Jumaat, 15 April 2011

TANGKAP MUAT




sajak pilihan ahli Cr.


Ke sana ke mari
mencari teman sejati
mencecah sejuta jiwa
aku tangkap muat sahaja
tidak perlu banyak bicara
temanmu temanku jua
antara kita tiada beza

kata kata di hujung jari
tidak perlu kesana kemari
aku berani hentam sahaja
kalau silap keluar berita
polis datang tanpa di sangka
cubalah lari kemana sahaja
asal selamat untuk seketika

dalam selimut aku sembunyi
seorang diri diam terkunci
mata melilau mencari mangsa
untuk ku hentam sesedap rasa
jangan marah jangan terasa
hidup ini hanya sementara
kalau boleh maafkan saja
tepuk amai amai belalang kupu kupu
zaman sekarang ramai orang kena menipu...


Oleh;Diana Sanubari
UUM Kedah Darul Aman
20.4.2010 2010 April 23 16:01
diterbitkan semula tarikh: 16/04/2011.





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

ULASAN:

Sajak Diana sanubari maseh menuntut di UUM buat (MA) agaknya, bapak nampak lebai sekolah agama atau pondok dulu? kuat Pas ini belajar di berus ke? Apa -apa pun pengucapan sajak bertajuk TANGKAP MUAT ulasannya dahulu telah hilang atau tidak diulas oleh en nuri atau qalam Mutiara rasanya. Apa yang saya dapat tangkap ini mungkin tangkap maut cari sahabat dalam internek atau blog juga pacebook.Kau main hentam saja. Siapa tak kenal kita, nak maraj apa.silap kelentong kena tipu...

Hantu Raya berkata...

Parti Sarawak untuk Orang Sarawak..!!! Tolak parti luar...!!!

Esok merupakan hari mengundi bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ke-10. Sudah sekian lama negeri Sarawak diperintah oleh rakyat Sarawak sendiri. Tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak luar, meskipun dari Kerajaan BN Pusat di Semenanjung Persoalannya, mahukah rakyat Sarawak melihat negeri Bumi Kenyalang ini diperintah oleh parti luar dari Semenanjung? Atau rakyat Sarawak mahu terus diperintah oleh rakyat tempatan yang asal usulnya dari Bumi Rentap ini?

Tidak pernah dalam sejarah politik negeri Sarawak melihat parti-parti dari Semenanjung seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya masuk ke negeri ini untuk mencampuri urusan negeri ini.
Yang ada di sini ialah gabungan parti-parti tempatan yang membentuk Barisan Nasional Sarawak yang bergabung dengan Kerajaan BN Pusat. Namun, BN Pusat tidak pernah campur tangan Ketua Menteri dan Menteri-Menteri di Sarawak membuat dasar kerajaan sendiri.

Ini adalah kerana Kerajaan BN sangat menghormati kuasa autonomi yang dimiliki penuh oleh negeri Sarawak sebagaimana perjanjian yang termetri ketika penggabungan negeri Sarawak dan Sabah yang membentuk Malaysia. Inilah yang cuba dicabul oleh pakatan pembangkang di Sarawak.

Kini, kita melihat kemasukan parti-parti pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak untuk men"jual" temberang, pembohongan dan menghuru-harakan kestabilan politik Sarawak. Mereka datang ke sini membuat kacau dan mencetus kekecohan di kalangan rakyat Sarawak yang sebelum ini sangat bersatu dan saling hormat menghormati.

PKR, PAS dan DAP sering membuat kacau di sana sini, mencetus ketengangan kaum dengan mengamalkan budaya politik racist perkauman sebagaimana yang dilakukan oleh Violet Yong.

Selain itu, pembangkang bermain sentimen agama yang sangat sensitif seperti isu kitab suci Kristian yang mampu merosakkan keharmonian agama di Sarawak. Mereka mencetuskan budaya politik kebencian rakyat terhadap BN dengan pembohongan yang tidak berasas.

Mereka memburuk-burukkan Kerajaan BN di mana saja mereka berada. Misalnya, Anwar Ibrahim sering mengelilingi dunia bagi memburuk-burukkan negara ini dikalangan sahabat Yahudinya di luar sana.

Jika di luar negara pun Anwar berbuat demikian, apatah lagi di dalam negara, tentunya lebih hebat dia membuat fitnah busuk itu.
Penulis melihat kemasukan PKR, PAS dan DAP ke Sarawak tidak lebih untuk merosakkan negeri ini dari perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik. Jika mereka ini dibiarkan terus bermaharajalela di sini, nescaya negeri Sarawak bakal musnah dan kucar-kacir dibuatnya.

