Selasa, 7 Jun 2011

CUMA SEJENAK DI WAKTU PAGI



 Petua drp abnag prof Ismail Hussin

Cuma sejenak di waktu pagi
apabila terkejut jaga solat seketika
bukalah  jendela hirup  udara bersih
pastinya  sejuk nyaman dirasa
luahkan  maslah kosongkan dada
tarik  nafas panjang dan lepaskan pelahan.
pasti anda terasa akan kedamaian sepanjang hayat.


Oleh:  Nurimanja,
Catatan waktu Pagi hari
7hb, Jun, 2011





30 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri bertajuk CUMA SEJENAK Pengucapannya biasa penceritaannya mudah. Apakah mesej dan pengajarannya? Biasanya diwakti pagi udara segar dan yaman dirasa. Bagun jam empat pagi solatlah tahajud dan sebagainya. Kemudian elok kita bukadaun jendela ngirup atau sedut udara berseh di pagi hari. kemudian lepaskan bersama nafas pelahan-lahan. Kita akan terasa udara baru akan masuk ke dalam peparu kita, dan mengeluarkan segala kekotoran dari dalam rongga badan kita. mungkin natijahnya kita akan dapat rasa kelegaan agaknya. Cubalah jika anda ingin merasanya sendiri. pengalam daripada orang dewasa , biasanya lama hidup banyak pengalaman.

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke duapuluh lima.

“Chis! Manusia keparat , kau cantas semua bunga-bunga di taman ini. Tidakah lihat tentara kami sang lebah sedang memungut madu dari kelopak bunga –bunga itu? Tidakkah Tuan hamba rasa bersalah telah menghalang kerja-kerja kami. Tuan Hamba telah meinanya kami disini sebagai makhluk haiwan kecil.” Kata Ratu Lebah dengan bengisnya. bagai mahu saja diserangnya Putra Wira Syahir dengan kudanya.

Mendengar suara itu Putra Wira Syahir tercari-cari dari arah mana datangnya. Ke kiri dank e kanan dan tongak ke atas dan cari ke bawah, ternyata ratu lebah itu berada di depan mukanya sedang berterbangan bersama askarnya mengelilinbgi Putra Wira Syahir dan kuda sakti kesayangannya.

Dengan tidak membuang masa lagi dia beredar segera dari tempat itu.
“Elok tuan hamba segera beredar dari sini, Nyah! Segera, sebelum hamba perentahkan tentera –tentera hamba menyerang tuan hamba di sini,” Kata ratu lebah itu dengan bengisnya.

“Baik kami akan pergi, jangan serang kami.” Jawap Putra Wira Syahir. segera berlalu dari situ bersama kuda kesayangannya, tanpa menoleh ke belakangan lagi dan tidak pula memohon maaf kepada ratu sang lebah itu.
Dalam menghadapi kekalutan dan kegelisahan itu . Putra Wira Syahir menjadi serba salah dan leteh jadinya , bila memekirkan sudah tiga kali kesalahyan yang telah dilakukanbnya. Dia menanti dengan penuh resah apakah hukuman yang pasli dilaluinya nanti.

Tetiba kini dia tidak boleh lagi menongganbg kudanya jalan-jalanyang di laluinya terlalu banyak bergeregi dengan batu tajam dan besar pula menghalang. Kudanya juga Nampak leteh dan beberapa kali b3rhenti. kakinya menjadi keras dan berat. pelahan –lahan dia tidak bergerak dan tidak dapat berjalan lagi. seolah dia telah menjadi batu.

Putra Wira Syahir juga berasa bimbang akan kejadian itu boleh menimpa dirinya juga . Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kuda sakti kesayangannya dan dia teruskan perjalanan menuju puncak ke gunung Mentera Alam itu.

Dengan perasaan sedih dan pilu Putera Wira Syahir meneruskan perjalanannya tanpa ditemani kuda sakti kesayangannya. Tetiba dia terasa sudah berada di satu kawasan yang agak luar biasa. Penuh ketenangan dan terdengar bagai berada disebuah perkampung yang damai dan yaman dirasa. udaranya begitu segar dan mengasyikannya.

BERSAMBUNG.

jalal rafzee berkata...

C (ahli popular) lelaki hanya 8 yang terpililh

1 Jengking perak
2 hamba allah
3 panglima sakti
4 petualang tiga
5 lagenda pulau
6 madah pujangga
7 brader joe
8 sang arjuna

9 satria juragan
10 naga samudera
11 penyair agung
12 datuk murad
13 tuan haji abkam
14 haji hamdan
15 saudagar emas
16 tetamu malam

Satria Juragan berkata...

AWAN HITAM

terkadang mahu tiup awan hitam
lakarkan sedikit pelangi
selimutkan hati dengan ombak
biar hati ini sejuk sahaja
padam yang tidak perlu
mahu hias cemburu dengan bunga2
pejam mata pandang aku tak jelak
membenci kebahagiaan yang lain
mahu putar masa ulang semula
biar aku pilih yang lain
supaya tahu yang sekarang ini benar
Tuhan, kamu ini maha adil kan
kamu bagi satu saja peluang
kalau kamu bagi lebih
tentu aku lupa diri
bila bahagia belum mampu aku gapai
malam gelap sunyi aku tak mahu buta
tapi aku tak mahu lihat bahagialain
sayu hati setiap kalinya

Satria Juragan
sajak simbolik

Saudagar Emas berkata...

KENDERAAN 4 PENJURU BERGASAK

Kendaraan empat penjuru bertemu
Berebut ingin lebih dahulu
Tak peduli ada lampu merah di situ
Tak kenal kesabaran dan peraturan
Semua berebut mahu pergi dulu
seketika tempat itu jadi ramai
Bahkan jadi kacau membingungkan
Suara exsos berdesing
semua kenderaan menyelinap
di antara dua kenderaan itu
pejalan kaki turut Bercampur

Saudagar Emas
sajak tentang suasana di lebuh raya semua kereta memejut laju

Datuk Murad berkata...

