Isnin, 11 April 2011

PELUKIS



sajak pilihan ahli cr.

Aku diminta melukis
tentang kehidupan
tentang seekor haiwan
namun tanganku kaku
tak mampu mengerak
berus pada dada kanvas
tak sebagaimana bibirku
yang lebih manis meruntun kata
menyanyikan syair,
pantun dan seloka,
adikku sering menyindir
lalu aku kumpulkan kekuatan
akhirnya terhasil sebuah lukisan
berlatar belakang putih
sebuah kotak kelabu
secalit garis hitam
aku dengar suara mengatakan
pintarnya dia seorang pelukis


Oleh Seniaman jalanan
jam 2 petang.Khamis, 17 Jun 2010
Diterbitkan semula 12/o4/2011






50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Anwar berang
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

________________________________________
Siri 3
KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.
Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

“Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.

Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya.

KOMENTAR:

Kalau orang tidak bersalah mengapa mesti marah dan naik berang pula? Ini kebebasan bersuaraJika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Lagi pun kebanyakan apa yang anda cakap selama ini banyak yang terberang. Janji bonus RM6.000 setahun kalau PKR menang. I6 september 30 WR keluar masuk PKR mana? Banyak lagi janji yang tak perlu disebut. Mengapa soalan mudah anda tak boleh jawab.

Malah nak marah dan naik berang pula? Ini mesti ada udang disebalik batu, berani kerna benar takut kerana bersalah. Dulu anda disanjung kini anda disigung. Tersilap langkah jadi parah ......

Tinta azimad berkata...

MAAF ulasan dahulu telah pun diulas oleh en nuri , tetapi telah hilang dan terdelek, tak sengaja.


sajak bertajuk: PELUKIS oleh seniman jalanan yang mengambarkan hidup seorang pelukis di kaki lima mencari rezeki dengan hasil keriangat karyanya bersama jejari yang melakar setiap keadaan m, wajah kehidupan jagat manusia, suka dan duka dalam kehidup di dunia yang sementara ini. Demi mencari swesuap nasi untuk anak dan isteri.

Ulasan oleh: Tinta Azimad.

Jalil Janggut berkata...

ANDAI TIADA HARI ESOK

Andai kata tiada hari esok..
hari ini akan berulang setiap hari
aku adalah insan bahagia di dunia
kerana aku berada disisinya
walaupun aku tahu
dia bukanlah untuk aku..
tapi aku akan buat dia bahagia..
senyumannya yang mempersona..
tawa riangnya yang ceria..
tutur bicara yang sederhana..
tingkah laku yang bersahaja..
semua ini akan aku ingat
sampai bila-bila

Jalil Janggut
sajak jiwa2

Lukiee berkata...

JATUH ATAS TANAH

Jangan khuatir
Kerana bila kusendiri
Aku lebih baik dari dulu
Dengan adanya sinar cahaya
Yang mengizinkan kutumbuh
Dari diriku yang dulu
Malam panjang buatkan ku terasa
jatuh ke sinar cahaya makin malap
Biarkan ku merasa jatuh
dengan selamat ke atas tanah

Lukiee
Sajak simbolik

Ustaz Sahzan berkata...

KUMAN DI TIUP ANGIN

terhenti kata
bagai di panah halilintar memancar
hingga hati ini
menjadi redup untuk bersuara...
seperti hilang suria
fikiran ku gelap tiada idea..
hampir saja air mata ini
menitis menyambung hujan semalam...
aku sedar diri ini
cuma sekecil manusia..
ibaratnya kuman terbang
ke sana ke mari di tiup angin...

ustaz Sahzan
sajak mengenang nasib

Emily Osman berkata...

BERMESRA DENGAN API

Biarkan aku terlelap hari ini
Di dahan rapuh ini
Aku mahu bermesra dengan api
Makin hari makin membara
Biar hangus sampai jadi debu
Pembebasan terbang ke angkasa raya
Tak terjamah Kegelapan tuhan dunia
Aku melayang ke Sidratul Muntaha

Emily Osman
sajak ketuhanan simbolik

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sebagai mendengar cerita sajak Jalil Janggut yang bertajuk: ANDAINYA TIADA HARI ESOK, seakan sama dengan kumpulan ruck Alley-Cat Aramugum dengan lagu seandainya aku tiada lagi di sisimu. Janganlah kau bersedeh. Nampak gayanya Jalil Janggut juga nak ikut jejak adik penyanyi Loganathan Alley- cat itu ke? Tuk Teh baru saja pergi? Sajak kau ini elok buat lagu untuk makwe kau Jalal . Berkawan pula dengan salam , bujang telajak dengan Abul Hassan sekali tak berani dengan perempuan. Kau belanja dia orang mesti mereka tak tolak. Macam mana nak khawin...Maaf sajak jiwa-jiwa ini, kerana sajak lain lebih mengancam anda terpaksa berhenti di sini saja (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

