Isnin, 4 April 2011

MENGAPA MESTI DIRISAUKAN PADA WATAK YANG DIPILIH



wajah watak yang dipilih


Jika anda telah memilih watak
sama anda memelih gelarannya
jika anda memelih watak dalang
orang akan berkata dalanglah gerannya.
bagaimana boleh diberi hero atau wira perjuangan


Jika anda banyak persenda watak
mempermainkan kawan dan rakan seperjalanan
Tidaklah hairan hari ini juga ada
musuh-musuh yang ingin mencabar
dan ajak bermain dan berlawan dalam permainan.


Jika anda gemar memutar belitkan fakta
satu masa tidak hairan keadaan  pula
akan menterbalikan segala cerita penipuan
watak dalang yang pernah dibawa dan dipermainkan,
itulah satu lumrah cerita biasa dalam kehidupan.


Oleh: Nurimanja,
kita wajib memperbetulkan kemungkaran,
jangan mudah terpesona dengan dakyah dunia.
catatan di waktu subuh sepi tanggal 05hb April, 2011.





50 ulasan:

Hantu Raya berkata...

Anwar adalah pelakon terbaik (E)
Siri 3 (Soal jawab)

-Apakah Azizah, Azmin dan anak-anak beliau tahu siapa sebenarnya Anwar?

-NALLAKARUPAN: Saya pasti Azizah dan Azmin tahu siapa beliau. Tapi mereka seperti biasa akan mengatakan semua yang berlaku adalah konspirasi. Sebenarnya tidak ada konspirasi dan saya berani mengatakan apa yang Tun Dr. Mahathir katakan adalah betul walaupun pada satu ketika saya tidak memihak kepada beliau. Kita lihat dalam kes liwat melibatkan Saiful Bukhari, perkara yang mudah seperti menyerahkan DNA pun begitu sukar untuk dilakukan. Beliau tetap mengatakan semua itu adalah konspirasi. Semasa polis menangkap saya dulu pihak polis mahu mengambil sampel DNA saya, saya tidak ada masalah, ambillah. Kenapa Anwar tidak mahu bagi sedangkan suspek adalah beliau. Saya telah ditahan di Bukit Aman hampir 50 hari. Saya masih lagi memikirkan tentang kawan ketika itu. Namun kini saya sangat menyesal kerana tidak membantu kerajaan ketika itu.

-Penyokong Anwar ramai yang fanatik. Mungkin Datuk ada perkara yang tidak pernah diberitahu untuk dikongsi kepada mereka?

-NALLAKARUPAN: Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren. Begitu hebat beliau memutar belit. Rakyat pula tertipu dengan tipu helah dan putar belit yang dikatakan kerana kepetahannya berkata-kata. Itulah perangai sebenarnya. Sayangnya kepetahan dan bakat berpidatonya tidak digunakan untuk kebaikan negara. Kelakuan sebenarnya boleh menghancurkan negara.

-Datuk dikenali sebagai rakan tenis Anwar, boleh ceritakan?

-NALLAKARUPAN: Kami bermain tenis di sebuah tenis court berdekatan dengan Bangsar Shopping Centre dan Tivoli Villa Condominium. Tempat ini di bangunkan oleh Multi Purpose dan Bandar Raya Development untuk kami bermain tenis. Kami mempunyai seorang jurulatih dari Chicago. Namun dalam banyak hal orang mengetahui beliau menghabiskan masa bermain tenis. Selalunya saya bergerak dengan pemandu saya tetapi bila Anwar mahu menukar aktivitinya saya akan memandu. Ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan saya pernah beritahu beliau jika apa-apa berlaku, saya akan masuk penjara.

-Apa yang Datuk boleh lakukan untuk orang ramai tahu siapa sebenarnya Anwar?

-NALLAKARUPAN: Bagi saya semua pihak termasuklah parti politik seperti UMNO perlu membantu usaha ini. Saya ada berceramah ketika pilihan raya dan ramai yang mahu berjumpa saya secara personal untuk tahu lebih lanjut. Banyak tempat sudah saya pergi dan nama saya sudah sangat dikenali. Namun secara personal saya katakan mereka tidak melihat apa yang berlaku. Memang orang suka mendengar ceramah yang saya sampaikan tapi saya juga perlu fikir apakah saya perlu terlalu menonjol begini. Tapi saya juga tidak mahu mengambil risiko yang agak keterlaluan.

Bersambung.

