Khamis, 9 Jun 2011

KITA SERING BERGELUT



 benar ke tidak?

Dimana-mana pun
kita sering bergelut
entah apa yang kita cari
kurang faham belum mengerti
sedar-sedar  haripun berganti hari.

Esok pun macam itu jua
kalut dan bergelut
hidup memburu masa
kekadang terlupa hari dan bulan
sedar-sedar hendak sambut puasa

Sesiapa pun tidak perlu
kita marah dan herdek
kerana itulah kenyataannya
manusia sentiasa sebuk dan leka
kekadang terlupa juga kaum keluarga.

Aku sedia memaafkan
kerana tugas dan kekalutan
biasa juga dulu aku mengalaminya
sehingga  puasa sunat pun hilang
bulan tuhan dan nabi pun tidak ingat lagi

Ini yang kita amat  takut
sebuk dan kalut dengan tugas
saban hari bagaikan membelenggu diri
lupa menjenguk keluarga, tunang dan kekasih
Maafkan aku jkia ada hati yang terluka kerananya.


 Oleh: Nurimanja,
Catatan bila tugas mengila kita pun jadi lupa.
semoga kita dapat memaafkan segala keadaannya.
tarikh hb9 . Jun, 2011.






30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri bertajuk: KITA SERING BERGELUT. Pengucapannya agak mudah dan benar ungapannya tidak begitu puitis sekadar sajak rengkas mudah menagkap maksudnya. Penceritaannya mudah dan semua manusia bisa mengalaminya. dengan tugas harian dan kekalutan dan kemelut yang melanda pada diri sesaorang. kecuali bila sudah tua, bersara, mungkin ada balik masa yang dikatakan reda atau kueang bergelut dengan kekalutan yang sebut dan menyebukkan. Harap semua keluarga, adik beradaik tunang kekasih sahabat handai faham keadaan ini. Jangan soala lagi kenapa.

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri Ke duapuluh enam.

PELAHAN dia melewati kampong itu . Apa yang dialami bagai mimpi dan igauan pula. Kini Putra Wira Syahir berhadapan dengan suasana yang cukup luar biasa. Dia perlu berhati-hati tersilap langkah . Dia akan menjadi batu pula. Dalam keadaan dia berfikir dan mengawasi tempat yang suyi sepi bagai tiada berpenghuni itu. tetiba dia terasa bagaikan ada orang yang sedang memerhatikan dirinya.

Dia cuba mengaleh pandangannya kekiri dank e kanan, tetapi hampa tidak pula Nampak sesiapa di sini, namun dalam hatinya dia terasa ada orang yang sedang memerhati tingkah lakunya. Tetiba dia terdengar helai ketawa, cukup terperdaya dan memposonakan. Putra wira Syahir cuba mencari daripada mana arah datang bunyinya suara helai ketawa itu.

Bagaikan suara ketawa anak-gadis sunti atau perawan di dalam kesunyian bukannya mengerunkan tetapi belahan hati boleh tertawan. Tenyata ketawa itu kian menjadi-jadi. Bukan seorang , malah berdua pula bunyinya. Anih. kerisauan mula menyerang benak hati Putra Wira Syahir.

Seketika dia ternampak kelibat dua orang anak gadis bagaikan tuan pueri yang datang menjelma dalam suasana alam damai dan tenang itu di hadapannya. Putra Wira Syahir cuba mengejarnya sekadar ingin bertanya dimana jalan kea rah menuju puncak ke Gunung Mentra Alam lebih cepat dan pantas.

“Wahai tuan hamba tuan puteri cantek jelita , siapa gerangan hamba. tunggu sebentar , hamba ingin bertanya?” Kata Putra Wira Syahir melaung suara sekuat hatinya.

“Kami sudah tahu ada orang yang melewati kawasan ini. Tidakkah tuan hamba takut, akan tidak boleh pulang lagi ke bawah kaki gunung nanti?” Tanya salah seorang Putri yang cantek bersiri.

“Maaf , Hamba bernama Putra Wira Syahir, dan tuan hamba berdua siapa namanya Gerang? Dan kenapa gelelak ketawa di perkampungan yang sunyi bergini?” Tanya Putra Wira Syahir pula.

“Kami berdua penghuni di daerah ini. di tugaskan oleh nenek kebayan di pintu Gerbang utama bersama gajah hitamnya bernama Tok Mia . Hamba bernama Puteri Salju dan teman hamba ini bernama Puteri Bunian. Ini adalah kawasan larangan. tidak dibenarkan sesiapa pun melewati di sini. kecuali dia kena melaksanakan tiga tugas penting . Sebelum di buka pintu gerbang terakhir untuk sampai ke puncak sana.” kata tuan Puteri Salju itu.

BERSAMBUNG.

Puteri Bunian berkata...

TERCICIR

Langkah-langkah tersusun rapi
menyusur lorong duka
berpinar pandangan mata
dibalut kesedihan silam
bila irama itu beralun lagi.
Bersama beban derita
kuikat rapi di belakang usia
agar tidak tercicir
dalam penghijrahan

Puteri Bunian
sajak simbolik

Kamal dwi berkata...

