Selasa, 14 Jun 2011

MALAM TANPA LUKA



sajak pilihan warga Cr.


Tak perlu kembali mengingat
setiap ceritaku hari esok
malam beku rembulan pun tertusuk
diam melantun lagu-lagu mimpi
pada bayang masa lalu
apakah kau selalu di sana...
terduduk malu menjaring katakata
aku luka dan kau membiru...
 
kuharap kau tak pernah bertanya
Sebab tak kunjung kuhitung waktu
lupa bayang hitam meghadang pandang
biarkan tetap maya mata kita
jangan pikirkan ratapan luka
setiap kedatanganmu adalah
malam tanpa luka
 
 
Oleh: Mozaire
Di balkoni flat
20.12.2010
Dicatat oleh Nurimanja di 5:53 PM
Label: Mozaire






49 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN;

Sajak ini dahulu telah diulas oleh en nuri, tetapi telah terdilek.
kini anda diminta menulasnya. Apakah cerita yang hendak disampaikan
oleh budak obercity ini. jiwa2 ke atau politik?

Geletek Petang berkata...

PKR didakwa dapat bantuan luar?

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bagi menjamin kemenangan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13, parti itu didakwa telah mendapatkan bantuan daripada sebuah institut antarabangsa pada penghujung bulan lalu.

Ini termasuk menganjurkan beberapa seminar secara tertutup yang menggariskan tentang pelan tindakan bagi menghadapi pilihan raya itu.

Difahamkan, beberapa seminar telah diadakan di Sabah, Pulau Pinang dan Selangor yang disampaikan oleh dua individu dari negara berkaitan.

Menurut sumber, selain latihan komunikasi seminar itu turut menekankan cara menghasut rakyat supaya tampil lebih berani dalam mencabar kerajaan seterusnya memenangi pilihan raya.

"Pengundi yang menyokong PKR akan dipilih untuk menjadi sukarelawan dan ditugaskan bagi meyakinkan pengundi atas pagar atau belum membuat keputusan supaya memilih parti mereka.

"Mereka juga akan diberi keyakinan untuk menentang kerajaan berdasarkan kelonggaran undang-undang yang ada di negara ini
"Selain itu organisasi berkenaan menggunakan sukarelawan untuk berkomunikasi dengan pengundi yang berpotensi supaya mengundi parti pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber itu, teknik hasutan tersebut didapati telah diterapkan kepada sukarelawan dalam parti di negara jiran untuk menimbulkan kekecohan sekali gus menjatuhkan kerajaan yang ada. Katanya, sukarelawan tersebut akan diajar bagaimana untuk mengutip maklumat pengundi dengan menggunakan kaedah 'merayu undi' melalui soal selidik kepada penduduk setempat.

"Kaedah itu dilihat parti pembangkang sebagai sangat penting untuk menyediakan pangkalan data dan membuat rumusan agar corak pemilihan pengundi dapat diketahui.
"Malah langkah ini berkesan di dalam menentukan calon yang dipilih untuk bertanding dapat diterima oleh pengundi atau tidak," jelasnya.Namun katanya, seminar yang dikatakan lebih demokrasi itu sebenarnya mengajar langkah untuk menghasut serta menimbulkan kekecohan.

Geletek Petang berkata...

KOMENTAR:

PATUTLAH dia boleh beli semua. wang yang dia orang dapat bukan untuk membangunkan rakyat tetapidiguna kan bagaimana nak pancing rakyat. dan memecah belahkan parti komponan BN. Ternyata parti ini Cuma melaksnakan cita rasa untuk menjatuhkan negara. Benarlah andaian Hantu Raya dulu , ada rantaian pembangkang luar negara. Patut pun timur tengah jadi kucar kacer. Bahaya ini . Hisyamuddin jangan diam.

Zain Issac berkata...

TOLONG AJAR AKU?

tolong ajarkan aku
aku tidak pandai cakap dusta
yang aku tahu pandai kata halus
kata lurus dan tulus
tolong ajarkan aku
aku ingin belajar mana tahu nanti
aku boleh melawan menahan menampan
tolong ajarkan aku kerana kata kamu
dunia ini dusta penuh pura-pura
penuh duri bisa penuh helah semata
jika mahu berjaya dipandang mulia
jika mahu di atas takhta
mesti pandai berdusta berpura
berbaloikah agaknya

Zain Issac
sajak sindiran

Apek Liew berkata...

BERAPA KALI NAK BILANG

Sudah berkali-kali nak bilang
satu, dua, tiga, dan empat
sentiasa utuh, tiada berubah.
Mahu berapa kali nak bilang
satu, dua, tiga, dan empat
tiada berselirat dan serabut.
haiya, sudah letih mau bilang
satu, dua, tiga, dan empat.
juga tadi sudah bilang
semua sama saja, tiada beza!

APEK Liew
sajak biasa

Mr David berkata...

SUASANA MARKET

Siang hari panas keringat datang Kaki melangkah aroma
yang tak sedap menyebar
Bau ikan asin bau telur busuk
ketika ini teringat
minyak wangiku dirumah tadi
Di sebuah kedai sayur mayur
Tawar menawar berlangsung
Di sebuah gudang kuli bawa karung
Lalat-lalat berterbangan
Sampah-sampah berserakan
Kotor boleh jadi tak sehat
Begitulah tempat ini
di market bayan baru
Memang seperti itu keadaannya

Mr David
susana di market waktu pagi

Nurul Lisa Kim berkata...

