Selasa, 28 Jun 2011

BILA QIAMAT DATANG PELUANG TIADA LAGI








30 ulasan:

Viger berkata...

ULASAN :

Mulai hari ini sajaka- sajak lagenda en nuri kali ini tidak dibenarkan warga blog Cr mengulasnya.
Cuma buat ahli dan P/blog Cr sahaja diminta atau dibenarkan mengulasnya. Harap maklum.Terima kasih!


semua sajak berunsur atau tema agama dan ketuhannan.Dalam pembentukkan insan yang berakhlak mulia
dan boleh diharapankan membina negara masa depan..


(en NUri)

Nurimanja berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________


Siri Ke tiga.


APABILA sampai sahaja sang katak mondo ke tempat kediamannya , kelihatan bertapa cemas dan gundah gunanya keluarga sang katak mondo. Apabila anak bininya melihat akan keadaannya yang berlumuran darah. Tangisan pilu meratapi suaana.

Sang katak mondo menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Kesemuanya menangisi kesedihan , rasa pilu bergaut dimana dalam kesemakkan kediaman mereka. Tetiba si ibu sang katak mondo bertina berkata Kepada anak-anaknya;

“Mulai hari ini, katak mondo jantan jangan masuk ke dalam semak kediaman ini, selagi tuan hamba tidak membalas jasa dan budi insan yang mulia itu, buatlah apa sekali pun kami bersumpah, selagi jasa dan budi insan yang menolong tuan hamba itu tidak dibalas jangan tuan hamba kembali ke kediaman semak ini.”

Maka berikhrarlah isteri katak mondo dan anak-anaknya mengangatkan tangan sambil berdoa secara bangsa katak mondo , sehingga hujan turun dan katak mondo jantan pun melangkah pergi meredah hujan meninggalkan kediaman semak mereka itu.

Di pertengahan jalan si katak mondo jantan berdoa kepada pencipta alam, agar dirinya diukar menjadi seorang insan demi untuk menbalas jasa dan budi insan Syakir yang menolongnya itu. Kini doanya dimakbul , sang katak mondo bertukar menjadi insan, kini dia mencari akal untuk mengikuti ke mana arah pengembaraan insan Syakir yang membantunya itu.

BERSAMBUNG.

Geletek Malam berkata...

SESAAT

Sesaat ku tutup mataku
Berharap hari segera berlalu
Hingga ku tertidur dalam lelap
Lepaskan letih di hatiku
Hingga akhir mimpi hembuskan lara
Walau sejenak sampai pagi
aktu melangkah dari semua kebutaan
Rasakan walau hanya sekejab waktu yang telah kita lewati
Bersama mengejar hari
Hingga akhirnya tercipta mimpi

Geletek Malam
sajak simbolik

Richard Sirosa berkata...

BIAS MENTARI

Mungkin tak seindah bias mentari
Namun dalam lagu ku sertakan namamu
Memang tak semudah berkata
Tetapi kemuliaanmu
telah mencipta duniaku
Hanya nada indah mampu ku titipkan
Dalam akhir perpisahan
Hanya terbaik dapat ku ucapkan
Menemani langkah mengakhiri hari
Bersamaku di kota ini

Richard Sirosa
sajak simbolik

Ravi Ramachandran berkata...

BERANJAK DARI SINI

Kemana ku ayunkan langkahku
Agar dapat beranjak dari kesedihan
Aku hanya bisa menangis
Tanpa air mata
Sungguhku hanya mampu bermimpi
bantulah aku bawalah
aku beranjak dari sini
Tolonglah aku bila
ada yang sanggup memahami
Arti ku masih di sini

Ravi Ramachandran
sajak sedih

Vijay KUmar berkata...

CINTA MENYATUKAN KITA

Mengertilah tak patut kau bersedih
Karena kita masih saling menunggu
Tanpa perlu kau korbankan hatimu
Jika hanya sesaat kehilanganmu
Apa terjadi hari ini takkan sesal
Pahami waktu tidak akan memisahkan
Hanya akan mendewasakan hatiku
Renungan dari lubuk hati terdalam
Selalu ingat bayangmu damaikan hati
Semestinya kita bersama
Bersatu ikatkan rasa
Karena sudah semestinya cinta
Dapat menyatukan kita

Vijay KUmar
sajak cinta

Atan Yahoo berkata...

aik! katak mondo ni ada perasan jgk ke?

