Selasa, 19 April 2011

PINTU TUTUP



sajak pilihan ahli Cr.

Sewaktu aku perlahan membuka pintu,
kau kulihat melangkah rumah lain,
cuma sekali kau tegur rumah ini,
bertanya khabar bercerita panjang,
selebihnya lebih gemar bersama dia,
pintu yang terbuka sedikit tadi,
perlahan-lahan aku tutup kembali,
kerana rumah yang itu lebih menanti.


Oleh: Ustaz Saad
di pejabat sekolah sewaktu rehat 10pagi
Diterbitkan semula tarikh: !9hb. April. 2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Catat Ulasan Tinta

Sajak Ustaz saad ini menceritakan tentang tempat kerja agaknya atau keadaan tempat tinggal anda di sekelilinginya. Ada kawan yang semacam mula menjarakkan diri, dan cuma memandang dengan langkah yang berlaianan dari langkah biasa, bagai ada sesuatu yang tersembunyi atau hendak disoroknya, mungkin ke pintu lain dan rumah lain fahaman dan yang berlainana pegangann bagaikan ada unsur politik pula. Ini cuma andaian saja , sajak ini
saya ulas kerana tidak ada ulasan dari en nuri atau qalam Mutiara, sajak lama agaknya.

Viger berkata...

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab ( petekan drp.UM )
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

"DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.
"Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

KOMENTAR:. Jika PKR dan PAS turut serta menjayakan kemenangan DAP. Esok jangan kecewa bila di kota baharu dan selangor semua bandar di negara ini dipenuhi kelab judi dan sarang pelacuran seperti rumah urut yang berluluasan, Lihat saja grap peningkatan di selangor dan Pulau Pinang?

Pak Awang berkata...

SELANGOR TERUS GEMILANG

tahniah buat kamu
wahai sahabat lamaku
moga lena dikau beradu
diulit mimpi riang berlagu
nampak kamu riang sekali
anak buahmu semua menjadi
perak dan terengganu dah kena taji
anak buahnya lemah sekali
bagai sebulan tak makan roti
kilauan trofi mula terbayang
impian juara mula mendatang
anak buahmu sukar dikekang
pastikan tumpuan tiada hilang
walau tanpa safee sali
pasukan kamu tetap manjadi
kalau tidak menyesal nanti
tiada guna cakap panjang
kamu juga dah besar panjang
harap nanti kamu menang
gembirakan hati semua orang
teruskan berjuang!

Pak Awang
sajak buat pasukan selangor

Bob Kuli berkata...

MATI SENDIRI

kalau diberi pilihan
antara mati seluruh duniawi
dengan mati sendiri
mungkin aku pilih untuk mati sendiri
kerana aku sudah tahu erti ,
makna, dan sakitnya sendiri
harini aku sudah tahu,
bahawa sendiri itu sebenarnya hakiki.
sebab di akhirnya
kita hanya ada diri sendiri.

Bob Kuli
sajak simbolik

Syeikh Al Habib berkata...

TAKKAN MENGALAH

Malam itu aku melangkah,
sehinggakan tidak dapat
ku rasakan lagi kaki ini,
Namun untuk berhenti tidak sekali
Harimau masakan mengalah,
Biarpun semut masuk telinga
Tiap saat ada yang rebah,
Tiada tempat lain yang disembah,
Aku menatap sambil meratap,
Perjalanan ku jauh lagi
Tapi akhirnya semua pun sama,
jauh mana pun pergi,
Disitulah tempat ku.

Syeikh Al Habib
sajak simbolik

Ustaz Saad berkata...

DIAM SETUJU

Malam ini aku seorang
Kenapa? Kerana aku memang aku?
Dulu kita pernah berdialog
Tapi kini kenapa?
Kita diam membatu
Adakah ini merangkap pepatah
Diam tanda setuju’
Aku rasa bukan
Apakah aku yang silap?
Adakah kerana aku adalah aku?
Aku rindu detik dahulu
Detik yang terasa seperti sedekad

Ustaz Saad
sajak simbolik

Jalil Janggut berkata...

setahu aku x salah minta makanan kat masjid kenapa orang alim tu nak halang?

Malik Wariya berkata...

kenapa dia perbetulan tiang tu?

Hantu Gigi berkata...

berani dia usik tiang masjid tu?

Pak Kassim berkata...

pandai2 je dia perbetulkan tiang masjid tu nnt roboh plak kang!

Hamba Allah berkata...

tiang masjid tu bukan nak runtuh pun yg dia usik kenapa?

Guest berkata...

silap2 dia usik tiang tu esok roboh msjid tu

Mak Mah berkata...

bahaya usik tiang yang dh usang nnt patah plak?

Ustaz Muda berkata...

panggil engineer la suruh check tiang tu jgn pandai2 nk usik sendiri

Lukiee berkata...

pintu tutup ni sajak apa?

Datuk MUrad berkata...

sajak pintu tutup ni simbolik sgt la

Mat Toopa berkata...

sajak mcm masuk rumah hantu je sajak ustaz saad ni

Capricorn berkata...

kenapa nak tutup pintu plak?

