Khamis, 16 Jun 2011

PENGGUNA FACEBOOK TERLAMPAU




sajak pilihan warga Cr.

mengapa jadi begitu
mengapa kau palitkan lumpur
mengapa kau contengkan arang
mengapa kau titiskan nila
habis semua terpalit
habis semuanya hitam
habis rosak susu sebelanga
turutkan segala kehendak nafsu
lempiaskan sesuka hati
pada amanah yang kau pegang
pada amanah yang kau laung
nyah kau segera
kau tak layak berada di sini
daerah ini daerah suci
daerah warisan penggilap permata
kau lupakan sahaja
kau biarkan sahaja kami di sini
kau pengguna facebook terlampau...

Oleh: Raja Muda
selangor
malam raya/2010 September 9 23:26





30 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:



Sajak dari kerabat rajak muda Selangor , terima kasih kerana sudi mengikuti Blog CR Ini.
Sajak bertajuk: PENGGUNA FACABOOK TERLAMPAU oleh Raja Muda Selangor.
Ini bagai satu penghormatan di pagi satu syawal buat kami sahabat CR di blog ini. kerana bukan saja rakyat jelata memandang sinis dan jijik, malah kerabat diraja lebih memandang serius lagi.

Demi mengukuhkan instiusi beraja di Negara yang berdaulat ini.
Kami menyokong saranan citarasa hatinurani Raja Muda Selangor.

Kerana lewat kebelakangan ini ramai rakyat menjadi resah dan gelisah, kerana ada beberapa orang baginda sultan sudah mulai murka dan berdurja di atas keceluparan dan tindak tanduk segelinter rakyat yang berani menguris hati baginda sultan.

Harap perkara ini perlu diberi perhatian yang serius,jika mereka dapat berkuasa kita akan menjadi Negara di timur tengah.

Oleh: Qalam Mutiara
9 September 2010 1:01 PM

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBASATAUOLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke Tiga puluh..

Dalam keadaan serba tidak bermaya itu, dia terasa dirinya hilang. kemudian dia terdengar sayup-dihujung telinganya , helai ketawa suara wanita mengelilinginya, terasa dirinya seperti sedang diberi rawatan dan di kelilingi beberapa orang wanita cantek dengan senyum yang menawan hati. pelahan dia membuka mata.

Apa yang dia tahu dirinya kini berada pula di sebuah istana yang cukup indah ditepi sebuah tasik di pucak gunung Mentra Alam. Terlalu anih dirasakan. Bagaimana dia boleh berada di atas peraduan yang indah ini.

“Dimana hamba sekarang?” bertanya Puyra Wira Syahir dengan perasaan ceriga dan membimbangkan.

Tetiba dia terdengar suara seorang wanita berkata ,” jangan susah hati tuan hamba berada di daerah kami, bangsa angsa berwajah manusia. hamba bernama puteri angsa emas, dan bersama saudara hamaba .yang ini angsa putih, angsa hitam dan angsa kelabu, mereka semua adalah saudara hamba semua.”

Melihat keadaan itu Putra Wira Syahir menjadi serba terharu, malah menghairankan di puncak gunung pun boleh ada sebuah tasek ajaib bersama istana dan puteri angsa yang cantek jelita, terasa membakar rasa kelelakiannya.

“Kami menemui tuan hamba terlantar ditepian tasek , tidak sedarkan diri, kami membawa tuan hamba ke intana ini, Sebenarnya kami semua memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami, untuk membebaskan diri dari sumpahan di tasek ini. Kami berempat tertarik pada tuan hamba dan bersedia untuk menjadi isteri kepada tuan hamba.” kata puteri angsa mas itu.

Kerana diberi peluang tersa seperti pucuk dicinta ulam yang datang, orang mengantuk disurungkan bantal.

”Hamba sedia menerimanya,” jawab Putra Wira Syahir dengan senang hati .

“Tetapi ada syaratnya pula. mulai esok tuan hamba kena mengutip telur angsa peliharaan kami disepanjang tasek, tanpa memecahkannya, mulai terbit matahari hingga tegelam matahari untuk mengisinya dalam empat buah bakul besar itu sebagai hantaran perkhawinan, jika gagal rakyat kami akan menghumban tuan hamaba ke luar dari tasek ini.”

BERSAMBUNG.

Hadi Hamzah berkata...

KAWAN DATANG DAN PERGI

kawan-kawan datang dan pergi
bayangan malam bertambah ngeri
janji hancur dihempas waktu
pintu pun tutup satu persatu
tak dapat kukisahkan
segala janji telah diisi
segala kasih diikat rapi
lorong panjang berlingkar-lingkar
entah bila berjumpa lagi.

Hadi hamzah
sajak buat kawan

Mozaire berkata...