MATI LELAKI JALANG ITU

Terjerembab dalam hasrat
yang begitu menggebu
Penjarakan setiap akal sehatku
Siksa setiap kepuasan
tak berujung
Hingga akhirnya tak kuasa
dan mati bak lelaki jalang

Kamala Dewi
sajak simbolik

Erma Erna berkata...

SUKMA

Teriak pawana menghembus duka
mengapa kini terhimpit tusukan gila
malam berlabuh dengan tangisan sepi
bulan mengambang ketawa sendiri
fikirku berkali-kali
bersama mimpi lama menghantui diri mindaku meliar sukma pedih memugar kamar kesengsaraan
merobek ketenangan hakiki.

Erma Erna
sajak kecewa dalam percintaan

Sharifah Al Habsi berkata...

SYAHDU ALUNAN ZIKIRLLAH

Syahdu alunan zikrullah
manis bibir melafaz kalimah agung
memuji Maha Esa hati terpukul meronta mengajak mahmudah
menepis keegoan
jiwa gundah disimpul kekalutan
meredah gelora cari secebis cinta
melewati sedetik masa selangkah menghampiri sakaratul maut
Masihkah ada cinta untuk hamba-Mu?

Sharifah Al Habsi
sajak ketuhanan

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Puteri Bunian sajaknya bertajuk TERCICIR . Pengucapannya baik dan puisitis ada kemampuan nampaknya. tema bagai dilanda kekecewaan rasanya. Penceritaan bersembolikan pada ungapan saja bukannya pada perbadingan benda atau panorama alam sekeliling. Mesej yang hendak disampaikan rasa kecewa mengenang akan kisah silam yang munkin seskali mengaggu kehidupan seharian yang sadikit ini. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sajak ini telah diperbetulkan untuk menjadi lebih berkeyakinan. Oleh Keamala Dewi bertajuk:MATI LELAKI JALANG ITU. Pengucapan agak mengelirukan, bila ungapan ayat pada perkataan kurang meyakinkan. Seperti terjerembab dan menggebu. Apa pun perlulah anda berhati-hati.Penceritaannya kekejaman lelaki dan mungkin ada juga penyeksaan bagai binatang jalang nampaknya satu penyeksaan dalam perhubungan kemesraan (X) maaf. Pengunaan simbolik tidak kelihatan. Kerana hamper lebih ¾ kami memperbaikinya. Namun diberi peluang untuk menyertai sayembaera seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Erma Erna pendatang baru agaknya dengan sajak kekecewaan dan jiwa-jiwa pula nampaknya bertajuk: SUKMA atau hati. Pengucapannya masih mencari kekuatan untuk mengidupkan cerita
dan ungapannya juga maseh lemah dan tercari-cari kepuitisannya. tema pecintaan kisah orang muda penya biasa. Penceritaan masih kabur bentuk antara intro isi dan penutup. Sukar untuk kami membuat kesimpulannya.Apa pun mesejnya ada sekadar kisah biasa kekecewaan dalam bercinta.Maaf Cuma disini sahaja. perlu usaha lagi di lain kali. (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sharifah Al Habsi anak tuan Syeid Al Habsi ke? tema sajak ketuhanan yang diberi nama bertajuk SYADU ALUNAN ZIKIRULLAH. Pengucapannya ada keyakinan dan ada kemampuan juga puitis pada penyusunan bait yang diungkapkan. Penceritaanya baik untuk memuji namaMu Ilahi. mengingatiMu selalu sebelum tiba saat sakratul maut datang atau mati. mesej yang menarik mudah ditangkap pengucapannya.Layak untuk sayembara seterusnya syabas! (SM)

Mona berkata...

huH! dia masuk kampung tanpa penghuni plak?

Raja MUda berkata...

eh masuk kmpung xde penghuni lps tu ada org perhati!!!!!

Puteri Bunian berkata...

eh! nama sy pun ada jgk!!! hehehe

Puteri Bunian berkata...

utk nama sy pun msuk jgk rupanya? hehehe

Dam Catur berkata...

da org bunian ke?

Adi Cana berkata...

kenapa puteri dua tu gelak plak?

Zainal Arifin berkata...

kenapa dorg gelak?

Nuri Jaguh berkata...

ingatkan mengilai rupanya dorg ketawa

Petualang Tiga berkata...

eh! ada 2 puteri plak?

Comel berkata...

eh! ada jgk ke org bunian?

Salam berkata...

mmg makin sempoi la cerita ni hehehe

Brader Joe berkata...

dia x rasa seram ke dgr org ketawa tu?

Tok Mahat berkata...

selamat bukan mengilai klau mengilai seram jgk la

Halilintar berkata...

eh! kenapa ada 2 org ke kat gunung tu mana yg lain?

Zuraifah berkata...

mana penghuni yg lain?

Karim Ghani berkata...

ada jgk 2 org atas bukit tu?

Simsalanbin berkata...

enath2 puteri ni pun jelmaan nenek kebayan kot?

Tanpa Wajah berkata...

ada puteri bunian la plak atas tu!!

Putera Damien berkata...

puteri bunian 2 org tu buat apa?

lagenda pulau berkata...

puteri 2 org tu penunggu ke?