Isnin, 13 Jun 2011

JIKA SAYA TAK BOLEH BERSELOKA LAGI



sajak pilihan warga Cr.

Jika saya ditakdirkan
tidak berseloka lagi di dunia ini
saya tidak mahu seloka-seloka saya
mendatangkan dosa buat saya,
cukuplah dosa yang lalu
tak tertanggung saya memikulnya..
oleh itu saya mengharapkan..
pembaca seloka saya agar mengikut
mengamalkan seloka saya yang baik
membawa kepada amar makruf sahaja..
jika seloka menguris hati dan jiwa,
kemaafan dan keampunan saya pinta!
jika seloka membawa kemungkaran
sila abaikan sahaja bukan apa..
sudah puas saya berseloka di sini..
berilah saya peluang untuk berseloka di sana pula!

 

Oleh: Atuk
di sawah bendang 9pagi
Dicatat oleh Nurimanja di 5:04 PM








30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

Catat Ulasan

Sajak bertajuk JIKA SAYA TIDAK BOLEH BERSELOKA LAGI, Pengucapan Atuk bunyinya semacam mahu meninggalkan kami semua pula, sedih! Semacam Atuk tidak mahu lagi
bergurau senda dengan cucu Atuk semua. Atuk semacam beri amanat pula. Buat yang baik jauhkan yang jahat. Atuk semacam nak pergi jauh saja. Maafkan kami Atuk. setahu kami Atuk tak ada dosa dengan kami. Semoga panjang umur . lama juga tak nampak Atuk dalam blog ini.Setahu saja ada 5 sajak atuk x diulas atau hilang terdelek.

Geletek Petang berkata...

Pas menunggu kehancuran-UM
)
PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

KOMENTAR:

Persetujuan Pas menyertai PR ternyata memakan diriu sendiri, bila ahli dalam Pas sendiri mula rasa berbelah bagi.

Apabila ketua mereka menyokong dasar orang yang pernah mencabar kedudukkan Negara bercorak Islam dengan mengatakan langkah mayatnya dahulu, sebelum menubuhkannya. Lebih parah lagi bila bersekongkol pula dengan ketua PKR yang terkenal dengan ahli putar and belit .

Kini mereka ahli Pas akar umbi berada di dalam delema.tidak dirastui hati sepenuhnya kerana hamper tersengker ahli yang bergelar ulamak tidak mempunyai kerusi yang diharapkan.

Zainal Arifin berkata...

ada 3 tugas penting plak ke?

Comel berkata...

ada 3 tugas plak!!!

Putera Damien berkata...

apa benda plak 3 tuas penting tu?

Raja Muda berkata...

ada 3 tugas apa la agaknya?

Kembara Budiman berkata...

huh! dia ajak pergi istana plak msti byk dayang2

Harimau Berantai berkata...

ingatkan istana gerhana rupanya gerhayu plak? hehe

Tengku Anita berkata...

dorg layan syahir mcm raja la plak?

Ummu Akilah berkata...

mcm2 habuan syahir dpt nampaknya

Salam berkata...

dia x kena sumpah ke?

Roslan Bidin berkata...

dorg layan syahir sampai mcm tu sekali! wah untung syahir

Saudagar Emas berkata...

wah! siap dpt tgk tarian dari dayang2 istana plak? hehe

Tetamu Malam berkata...

dorg bagi makan apa kat syahir sampai segar

Bos Kacak berkata...

syahir makan kenyang la dia tu

Ustazah Hamidah berkata...

ada jugak permaisuri anai2???

Ku Dania berkata...

dia nak buat apa kat istana anai2 tu?

Lukiee berkata...

eh! kenapa dia kena ke istana anai2?

Dam Catur berkata...

dia ada keja apa kat istana kelatu/

Qalam Musoffa berkata...

mcm mana dia nk msuk istana kelkatu?

Tuan Haji berkata...

syahir kena jadi anai2 ke nak masuk istana anai2 tu?

