Khamis, 31 Mac 2011

BILA KEYAKINAN MULAI LUNTUR





Bila keyakinan diri mulai terasa luntur
Kraisis keyakinan mulai tercabar dipersenda
Berbagai persoalan dan andain akan timbul
Hasil dari  rasa ketidak selesaan kekalutan minda

Masa akan menentu dan menceritakan
Pada ungapan cerita yang berbagai andaian
Jikalau  benar ramai yang telah pun terpisung
tunggulah  padah pasti akan datang menimpa.

Kini kenyataan telah banyak menampakan segala
Jelas merisaukan, agama, bangsa dan negara
Sebagai satu gadaian, perjudian dan pecaturan
Dimana nilainya sebagai  umat melayu 1 Malaysia?


Oleh: Nurimanja,
Catatan bila hati rasa terguris 31/03/2011.
Dengan kerenah Melayu  tidak mengenang budi.




50 ulasan:

Nurimanja berkata...

Sebut pasal burung dalam cerita rakyat negara china atai sepandan dengan nepal ini. Di Malaysia juga
ada burung yang buny penuh misteri/

1. Anda bisa dengar bunyi burung
semacam abang kata: RIIII SAUUU!!!
nurung ini kecil saja saiz dia.Tapi pelek kenapa dia sebut risau?

2.Anda biasa dengar bunyi burung
ini semacam dia berkata" DIAM KAU TUAH! KERISKU ADA! selepas dua tiga minit dia akan berbunyi lagi
diam kau tuah! Kerisku ada!

Kedua burung ini biasanya di kampung-kampung dia ada dan suka
hinggap di dahan tinggi, jarang turun ke bawah, saiz mungkin sama.


Burung yang berbunyi RIII SAUU!
Yang itu saya ada cerita, rasanya sudah cerita dulu, sebab abang dah tahu.

Bagaimana seorang memaksa anak tirinya membasuh kain di tepi sungai. kain putih menjadi hitam dan kuning menjadi merah, jika gagal tidak diberi makan.

Walaupun dia mungkin donging rakyat
Malaysia, tetapi menarik juga, saya ada simpan cerita berkenaan.

Hantu Raya berkata...

PKR Lanang kecewa Dudong diperoleh DAP

SIBU 31 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lanang hari ini melahirkan rasa kecewa dengan peruntukan kerusi Dudong kepada DAP selepas pertelagahan di kalangan parti pakatan pembangkang berhubung hak bertanding kerusi di kawasan itu.

Meskipun akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti pakatan mengenainya, Pengerusi cabang PKR itu, George Chen berkata: "Kami kecewa kerana telah melakukan banyak usaha sejak tiga tahun lepas dan kini hilang peluang untuk bertanding di kawasan itu."

Beliau berkata, PKR cabang Lanang yang bertanggungjawab menyelia dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dudong dan Bukit Assek, telah berjaya menarik kira-kira 3,000 anggota baru dan menubuhkan 10 ranting baru.

"Dalam tempoh tiga tahun lepas, kami melawat 119 rumah panjang, semua kampung Melayu dan kawasan petempatan Cina dan yang demikian, (PKR cabang Lanang) telah membentuk tapak kukuh di sana," katanya di sini.

Demi perpaduan di kalangan parti pakatan, Chen memberi jaminan kepada DAP bahawa PKR tidak akan meletakkan calon di situ bagi membolehkan DAP merampas kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN).

BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006 menerusi Penolong Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Soon Choon Teck, yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap Menteri Muda Kesihatan Awam.

Kerusi Dudong meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar dengan majoriti pengundi adalah kaum Cina manakala masyarakat Iban dan Melayu merangkumi 47 peratus pengundi.

"Pucuk pimpinan banyak memberi sokongan kepada kami selama ini untuk bertanding di Dudong tetapi DAP enggan memberi laluan.
"Kami mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Dudong dan malahan bersedia menyerahkan Senadin sebagai pertukaran bagi Dudong tetapi DAP tidak mahu menerima permintaan kami," katanya. — BERNAMA.

KOMENTAR:

DAPAT AKU PUNYA; (DAP)
Inilah sebuah parti yang lebih celik dan cerdek dari PKR. Di perak dan pulau pinang, drpa x buat apa pun, ada kraisis saja pasti ada pepecahan, di sini ada peluang dalam senyap mereka Makan.

Pas dan PKR pun melepas. Hanya selangor dan kedah depa punya. Ini dasar burung terkukur di mana ada padi masak di situ dia mengaku kepunyaan dia. Pada orang lain yang buat kerja. Nampak gayanya di serawak mereka kena jual senang saja. (sedutan BH)

HANTU RAYA.

Amira Syarina berkata...

BALUT LUKA

dalam aku sedang
menahan kesakitan terluka
hadirnya insan
lalu dibaluti lukaku itu
aku dijaga dan dibelai
akhirnya aku mampu terusakn
perjalanan hidupku terluka

Amira Syarina
sajak kekecewaan

Penghibur Diraja berkata...

DASAR BARA API

Sebagai sebuah wujud
menyinari sebagai sebuah cepat
dia cukup panas
hati di atas bara
terus sesuaian
memang cukup adil seimbang
Gerak dan langkah
di ikut mata terus menerus
dasar bara api bergunung
di sebuah pedalaman hasrat
tertuang dalam wajah nyata

Penghibur diraja
sajak simbolik

Leonard Abdullah berkata...

TANGISI HARGA DIRI

aku tangis kehilangan harga diri
dari kepincangan manusia
mengapa laut ketenanganmu teruji
disebalik kehidupan sang musafir
singgah seketika dipelabuhan rindu
mencengkam pengabdian yang kosong
sambil meratap kepergian kekasih
menanti tanpa pasti
laut masih terukir keindahanmu
meski pelaut telah pergi
untuk selama-lamanya...

