Isnin, 18 April 2011

SALAM DARI KOTA BELUT



dari negeri di bawah bayu


Salam daripada negeri bawah bayu
melewati masyarakat bajau kota Belut
Pak Dollah genderasi keluarga Bajau
tradisi mahirnya menonggang kuda
pagi hari dia bertani menanam padi
petang  dia mahir mengukir parang.

Pagi Ahad sepanjang hari masa terluang
Pak Dollah berdagang di pasar tamu
menjual parang kota belut berukiran seni
sehingga kini sudah pun lima keturunan
mewarisi kemahiran yang luar biasa ini.

Hidup Masyarakat Bajau kota Belut
mempunyai budaya tradisi tersendiri
bermain sepak bola raga tampuk manggis
beramai memukat ikan di tasek dan sungai
demi bagi mengukuhkan tali persaudaraan
hidup biar mufakat kerja kita bersama.


Oleh: Nurimanja
catatan di petang hari.
jam 7 petang waktu malaysia timur
Tanggal 17hb. April, 2011.





50 ulasan:

Viger berkata...

Baru Bian menang pulak dah...Boleh jadi CM ke? Please... (BB)

Pembetulan untuk entry di bawah. Si Baru Bian tu menang rupanya. Itu pun setelah dibantu oleh "pengundi hantu, jembalang, iblis dan sewaktu dengannya".

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa "peti-peti undi yang membawa 9,000 undi untuk BN telah dibuang ke Batang Rajang dan Batang Lupar", sebab tu lah Baru Bian menang di Ba'kelalan...

Demikian berita terkini dari Ba'kelalan. Okay la tu. Boleh la jadi Ketua Menteri lepas ni. Kalau PKR menang 5 kerusi sekali pun, boleh ke Baru Bian jadi CM ni?

Harap Batu Bian tak buat mesyuarat DUN kat bawah pokok macam Nga, Ngeh dan Nizar " mata sepet"....muahahahaaa...!!!!


Posted by DukeOfUMNO at 8:54 PM 0 comments Links to this post

Nurimanja berkata...

BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri ke sembilan

Dalam keadaan sedar dengan tidak itu, Abul Hassan digambarkan kepadanya sambungan cerita seterusnya. Sesekali nafasnya berdengkus seperti lembu kena sembelih, diserang kegelisahan, rasa , marah dan geram terhadap orang tua alim itu kerana rasa ketidak kepuasan hatinya.

Anak muda berwajah kenabian itu juga tidak dapat menahan sebak, hati dan perasaannya kian bercelaru, bagaimana mungkin aku boleh belajar ilmu luar biasa kepada orang tua alim ini. lantas dia bersuara dengan agak tinggi sedikit suaranya sehingga menjadikan orang tua alim itu tercengang dibuatnya.

“Tuan guru! Maafkan saya Kalau berginilah keadaannya saya rasa kecewa untuk meneruskan pegembaraan mencari ilmu pelajaran di sepanjang perjalanan ini. Saya sudah tidak dapat menerima apa yang berlaku. Saya rasa setakat ini saja pengembaraan kita, terpaksa berpisah.” Begitu luahan kaya anak muda berwajah kenabian itu dengan penuh rasa kesal.

Orang tua alim itu tersenyum kerana kecetekan pemekirannya yang cuma tahu 10 hari kehadapan dengan apa yang berlaku, sedangkan orang tua alim itu mengetahui 10 tahun kehadapan dengan apa saja peristiwa yang berlaku. Lantas dia bertanya kepada anak muda berwajah kenabian itu.

“Benar kau ingin berpisah dan hendak menamatkan pengembaraan bersama ku ini? Kau tidak menyesal. Kau juga telah melanggar dengan syarat yang telah kita tetapkan. Kini kau Cuma tinggal satu syarat sahaja lagi. Jika kau ingin berpisah, sekarang juga kau boleh pergi, saya terpaksa meneruskan pengembaraan ini.” Kata orang tua itu dengan tenang.

“Baiklah tuan! Sebelum saya meninggalkan tempat ini dan berpisah tolong ceritakan kepada saya kenapa tuan memecahkan perahu itu dulu, kemudian tuan membunuh pula anak muda belasan tahun yang tidak berdosa itu?” kata anak muda wajah kenabian oitu dengan penuh perasaan dan harapan agar orang tua alim itu dapat menceritakannya.

BERSAMBUNG.

Harimau Berantai berkata...