MENEKAN PAPAN KUNCI

aku menekan papan kunci ini
dia pun mula membenci
cerita kau dan kau saja
bagai terpukau sedetik terbayang
terus gelongsor jauh
dari malam dan siang bersama
pagi buta ini bukan aku rindu
aku tak rindu tapi mungkin rindu
kalau tak ada egomu bodohkan aku ?

Nurul Lisa Kim
sajak jiwa2

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

Sdra Zain Issac dengan sajaknya yang bertajuk TOLONG AJARKU/ Sajak ini kalau tidaksalah telah dicalunkan dahulu dan telah terkeluar dalam sayembara yang lalu kata Viger dan Qalam telah mengulasnya. Justeru itu terpaksa dibatalkan . Harap maaf , tidak dapat diteruskan kerana pengucapanyadan penceritaanya pada sajak yang sama. (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

BERAPAKALI NAK BILANG oleh Apek Liew . Tema peringatan agaknya. Pngucapannya biasa saja. bagaikan berseluruh atau bergurau, tapi punya sinis tajam juga. Ada juga unsur berbau politik juga nampaknya. Penceritaanya mengingatkan sama saja tidak ada beza, mungkin china, india, melayu , atau bangali.sama 1 Malaysia. tetapi ada orang yang tak faham.Apa pun sajak ada ungapan macam komedi pula. Kerana ada sajak lain yang lebih mencabar , Maaf apek Liew Cuma disini saja mohon berhenti (TK)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN P

Sdra Mr David kau dah khawin ke belum. kerja kuat nampak? dulu sajak lilipop kini pula sajak SUASANA MARKET . Penceritaan agak ikhlas pengucapannya ugapan biasa . apa yang peting kesan dari ungapan dan penceritaannya membawa kesan buat pembaca dalam gambaran suasana di market bayan baru. Kerana telah berjaya melakar gambaran yang sebenar dan agak berkesan. Kami beri peluang untuk anda terus menyertai sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB

MENEKAN PAPAN KUNCI oleh Nurul Lisa Kim. Pengucapan biasa saja.buat dua insane yang
sering berbicara melalu papan kunci.Penceritaan tentang hal peribadi dan kisah jiwa-jiwa sahaja. kekadang mungkin membosankan memekirkan tentang kegowan dan kebodohan diri sendiri.Apa pun tidak ada sesuatu yang baru mencabar minda dalam pengelohan puisi ini. Harap maaf Cuma di sini saja pohon berhenti (TK)

Tuan Haji berkata...

terima kasih semua yg berkeja sama beri alamat rumah utk sy pos cek kecuali saizul maizav sampai skrg alamat dia sy xthu...

Tuan Haji berkata...

tp sy kirim cek kpd ustaz rahman utk diberikan kpd saizul maizav

Zainal Arifin berkata...

mne cerpen en nuri?

Nasruq Haqq berkata...

kenapa xde cerpen plak kali ni?

Salam berkata...

sajak atuk ni mcm sedih jer

Iman Ali berkata...

misteri la sajak atuk dia sakit ke?

Seri Suri berkata...

pmpuan ibarat buih kretig jgk

Lukiee berkata...

sombolik jgk sajak ni

Comel berkata...

sajak buih plak?

Rossa Long berkata...

xphm la sajak kali ni

Mozaire berkata...

mne cerpen ni?

Mona berkata...

cerpen en nuri lupa letak ke?

Kembara Budiman berkata...

puitis jgk sajak ni

LElangi t Biru berkata...

sajak pmpuan ibarat buih plak?

Mei Ling berkata...

kenapa pmpuan jd buih plak?

Nuri Jaguh berkata...

simbolik btol sajak ni

Tanpa Nama berkata...

sajak jiwa2 ke ni?

Abul Hassan berkata...

teringat gf ke mozaire? hahaha

Salina berkata...

x berapa paham sajak ni

Jengking Perak berkata...

en nuri tinggal tingkat 17 ke?

Jeffry berkata...

tingginye sampai tingkat 17!!!!

Tan Sri Yunus berkata...

tingkat 17 en nuri tinggal kondo ke?

Harimau Berantai berkata...

x gayat ke tinggal tingkat 17?

Vijay Kumar berkata...

sajak simbolik jgk ni

Jessica berkata...

susah nk phm la sajak kali ni

Raja Muda berkata...

sajak lama rupanya sajak ni

Panglima Sakti berkata...

dok atas bangunan apa sampai 17 tingkat tu en nuri?

JUlia berkata...

en nuri berdiri atas tingkat 17 buat apa?

Ezad Emir berkata...

en nuri berani dok tingkat 17 x gayat ke?

Hadi hamzah berkata...

17 tingkat!!! wah!

Nabil QUldi berkata...

en nuri dulu jutawan ke tinggal di tingkat 17

Simsalaboin berkata...

tingkat 17 ni umah en nuri ke tempat kerja?

Mawar Harum berkata...

buat apa sampai tingkat 17 tu en nuri?

Abang berkata...

tingkat 17 komtar ke?

Pak Haji berkata...

en nuri kenapa tinggal sampai ke tingkaty 17 plak?

Geletek Malam berkata...

agak gayat jgk tingkat 17 plak?

Datuk Hasbi berkata...

kondo paling tinggi 15 tingkat en nuri dok tingkat 17???? pelik

Brader Joe berkata...

tingkat 17 bangunan apa tu?