sajak sayembara (TU)
Inginku cuba lukiskan satu wajah
pada helaian kertas putih nan bersih
entah kenapa saat itu jua penselku patah
walaupun aku cuba tajamkan semula
tetapi jejariku pula yang terus terluka.
Di bawah teduhan bebayang harapan
di suatu taman berbungakan waktu
aku temuimu sedang bermuram di situ
hatiku pun menjadi resah dan gelisah
pastinya terluka jika terus digoresi begini.
Disini aku harap cahaya menghadirkan
Semoga dapat bermesra di taman bayangan
tetapi tanganku jelas terlepas untuk mengapai
kejamnya aku masih bermimpikan hajat yang hilang
dalam bebayang taman dan tangisan sendumu itu !
Oleh: Julia
sajak fantasy/19 Mac 2011 6:20 AM
Pemenang sayembara Cr kategori wanita mac, 2011.
Inginku cuba lukiskan satu wajah
pada helaian kertas putih nan bersih
entah kenapa saat itu jua penselku patah
walaupun aku cuba tajamkan semula
tetapi jejariku pula yang terus terluka.
Di bawah teduhan bebayang harapan
di suatu taman berbungakan waktu
aku temuimu sedang bermuram di situ
hatiku pun menjadi resah dan gelisah
pastinya terluka jika terus digoresi begini.
Disini aku harap cahaya menghadirkan
Semoga dapat bermesra di taman bayangan
tetapi tanganku jelas terlepas untuk mengapai
kejamnya aku masih bermimpikan hajat yang hilang
dalam bebayang taman dan tangisan sendumu itu !
Oleh: Julia
sajak fantasy/19 Mac 2011 6:20 AM
Pemenang sayembara Cr kategori wanita mac, 2011.
50 ulasan:
CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
-----------------------------------
Siri Pertama.
KONONNYA pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri tinggal di pinggir bandar Tibet. Mereka Mempunyai di ampaianseorang anak gadis yang cantik jelita bernama Dolma.
Setiap hari bila anak gadisnya ini menjemur kain di ampaian, ramai anak muda mengambil kesempatan itu mencuri pandangan dengan bangnga memuji-muji kecantekan Dolma.
Setengah daripada kumpulanan anak muda ini ada yang jatuh hati dan tergila-gilakan akan kecantikan Dolma. Sehingga ada yang tidak dapat makan dan tidur jika tidak melihat sehari wajah Dolma. Malah termasuk juga salah seorang saudagar tua yang berniaga kain sutera bernama Durlban.
Oleh sebab kedua ibu bapa Dolma ini sudah tua, mereka amat susah hati akan masa depan anaknya Dolma ini, jika sekiranya mereka meninggal dunia. Siapa pula akan menjaganya. Kerisauwan ini buatKedua ibu bapa Dolma selalu menganggu kesihatan mereka berdua selama ini.
Satu hari kedua orang tua Dolma ini berbincang untuk pergi ke kuil bagi memohon hajat kepada sang Dewata, agar anak mereka Dolma dijodohkan dengan orang lelaki yang baik hati dan juga bertanggung jawab dan dapat menjaga Dolma dengan baik, sekiranya mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
Kebetulan sewaktu mereka sedang berbincang hendak pergi ke kuil itu. Saudagar tua sutera itu telah pun mendengarnya. Pada hari yang telah ditetapkan itu. saudagar tua kain sutera itu terlebih dahulu pergi ke kuil. Sebelum kedua ibu bapa Dolma sampai ke Kuil.
Sewaktu kedua ibu bapa Dolma meminta agar sang Dewata menetapkan jodoh bakal suami anaknya Dolma . Maka dengan lantang Durban saudagar tua kain sutera itu bersuara dengan lantang daripada belakang kuil itu .
“Dengar wahai kedua suami isteri yang telah tua! Dengar baik-baik pesanan ini. Esok jangan lupa, tunggu, bakal suami anak kamu dia akan datang melalui depan rumah kamu . Dia akan membawa saekor ayam putih, dan sambutlah dia dengan sempurna.....” Kata Durban sambil mengilai ketawa...