AKU DAN DIRI SENDIRI

aku tak suka kau biar aku sendiri.
Sebab aku jadi buta tak berkaki.
aku jadi derita mulut sendiri.
aku jadi hina benci sendiri.
bukannya aku sendiri pinta
aku sendiri jadi begini
dari awalnya aku takmahu sendiri
tapi disetiap sendiri aku,
aku belajar diri sendiri sunyi.
aku belajar hina dan benci
aku belajar yang tak berkaki.
aku belajar tentang diri sendiri.


Harimau Berantai
sajak simbolik

Mak Mah berkata...

MARI AKU KHABARKAN

Mari aku khabarkan
lahirnya dia sudah lama
menjadi ketua terdekat ini cuma
Ke sini aku ceritakan
dia sakit di dalam
namun tangisnya tidak terkesan
Kehilangan yang sangat dirasakan
dengan tiba-tiba
tidak lagi dia empunya bapa
Tabah wahai ketua muda
kita kan yakin pada Yang Esa
usah bimbang jika kau rebah
aku ada di belakang

Mak Mah
sajak simbolik

Atuk berkata...

MADU ILMU

benar kata guruku
ilmu itu umpama madu
semua pasti mencari
semua pasti dambakan
manisnya tetap kekal
buat semua tertarik
nilainya tiada tara
hadir pasti dijunjung
hidup pasti disanjung
martabat tinggi menggunung
mana pergi jadi penaung
jatuh ke laut jadi pulau
jatuh ke darat jadi gunung
ayat pertama al karim
iqra’ jadi suruhan
walau cuma setitis
nilainya seisi dunia
namun tetap tiada guna
jika amalnya tiada…

Atuk
sajak terkenang

Lebai Noh berkata...

JANGAN KHUATIR

Jangan khuatir
Kerana bila kusendiri
Aku lebih baik dari dulu
dengan adanya sinar cahaya
Yang mengizinkan kutumbuh
Dari diriku dulu siapakah itu?
Malampanjang buatkan ku terasa
Kugenggamkan jiwa dari dalam diriku
Seperti Selamanya aku tahu
Dengan adanya sinar cahaya
Dan tekad dalam jasadku
Aku yakin aku lebih baik dari dulu

Lebai Noh
sajak simbolik

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Harimau Berantai yang bertajuk: Aku dan diri sendiri bersaing hebat dengan sajak Mak Mah Mari aku khabarkan? Apa-apa pun kami terpaksa sadikit tokok tambah bagi memberi peluang dan menghidupkan cerita yang hendak disampaikan.Keduanya ada masej yang menarik tetapi untuk memelih seorang di antaranya perlu diteliti. Pengucapan sajak HB mungkin sedikit peribadi kebarangkalian. Namun ada pengajaran yang perlu ditunjulkan rasa terhina dan rendah diri bila kita terasa ada kekurangan pada diri, mungkin dari segi kedudukan dan pendidikan. Tetapi jika ketentuan semuanya ditetapkan oleh ilahi, kita terpaksa menerimannya. Itulah ujian buat seorang insan. Terasa layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Mak Mah sajaknya bertajuk: MARI AKU KHABARKAN ingin menceritakan tentang Latar belakang suatu keluarga mungkin mak mah pernah membidankan agaknya. Malah lebih dari tahu segala latar belakang keperibadiannya. Mungkin seorang yang berpenyakit tetapi tidak menunjukan penderitaannya. Jika si bapanya seorang ketua atau kepala desa pergi dengan mengejut. Bila ketiadaan bapaknya tentu mereka menjadi susah untuk mentakbirkan sebuah desa, tetapi si penulis dan orang kampung sedia memberi sokongan moral dan khidmat nasihat, semuanya adalah telah ditetapkan oleh Allah swt yang maha esa. Setelah dinilai persaingan diberi kepada Harimau Berantai, kerana penceritaanya si penulis sendiri merasainya. Harap maaf, usaha lagi sayembara seterusnya (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Atuk dengan sajak nasihatnya kepada kita semua dengan tajuk MADU ILMU atau ILMU ITU MADU. ,Apa-apa pun pengucapannya sudah cukup memberi pengajaran untuk mereka yang Mempunyai ruang masa dan usia, menuntutlah ilmu sebanyak mungkin untuk masa depan yang mencabar , juika ilmu keagamaan untuk beramal kemudian hari pula. Jika ilmu bagaikan madu pastinya bagai ubat keramat seribu guna bagi kita melewati alam duniawi dan akhrawi/ Layak Atuk untuk sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ini lagi seorang Lebai Noh orang lama dengan sajaknya JANGAN KHUATIR penceritaannya amat mudah rengkas dan penginsapan. Jika ada orang yang mahu berusaha untuk terus ke jalan yang baik Insyallah maka allah akan permudahkannya. Ini yang sedeh tidak mahu muhasabah, kian lanjut usia ke hujung senja, semakin banyak pula cerita sekendal yang kian mengila.Bila ada orang yang menegur atau mengingatkannya . Orang itu pula yang menerima denda dan hukumana disebabkan mendedahkan kesalahannya. Itulah luasa wang dan pengaruh dunia. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Malik Wariya berkata...