JATUH ATAS TANAH sajak Lukiee ini simbolik dekat mana ? kalau jatuh semestinya atas tanah , Terasa pula dirinya lebih baik dari dulu, mungkin ada pertunjuk atau sinar ajaib yang Menyuluhnya. Bagai pokok kacang hijau dapat cahaya udara dan air cepat petumbuhannya. tetapi yang anehnya pokok akan memanjat dan terus memanjat besar dan berbuah. Tapi Lukiee ingin merasa jatuh dan jauh dari sinar kian malap, mana mungkin jatuh dengan selamat di atas tanah. Sajak semacam ada cerita yang tidak menyenangkan dalam kehidupannya. Diberi peluang atau terpaksa berhenti di sini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Ustaz Sahzan dengan sajaknya KUMAN DITIUP ANGIN, membicarakan tentang dirinya yang terasa bagai di asingkan dalam kelompok manusia taksup yang memuja bulan dan mata iblis bersama peluru berpantu untuk menghentam bangsa yang lemah di pulau mutiara. Bebeza dengan kumpolan Barang Naik yang mereka gelarkan. Menang kalah tugas dijalankan Dengan sempurna, tetapi hari ini bila mereka berkuasa dan bersekongkol dengan ketua yang banyak bersandiwara , mereka mula nak tunjuk berlang. Tidak lama mana tunggu saja hari kejatuhan. Tuhan tidak akan merastui pada mereka yang bersekongkol dengan kerja onar dan kemungkaran dengan bertopengkan agama Allah.. Maaf kami menyentuh tentang maksud yang tersirat di tempat anda sedang bertugas .Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

BERMESRA DENGAN API sajak oleh Emily Osman dengan pengucapannya yang agak bagaikan seorang yang menerjah ke alam fantasi, bagai ingin membalas dendam tentang rasa ketidak puasan hatinya dalam dunia kehidupannya. Justeruitu dia ingin bersama api dan membakar hangus semuanya menjadi debu demi untuk mencari kebebasan dan bukan bertuhankan harta dunia, tetapi biarlah selamat seperti di alam sidartul Muntaha. Sajak ini agak keterlauan membicarakan tentang ketuhanan.mungkin tersilap tapsir akan lati dari hukum aqidah keiman pula. Justeruitu kami terpaksa memberhentikan di sini saja (TK)

Danial berkata...

sajak pasal siri sendiri ker?

Nuri Jaguh berkata...

sajak mengenai lukisan plak kali ni?

Jalil Janggut' berkata...

pelukis plak sajak kali ni?

Hamba Allah berkata...

eh! sajak seniman jalalan plak ker?

Ustaz Rahman berkata...

eh! seniman jalanan ni pelukis ke pemuzik?

Tetamu Malam berkata...

wah! ada bakat melukis jgk seniman jalanan ni

En Sanusi berkata...

pelukis mcm lat ke seniman jalanan?

Tan Sri Yunus berkata...

berapa ambik upah melukis tu seniman jalanan?

Roy Rasyid berkata...

seniman jalanan melukis kat mana?

Mona berkata...

keje melukis je ke seniman jalanan?

Ezad Emir berkata...

senimana jalanan ni keje mlukis dan bernyanyi ker?

Raja Muda berkata...

seniman jalanan melukis kat negeri mana ni?

Adi Cana berkata...

seniman jalanan melukis sehari dpt berapa?

Seri Suri berkata...

eh! jadi pelukis plak ke???

Bob Kuli berkata...

malam ke siang seniman jalanan ni keja?

Malik Wariya berkata...

bila start melukis seniman jalanan?

Badrolshah berkata...

seniman jalanan ni umur brapa?

Harimau Berantai berkata...

seniman jalanan ni nama btol apa?

Pak Kassim berkata...

melukis potret ke kartun ni?

Ustaz Saad berkata...

boleh hidup ke dgn mlukis ni seniman jalanan?

Julia berkata...

berapa pendapatan melukis agaknya?

Tok Mahat berkata...

melukis ni kalau buat btol2 byk duit boleh dpt ni

Pak Ngah But berkata...

kalau btol2 lukis beribu boleh kaut untung ni

Capricorn berkata...

klu nk tempah melukis kat seniman jalanan berapa?

Abang berkata...

kalau ahli citra rasa sesama kita chrge murah kot seniman jalanan?

Halilintar berkata...

seniman jalanan pnya lukisan mcm mana?

Nabil Quldi berkata...

lukisan en nuri pnh la tgk lukisan seniman jalanan mcm mana?

Salina berkata...

kat KL ke selangor melukis ni?

Kembara Budiman berkata...

melukis dgn warna sekali ke?

Lelangit Biru berkata...

lukis pakai cat minyak ke seniman jalanan?

Inspektor Halim berkata...

jam omega tu klu x salah di pakai semasa aksi video tu

Ambuyak berkata...

kenapa emosi lebih? rasanya mngkin dia la tu

Nurse Lisa berkata...

eh! nmpknya anuar tersentap je bila tanya jam?

Diana Sanubari berkata...

anuar mcm terasa je tanya pasal jam tu?

Teksi manaf berkata...

agaknya mmg anuar la sbb kenapa dia takut sgt?

Abul Hassan berkata...

di harap polis minta la jam tangan anuar tu

Brader Joe berkata...

klu polis minta sekalipun berani ke anuar nak bagi omega tu?

Madah Pujangga berkata...

anuar ni pandai putar belit nk lepaskan diri dia

Tok Mahat berkata...

klu dah marah tu btol la salah dia

Warga EMa berkata...

klu org x salah dia x marah