OLie Pajutdy berkata...

tugasan apa yg dorg beri nnt?

Razak Abu berkata...

HEY GADIS!

kamu sungguh jelita
kamu sungguh comel
kamu sungguh menawan
bikin hatiku tertawan
tapi aku ingat pesan orang lama
apa guna cantik jelita
apa guna indah rupa
kalau tiada budi bahasa
kalau tiada akhlak mulia
hias diri biar berpada
pakai pula biar sederhana
mahu tayang pada siapa
harga diri usah dijaja
jaga juga nama keluarga
usah kerana setitik nila
sampai rosak susu sebelanga
jika kau punya akal waras
punya hati kental
punya jati diri
moga kamu berjaya
tawan arus kehidupan
dunia juga akhirat

Razak ABu
sajak nasihat

Pagok Lana berkata...

JERITAN BURUNG

Pada wajah malam
kubunuh mimpi dengan sunyi
dalam sujud nasuha
antara murka langit dan bumi.
Bulan itu milikku
tidak pernah gerhana atau sabit
aku bukan pungguk
kerana bulan itu bukan di awan
Tika rembulan dikejutkan mentari
selimut mimpi ditarik pergi
kedengaaran jeritan burung

Pagok Lana
sajak simbolik

Nabil Quldi berkata...

AKU MASIH MENUNGGU

zikirku masih teracuni namamu
Mungkin rinduku belum kutinggalkan
Karena diantara perihku,
aku masih mencari awan
yang pernah meneduhi kita
karena diantara derai air mataku
aku masih menyusuri waktu
menjadi milik kita
karena diantara letihku
aku masih menunggu

Oleh: Nabil QUldi
sajak jiwa2/13 Jun 2011 6:32 PM

Panah Arjuna berkata...

KENYATAAN

Bukannya aku
tak mahu melihat kenyataan
bila hanya melihat mimpi
Namun sesungguhnya ku tak mampu
Menyadari kenyataan itu
bahwa kau telah berlalu
Hilang di telan waktu
Dalam malam sepi dinginkan tubuhku


Panah Arjuna
sajak simbolik’13 Jun 2011 6:33 PM

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


Razak Abu hang tak main bola ke? Pulau Piang teruk kena belasah tempat tersorot nampak? Sajak bertajuk HEY GADIAS! Pengucapannya biasa saja ,sebaiknya cari ungapan yang lebih puitis lagi, kerana mungkin sajak tema sinis nasihat. buat anak gadis yang suka tanyang body menunjukan keghairah.Elok baca sajak ini, Ada mesej yang hendak disampaikan. Layak untuk seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sajak ini kami cuba mencari maksudnya politik atau jiwa2 Pengucapannya kreatif dan lucu pun ada,lain kali letak sadikit penerangan, jangan tulis simbolik saja.mengelirukan.biasanya sajakletak simbolik x simbolik akan terkeluar awal, kecuali diberi peluang. Maaf kami gagal untuk menangkap mesej yang hendak disampaikan. Usaha lagi terpaksa berhenti di sini.(TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


Nabil Quldi nampaknya kena kian menyengat penyakit jiwa2 yang begitu kuat daya kreatifnya. Sajak bertajuk: AKU MASIH MENUNGGU boleh mengatasi sajak Pak Kassim sewaktu muda dan sedang galak bercinta zaman dahulu.Pengucapannya puitis boleh diterima , mudah ditangkap isi maksudnya. walaupun berbentuk tema jiwa-jiwa kisah orang muda punya biasa.Ada daya tarikkan pada ungapan seni kreatifnya untuk menghidupkan cerita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB


Sajak bertajuk KENYATAAN oleh Panah Arjuna sekadar simbolik sila baca ulasan dalam sajak Pagol Lana Pengucapannya boleh diterima walaupun kurang puitis, tema mungkin jiwa2 juga agaknya.penulis berjaya juga membetuk maksud sajak intro-isi-dan penutup agak semacam longar sadikit. Apa pun usaha lagi ada kemampuan. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)