Memaparkan catatan dengan label buat perbandingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat perbandingan. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2011

PERCATURAN KEHIUDUPAN



sajak pilihan waga cr.
                                                                 
Pagi tadi hujan kejut aku
dari birai katil aku menyapa siang
selimutku lipat susun seperti biasa
cadar ku biar tegang ala kadar saja
petangku ucap selamat pada matahari
sebelum maghrib
dia sudah mahu pulang
mengizin bulan sembunyi,
hujan datang lagi
menjatuhkan satu persatu
butirannya ke atas
payung aku pegang
meneman resah langkah-langkah aku
lewat malam hujan beransur pulang
disuruh berhenti oleh Tuhannya,
diganti lain seperti caturannya
alam ini terlalu cantik uniknya
dari siang ke malam
berputar tanpa bantah renyah
 
 
Oleh: Ustaz Omar Sharif
sajak simbolik utk sayembara puisi2011 Januari 9 10:45



Isnin, 20 Jun 2011

KARENAH ADIK BERADIK KU DULU




sajak pilihan warga Cr.


Bangun pagi mamai kelabu
Sarapan tersedia diatas meja
Mandi dulu bukan selalu
Sebelum makan bersama-sama
Kacau si adik marah si kakak
Seulas bawang dibawa lari
Habis dikejar selaju gagak
Lelah jadinya tiada terperi
Abang lagak bijak bestari
Mual adik lihat gelagat
Nasihat orang itu
Adik anggap suara lalat
Ayah mak pergi kerja
Amanah yang tua jaga rumah
Tiba masa jadi raja
Habis semua barang bersepah
Bila malam ulang kaji
Rasa malas bertalu-talu
Petang sudah penat mengaji
Timbul rasa makin berbulu
Gurau senda raih rahsia
tutur lusuh muka selamba
harap manja perli menyapu
bila terkena segan silu
Bila belanja tak pernah tak mahu
Mintak pula lebih dari satu
Tiba masa lama tak ketemu
rumah jadi sunyi membisu
tusuk rasa ingin bertemu
Terimbas kembali kenangan dulu
Suka sedih segan malu
Rencah beradik sehati sejitu


Oleh: Bos Kacak.,
kenangan masa kecil dahulu/2010 September 27 13:31
Dicatat oleh Nurimanja di 12:29 AM






Khamis, 16 Jun 2011

PENGGUNA FACEBOOK TERLAMPAU




sajak pilihan warga Cr.

mengapa jadi begitu
mengapa kau palitkan lumpur
mengapa kau contengkan arang
mengapa kau titiskan nila
habis semua terpalit
habis semuanya hitam
habis rosak susu sebelanga
turutkan segala kehendak nafsu
lempiaskan sesuka hati
pada amanah yang kau pegang
pada amanah yang kau laung
nyah kau segera
kau tak layak berada di sini
daerah ini daerah suci
daerah warisan penggilap permata
kau lupakan sahaja
kau biarkan sahaja kami di sini
kau pengguna facebook terlampau...

Oleh: Raja Muda
selangor
malam raya/2010 September 9 23:26





Jumaat, 25 Mac 2011

ORANG SUNGAI KINABATANGAN



buat masyarakat orang sungai


Masyarakat orang sungai kinabatangan
gabang dan Kartong muzik desa usahajaya
dulu mereka merenteh hidup ditepian sungai
kerana sungai telah pun menjanjikan segala
hidupan seharian bersama perahu  dan jala.

Sejarah perahu telah banyak membantu
pencarian rezeki di sungai dan di penggir hutan
menebang damar mencari kayu dan menjala ikan
disamping perhubungan perjalanan persaudaraan
begitulah kisah dahulu perkampungan orang sungai.

Kini  keadaan orang sungai  telah berubah
kereta jeraya menjalar sampai ke rumah
arus  pembanguan telah mulai bertapak di sini
bersama gabang dan kartong  muzik yunit tradisi
dulu menghibur selepaskan penat lelah pekerja
kini masih  menjadi harta budaya orang sungai
mengekalkan indentiti budaya  tradisi muzik seni
walaupun alam digetal dan jalur lebar mendatang.



Oleh: Nurimanja,
Catatan dari pendengaran dan penglihatan terkhat.
Sehari dua yang lalu, 24hb, mac, 2011 malam hari jam lapan malam.





Ahad, 23 Mei 2010

MANUSIA BAGAI BUIH


-sajak legenda-


Asalnya
kita bagai buih
besih dari tepian
keluar daripada hembusan
dan bisikan  urutan yang tenang,

Kini kita
dibawa arus deras
mengalir hanyut ketengah
kocakan gelombang muara sungai,
Lalu kita
betemu dengan alun laut,
ganas dan buas menghempas
diri kita  dihimpit dan dilambung
terapong, mungkin tidak kembali lagi ketepi.
 Oleh ; Nuimanja,
Di tepi parit,sungai dan laut. 
30hb, 12,1972.(B)

Jumaat, 19 Februari 2010

JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT

 

Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah diri mengaku kalah,
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar rasa tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta,
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud  itu
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila,
ketika kamu sujud dan dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacing serangga melata.


Setelah kamu kenal akan nilai hikmah solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah segala rezeki yang Allah berikan
mengapa mesti buat satu kerosakan di muka bumi  ini?
sesungguhnya hidup dan mati  kepadaNya juga kembali.

Oleh  : Nurimanja,
Balik kuliah Malam Telok Kumbar,
                                                                        15/2/2010