Karim Ghani berkata...

terima kasih pak kassim dah lama sy cari pasal solat ni

Jalil Janggut berkata...

boleh buat utk tok teh malam ni

Mak Mah berkata...

pasal solat hadiah plak pak kassim ni terima kasih

Olie Pajutdy berkata...

ramai org xthu pasal solat hadiah ni

Miss Kim Cheung berkata...

solat apa plak pak kassim bagi?

Lukiee berkata...

setahu aku islam solat dia ada 5 mana dtg solat hadiah ni????

Zainal Arifin berkata...

nnt boleh buat utk atuk aku lps ni

Puteri Bunian berkata...

ramai org xthu pasal solat ni mcm mana pak kassim boleh thu? hebat pak kaasim ni

Angker 13 berkata...

ingatkan senang rupanya susah jgk solat hadiah ni

Ziarah Makrifat berkata...

bagus pak kassim mmg elok utk perkongsian buat org muda2...

Pedang Kesatria berkata...

ada jgk solat hadiah? yg aku thu solat sunat lain thu la

Emily Osman berkata...

bukan org bagi al fatihah ke kenapa ada solat hadiah plak?

Mat Toopa berkata...

solat sunat hadiah? baru pertama kali dgr ni

dam catur berkata...

aku selalu solat sunat ni jarang la nak buat yg 5 waktu pun kdg2... hehehe

Tanpa Wajah berkata...

boleh la cuba solat sunat hadiah ni

Guest berkata...

bila watu paling afdal solat sunat ni?

Brader Joe berkata...

solat hadiah rupanya byk surah jgk kena baca...

Saudagar Emas berkata...

solat hadiah??? utk org mati saja kker?

Hamba Allah berkata...

solat ahdiah utk org mati pun ada? ingatkan org bagi al fatihah jer?

Satria Juragan berkata...

solat ni mcm solat jenazah jgk ker?

Golok Buta berkata...

solat hadiah ni solat sunat ke berapa pak kassim?

Richard Sirosa berkata...

solat sunat ni kalau tertinggal 1 surah sah jgk x pak kassim?

Pak Kassim berkata...

Lafaz niat : Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala Kedua2 rakaat dimulai dengan bacaan:-
Al-Fatihah 1X
Ayat Kursi 1X
Surah At-Takasur 1X
Surah Al-Ikhlas 11X Selepas salam baca Al-Fatihah dan niat hadiahkan pahala Solat Sunat Hadiah tersebut kepada orang yang meninggal dunia.

Muhamad Akmal berkata...

nalakarupan ni sapa?

Sulaiman Embong berkata...

dulu ummi halfilda skrg nalakrupan plak?

Seruling Kelana berkata...

nalakarupuan nampaknya mendedahkan pasal anuar plak?

Malik Wariay berkata...

hahaha semakin lama semakin byk tembelang dia terbongkar

Bob Kuli berkata...

anuar mmg lidah bercabang!

Wasiril Aswad berkata...

anuar ni boleh dikatakan pakar putar belit!

Ustazah Hamidah berkata...

eh! nalakrupan ni sahabt bermain tennis anuar rupanya

Nik Aziman berkata...

dia kena tangkap kenapa nalakarupan ni?

Pak Haji berkata...

eh! smpai 50 hari kena tangkap sbb apa???

Roslan Bidin berkata...

eh! nala ni berani bagi DNA kenapa awnuar takut?

Diana Sanubari berkata...

nampak sgt anuar salah sbb dia x berani bagi DNA

Capricorn berkata...

kalau dia x salah bagi je la DNA ni x bagi nampk sgt dia bersalah

Brader Joe berkata...

anuar xthu la manusia ke apa? teruk btol perangai!

Puteri Salju berkata...

anuar ni muka mmg xboleh dipercayai ni!

Balsiqsh berkata...

anuar ni aku rasa mati hidup balik pun kaki putar belit!

Roy Rashiq berkata...

dah tua anuar ni x reti nak insaf lagi ke!

Ambuyak berkata...

entah kalau anuar ni mati sempat ke dia nak bertaubat?

Orang Lama berkata...

apalah dalam kepala otak dia asyik menipu je kerja!

Pencari Inspirasi berkata...

BIAR AKU AJARKAU

biar aku ajari kau
kerna kau tidak tahu
apa yang perlu tafsirkan
bila ayat kau terbelit-belit
bila bahasa kau berlapik-lapik
bila drama kau tunggang terbalik
apa yang perlu kau jawab
bila persoalan kau tidak difahami
bila permintaan kau perlu perhalusi
bila angan tak mungkin jadi realiti
biar aku ajari
kau mengubah jawapan
biar jadi semurni alunan kau ingin
agar kau tidak kepeningan kelak

Pencari Inspirasi
sajak sindir ada politik sikit

Raja Muda berkata...

