Sabtu, 11 Jun 2011

TOPENG



sajak pilihan Pb zainal arifin

topeng terlekat dimukamu
hingga aku tak dapat meneka
rupamu putih atau hitam?
wajahmu kedut atau tegang?

kamu juga suka bertukar topeng
hingga aku tak dapat mengagak
kamu Cicakman menyelamatkan insan
atau Profesor Klon musnahkan kehidupan!

 
Oleh: Geletek Malam
Bayan Lepas 
2010 Mei 29 13:08






30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN

Kerana sajak geletek Pagi tak ada hilang entah kemana. Ganti dengan dua
orang anggota PDRM geletek juga namanya. Geletek Malam. Sajak ini barangkali sudah pun diulas oleh en nuri dulu. Kerna telah tedelek kini anda pula buat ulasan.

Mentari Senja berkata...

Tuan Haji berkata...
Ni senarai nama yang masih tak tuntut cek dari saya sila beri alamat rumah sy pos laju cek kpd ada...


1.ustaz rahman

2.saizul maizav

en sanusi - berjumpa face 2 face

sufian -kirim kpd en sanusi

mak mah -dh pos laju

3.dayang -

4.mei ling -

5.pak haji -

makcik senah -kirim kpd en sanusi

6.ustaz saad -

7.mawar harum -

hajjah jamilah -kirim kpd en sanusi

8.Ai Kutubudin -

nur atikah -kirim kpd en sanusi

yusmanira -kirim kpd en sanusi

inspektor halim - dh pos laju

Nurul Husna berkata...

ASING TERASING

Hidup serba terasing
masyarakat rasa terasing
semua rasa asing
segala-galanya rasa terasing.
Tiba-tiba aku teringat
bahawa aku sememangnya orang asing
di tanah penuh asing dan terasing...

Nurul Husna
sajak pertama kali ke tempat org

Puteri Maya berkata...

SESEKALI BERTEMU

Sesekali bertemu apa salahnya
bertanya khabar suka dan duka
semanis gula seindah tika tersapa
tspi jsngan memalingkan muka?
Selintas camar yang lalu
membawa sarat harapan
nun di puncak awan biru
sana sayapnya meluas membuka
ruang pandangan manusia
agar mengheret dukanya pergi

Puteri Maya
sajak persahabtan

Siti Hajar berkata...

BAHANA

Bukan bahana dendam terpasak
bukan warna amarah mencorak
wajah kebencian tampil
cuma aku perlu segera mencari taman
untuk kupindahkan ke sudut hati
lantas kuhumban hanyir kecewa.
Sekian lama membusung di jiwa
nanahbisanya perit kurasa.
Jauh di sudut hati
berbunga kuntum harapan
doa kudus terhimpun di perkebunan
hauskan titisan embun keesaan.

Siti hajar
sajak simbolik

Srikandi Juwita berkata...

DIBALUTI

Aku masih dibalut dengan kedinginan
hanya hijau yang melilit malu
tidakkah kau mengerti ini?
di sini gerimis salju melambai lagi
aku kedinginan tamparan kasarmu itu
tidakkah kau mengertiku kini?
Hembusan memukau ke segenap maya
zatmu yang yang dingin itu
dari khaliq seni buatku mengerti makna lambaianmua itu.


Srikandi Juwita
sajak simbolik

Abang berkata...

setakat ni berapa ramai lagi x tuntut hadiah ni?

Nur Atikah berkata...

sikit sgt la rm600 kenapa x bagi rm1000 jer... hehehe

Abul Hassan berkata...

nampaknya kalau final masuk sayembara ada duit best la

jalil janggut berkata...

apesal la org teluk kumbar lembab ye hadiah pun xnk ambik? hehehe

Mozaire berkata...

ustaz rahman dgn saizul buat malu org teluk kumbar je org smua dh ambik hadiah dorg 2 ni mana pegi?