Kedua orang tua itu pun tersenta bila mendengar suara itu, kerana terlalu ketakutan, mereka tidak dapat berfikir panjang lagi, dan terus tunduk memasangkan telinga dan mengamati pesanan sang Dewata itu, dengan penuh rasa terharu.
BERSAMBUNG .
SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.
Sajak yang berfantasy agaknya telah dapat mencuit hati juri persendirian . Sajak berthemakan
Jiwa-jiwa yang bertajuk: BAYANGAN TANGASANMU ITU. Nampaknya pengucapan sajak ini ada rasa keyakinan pada isi dan maksud penceritaannya yang hendak disampaikan.Soalah-olah semacam
si penulis dapat membaca dalam hati atau khayalannyn akan sendu tangis seorang yang mungkin delima dalam kerinduannya , Para pertama 4 bait dapat kita rasa betapa kecewa dan gagalnya penulis untuk melukis dengan pencil yang patah dan cuba ...tetapi jejari pula yang berdarah. Ada kelaian dan sesiapa pun boleh membayangkan dan mengembangkan minda dalam berbagai
Andian dan imanginasi. Apa-apa pun kerana kami nampak sadikit ada kelebihan dan kemampuan bakat yang
sepatutnya ditunjulkan, jadi ada sadikit tokoh tambah kami lakukan, seperti sajak yang lain, kerana ada daya kemampuan yang patut diketengahkan.Syabas! Harap maaf buat yang lain, Jika kita beri sajak yang terutama kepada sdri Julia seorang guru agaknya (TU)
org mana ni geletek pagi? kalau banjar aku x terkejut sbb org banjar mmg kaki penipu...
ni la org yg memburukan melayu! sapa dia geletek pagi?
klu agama pun x jaga jd mcm tu la menipu pun xde rasa bersalah
wah! sinis yg agak tajam sajak ni
wah! lidah pun boleh mengatasi segalanya?
btol tu lidah ni boleh kuasai segalanya
lidah mmg ibarat mata pedang
lidah mmg berbisa lagi bisa ular
lidah menguasai segalanya tp kerana lidah jgk badan binasa
lidah kena jaga btol2 sbb dia boleh jadi senjata berbahaya
skrg smua lidah yg kuasai
lidah kuasa segalanya
sajak yg agak misteri la julia ni
sajak mcm kat alam fantasi je julia ni
sajak julia mmg layak menang isi pun menarik
sajak julia mmg menarik tahniah julia!
x sangka julia punya sajak menang?
ingatkan mak mah yg menang rupanya julia
julia pnya imaginasi kuat jgk
pelik nama dolma????
nama x sedap tp orgnya cantik plak? hehe
wah! dolma ni mcm org bunian plak?
mcm cerita nujum pak belalang plak ada penunngu gua
xkn la org tu plak dia nak jodoh dgn anak dia?
kenapa hero dalam cerpen ni tua plak?
sang dewata ni sapa?
dorg punya dewa ke sang dewata ni?
hahhaa kesian senang2 kena tipu?
untung la rezeki la org tua
wah! untung org tua dapat isteri muda dan cantik
eh! xkn dorg x thu kena tipu?
kena perbodoh mcm tu jer? hahahaha
cerita ni pasal apa plak? sedih ker?
cerpen berkenaan hantu ker ni?
sang dewata ni tuhan org cina ke?
senang je kena tipu dgn dulban tu? hahaha
xkn la dorg x perasan mana ada dea boleh berckap
bangang btol mak ayah dolma tu? hahahaha
harap2 anak dia thu mak ayah diperbodohkan? hahhaha
xbaik la dia tipu mak ayah dolma plak?
