Jumaat, 25 Mac 2011

ORANG SUNGAI KINABATANGAN



buat masyarakat orang sungai


Masyarakat orang sungai kinabatangan
gabang dan Kartong muzik desa usahajaya
dulu mereka merenteh hidup ditepian sungai
kerana sungai telah pun menjanjikan segala
hidupan seharian bersama perahu  dan jala.

Sejarah perahu telah banyak membantu
pencarian rezeki di sungai dan di penggir hutan
menebang damar mencari kayu dan menjala ikan
disamping perhubungan perjalanan persaudaraan
begitulah kisah dahulu perkampungan orang sungai.

Kini  keadaan orang sungai  telah berubah
kereta jeraya menjalar sampai ke rumah
arus  pembanguan telah mulai bertapak di sini
bersama gabang dan kartong  muzik yunit tradisi
dulu menghibur selepaskan penat lelah pekerja
kini masih  menjadi harta budaya orang sungai
mengekalkan indentiti budaya  tradisi muzik seni
walaupun alam digetal dan jalur lebar mendatang.



Oleh: Nurimanja,
Catatan dari pendengaran dan penglihatan terkhat.
Sehari dua yang lalu, 24hb, mac, 2011 malam hari jam lapan malam.





50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
-----------------------------------

SIRI ke 4. Atau akhir

SETELAH Durban terpekek telolong meminta tolong, tetapi tidak ada seorang pun jiran-jiran yang datang memberi pertolongan kepadanya, kerana mereka tahu Durban seorang yang angkuh dan sombong selalu saja membuat bising di dalam rumahnya.

Akhirnya anjing yang garang dan ganas kepunyaan pemburu itu telah membaham dan mengigit tubuh Durban yang gila hendak beristeri muda dan cantik jelita itu. Lalu Durban pun mati di atas balasan undang0undang karmanya . Anjing itu pun balik semula ke rumah tuannya Derma.

DI rumah Derma tinggallah Dolma dengan rasa selamat dan senang hati. Dolma dan Derma telah mula terpikat hati. Dolma pula terasa dia telah terhutang budi kepada Derma seorang pemuda baik hati yang telahpun menyelamatkannya dari diperisterikan Durban orang tua saudagar sutra keparat itu.
Kawan-kawan Derma ramai yang datang ke rumahnya dan bertanya khabar tentang diri Dolma seorang anak gadis cantek dan jelita itu. Tetapi Derma telah memberi tahu kepada kawan-kawannya; katanya, Sang Dewata telah memberikan kepadanya.

Setelah berapa bulan Dolma terasa sangat rindu kepada kedua ibu dan bapanya. Derma mengarah kawan-kawannya pergi mencari di mana tempat tinggal atau kediaman kedua orang tua Dolma itu.dan setelah beberapa hari mereka berjalan akhirnya mereka pun bertemulah dengan rumah kedua ibu bapa Dolma itu.

Kedua ibu bapa Dolma telah dibawa ke rumah Derma. Setelah kedua ibu bapa Dolma melihat anaknya itu. Mereka amat gembira kerana anak gadis mereka dalam keadaan sihat di samping seorang pemuda bernama Derma yang kacak dan gagah sebagai seorang pemburu.

Akhirnya kedua ibu bapa Dolma bersetuju untuk menjodohkan anak mereka Dolma dengan Derma seorang pemuda kacak pemburu yang baik hati itu. Maka majlis perkhawinan pun di adakanlah di rumah Derma sebagai mengistiharkan perkhawinan mereka berdua. Dan hiduplah mereka sebagai pasangan suami dan isteri dengan aman dan damai.

Bapa Dolma pun berkata: :Jika tidak kerana saudagar sutra tua Durban itu, tentu Dolma anak gadis kita, belum menemui jodohnya dengan Derma seorang anak muda pemburu yang kacakdan gagah ini”.
Lantas dijawap pula oleh ibunya: “Tetapi. Saudagar tua itu telah menipu kita. Kini dia telah mati dimurkai Sang Dewata, itulah balasan undang-undang karma,” Dolma tersenyum mendengarnya.