Leonard Abdullah
sajak simbolik

Hadi Hamzah berkata...

LAIN MAKSUDNYA

Orang senyum disangka mengejek,
Manakala orang bermasam
muka disangka sombong.
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat,
Manakala orang diam
disangka menyendiri.
Orang menawan
disangka pakai susuk,
Manakala orang nampak ceria
disangka membela.
sedangkan kita tahu diam itu,
berzikir kepada Allah.
yang senyum itu,
ingin bersedekah.
yang bermasam muka itu,
mengenangkan dosa.
yang menawan itu,
bersih hati mindanya.
yang ceria itu,
kerana cergas dan cerdasnya.
jadi lain mimik muka
lain maksud tersiratnya

Hadi Hamzah
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

BALUT LUKA sajak Amira Syarina ahli Cr baru atau Pb? Kami pun keliru, untuk membezakan ahli baru dan lama. Apa-apa pun Syabas! Ada kemapuan munulis, Cuma terlalu pendek penceritaannya. Terasa bagai lompat baitnya, walaupun sajak pendek mesej kecewa, ada isi atau maksud serta puitis juga pengucapannya .Penceritaannya . mungkin sewaktu anda dalam kekecewaan , nasib ada pula orang lain yang sudi menemaninya. Harap dapat di teruskan berkarya. Usaha lagi buat pertama kali.Maaf sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

DASAR BARA API sajak marah juga daripada Penghibur Diraja. Pengucapannya agak keliru atau bait0baitnya sudah lari atau lompat nampaknya. Kami tak dapat menangkap maksud. Bila sajak yang diutarakannya, berselerak dan bertabur pengucapannya. Harap maaf. Usaha lagi lain kali. Cuba lagi. Sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

Leonard Abdullah dengan TANGISAN HARGA DIRI penceritaannya agak keliru atau sukar ditangkap, jika Cuma baca sepintas lalu. Apa-apa pun pengucapannya agak mendalam. Mungkin kisah kehidupan diri yang bagaikan musafir singah di perlabuhan sementara, tetapi kerana kerenah manusia terasa bagai terasing, lebih parah lagi bila kekasih pun meninggalkan pergi, bagaikan laut ditinggalkan nelayan. Layak untuk (SM)

Qalam Mutiara berkata...

LAIN MAKSUDNNYA sajak Hadi Hamzah pengucapannya boleh diterima bagaikan ingin berfalasafah pula untuk menilai hati nuraini sesaorang bukan pada kebiasaanya kekadang ada juga wajah dan memek muka itu mempunyai tafsiran yang berbeza, jadi hidup dalam kehidupan ini kita jangan tersalah sangka. layak untuk (SM)

Abang berkata...

cerpen burung risau xde ke?

Karim Ghani berkata...

burung risau? pelik jgk

Sharifah berkata...

mcm mana burung tu boleh sebut perktaaan risau?

Panglima ketot berkata...

burung tu nama apa?

Mat Noh berkata...

burung risau ni nama dia risau jgk ke?

gelora maya berkata...

kenapa dia sebut perkataan risau saja?

Raja Muda berkata...

burung risau tu jelmaan ker?

Ungku Zubir berkata...

burung tu asal dari bunian ker?

Guest berkata...

burung tu jelmaan org dulu2 ke?

Sudin Ramle berkata...

kenapa dia asyik risau jer?

Ambuyak berkata...

kenapa dia sebut takut tuah keris ada???

Salam berkata...

diam kau tuah?? dia ni jelmaan jebat ker?

Jupri Halim berkata...

xpnh dgr pun ada burung mcm ni

Nasruq Haqq berkata...

burung ni ada jual kat mana?

Lagenda Pulau berkata...

eh! burung dua tu nama apa?

Yusmanira berkata...

burung boleh bercakap ke? setahu sy burung boleh berkata2 burung nuri

Saudagar Emas berkata...

burung tu burung perliharaan tuah ker?

Salina berkata...

kenapa dia sebut tuah?

Taib berkata...

kenapa tuah bukan jebat?

Nurse Lisa berkata...

ada lagi ke wujud burung ni?

Ustaz Saad berkata...

burung ni masih wujud x hingga skrg?

Raja Munir berkata...

burung tu kalau wujud la msti berjuta ringgit org nk beli

Roslan Bidin berkata...

nampaknya burung tu klu ada peminat burung dgr msti ramai nak beli

Dayang berkata...

burung tu mcm burung nuri jgk boleh berckap

Jeffry berkata...

eh! burung tu ada lagi x zaman skrg?

Siti Hajar berkata...

burung tu kat kmpung2 je ke? bandar xde?

Nuri Kecil berkata...

burung tu asal dari mana kayangan ker?

Hambali Maliki berkata...

burung tu berpenunggu ker?

Tok Mahat berkata...

warna apa burung tu?

Ummu Akilah berkata...

besar mana mcm burung helang jgk ker?

Roy Rashiq berkata...

burung tu kalau nak bela boleh ke?

En Sanusi berkata...

pelik kenapa dia sebut risau

Atuk berkata...

byk perktaan lain risau jgk yg dia sebut

Warga Emas berkata...

pnh jgk sy dgr psal burung ni tp x thu wujud atau x?

Ziarah Makrifat berkata...

burung ni kat pendalaman byk la

Salikin Samsudin berkata...

dia spesis burung nuri jgk ker?

Pendekar Waja berkata...

burung ni aku rasa jelmaan makhluk halus agaknya

Pengembara Masa berkata...

burung ni disumpah ke?

Laila Mellisa berkata...

burung ni asal org ke????

Datuk Murad berkata...

burung ni kat luar negara ada x?