kalau aku terus blah la jgn ikut orang tua tu lagi

Mozaire berkata...

rasanya lps ni abul plak di bunuh orang tua tu

Tok Mahat berkata...

sapa plak yg berdengus tu?

Simsalabin berkata...

bru la aku phm rupanya abul hanya melihat saja orang yg wajah nabi dgn orang tu blum ada nama

Badrolshah berkata...

sian bdk muda tu mati dgn kejam

Ummu Akilah berkata...

baru bian tu apa?

Pangllima Ketot berkata...

berdasarkan kisah benar ke ni?

Pak Haji berkata...

eh! abul jadi saksi la pembunuhan kejam ni

Nabil Quldi berkata...

dorang berdua x thu ke abul mengintip dorang tu?

Emily Osman berkata...

baru bian menang? sapa ni?

Muhamad Akmal berkata...

baru bian nak jd CM??? xphm la

Atan Yahoo berkata...

viger cerita pasal apa ni?

Kembara Budiman berkata...

baru bian ni nama orang ke?

Satria Juragan berkata...

kat sarawak ada nama tempat baru bian ke?

Mei Ling berkata...

x sabar nk thu kenapa dia buat smua tu?

Nurse Lisa berkata...

mngkin dia pecah perahu takut orang curi kot?

Jalal Rafzee berkata...

rsanya bdk yg dia bunuh tu bila besar jadi jahat kot?

Tetamu Malam berkata...

x sabar nk thu kenapa dia buat smua tu?

Ustaz Saad berkata...

dia x rasa bersalah ke buat smua tu?

Pak Kassim berkata...

rasanya sbb dia thu perkara buruk akan berlaku sbb tu dia bertindak dulu

Pendekar Sakti berkata...

aku rasa orang alim tu msti xkn bgithu abul

Halilintar berkata...

pelik la kenapa dia buat smua tu?

Mak Mah berkata...

peti undi kena buang???? btol ke ni?

Ustaz Muda berkata...

xkn sampai mcm tu sekali dorang nak menang sampai snggup buang peti undi

Olie Pajutdy berkata...

dorang ni bacul la belum umum keputusan dh buang peti

Roslan Bidin berkata...

bakalalan dorang menang mengecoh rupanya

Badrolshah berkata...

patutlah dorang menang rupanya dh buang peti undi

Ezad Emir berkata...

sapa yg berdengus menahan marah? anak muda kena sembelih tu ker?

Mia Safiyah berkata...

anak muda wajah nabi tu nabi khidir ke?

Bos Kacak berkata...

kalau aku terus blah xpyh tanya la sbb orang alim tu gila

Sharifah berkata...

kenapa dia xmhu ikut lagi orang tua tu?

Saizul Maizav berkata...

kenapa berhenti? ikut je la nk thu dia nak buat apa lagi lps ni

Tan Sri Yunus berkata...

rasanya kalau dia ikut orang alim tu msti panjang lagi cerpen ni sbb dia dh berhenti msti nk hbis cerpen ni

Atan Yahoo berkata...

aku rasa org alim tu dari wad gila la

Petualang Tiga berkata...

bunuh orang mcm tu je? gila la orang alim tu

Seri Suri berkata...

kenapa rasa mcm pnh bca je cerita ni

Jeffry berkata...

rsanya ni ceerita nabi khidir tp ada en nuri ubah sikit

PENYAIR AGUNG berkata...

ingatkan abul yang ikut orang alim tu rupanya abul hanya bermimpi

Puan Rosnah berkata...

eh! kalau orang alim tu x jawab kenapa dia buat mcm tu sah dia gila

Ku Dania berkata...

pelik la orang tua entah2 dia orang gila kot?