Pak Kassim berkata...

ustaz rahman klu xnk hadiah bagi kat saya je snang

Hadi hamzah berkata...

dua2 sekali x ambik cek org teluk kumbar plak tu? adeh,...

Ustaz Muda berkata...

saizul ni klu x salah dulu setiap hari ada dia skrg xde plak?

Raja Muda berkata...

saizul dgn ustaz rahman nk tolak rezeki ke ni?

Panglima Sakti berkata...

aku walaupun dah kaya kalau org bagi duit aku ambik jgk saizul dgn ustaz rahman kenapa bengap sgt? hahahaha

Ummu Akilah berkata...

kenapa la saizul dgn ustaz rahman x tuntut hadiah nnt smua org kutuk org teluk kumbar la mcm ni

Wasiril Aswad berkata...

pelik la ustaz rahman dgn saizul setiap hari ada kenapa ada hadiah pun xnk ambik?

Jalal rafzee berkata...

tuan haji ni patut kata kalau org x tuntut hadiah bagi je cek tu kat en nuri.. hehehe

Guest berkata...

rasanya saizul dgn ustaz rahman dh kaya kot sbb tu xnk duit... hahaha

Tan Sri Yunus berkata...

rugi btol saizul dgn ustaz rahman x tuntut hadiah

Tuan Haji berkata...

klu susah sgt sy pergi hantar ke rumah trus kat mana la rumah ustaz rahman dgn saizul ni?

Pak Ngah But berkata...

bagi kat org lain la snang tuan haji

Atan Yahoo berkata...

apesal la bongok sgt dua org yg x tuntut hadiah ni bkn kena bayar pun org bagi free la

En Sanusi berkata...

rugi btol tolak rezeki kalau rm6 xpe la ni rm600!!!!!!!!

Nuri jaguh berkata...

saizul dgn ustaz rahman ni jutawan ke? cek rm600 org bagi pun x tuntut

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Nurul Husna dengan sajak RASA ASING DAN TERASING.Pengucapannya agak menarik hati, walaupun bersahaja puitis pada kerajinan menyusun kata akhirnya ,tema kembara di bumi tuhan. Penceritaannya , membicarakan tentang nasib diri yang kini mungkin berada di tempat yang terlalu asing, mungkin belum pernah di jejakkan kakinya di daerah ini. Pasti dirinya rasa asing dan terasing. Apa pun inilah kehidupn perjalanan kita telah ditentukan oleh Allah swt. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Puteri Maya dengan sajak SESEKALI BERTEMU. Pengucapannya boleh diterima ada keyakinan ungapannya. tetapi diakhir ungapan bertukar kepada simbolik pula. bagai ada dua monolok. tema pertemuan dua sahabat agaknya. Penceritaannya pada awalanya begitu jelas. di tengah dan akhir berbagai andain pula jadinya. Sajak ini boleh diterima, tetapi kerana ada lagi sajak0sajak yang lebih puitis dan mencabar, Harap maaf penyertaan anda Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Siti Hajardengan sajaknya BAHANA . Pengucapannya agak kreatif dan fantasi. tema bagaikan kutukan musibah menimpa. Penceritaanya agak kabur dan boleh dibuat berbagai andain bagi pembaca. Rasa juga ada bentuk tema jiwa-jiwa dan ketuhanan dalam setiap ungapan perbicaraanya. Apa pun diberi peluang untuk setrusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


Srikandi Juwita dengan sajak bertajuk DIBALUTI tema tidak ditentukan jiwa-jiwa atau ketuhanan. Pengucapannya yang menjadikan kami terheret untuk membenarkan anda boleh meneruskan sayembara seterusnya. Kerana berbagai andain boleh ditafsirkan mengikut citara pembaca.Walaupun terasa kabur seperti bicara orang gila, tetapi terasa ada isi dan maksudnya yang tersembunyi dan nyata.Apa pun dibernatrkan sayembara seterusnya. (SM)