Seharusnya esok, rakyat Sarawak menolak parti-parti dari Semenanjung ini dan memilih parti tempatan terus memerintah negeri Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak perlu menolak ancaman luar parti Semenanjung ini sepenuhnya bagi menjamin keamanan, kemajuan dan pembangunan yang direncanakan oleh parti tempatan Sarawak sendiri.

Hanya parti tempatan Sarawak saja yang layak mentadbir negeri Sarawak ini dan bukan parti yang di"import" dari Semenanjung! Bangunlah rakyat Sarawak! Tolak bajingan-bajingan jijik yang cuba merosakkan Bumi Kenyalang ini. "Ngap Sayot"kan mereka!

Nakhoda Belantara berkata...

MURAI BATU

bising sungguh si mulut murai
murai batu nama diberi
bingit sungguh suasana
khabar apa sedang dibawa
khabar tentang kereta
khabar tentang tudung kepala
khabar tentang artis terkemuka
khabar tentang kisah kelambu
semua habis dijaja
semua tambahkan perisa
buat penyedap cerita
banjir habis meja
air liur berjela-jela
mulut tak juga penat
lidah tak juga pelat
hamburkan sampai serak
sampai habis suara
diam juga akhirnya
alamak sambung lagi
ucapan penutup lupa diberi

Nakhoda Belantara
sajak utk org yg ckp byk tp apa pun xde

Kasih Abadi berkata...

TANDA PESANAN RINGKAS

hari yang berlalu
masa dan saat kita lalu
kata aku karang
irama aku cetus
lagu aku susun
tapi tiada sebarang tanda
pesanan ringkas dibalas
aku memohon
kemaafan dan keampunan
segala kesalahan diremuk
tapi tiada sebarang tanda juga
pesanan ringkas berdering
tiada tanda tapi cuma khabar berita
ia cuma separuh tanda
yang membiarkan aku tahu
yang kau masih menyanyangiku .

kasih abadi
sajak tentang kasih sayang

Pak Haji berkata...

BEDUK TUA

beduk tua diketuk lagi
walau berabad usianya
bunyinya tetap lantang
menghentam gegendang telinga
menusuk ke tangkai hati
mistik aura sucinya
menggamit hati-hati suci
agar segera kunjungi
surau lama hujung tanjung
besar jasa beduk itu
turun temurun diwarisi
namun kudrat si pengetuknya
makin terketar dibalut lanjut usia
terkadang batuk deras mencelah
warisnya belum mahu muncul
masih terleka diulit mimpi
keindahan ciptaan duniawi
mencengkam hingga kini
beduk itu akhirnya sepi
izrail sudah sampai…

Pak Haji
sajak apabila terpandang beduk di kampung x lagi kedengaran

Raju Linggam berkata...

GADIS AKU MINATI

seorang gadis aku temui
inginku nyatakan hasrat di hati
namun aku takut sekali
takut pisang berbuah dua kali
aku pernah kecewa sekali
aku tak mahu jadi lagi
aku tahu kalau tak pergi
kelak nanti aku yang rugi
kerana tak tahu isi di hati
namun malu masih tebal di diri
takut juga ditolak lagi
aku pernah tegur sekali
tapi sekarang sunyi sepi
aku tak tahu entahkah dia sudi
mengenal hatiku ini
dia mempunyai ciri kuminati
ku ingin jadikan si empunya diri
bukan sekadar teman di masa sunyi
tapi isteri di rumahku nanti
melahir zuriat perempuan dan lelaki
menemaniku di usia saki baki
inginku menjaganya sampai mati

Raju Linggam
sajak jiwa2

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Nakhoda Belantara dengan tajuknya MURAI GILA sama dengan murai batu, keling karam. Banggali terbaka janggut, gendang kosong atau tong kosong, atau radio tempurung, Inilah cerita orang yang banyak cakap tetapi tidak banyak buat apa , semuanya kosong belaka. Sajak ini ada dua maksud kepala ahli politik atau sahabat banyak cakap, Apa pun layak untuk sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Dengan SMS ataupun TANDA PESANAN RENGKAS tajuk sajak oleh sdri Kasih Abadi . Pengucapannya agak mengelirukan penceritaannya, Apa-apa pun mungkin ada perpisahan yang berlaku, sehingga sms tidak dijawab. Bagai mengharap sadikit balasan, tetapi ternyata Tidak ada walau secebis khabar berita.boleh memeningkan kepala jika seorang di selatan dan seorang di utara. Terasa semacam cerita jiwa-jiwa juga agaknya bila kenangan lalu mengusek jiwa. Harap maaf sekadar di sini saja (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