T A M A T.

Hantu Raya berkata...

him, Shazryl serah video seks kepada polis (B)


2011/03/25
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam tampil ke Bukit Aman menyerahkan rakaman video seks lelaki yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing.

Turut diserahkan jam tangan yang dikatakan milik Ketua Pembangkang yang didakwa ditemui dalam bilik perlakuan itu dirakamkan.
Mereka tiba di Bukit Aman kira-kira jam 5 petang secara berasingan sebelum Abdul Rahim dilihat keluar jam 10 malam selepas polis selesai mengambil keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan.
Difahamkan, seorang lagi kumpulan Datuk T yang membawa maksud Trio, iaitu Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dikatakan akan memberi keterangan pagi esok (hari ini) di Bukit Aman.

Rahim ketika ditemui berkata, beliau sudah memberi keterangan penuh selama lima jam kepada polis serta menyerahkan semua bahan bukti dan berharap ia mampu membantu mempercepatkan siasatan polis.

“Apa yang penting, seluruh masyarakat akan tahu perkara sebenar siapakah aktor dalam video seks berkenaan. Segala bahan bukti termasuk rakaman video dan jam tangan milik Anwar sudah diserahkan dan tidak perlulah saya menceritakan dengan terperinci kerana boleh mengganggu siasatan polis," katanya.

Rahim juga berharap bahan bukti yang diserahkan itu disiasat secara forensik bagi memastikan video berkenaan betul atau sebaliknya.

"Walaupun ada pihak menafikan bahan bukti yang diserahkan bukan miliknya, namun saya yakin dengan kepakaran yang ada, ia mampu membuktikan kebenaran. Jangan terlalu banyak menafikan sesuatu perkara, sebaliknya perlu akur dengan kedaulatan," katanya yang enggan mengulas lokasi sebenar video itu dirakam.

Beliau turut dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kenyataan yang diberikan itu sudah mencukupi, namun bersedia jika dipanggil lagi selepas ini.

Isnin lalu, satu kumpulan diketuai Datuk T menayangkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media di Carcosa Sri Negara, di sini. Beberapa jam selepas ditayangkan, Anwar pada satu sidang media di ibu pejabat PKR menafikan lelaki yang dirakamkan dalam adegan seks itu adalah beliau.

PETEKAN AKHBAR (BH) Hantu raya! Saya tidak menyokong sesiapa Cuma membenarkan apa yang dikira benar. Sy tak akan percaya dia kerana pernah menipu minda saya dahulu waktu saya di bawah jabatannya.

Taib berkata...

KELMARIN YANG HANGAT

jika benar segala berpunca dariku
andai kemusnahan dari ciptaanku
kalau benar sagala katamu
maka tiap sesuatu disisiku berharga
kuserahkan padamu andai benar segala kebahagian ini
kau idam dan angankan
membuat hidupmu tenang tenteram
ambillah segalanya dengan kerelaan
aku pohon moga allah
memberi segala ku kepadamu
agar duniamu suka dari duka
biar aku menelan malam
dengan semua hitam
bersama rasa kelam
melihat kau aman dari kegelapan¡­
ketika itu jangan dipersoalkan
pendirian pengorbanan itu
jangan dipinta aku ini lagi
peganglah & jagailah dengan baik
segalanya selamat kembali padamu

Taib
Sajak jiwa2

Tuan Haji Abkam berkata...

