Ahad, 6 Mac 2011

TUDUH MENUDUH



 sajak pilihan ahli cr.


Kau tuduh aku,
aku tuduh kau,
entah bila nak habis.
entah bila mahu henti.
bila aku tuduh kau,
kau tuduh semula.
tak penat lelah mahu tuduh-tuduh.
tuduh lama lama nanti kau penat.
aku lelah bila habis penat.
kau tuduh lagi
aku mcm kau tuduh aku dulu.
aku apalagi tuduh kau
untuk sekian kali kau tuduh aku.
asyik tuduh tuduh bila nak habis?
Asyik tuduh menuduh negara utuh
Lama-lama boleh runtuh


Oleh:Tuan Haji Abkram
saya penjaga blog di department lain tp seronok mengikuti
blog ni hrp qalam terima sajak sy2010 Disember 29 16:17





50 ulasan:

Viger berkata...

PB Tuan Haji Abkram dengan sajaknya bertajuk: TUDUH MENUDUH. Penceritaanya bagai menyentuh isu semasa yang melanda keadaan negara (P) tanah air kita.Selagi ledah lembut dan suara masih ada sesiapa pun bebas bersuara.Lalu berlakulah tuduh menuduh, dahsatnya pula sampai saman menyaman. Di dunia engkau lepas bebas. Di akhirat tidak takutkah akan rasa terkandas.
Bertambah malangnya janji buat janji kerja satu apa pun tak jadi. Siapa yang rugi. Dalam rasa kecelaruan minda ini rakyat yang patut menilainya jangan memberi
suara membabi buta. Dulu kita yang pangkah, kita yang pilih hari ini,
mengapa gelabah , mengapa pula bersedeh? Itulah akibatnya kemenangan undi protis.Tuhan lebih mengetahui segalanya. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara,
29 Disember 2010 2:56 AM

Hantu raya berkata...

CERITA BOB LOKMAN DRI BLOG PEMBANGKANG

Sewaktu diberi peluang untuk berucap beliau menyatakan perasaan kesal yang amat sangat kerana sewaktu PRK Bukit Gantang 2009,beliau turut berkempen untuk BN.Pada kesempatan majlis itu Bob Lokman meminta maaf kepada DS Nizar atas sikap beliau tempoh hari. Bob tersenyum puas kerana dapat bersama DS Nizar dalam satu majlis Hi-Tea di Merlimau baru-baru ini. Sumber

Dalam perkembangan lain Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS ini juga mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47,ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila
[+/-] Read More...

Ulasan:

Semoga Bob tak jadi macam ustaz Aqel havy, ceramah dia lebih ramai drp nik Aiz, sekali kutip 6 dan 7 ribu drma. sayang x jadi calun, Org atas depa duk sapu sorang dua kerusi perlemen dan adun,lani dia pun tawar hati. Sapa. hadi, nizal,hasan ali..tahun 2008 dulu.

Sulaiman Embong berkata...

MAHU KUASA

apa kuasa kamu ada
apa daya kamu punya
mahu potong kepala mereka
mahu dicantas tangan mereka
itukan senang sahaja
ciptakan sahaja provokasi biasa
sebarkan sahaja pada semua
sebarkan pada rakyat biasa
pasti mereka percaya
hulurkan juga halwa bergula
hulurkan foto peneguh cerita
hulurkan juga yang bawah meja
pasti bulat teguh mereka
kamu kan punya kuasa
lidah kamu bercabang dua
pilih sahaja mana kamu suka
birukan mata hitam mereka
hijaukan ketayap mereka
kamukan berkuasa pendusta…

Sulaiman Embong
sajak politik

Lagenda Pulau berkata...

AKU TAK KETAWA

kau mahu aku ketawa
itu tidak mungkin kulakukan
kerana mereka masih menangis
bersama iringan peluru hidup
yang berselirat mendatang
dari segenap bucu merah
menangis hilangnya suami
menangis hilangnya ibu
menangis hilangnya anak
menangis hilangnya saudara
masih ingin ketawa?
mahu ketawa bersama mereka?
yang masih hauskan darah
yang masih hauskan kuasa
yang masih hauskan dunia
aku tidak mungkin ketawa
jenaka mereka tiada sudahnya
sampai titik akhir dunia
mereka pasti terus berjenaka
hingga kita semua ketawa
dan bila kita ketawa
berjayalah mereka semua nauzubillah

Lagenda Pulau
sajak tentang peperang di tebing barat

Haji Hamdan berkata...

