Al Zahri
sajak ketuhanan

nurimanja49@gmail.com berkata...

RIUH SUARA SENGKETA

Riuh-rendah suara sengketa
tergoyang tiang nusa kencana
laungan suara merempuh istana
gajah sama gajah berjuang
si kancil di kepit pada gelanggang
mergastua resah terpaku
unggas diam terpinga kaku
ternakan kehilangan desa
layu pepohon cinta bangsa
kota mulai memunggah ibarat
luka bangsa belum terbebat
sampai waktu sukar sepakat
bumi makmur hilang berkat
pasti tertukar milik muktamad.
Dalam lupa kita menyanyi:
apabila bunga kembang berseri
sang gajah tua keluar menari
lenggang kanan lenggok kiri
diundang menari seekor lagi.
Siapakah itu suaranya tinggi?

Ustaz Sahzan
Sajak simbolik

nurimanja49@gmail.com berkata...

PUAS DAH BERCAKAP

Puas-puas bercakap
hati pun tergerak
memerhatikan sikap yang memihak
ke mana perkara akan dibawa
soal manusia soal dunia
puas-puas berfikir begini jadinya
untuk bermenung mentafsir
setiap yang terhasil:
masih tetap tertangkap
nada nafas yang tercunggap.
kemanusiaan, keduniaan
menjadi hukum percaturan;
rundingan dan kekuasaan
melihat berat pada kepalsuan


Mei Ling
sajak simbolik

nurimanja49@gmail.com berkata...

CINTA BUKAN KERANA RUPA

pernah mereka berkata2..
cinta mereka kerana rupa..
namun ianya tidak ke mana..
kerana rupa kan dimakan usia..
cinta mereka kerana harta..
namun ianya tidak kemana..
kerana harta kan kehabisan jua..
cinta itu untuk apa..
ingin dimiliki namun tak daya..
kerana manusia pandai berdusta..
kata cinta dalam berpura..
biarlah menyinta kerana Yang Esa..
kerana kita tetap miliknya..
cinta abadi hanya untukNya..

Saudagar Emas
sajak jiwa2 ketuhanan

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Sufian Al Zahri bertajuk SIAPA KAMU penceritaannya mudah sajak ketuhanan. Pengucapannya Bagai ingin bertanya, siapa kamu? Batu atau kayu ? ( sadikit ada pembetulan dari sudut pembentukan ayat ) Jika anada manusia pasti ada masalah kerana dalam kehidupan ini sebenarnya.Allah swt telah menetapkan segala masalah dan halangan sebagai cubaan dan ujian untuk menilai keimanan kita. Namun bagi orang beriman tidak mudah putus asa atau mengeluh, kerana mereka tahu akan qada dan qadarnya Allah swt. Selagi hidup ada ikhtiarnya kecuali bila sampai ajalnya. Layak sayembara seterusnya. (SM)

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ustaz Sahzan sajaknya bertajuk RIUH SUARA SENGKETA penceritaanya berkaitan dengan issu semasa . mungkin tentang politik yang mengila, apa tidak ada parti yang mengatakan mereka kalah, malah semuanya berbangga kemenangan semua , walau pun di serawak Cuma dapat tiga kerusi satu iban tolong dengan janji jadi Cm , kedua china tolong guna teket roket. Satu lagi letak lima semua bungkus. Siapa yang untuk roket juga yang lebih berkuasa. Kini ada tang mereka mula tunjuk kuasa. Dan cuba menyembunyikan apa saja yang mereka temberangkan pada pengundi mereka. Apa yang Geletek Pagi dengan HR katakan dulu benar mentol mereka di negara jiran menang tanpa bertanding. Dua ekor gajah tua ini kian naik minyak. Kerana berjaya menidakan di serawak tidak ada kerusi tanpa bertanding, menjadikan Taib Mahmud tidak boleh senyum lagi kali ini. Inilah ajaran sifu dari selatan tanah air tambah johor. Ada rantaian tanpa disedari. PAP, DAP, PKR PAS, Jika mereka berjaya hilang mutabat wajah 1 Malaysia. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Mei Ling tiada lagi sajak hujan. Ditukar pula dengan tajuk PUAS BERCAKAP. Penceritaanya semacam orang berkempen untuk mencari pengaruh dan kepentingan diri, pasti nya berbagai akan dijanjikan, Malah kalau boleh bulan bintang hendak diberikan. Kerana apa yang mereka nampak dan harapkan kuasa, kedudukkan,dan wang untuk melebarkan pengaruh , bila sudah menang janji dan kata semuanya hanyut tidak akan tertunai lagi, yang jadi mangsa rakyat sendiri yang tidak pandai menilaiDan terpengaruh dengan cakap kosong , butar belit yang tidak beerti. Kerana dua sajak di atas agak lebih mencabar. Maaf sajak anda terpaksa berhenti di sini (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Saudagar Emas dengan sajak jiwa-jiwanya bertajuk CINTA BUKAN KERANA RUPA. Atau dengan kata lain NILAI ERTI CINTA. Pengucapannya mudah sahaja. Bagi yang hidup dan pernah bercinta. Boleh berfikir dan bertanya pada diriu anda sendiri di mana nilainya erti sebuah cinta anda selama ini? Kerana terlalu ramai orang yang teperangkap dengan cinta kerana rupa. Harta dan sebagainya. Malah tidak ada atau jarang ada orang yang menilai akibat Sebaiknya. Apa tah lagi cinta yang lebih mendekat diri dengan tuhannya. Apa-apa pun itulah taksiran n ilai cinta yang perlu direnungkan. Kerana isu atau mesej yang hendak disampaikan Cuma perkara biasa dan jiwa sajak anda terpaksa diberhentikan di sini saja. Harap maaf usaha lagi lain kali. (TK)