KABEL

kabel apa kamu ada
halus atau besar
tengok juga warna
kabel biru senang sedikit
ada ruang boleh menyelit
kabel hijau masih dilayan
kamu dapat perhatian
kabel kuning pasti hebat
memang sudah tersedia tempat
tunjuk dahulu kabel kamu
baru senang kami sambung
tiada kabel itu boleh diurus
kami pakar mengurus
beli sahaja habis segala cerita
hulur sahaja di hotel biasa
hulur sahaja di bawah meja
pasti cepat lampu menyala
korupsi tahap biasa
kerenah sekian lama sampai bila¡­

Tuan Haji Abkam
sajak tentang gejala amalan rasuah

Tok Mahat berkata...

MATI TETAP PASTI

baru sekejap tadi
sembang di kedai kopi
seketika angkat kaki
dah dilanggar lori
mati baru sebentar tadi
ketawa tak henti-henti
seketika minta diri
dah terjatuh titi mati
baru seketika tadi
cakap dengan pak haji
cakap pasal mati
mati itu pasti
cepat siapkan diri
takut tak sempat nanti
takut menyesal nanti
dalam kubur seorang diri
tiada orang peduli
apa bekalan nanti
mahu lindungi diri
azab tiada terperi
mahu selamatkan diri
ayuh sama insafi
mati tetap pasti¡­


Tok Mahat
sajak buat kwn sy yg meninggal pagi tadi walaupun kami baru saja keluar makan

Ahmad Qatarunada berkata...

BERKALI-KALI

berkali-kali aku ungkapkan ini
sekali kusayangi selamanyaku kasihi
kenapa sukar sekali kau fahami aku?
segalanya telah ku buktikan
apalagi perlu lakukan untuk mu?
untuk kau tidak sangsi padaku?
untuk kau tidak ragui kasihku?
mengapa segala mudah jadi rumit?
mengapa kau pandang khilaf aku dulu
mengapa tidak kau tanya
pada hatimu rasa aku?
mengapa harus kau persoalkan
rasa hatiku padamu?
untuk apa segala pernah
kita lakukan bersama?
untuk apa kita semai segala rasa?
untuk apa kita kongs rahsia
bagaimana lagi caranya
untuk semua sangsimu ku ketepikan?
benarkah kau mahu segala berakhir?
curilah sedikit masa
untuk kau fikir untuk kau renungkan
aku menunggu terus menunggu
aku menurut keputusanmu
ku sayang kamu ku kasih kamu


Ahmad Qatarunada
sajak buat gf saya

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak mungkin penceritaan yang realiti daripada taip bersama isterinya agaknya. Atau Isterinya yang di jumpa dekat blog Cr ini agaknya , siapa namanya ?jurifah. Apa-apa pun semuanya mungkin telah ada ketentuan daripada Allah swt, kita merangcang tetapi allah yang telah menentukannya.Amin semoga bahagian, bukan kira cantik atau kaya, huduh atau miskin, Yang penting hati mahu baik, itulah kecantikan yang sebenarnya. Layak sekadar (SS).

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak Tuan Haji Abkam dengan sajak sinis tajamnya berkaitan dengan cerita rasuah, atau katalain orang indonesia bilang kurapsi . Ada tiga istilah yang ditakuti di Indonesia, iaitu Tiga (3G) Gosok , Gesek dan Gasak yang mana satu dulu saya kurang pasti. Apa pun biasa perempuan jika mahu minta sesuatu, datang dengan manja dengan mengosok atau menepuk bahu dan belakang kita, lebih jinak lagi mulai gesek-gesek atau singul-singulan dan cubit, cubitan, kalau ada peluang kita lupa , atau terjerat, dia gasak atau diambil apa saja yang kita ada. Cuma berbeza dengan Malaysia ada tali (kabel) lu ada kenal , sikit ada suap, lu boleh dapat. Layak cuma (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Sajak tok Mahat pun cerita biasa, kerana sama seperti bapa saya jam 4 makan kenduri jam lima sudah masuk ICU. Manghrip tak ada lagi . Minggu lepas dia ketawa mungkin, terkejut kawan dia meninggal atau hairan. “Hai baru minum kopi dengan aku kemarin? Hai man Terendak!” saya sendiri dengar, kenapa ayah ketawa? Bisik hatiku, rupanya dia juga buang tabiat. Semunya ketentuan Allah swt.Layak Cuma selingan (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Berkalikali sajak Ahmad Qatarunada berpesan : Cinta sebenarnya tidak boleh dipaksa , jika begitu keadaannya , ahirnya nanti tidak kemana.Bila kecintaan tiada , pastinya kebosanan mudah menjelma, akhirnya mencari kebencian dan Persengketaan akan bermula.alhir sekali perpecahan atau perpisahan bermula. Lihat saja Taib dan jurifah dulu jurifah terseksa, kini kita nampaknya amat bahagia. Cinta duda dan janda dalam blog Cr. Amin maah sekadar selingan saja (SS)

