Rabu, 15 Jun 2011

KETIAK BERBAU



sajak pilihan warga Cr.

kau tampil penuh seri
rambut kemas tersisir rapi
pakai pula fesyen terkini
mata memandang penuh iri
cermin mata buatan itali
keletap keletup kasut tinggi
kulit buaya tinggi kualiti
wajah manis senang hati
senyum terlukis sampai ke pipi
kemas di tangan telefon blackberry
di sisi pula notebook peribadi
gaya eksekutif muda
penampilan penuh terjaga
personaliti tinggi sekali
semakin ku dekati
ada sesuatu mengganggu
kembang kempis lubang hidungku
langkahku mati di situ
mengapa kau lupakan deodorant
ketiakmu berbau hancur....

 
Oleh: Angker 13
ketika berdating bersama awek
2ptg/2010 Ogos 3 13:02






30 ulasan:

Viger berkata...

1 ulasan:

Qalam berkata...

Sajak seloka anak muda oleh Angker 13 bertajuk Ketiak Berbau. Nampaknya lewat kebelakangan ini
banyak pula sahabat Cr menulis sajak berbentuk saloka Ini pengaruh en nuri juga ada dua tiga sajaknya berbentuk saloka. bayar bil.Isteriku dan jejari tangan. Sajak berbentuk begini mudah dipaham dan khalayak tidak lagi perlu mencari maana danmenterjemah pula maksut pengucapannya yang tersirat dan tersurat.

Malah kanak pun mudah memahaminya. Ini cerita seorang eksekutif yang terlupa pakai penahan bau ketiak,
sehingga mencucuk lubang hidung bfnya yang tak tahan dengan bau hapak tengik. Tetapi nak kata apa syok punya cerita kentut pun dikira wangi juga daa.

Oleh: Qalam Mutiara
2 Ogos 2010 10:47 PM

Geletek Pagi berkata...

Pas tolak kerjasama UMNO
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

___________________________________

ALOR SETAR 14 Jun - Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.

"Sekarang apabila UMNO kembali lemah, mungkin akan kehilangan Putrajaya, sekali lagi dia menghulurkan tangan, marilah kita bersatu," katanya ketika berceramah sempena pelancaran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Pada ceramah sulungnya di negeri ini sebagai orang nombor dua Pas, Mohamad turut menggunakan pentas tersebut untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa menjadi punca kepada pelbagai masalah dihadapi oleh rakyat negara ini.

Beliau yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap bagi menarik perhatian hadirin mendakwa, UMNO yang menyebabkan orang Melayu semakin hilang kuasa apabila melakukan persempadanan semula menjelang PRU pada 2004.

Mengenai perhimpunan Bersih yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini, Mohamad mendakwa, perhimpunan itu tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda kerana ia akan diadakan secara aman.

KOMENTAR:

PAS TAK PERLU TOLAK UMNO KALAU BN TAK TOLONG NEGERI DI PERENTAH PAS PASTI TAK ADA RASA KEMAJUAN LANGSUNG. SIAPA PAS? BUKAN PARTI ISLAM LAGI BILA MENOLAK PERPADUAN SAUDARA SESAMA ISLAM. NABI PUN MENANGIS JIKA MELIHATNYA. LEBIH SEDIH KEPEMPINANNYA X BERMORAL.

Miss Rachel berkata...

RESAPI

Coba resapi lagi…
Makna dari semua
Apa telah terjadi
Kini kau yang tahu
Karena kau manusia
Apa yang telah terjadi
Kini kau yang mengerti…
Sesaat aku terdiam
di antara hening malam
Lalu ku buka jendela kamarku
Berharap ini beri kesejukan di hati

miss Rachel
sajak jiwa2

Kevin Khairudin berkata...

BELUKAR BERSEMAI DURI

Semusim belukar bersemai duri
Ku rejam jiwa memendam rindu
kutinggalkan di batas
namun rupa dan bayangmu
datang silih berganti
memenggal perih
sungguh luka ini dalam
dan tak terganti waktu
karena belatinya patah di dalam
lalu kemana jiwa ini kan menjauh
meski kurentang ribuan kilometer
takdir akanmu dalam tidur pun
kau membunuhku dengan hadirmu

Kevin Khairudin
sajak simbolik

Leonard Abdullah berkata...