LEBAI OH LEBAI

wahai datuk lebai
mengapa mesti memandai
gaya penuh santai
tipu orang ramai
guna gelaran lebai
lembu punya lebai
10 000 duit aku kau tibai
mengapa buruk perangai
jadi macam pencacai
ilmu apa kau pakai
janji apa kau semai
umpan apa kau canai
pujuk apa kau belai
harapan semua berkecai
impian punah terlerai
hajat tiada tercapai
semua dah naik pokai
untung tak juga sampai
semua dah jadi mamai
semua salah si auta lebai

Datuk Murad
apabila di tipu skim MLM dgn pak lebai baru balik mesir

Naga Samudera berkata...

PELUH LUKA

mungkin bagimu masih banyak debu
yang kubawa dari masa lalu
gerimis memenuhi kepala
dengan sisa dedaun runtuh
kubersihkan tiap abjad kau ucap
mengiringi semua langkah
masihkah tetap tak kau percaya?
bila kata berubah begitu juga bait
kubawa hingga berserak peluh luka
di tiap celah waktu kita
retak malam sambil memeluk harapan
tataplah alur melaju di situ
esok kita hinggap harap kita
tapi tidaklah jadi sia-sia

naga samudera
sajak simbolik

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Satria Juragan dengan sajak simponinya bertajuk AWAN HITAM. Pengucapanya kami perlu buat sadikit perubahan untuk menghidupkan pengucapannya yang lebih bermakna dan lebih puitis mendengarnya. Thema kesengsaraan. Penceritaan bagai menolak kesangsaraan atau penderitaan kisah lalu. Bersimbolikkan pada panorama alam . Biasa juga berlaku kekadang kita bagaikan mahu lari dari kehidupan yang mencengkam dengan berbagai masalah harian yang timpa menimpa. tetapi apakan daya sebagai manusia biasa sekadar berserah kepadaAllah swt yang maha kuasa. Kitalah yang perlu mengubah nasib kita sendiri . Apa pun layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Saudagar Emas dengan tema sajak cemasnya yang bertajuk KEENDERAAN 4 PENJURU BERGASAK. Pengucapannya bukan lagi puitis tetapi mencemaskan para pembaca. bagai melihat derama pelumbaan di gelanggang pacuan 4 roda , mereka tidak ingat ini jalan raya. menjadikan berjalan kaki pun jadi mangsa. Ini sajak kisah darah orang muda yang mahu sesuatu yang mencabar kewibawaan mereka. Apa pun sajak Cuma berbentuk cerita dan laporan Maaf Saudagar Emas , cuma disini sahaja. usaha lagi (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Datuk Murad dengan sajaknya LEBAI OH LEBAI / Pengfucapannya bagaikan irama boria pulau pinang di susun 4 kerat ini pasti menarik . teha menyesalan tak sudah. bila kena tipu. Penceritaan
kisah MLM (meniaga lain macam). Berapa ramai kena tipu. buka ladang lembu, ternak cacing,ikan kelisa, udang galah dan sebagainya termasuk Uptrend ramai juga orang telok kumbar jadi mangsa. jual barang tidak berpatutan dengan harga. krim sapu pun dua ratus ringgit lebih. Apa pun buat mereka yang belum terkena perdaya . Awas penipuan zaman morden mencari kekayaan dengan perkena orang lain.Maaf Datuk Murad. Cuma di sini saja usaha lagi.(TK).

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Naga Samudera dengan sajaknya bertajuk PELUH LUKA, Pengucapannya sudah baik dan punya daya kreatif pada intronya. namun dihujung penutup agak longgar sadikit bagai tercari-cari penamat cerita . perlu perbaiki. tema kecewa dan mungkin jiwa-jiwa juga. bersimbolikkan pada alam .Penceritaan mungkin sepasang kekasih yang berseleseh faham agaknya. kini mahu kembali membina kebahagian yang hamper runtuh dengan kelakuan dan dosa yang kurang menyenangkan. Apa pun diberi peluang layak menyertai sayembara seterusnya (SM)

Nur Atikah berkata...

hbis la syahir dah kena marah dgn ratu lebah

Kembara Budiman berkata...

lebah tu dh mengamuk la plak?

Zainal Arifin berkata...

tu la dulu sombong sgt syahir ni

Jalil Janggut berkata...

eh! syahir dh kena sound lps ni kena sumpah la dia

Ezad Emir berkata...

eh! syahir dah jadi batu ke/

Raja Muda berkata...

berapa kampung dah syahir lalui ni?

Seri Suri berkata...

kuda dia dah jd batu dh

Hambali Maliki berkata...

kenapa kuda dia je jad batu dia x jd pun?

Tuan haji abkam berkata...

kuda dia adh jadi batu syahir bila lagi?

Lukiee berkata...

syahir x serik2 lagi ke?

Saudagar Emas berkata...

syahir msih x jd batu lagi ke?

Petualang Tiga berkata...

agaknay syahir di beri peluang kot?

Malik Wariya berkata...

syahir nk ke mana tu?

Ali Conan berkata...

hahaha padan muka ayshir kena marah

Madah Pujangga berkata...

syahir dh kena marah lps ni habis la

Qalam Musoffa berkata...

agaknya syahir ni serik ke x lps ni?

Sudin Ramlee berkata...

kenapa kuda dia yg jadi batu bkn syahir?

Tuan Haji berkata...

sian kuda dia yang jadi mangsa padahal syahir yg buat salah

Nurul Husna berkata...

makin menarik cerpen ni