URAT SARAF

lemah jasad ini
saat menangkis putaran dunia
melalui denai kehidupan
penuh rahsia
ada terluka menahan bisa di dada
sakitnya menyerang memusnah minda
jiwa parah di pilih memegang kuasa
ramai juga mencari penawarnya
mereka berjalan hingga hujung usia
sakit penat hilang begitu sahaja
warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit
saraf itu berhenti berlari ke sana
pesanan itu musnah sekelip mata
mangsa moden telah hilang rasa
kita tertipu oleh ilusi kimia
pembunuh dalam diam kini berkuasa
di mana jiwa yang sakit mencarinya
tersilap langkah kita pasti merana
aku terluka tapi biarkan sahaja
warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit


Raja Muda
sajak simbolik pasal sakit

Seri Suri berkata...

PIALA

Berjalan menggendong piala
Merentas mendung
merisik kelibat sang juara
Dilihat germelap
Samar bercantum dimata
Pada kata tersentuh
Sukma lalu lebur duka
Rupa bukan piala digendong
tapi piala bawah mendung
Bukan lagi merisik sang juara
Juga buka buat siapa-siapa
Tapi hanya buat DIA.

Seri Suri
sajak simbolik atas bantuan pak sedara dia orang lama

Datin Maimun berkata...

GADIS GENIT

gadis genit itu terselit
di hujung sana
senyap tanpa suara
tekun mencoret kertas putih
berlonggok di sisi
apa dicoret agaknya
hanya dia yang tahu
mungkin melakar gambar rumah
atau melukis graf tumbesaran
atau menulis surat cinta
bila dia terjelepuk di situ
tiada lagi dia bangun
bagaikan sudah berakar cengkam
teguh di kerusi biru sekali sekala
terdengar dia berlagu
lagu siulan harian
lagu merdu tanda dia anak sejati
negeri cantik budaya menarik
dia tetap di situ
bersama haruman orennya
mendamaikan keliling
dia si gadis genit¡­

Datin maimun
ketika melihat gelagat cucu perempuan sy

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Pencari Inspirasi tajuk sajak BIAR AKU AJAR , sajak ini sepatutnya di bahagi kepada tiga paragrap (bahagian) tetapi pra yang akhir penuupnya bagai tersangkut kurang berkeyakinan. Pembicaraanya baik ada sinis dan berbau politik, pasa sesumpah agaknya. Tetapi sayang ada Persaing sajak lain yang lebih mantap . Maaf anda terpasa terkeluar . Usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Sajak Raja Muda dengan URAT SARAP menceritakan tentang ubat yang dimakan agaknya bagi menahan sakit urat sarap barangkali, sesiapa membacanya mungkin agak terkeliru, ingat Ada bicara besar misteri dan tersembunyi, warna putih bulat dan pahit. Tetapi ternyata pil ubat panadol agaknya. Dus ini kalau ambil berlebihan memang menjadi racun pula, atau akan membahayakan tubuh badan. Jangan lebih lapan biji sehari. Amaran .kerana ada sesikit kelainan diberi peluang untuk seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Seri Suri dengan tajuk PIALA. Agak mengewlirukan juga apa maksud dengan piala ini? Apa-apa pun ada maksud yang tersirat dan tersurat, mungkin ada simbolik disebalik rasa pengucapannya, Cuma terlalu rengkas agak berat buat khalayak untuk menangkap maksud dan isi cerita.Apa-apa pun kerana ada kelainan dan boleh ditafsirkan dalam kehidupan memburu cita yang dikendung semuanya tidak kekal dan abadi sekadar harta dunia, mungkin tidak memberi erti semuanya , melaiankan buat Tuhan yang maha esa. Diberi peluang layak ke sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

Gadis Genit sajak datin Maimun barangkali membicarakan tentan anak cucunya di rumah dalam keluarga yang mungkin mewah dan berada. Kelakar anak cucu adalah perkara biasa buat seorang atuknya melihatnya. Kekadang geli hati kekadang rasa kesihan dan sayang. Ada juga naik angin semuntal nenek dan datuknya bila setengahnya cucu buat hal atau ragam yang memeningkan kepala. Apa-apa pengucapan biasa saja dalam kehidupan seharian sebelum usia meniti senja. Maaf terpaksa berhenti di sini (TK)