BETUK TUA tajuk sajak Pak Haji menceritakan kisah zaman bahri atau lama bagaimana dimasa itu pengumuman atau pemberitahuan untuk orang kampung dengan mengetuk betuk, jika kampung diserang musuh atau lanun, selain masuk waktu solat. Tetapi kini mungkin merisaukan Pak Haji bila pewaris tidak ada untuk menganti tukang pukul betuk, jika atau si tukang pukul betuk itu jika dijemput malaikat Izrail pergi. :Layak untuk sajak seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Raju Linggam seorang berketurunan India dengan tajuk sajaknya yang berbau jiwa-jiwa GADIS AKU MINATI. Penceritaannya nyata sekali memuji seorang gadis yang diminat tetapi masih takut dan mencurigaai kalau pisang berbuah dua kali.tetapi masih bermain teka teki, dan khalan dalam hati, bagaimana mungkin nak ambil jadi isteri, jika kau asyik berdiam diri di dalam fantasi. Harap maaf usaha lagi, sajak jiwa terlalu bisa. Harap maaf pohon berhenti (TK)

dam catur berkata...

cari kwn pakai tangkap muat je ke?

Danial berkata...

bahaya kalau cari kawan pakai tangkap muat ni

Tetamu Malam berkata...

tangkap muat ingatkn sajak pasal relaiti tv

Nuri Jaguh berkata...

cari kwn guna tangkap muat je?

Seri Suri berkata...

nk kwn kena selidik dulu bkn pakai tangkap muat jer

Karim Ghani berkata...

wah! mmg x memilih kwn la diana ni

Ezad Emir berkata...

pakai tangkap muat je ke diana?

Wasiril Aswad berkata...

xkn ambik tngkp muat je?

Saudagar Emas berkata...

bahaya terima kwn smua tangkap muat jer

Atan Yahoo berkata...

xkn x selidik pakai ambik je?

Tok Mahat berkata...

utk la diana sanubari sapa2 pun boleh kwn dgn dia

Orang Lama berkata...

ape2pun selidik dulu sebelum terima org nk berkawan diana

Ustaz Rahman berkata...

diana ni mmg menggunakan konsep berkawan biar seribu kan?

Pak Kassim berkata...

apep2un kwn2 harap kawan yg susah senang

Suara Rakyat berkata...

kwn susah senang yg terbaik

Brader JOe berkata...

tangkap muat saja ke?

Raju Linggam berkata...

sajak bencana alam ke ni?

Lagenda Pulau berkata...

agak menyeramkan la azab Allah ni

Olie Pajutdy berkata...

nmpknya sajak diana sanubari ni mmg dia x memilih kwn

Satria Juragan berkata...

xkn terima mcm tu je diana?

Ustaz Sahzan berkata...

kalau dtg azab Allah mmg dia x terima baik atau jahat smua kena

Sharifah berkata...

kena berhati2 la dgn azab ALlah

Adi Cana berkata...

azab Allah x tentu masa

Comel berkata...

sajak pengajaran ni

Pendekar Sakti berkata...

moga2 kita x kena azab Allah

Roslan Bidin berkata...

takut la azab Allah ni

Salam berkata...

seram plak dgr pasal azab Allah ni

Mei Ling berkata...

azab ni bnda apa?

Nurse Lisa berkata...

skrg byk azab Allah turunkan takutlah

Geletek Malam berkata...

azab allah skrg mcm2

Si Kecil berkata...

diana plak sajak yg tersiar?

Puan Rosnah berkata...

sajak yg menakutkan la dari en nuri ni

Badrolshah berkata...

takut dgr pasal azab Allah ni

Malik Wariya berkata...

sajak utk jepun ke?

Nisa Kim Cheung berkata...

sajak pasal bencana alam kan?

Kembara Budiman berkata...

sajak yg agak menginsafkan jgk bila baca

Ali Conan berkata...

sajak yg agak menarik

Jupri Helmi berkata...

sajak sapa la plak lps ni

Hambali Maliki berkata...

eh! sajak bencana alam plak?

Jalal Rafzee berkata...

saya rasa blog en nuri sy nk tukar jadi blog peribadi hanya ahli saja yg boleh masuk sbb blog en nuri terbuka agak bahaya jgk ni