Salam berkata...

dia masuk rumah mana plak ni ustaz saad ni?

Muhamad Rabbi berkata...

pintu tutup ni pintu pejabat sekolah ke?

En Dasuki berkata...

pintu apa yg dia buka dan tutup tu?

Harimau Berantai berkata...

pintu tutup plak sajak ni mmg aneh!

Puteri Bunian berkata...

pintu tutup ni sajak pasal apa?

Ambuyak berkata...

sajak pintu tutup ni politik ke?

Sulaiman Embong berkata...

mcm bunyi sajak politik je pintu tutup ni

Ummu Akilah berkata...

main buka lps tu tutup plak?

Karim Ghani berkata...

pintu tutup ni sajak jiwa2 ke?

Roslan Bidin berkata...

sajak pasal apa la pintu tutup ni tp tetap menarik

Latif Bomba berkata...

gila apa orang tua tu tiba2 dia betolkan tiang masjid tu?

Seruling Kelana berkata...

orang x marah ke dia pandai usik tiang majsid?

Jeffry berkata...

pelik la tingkah laku orang tua tu

Ustaz Rahman berkata...

mngkin dia buat semua ni sbb dia thu masa dpn apa akan terjadi kalau dia betolkan....

Ustaz sahzan berkata...

mngkin tiang tu nak roboh kot sbb tu dia perbetolkan

Mona berkata...

dia perbetolkan tiang tu guna apa?

Zain Issac berkata...

dia betolkan guna tangan je ke?

Jupri Helmi berkata...

mcm mana dia betolkan tiang tu?

Jeffry berkata...

eh! dia buat apa la kat tiang tu

Ustaz Zamree berkata...

x rosak ke tiang tu dia usik?

Ustaz Majusi berkata...

orang tua ni mmg misteri

Busur Berduri berkata...

smua tindakan dia msiteri la

Kevin Khairudin berkata...

orang tua ni betol ke dia alim atau orang gila?>

Anis Syahila berkata...

x sabar nak thu lagi sambuangan cerpen ni

Puan Rosnah berkata...

sambung lagi makin menarik la plak

Hajjah Jamilah berkata...

lps ni dia nak buat apa la lagi

cOMEL berkata...

sambung lagi en nuri!

Jamburi Yusofo berkata...

suspen plak la orang tua misteri ni

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Pak Awang pertama kali buat sajak pada pasukan bola sepak kegemarannya dengan tajuknya SELANGOR TERUS GEMILANG. Kebarngkalian sebagai memberi semangat agar jangan luntur dalam permainan semalam. Apa-apa pun perjalanan maseh jauh lagi, Terangganu dan kedah kian meredah, kelantyan juga tak mahu kalah, Felda juga nampak menyerlah. Perak juga ingin bergerak. Di puncak dengan jarak jaringan yang sebiji dua, agak merbahaya. Pasti pintas memintas akan berlaku tidak lama. Kini kita sekadar menunggu hingga akhir. Maaf Pak Awang kerana banyak sajak lebih mencabar dari bola sepak , cuma setakat ini saja sayermbara,terpaksa pohon berhenti (TK)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Bob kuli dengan sajaknya MATI SENDIRI pengucapan yang hendak disampaikan oleh si penulis sebagai peringatan saja: Mati secara kelompok atau musibah Tsunami atau penyakit berjankit semuanya ketentuan Ilahi. Di akhirat nanti akan dikelasnya atau diasingkan semula, walaupun semasa musibah di sunia diborong semua. Sebenarnya kita datang daripada allah dan kepadanya juga kita kembali, yang lain itu perantaraan sahaja, kerana dosa pahala kita hak sendiri yang menerimannya. Tidak ada siapa boleh menolong.Layak untuk seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Orang Arabic punya Sajak Syeikh Al habib pengucapannya menceritakan tentang hidup dalam masyarakat ini Memang ada banyak kerenahnya, terutama pasal kefahaman parti sesaorang, kekadang lihat mereka macam nak marah orang tak tentu arah, seolah mereka yang benar, bila kena batang hidung nampak diam pula. Apa-apa pun semuanya fahaman sementara sahaja, kerana kita semuanya maseh sama ada tanggungjawab tersendiri,untuk satu perjalanan yang masing-masing bila tiba dan ketika, akhirnya kita akan pergi dan kembali di satu tempat mengadap Ilahi. Layak untuk sajak seterusnya (SM).

Tinta Azimad berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

DIAM SETUJU sajak ustaz saad kebarangkalian menceritakan sewaktu-waktu dahulu ada kemesraan, tetapi sedetek kemudian ada sedikit perdebatan pegangan kefahaman berbau politik agaknya. Tetapi lewat kebelakangan ini, pendepatan kefahaman nampak berpihak kepada cerita sebenar, bukan rekaan dengan menukar fakta semata, untuk mengelirukan minda. Maka jadinya sebaik itu diam tanda setuju. Untuk bercakap pasti terasa malu, Layak untuk sajak seterusnya (SM)