Kembara Budiman berkata...

huh! katak boleh brcakap ke?

Zainal Arifin berkata...

dia ambik kata tu walaupun berdarah

Lukiee berkata...

katak tu kan dh nak mati baik biarkan jer... hehe

Boc Kacak berkata...

eh! katak mondo ni ada family jgk?

Badrolshah berkata...

wah! baik sgt syakir ni

Raja Muda berkata...

katak mondok ni nyawa2 ikan ke?

Nuri Jaguh berkata...

katak tu jd manusia plak?

Ezad Emir berkata...

katak tu bertukar jd org ke?

Seri Suri berkata...

aik! mcm mana dia boleh bertukar plak?

Tuan Haji Abkam berkata...

katak jd insan plak? wah!

Dam Catur berkata...

dia jadi insan apa plak?

Ustaz Muda berkata...

agaknya katak tu jd katak balik ke terus jadi manusia je?

Saudagar Emas berkata...

aik! terus jadi manusia plak katak tu?

Petualang Tiga berkata...

wah! syakir ada kawan la nampaknya

Ziarah Makrfiat berkata...

katak tu jd insan? insan tu apa jd org ke?

Mona berkata...

wah! makin rancak nampakny cerpen kali ni

Sang Arjuna berkata...

katak bertukar rupa plak?

Comel berkata...

makin menarik nampaknya

Tetamu Malam berkata...

aik! berubah jd manusia plak katak tu?

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

Geletek Malam bersama sajaknya bertajuk SESAAT. Pembicraan kisah kehidupan seharian, manusia bekerja dengan tugasan nya , kemudian letih dan tiur, esok sambung lagi, letih balik tidur dan mimpi, tidur itu rehat untuk menghilangkan kepenatan dan segala permasalahan seharian dalam hidup. Sedar kita pun tua, hari terasa begitu pantas dan sekejap. Tiap saat perlu dinilai kembali unuk jangan rugi. Sajak ini bolehDikatakan terlalu biasa, tetapi jarang orang yang ingin mengingatinya. Diberi peluang untuk sayembara seterunya. (SM),

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

BIAS MENTARI semacam ada tiga buah sajak semacam sama bunyinya, Abu Hassan dan Mr Dived. Tema simbolik pada jiwa-jiwa , Pemicaraan kisah orang muda punya biasa. Betemu dan berpisah. Adalah satu penucapan yang terlalu biasa. Apa pun usaha lagi di lain kali. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

Mentari senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG


Ravi Ramachandran dengan sajaknya seakan rasa geliah dan ingin mlarikan diri dari tugas dan tempat dia bekerja agaknya.Lihat pada tajuk sajakna BERANJAK DARI SINI. Pengucapannya
Tema semacam kecewa dan sedih. Apa pun kebebasan sesaorang itu adalah haknya untuk menentukan untung nasibnya, kerana tuhan memberi akal untuk berfikir , sama ada benar atau batal. Kita datang dari tuhan dan kepada tuhan (Allah) kita kembali (mati), dalam Islam tuhan tidak boleh dibayangkan, ia dikira perkara kewujuddan yang ghaib tidak dapat dilihat dengan mata. cukup niat tuhan itu ada. Apa pun anda layak untuk sayembara seteusnya.(SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2 JUN 2011 DIANTARA AHLI CR./DAN P/BLOG

Vijay Kumar sajaknya bertajuk CINTA MENYATUKAN KITA , Pengucapannya yang terasa bersahaja dan masih mencari keyakinan, untuk rasa lebih ada daya kreatif dan puitis. Adaperlu banyak belajar lagi. Apa pun tema cinta dan jiwa-jiwa lebih menyakinkan dari tiga sajak yang Agak sama bunyi dan temanya kecuali tajuk yang berbeza. Maka anda diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)