ALPA

Kejadian alam,
Diciptakan saling berpasangan.
Adam dan Hawa,
Langit dan Bumi,
Siang dan Malam,
Air dan Api,
Semua ada pasangan.
Begitu juga - Mentari dan Bulan.
Dua nikmat alam tidak terhingga.
Namun manusia alpa,
Alpa kenapa? Jangan. Tanya aku

Haji Hamdan
sajak tentang pertanyaan

Jalal Rafzee berkata...

HIJAU

hijau alam bumi tuhan
mata tak lepas memandang
pandangan penuh kedamaian
damai terus berkekalan
damaikan suasana mata
damaikan rasa hati
damaikan makhluk insani
damaikan unggas di bumi
sampai bila agaknya
rasa damai itu kekal
selagi kaki-kaki belum memijak
pijak sampai lumat
selagi tangan belum memangkas
pangkas sampai licin
selagi watak durja mendiam
diam menunggu umpan
tunggu saat dan ketika
tunggu tanda tangan tercoret
tanda pindah tangan
tanda setuju dan di kala itulah
akan tiba jua dan di saat itu
pasti hilang kehijauan ini
pasti kuning semuanya¡­

Jalal Rafzee
sajak simbolik tentang alam

Comel berkata...

menarik sajak haji abkam ni

Badrolshah berkata...

sindiran agak tajam jgk

Puan Rosnah berkata...

btol tu haji abkam tuduh2 negara pun boleh runtuh

Ustaz Rahman berkata...

baik buat keja masing2 dari tuduh menuduh?

Sulaiman Embong berkata...

bkn dapat apa pun tuduh menuduh ni

Tuan Haji Abkam berkata...

terima kasih en nuri mmg saya nak sajak ni disiarkan

Ustaz Sahzan berkata...

tuduh2 menuduh sampai bila pun x hbis

Danial berkata...

tuduh menuduh ni buang masa saja keja x buat

Harimau Berantai berkata...

baik buat keja elok2 dari tuduh menuduh

Ali Conan berkata...

sajak ambik jalan tengah plak haji abkam kali ni

Bulan Terang berkata...

mmg penyokong BEBAS la haji abkam ni sajak kena batang hidung dua2 pihak

Anis Syahila berkata...

menarik sajak politik haji abkam ni

Syakila Adnan berkata...

sajak sindiran yg agak tajam jgk... hehe

Abang berkata...

eh! sajak yg best dua2 pihak kena sekali

Dang Anum berkata...

dua2 parti kena hentam dgn haji abkam? hehe

Syeikh Al Habib berkata...

menarik sajak haji abkam kali ni

Seri Suri berkata...

sajak sindiran yg agak tajam jgk haji abkam

Ibnu Siddiq berkata...

eh! haji abkam pun ada sajak ingatkan xde...

Julia berkata...

btol2 apa yg dikatakan haji abkam sajak ni

Ummu Akilah berkata...

benar sajak ni x baik la tuduh menuduh

Mei Ling berkata...

sapa nasrani ni? yahudi sy thu la

Iman Ali berkata...

wah! sajak ketuhanan lagi en nuri kali ni

Olie Pajutdy berkata...

menarik sajak en nuri kali ni

Lukiee berkata...

yahudi pnh dgr nasrani sapa?

Nabil Quldi berkata...

nasrani bangsa apa? kristian ker?

Umar Haslam berkata...

mana yg kita patut pilih yahudi ke nasrani?

Emily Bayans berkata...

eh! yahudi dan nasrani??? sapa nasrani tu?