AKU TUA
aku semakin tua melihat anak kecil
di pangkuan ibu
aku semakin miskin
melihat kereta menjalar di laman.
aku semakin sepi
apabila kalian berangkat pulang.
sesekali terluang utuslah khabar.
aku seperti selalu sahabat dahulu.
pada cermin meskipun
telinga kiriku selalunya
di kanan arca ada amanat
garis di dahi itu rambut kian tipis
kaca mata tiada pernah
diimpikan itulah diriku.
Atuk
sajak terkenang
ABAHKU DAN ALAM SEMESTA
kedut-kedut di wajah
menanda usia dimamah sekian waktu
menjadi tulang belakang
menjadi bahu sandar sejak dulu
menjadi lengan paut saat lemas
sering hati luluh kecewanya
tak terpamir di raut wajah
tulang belakang masih gagah
setelah dua dekad menyatu
masih bahu bersandar paling empuk
pada kedut-kedut wajahnya
terkisah setiap pahit manis
setiap parut di tubuhnya
menceritakan kisah hidup dahulu
pada hati masih sama bagai dulu
engkau masih pertama
di hati kami sekeluarga
belum pernah ada yang sehebatmu
walaupun di alam semesta ini
Muhamad Akmal
sajak buat abah sy semperna hari jadi yang ke 50
DAH LAMA KAMU BUNUH AKU
api-api itu memantul cahayanya
merah berliku di kota sepi suara
seperti angin bersiul tanpa kata
sunyinya bintang tak mahu hadir
kerana dendam pilu yang terperam
kerana dendam pada keseronokan
kamu khabarkan semua teman
tentang rindu kamu sama aku
aku semalam ada depan mata kamu
tapi kamu tidak lihat aku
aku semalam ada depan mata kamu
tapi kamu tidak sedar kehadiranku
kini kamu tanyakan pula
di mana aku? sudahlah,
kamu sudah lama bunuh aku.
Anis Syahila
sajak buat kekasih
RILEK
Kau lembutkanlah hati mereka
kau turunkanlah rahmatMu
akan ku gigih sejat semua celaka
biar aku terang senantiasa tenang!
aku mahu rileks bukan minta respect
cuma mintak teman berbisik
menangis bila didesik
setengah detik hidupku jadi gila
menanti yang tak tiba
hiba menghurung jingga!
andai bisa aku luang
masa yang telah terbuang
kanku tagih dgn titisan perih
mewarnai jalan kepadamu ya Allah!
Panglima Ketot
sajak ketuhanan
DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG
Mengenang diri. kebisaannyalah ghalip kehidupan begitu, kitaran alam dan kehendaknya tuhan yang menjadikan setiap makhluk di dunia ini, orang tua kian mengisut menuju ke tepi yang muda mengambil alih menyambung segala perjuagan yang belum selesai, Cuma sesekali ada terasa sayu bila hati tersinggung, jiwa merasa sayu. Itulah lumrah kehidupan sebelum mata terpejam, (SM)
DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG
Muhamad Akmal mungkin mrncipta sajak bersama ayahnya. Mungkin begitulah kasih sayang seorang anak kepada ayahnya mendidik dan menjaga segalanya demi masa depan yang diharapkan.Untuk menilai jasa ayah ibu mungkin tidak dapat dibalas. Cukuplah membalas dengan kasih sayang terhadap keluarga. Amin (SM)
DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG
Anis Syahila selalunya menceritakan kisah orang muda mungkin itu yang ada di hatinya. Apa-apa pun pengucapannya kian ada penambahan baiknya . Sajak anak bos ini selalunya ada kelainan gaya ciptaannya. Tajuk pun sudah menarik . Usaha lagi sebagai selingan saja (SS)
DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG
Panglima ketot selalu mincipta sajak ketuhanan , penceritaan sudah ada, Cuma perlu mencari perkataan yang sesusuai bukan ikut rima sekimanya atau pun atonasinya, terlalu terikut-ikut dengan renta penghujungnya , lantas menyekat dan mengabaikan pengucapannya yang puitis.
Apa-apa pun usaha lagi. Cuma sebagai selingan sahaja (SS)
Catat Ulasan