benar ke tidak?
Dimana-mana pun
kita sering bergelut
entah apa yang kita cari
kurang faham belum mengerti
sedar-sedar haripun berganti hari.
Esok pun macam itu jua
kalut dan bergelut
hidup memburu masa
kekadang terlupa hari dan bulan
sedar-sedar hendak sambut puasa
Sesiapa pun tidak perlu
kita marah dan herdek
kerana itulah kenyataannya
manusia sentiasa sebuk dan leka
kekadang terlupa juga kaum keluarga.
Aku sedia memaafkan
kerana tugas dan kekalutan
biasa juga dulu aku mengalaminya
sehingga puasa sunat pun hilang
bulan tuhan dan nabi pun tidak ingat lagi
Ini yang kita amat takut
sebuk dan kalut dengan tugas
saban hari bagaikan membelenggu diri
lupa menjenguk keluarga, tunang dan kekasih
Maafkan aku jkia ada hati yang terluka kerananya.
Oleh: Nurimanja,
Catatan bila tugas mengila kita pun jadi lupa.
semoga kita dapat memaafkan segala keadaannya.
tarikh hb9 . Jun, 2011.