AKU TAK PANDAI TAPI BUKAN BODOH

aku tak pandai tapi bukan bodoh.
ako malas bunguk tak tau berubah.
dulu tersungkurtapi masih tak sedar
macam-maca alasan aku bagi.
semangat makin kurang.
rasa bagai nak tinggalkan dunia sebab aku tak mahu jadi bengong.
jadi aku alan pergi ke dunia baru.

Mozaire
sajak terkenang

Nahul Hidzar berkata...

NIPISNYA AKU

Disetiap genap dunia
aku menjerit pilu
mengharapkan ada melihat
kerna aku rasakan keliru
memintas segala syahdu
aku merintis memilih bukan pilihan
dugaanMu sungguh besar
takku harap menepis iman
kerna aku hambaMu yang lemah
ya Allah nipisnya aku! tiap garisan, tiap coretan
aku berasakan terhina

Nahul Hidzar
sajak penyesalan

Lelangit Biru berkata...

SEMUA NAFAS

Aku dan semua nafas
bumi yang ku rasa
Menanti sesuatu mampu ku lindungi
Dengan segenap Walau terasa hampa
Takkan hatiku hancurkan harapan
Bila ku tak lagi mampu menyinar
Bila mata hatiku telah redup
Jiwaku tetap hangatkan
gelap malam nafasku

Lelangi Biru
sajak simbolik

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Hadi Hamzah tajuk sajak KAWAN DATANG DAN PERGI.Pengucapan biasa
walau pun telah diperbetulkan ungapannya , juri masih tidak dapat menilai kekuatan kesan pada sajak ini.cuma mesej yang hendak disampaikan terawang-awangnya, bentuk penceritaan bagai longgar dengan penutup cerita juga masih kurang mantap. Harap maaf cuma di sini terpaksa berhenti. Usaha lagi (TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Begitu juga Mozaire dengan sajak AKU TAK PANDAI BUKAN BODOH. Pengucapannya bagaikan orang kecewa mengenangkan nasib agaknya. daya kreatif masih lemah. tema kecewa pada keadaan diri sendiri, Penceritaan kurang masuk akal bila hendak pergi kedunia baru dan hendak tinggalkan dunia. (Mati)/ Apa pun usaha lagi , maaf Cuma diseni terpksa berhenti (TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Nahul Hidzar sajak NIPISNYA AKU sepatutnya bertajuk NIPISNYA IMANKU . Pengucapanya agak menyakinkan, ada rasa kreatif dan sadikit puitis. tema penyesalan dan keinsafan. Penceritaanya berkisar kisah kehidupan seharian manusia yang nipis imannya akan terperangkap dalam godaan syaitan. Jika kuat keimanannya masih boleh insaf dan sedar akan kekuasaan tuhan.Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

SEMUA NAFAS oleh Lelangi Biru. Pengucapannya mengelirukan dan sukar menilai ungapan kreatifnya . Tema tidak dinyatakan sekadar simbolik pada ungapan perkataan. Isi penceritaanya juga kami gagal menangkap , bagaimana untuk menerangkan maksud atau mesej yang hendak sampaikan apa yang kami rasa dari intro – isi – penutup longgar, Apa pun usaha lagi, harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Pak Ngah But berkata...

tadi kelatu skrg angsa plak?

Comel berkata...

dh lebih hebat dari harry potter ni

Saudagar Emas berkata...

fantasi yg agak tinggi jgk ni

Nuri Kecil berkata...

angsa jadian ke dorg semua tu?

Zainal Arifin berkata...

ada jgk angsa muka manusia?

Adi Cana berkata...

pelik ada jgk bangsa angsa muka manusia

Mona berkata...

dulu anai2 skrg angsa plak? hehe

Kembara Budiman berkata...

wah! ke tempat angsa plak?

Simsalabin berkata...

angsa tu badan angsa muka manusia ke?

Balqsih berkata...

angsa ni badan manusia ke?

Pak Kassim berkata...

wah! kena kutip telur masin plak ke? hahaha

Atan Yahoo berkata...

telor itik nak kutip buat apa? telur asin ke? hahahaha

Madah Pujangga berkata...

rasanya dia xdpt selesaikan tugasan la

Salam berkata...

rasanya tugasan ni pun dia xdpt selesaikan

Brader JOe berkata...

telur itik kena kutip? ni mcm senang jer

Abul Hassan berkata...

kutip telur itik msti dia berjaya sbb mcm senang je keja ni

Ummu Akilah berkata...

kutip telur angsa?

Tetamu Malam berkata...

kenapa dorg x kutip sendiri tp suruh syahir?

Harimau Berantai berkata...

susah nak kutip telur tanpa pecah

Tok Mahat berkata...

boleh ke kutip telor tanpa pecah?