Ah Chong berkata...

alamak! sajak x phm la

Mona berkata...

menarik sajak haji abkam kali ni

Atan Yahoo berkata...

sajak hentam dua2 sekali haji abkam? hahhaa

Haji Hamdan berkata...

sajak haji abkam bagus dua2 kena

Tan Sri Yunus berkata...

nnt sy ambik sajak haji abkam berikan kepada ketua sy insyaallah nk minta dia baca pada pilihan raya akan dtg

Penjejak Badai berkata...

sajak haji abkam mmg terbaik la! hahaha

Ezad Emir berkata...

bgus haji abkam hentam dua2 sekali... hehe

Siti Hajar berkata...

sajak ketuhanan lagi nampaknya en nuri buat

Wasiril Azmi berkata...

mcm lagu nasyid plak yahudi dan nasrani

Rossa Long berkata...

yahudi israel nasrani ni sapa islam ker?

Muhamad Akmal berkata...

nasrani mcm nama abang saya plak

Pedang Kesatria berkata...

sajak menarik dua2 sekali

Dewi Sageenta berkata...

sapa nasrani tu?

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Sajak ini menang tak menang belakang kira soalnya dapat luah apa yang dirasa.Tajuk bukan lagi mahu berkuasa tetapi mabuk kuasa bulan jadi gila. Apa-apa pun dendam Sulaiman Embng masih
belum berkesudahan, setiap kali BN menang SE terasa nafasnya kian selesa Stiap penipuan yang didedahnya kian nyata, ES terasa bertambah lagi panjang umornya , malah memberi kekuatan yang luar biasa. Begitlah luahan hati penulis yang geram melihat agenda kemungkaran dan di sokong pula dengan rasa melayu yang tak puas hati bila hendak sesuatu tak dapat kerajaan diberi.Itu saja pejuangan mereka masing-masing ada agenda kepentingan diri. Layak dicalunkan setrunya. (TP)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Aku diberi kepercayaan mengulas malam ini, jangan usah selesai nani.Sajak Lagenda Pulau bukan adik beradik Suara Pulau, lani dia duduk dimana cari jenuh melilau.Sesekali hantar sajak lepas itudiam berbulan pula.Apa-apa pun sajak anda memang ada cerita menyentuh hati dan perasaan kita sesama manusia, apa tah lagi saudara seagama dengan kita, tiak kira atau pun warna kerana Islam itu bersaudara. Di sana sakit disini tetap akan terasa. Sedaya upaya kita tetap akan membantunya dengan apa cara dan usaha.Layak dicalunkan seterusnya menwaskan sajak si
Jalal.Fafzee. Maaf Jalal Legenda nampaknya lebih layak (TP)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Manusia memang mudah lupa, nak kuat lupa makan kari kepala ikan atau baca nama orang mati di batu nisan. Jumpa anak dara duk melilau di tengah mereka.lagi cepat lupa. Kalau Pak Haji tak
Percaya duduk tengah tangga, biar depa lalu kiri kanan kita, lagi kita tak ingat anak sapa mereka.
Apa-apa pun Benar Allah jadikan hiup kta ini ada berpasangan, kalau tak ada iup pun tidak akan
Tenang, lihat macam saya nak tidur awal nak peluk sapa?, Qalam tak apa ada bini dia. Tetapi manusia ini memang mudah lupa , tak percaya bila ada wang orang tua pun boleh jadi muda.Sajak ini tak ada persaingan mungkin crita biasa maaf kami terpaksa (TK).

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Jalal sajak anda selalu melilau jauh ke hutan belantara,kekadang engkau seorang saja yang tahu
erita dalam fantacy yang kau lalui itu. Aku pun selalu tercari-cari apa maksud dan isi cerita yang hendak kau sampaikan.simbolik yang kabur. Aku ingat lebih baik kau khawin cepatlah,takut nanti kau lebih banyak melalut dan melilau hingga ke hujung dunia.Satu alam kau skop dengan warna hijau, kemudian pakat duk merebut , habis hijau jadi kuning, lepas itu semua pakat mati. Memanglah sapa yang nak hidup menongkat langit,lambat cepat akan padam juga. Apa-apa pun kerana pilih 2 saja, ada persaingan . lalu dapat dekat Lagenda Pulau. Maaf sajak anda terpaksa (TK)