Mona berkata...

mati mcm tu jer?

Nik Aziman berkata...

anjing pun boleh membunuh! wah!

Malik Wariya berkata...

anjing tu jd pembunuh plak!

Olie Pajutdy berkata...

eh! x sangka anjing tu boleh membunuh!

Lagenda Pulau berkata...

erkk.. kejam btol cara dia mati

Wasiril Azmi berkata...

ngeri cara kematian dia

Danial berkata...

alamak! xkn mati mcm tu jer

Qalam Musoffa berkata...

wah! kejam btol cara dia mati

Seri Suri berkata...

padan muka org tua gatal tu.. hahhaa

Jalil Janggut berkata...

mmg hukum karma buat jahat di balasa jahat!

Ustaz Muda berkata...

alamak! kesian cara dia mati amat kejam

Kembara Budiman berkata...

pengajaran lps ni jgn buat aniaya org

Abul Hassan berkata...

huh! agak sempoi jgk jalan cerita ni

Ustazah Hamidah berkata...

yg paling kesian durban la.. hehe

Emily Bayans berkata...

wah! hppy ending rupanya

Tok Mahat berkata...

wah! berbahagia jgk dolma tu

Diana Sanubari berkata...

eh! x sngka dia jmpa derma jgk akhirnya

Abang berkata...

ingatkan derma tu jahat baik rupanya

Sudin Ramle berkata...

wah! bahagia dorg berdua akhirnya

Atan Yahoo berkata...

hbis dah ke? pendek je cerpen ni

Nabil Quldi berkata...

xkn pendek mcm ni je cerpen ni?

Saizul Maizav berkata...

esok cerpen apa la plak

Ziarah Makrifah berkata...

mmg menarik jalan cerita cerpen ni

Tuan Haji Abkam berkata...

mmg pengajaran cerpen kali ni

En Sanusi berkata...

buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali....

Ustaz Saad berkata...

semoga kita ambik iktibar dari cerpen ni

Mozaire berkata...

wah! kwin jgk dolma akhirnya

Nurse Lisa berkata...

ingatkan sad ending rupanya hppy ending

Tengku Anita berkata...

selamat ingatkan dia kwin dgn org tua tu rupanya dia kwin dgn derma

Harimau Berantai berkata...

seram plak baca tentang mati anak adam ni

Saudagar Emas berkata...

semoga kita x tergolong dalam gologan mcm ni

Petualang Tiga berkata...

wah! ada 4 perampas plak!

Jalil Janggut berkata...

amat mengerikan bila 4 perampas tu dtg

Ezad Emir berkata...

hbis smua kena rampas ker?

Ali Conan berkata...

huh! xkn smua di rampas sekali?

Hadi Hamzah berkata...

hbis smua kena rampas xde ape yg tinggal la?

Ustaz Majusi berkata...

semua kena rampas tinggal amal ibadat je la

Jalal Rafzee berkata...

semoga kita berwaspada....

Muhamad Badawee berkata...

xkn smua di rampas kita xde apa la?

Julia berkata...

menarik sajak perampas ni byk peringatan