JENTERA DI SEKOLAH

aku tak rindu cuma pusing kepala
lihat suasana hening pagi
dengan jentera cabuk dan habuk
bising di kawasan sekolah
tiba-tiba teringat waktu
aku di bangku sekolah dulu
pagi sejuk mata berat kuyu
aku gagah bangun
ayah plak gagah hidupkan motosikal
aku tak mahu ke sekolah
terus aku di usung
keluar dari kediaman
ayah memecut melungsuri embun pagi
dingin bpagi isnin yang indah itu
sampai di sekolah perasantakut malu
kerana ingin bertemu
rakan seperjuangan baru
aku kucup tangan ayah dan wang saku

Leonard Abdullah
sajak kengan waktu kecil

Richard Srisao berkata...

DESA

Kekadang sulit sebenarnya
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa kelahiran memanggil pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik

Rihard Sirosa
sajak teringat kampung halaman

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Miss Rachel dengan sajak RESAPI pendatang baru agaknya. Dalam pengucapannya ternyata ada kemampuan, dan boleh diterima. Mesejnya pendek saja minta agar bf insap diri atau cuba sedarkan dan fikirkan segala apa yang berlaku. Kini si penulis ingin mencari ketenangan, itu saja Kerana pertama kali anda menyertai sayembara ini. Masih bersaing dengan 4 buah sajak lain yang lebih mengancam. Maka disini saja sajak anda tersangkut (TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Kaven Khairudin dengan sajaknya yang menyengat bertajuk: BELUKAR BERSEMAI DURI. Ternyata pengucapannya agak sinis juga, simbolik cuma pada ungapannya yang menjadikan perbandingan alam benda dan semula jadi . tema dalam kemelot perasaan. Penceritaan ada rasa jiwa-jiwa yang ternyata tidak puas hati dan delima perasaan. Apa pun anda layak ke sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG


Sajak Leonard Abdullah bertajuk: JENTERA DI SEKOLAH. juga menarik tema mengenangkan kisah silam. Pengucapannya walaupun bersahaja ada membangkitkan nostalgia lama sewaktu di alam persekolahan dahulu, ada kesannya untuk direnungkan. Apa pun layak untuk ada diberikan peluang ke sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

DESA sajak daripada sdra. Rihrad Sirosa nama islam kamu apa sy dah lupa. Sajak anda lebih awal dapat tanda (SM) oleh juri kami kerana ada persamaan dengan saja yang tersiar semalam dengan sajak catatan sajak lagenda en nuri terkenang kampong halaman. Apa pun anda layakke sayembara seterusnya (SM)

Ali Conan berkata...

hahaha ketiak berbau pun ada/

Comel berkata...

ketiak berbau? hahahaha

Mona berkata...

apa pnya malaang la angker 13 ni

Badrolshah berkata...

sian ketiak gf angker 13 berbau? bau petai ke? hahhaha

Muhamad Rabbi berkata...

dia x pakai dodoran ke utk wangikan ketiak tu? hahahhaa

Abul Hassan berkata...

ketiak berbau ni selalunya sbb apa ye? hahaha

Raja Muda berkata...

angker 13 boleh tahan plak bau ketiak gf ko tu? hahaha

Simsalabin berkata...

agaknya syahir boleh ke teruskan tugasa yg seterusnya kalau ada nnt?

OLie Pajutdy berkata...

msti masa ni syahir bru nak menyesal sbb dia naik gunung tu

Brader Joe berkata...

buang masa je dia naik gunung tu lps tu kena humban ke bawah balik? hahaha

Lelangit Biru berkata...

baik xpyh naik buang masa jer

Atuk berkata...

rasanya buat susah dia je naik gunung tu last sekali jatuh balik

Julia berkata...

msti lps dia terjatuh dia jmpa balik nenek kebayan

Adi Cana berkata...

dia jatuh x mati ke atau sakit badan?

Dam Catur berkata...

sian syahir sekali kena humban plak? hahaha

Qalam Musoffa berkata...

tu la syahir sombong sgt

Hantu Gigi berkata...

sian syahir kena humban sbb xdpt siapkan tugas

Salina berkata...

secara logik mana boeh siap dalam sehari

Ustazah Hamidah berkata...

kalau sebulan mngkin la boleh siap

Lagenda Pulau berkata...

lps ni ada lagi ke tugasan utk dia?