Rabu, 23 Mac 2011

IBU MUDA MENGKELEK ANAK



jg tamat spm khawin


Aku pernah lihat dari jendela kaca
Ada seorang ibu muda berjalan longlai
Mengkelek  si anak kecil  yang merengek
Kepala masih dogol nampak merah menyala
Seorang lagi si abang masih berjalan jatuh
Terhegeh, Juga dogol kepala belum ada rambut
Malah, belum pandai membilang satu dua
Meregek, sesekali menangis di tenag kepanasan
bersama  sebungkus makanan rengan di tangan
Ibu muda yang aku lihat bagai menanggung beban
Si suami tak nampak, isteri  siapakah  gerangan
Manis berbaju kurung berjalan  nampak keletehan
Malah si abang kepala dogol  pun masih bertateh
Di dalam perut membusut mungkin ada satu lagi
Pastinya si ibu muda akan beranak tiga nanti
kasihan! mempergadaikan usia  yang masih muda
dalam urusan menjaga anak , suami dan rumah tangga
Perkhawinan muda sekadar mengikut hawanafsu saja
Dulu seronok langsung tidak pernah menilai masa depan
Kini terpaksalah  menghadapi  cabaran dalam kehidupan


Oleh: Nurimanja,
Catatan sewaktu aku dijendela,
Jam 12 tengah hari .Tanggal 23/03/2011




50 ulasan:

Tinta azimad berkata...

CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
-----------------------------------
SIRI ke 2.

PADA keesokan harinya saudagar sutra Durban telah lalu di hadapan rumah mereka . Kedua ibu bapa Dolma telah mengejar saudagar tua sutra Durban itu.

Dengan rasa bangga saudagar sutra Durban menunjukkan saekor ayam jantan putih. Sambil bertanya “Adakah tuan memerlukan bantuan saya?”

Kedua ibu bapa Dolma sangat sedeh berdukacita . Apabila mereka dapati yang lalu itu saudagar sutra Durban yang sudah tua keriput , berperut buncit, berkepala botak dan bergigi sebatang.

Dengan perasaan sedeh kedua ibu bapa Dolma telah menceritakan kepadanya akan hajat mereka telah pergi ke kuil semalam. Tetapi apakan daya kerana sang dewata telah pun menetapkan jodohnya begitu. Mereka terpaksa menerimanya.

Menagislah mereka anak beranak dalam keadaan sedih dan pilu itu. Lebih lagi Dolma Yang selama ini ramai anak muda tergilakannya, cukup terasa hancur luluh hatinya kerana terpaksa berkhawin dengan saudagar sutra yang tua. Lebih tua daripada bapanya.

Sudagar sutra tua Durban itu pun sangat bersukacita kerana mendapat seorang bakal isterinya yang cantek rupawan lagi muda dara.

Oleh kerana rencangannya itu tiada siapa yang tahu dia bercadang untuk membawa Dolma bakal menjadi isterinya itu ke kampung asalnya

Saudagar sutra tua Durban itu telah memasukan Dolma ke dalam senbuah bakul rotan lalu dipikulnya bakul rotan itu dan dibawanya keluar dari rumah kedua ibu bapa Dolma dengan perasaan senang hati. Sambil bersiul dan bernyanyi-nyanyi.

Sesampainya di pertengahan jalan saudagar sutra tua Durban terasa amat penat dan leteh sekali. Dia bercadang untuk berehat seketika sebelum menuruskan perjalanannya di bawah bawah sepohon pokok yang besar dan rendang daunnya. Di sebabkan kawasan itu sunyi Durban terus tertidur dengan lenanya.

Sewaktu Durban tertidur itulah Dolma yang terkurung di dalam bakul rotan itu terus menangis dan meminta tolong untuk dilepaskan. Kebetulan tangisan dan permintaan tolong Dolma itu telah didengari oleh seorang pemburu yang sedang lalu di situ.

Lantas sang pemburu binatang liar itu pun segera mendekati di tempat itu, dia ternampak ada sebuah bakul rotan yang bergerak-gerak seperti ada benda di dalamnya, dengan segera dia membukanya dan alangkah terkejutnya sang pemburu, bila didapati ada seorang gadis yang cantek dan jelita di dalamnya.

BERSAMBUNG ESOK.

Hantu Raya berkata...

TEORI Video Seks Panass.. – Ini Semua Kerja Anwar..? Rancangan Anwar Divert isu Liwat Guna Datuk T @ Datuk Tipu @ Datuk Temberang..??


Kenapa kronologi kejadian seperti disusun rapi..? Apakah ini semua terkandung dalam Master Plan Anwar untuk mengalihkan isu liwat lebih lebih lagi desakan menyerahkan DNA akan memusnahkan karier politiknya jika sebaik sahaja disahkan DNAnya sama sepadan dengan DNA Lelaki Y.

Selepas kecoh seantero Malaya kisah seorang lelaki misteri dinamakan Datuk T menayangkan video lucah yang menampilkan pelakon lelaki saling tak tumpah dengan wajah Anwar Ibrahim, dengan secepat kilat Ketua Umum PKR itu membuat sidang media.

Kenapa Anwar terlalu cepat melatah...?? Nama belum disebutkan, sebaran video lucah itu pun masih belum dijalankan..., kenapa Anwar boleh terlalu panik?? Siapa yang boleh menilai dengan teliti saiz perut pelakon itu dan apa jaminannya perut Anwar kempis sepanjang waktu..???

Mari kita renung sejenak dari satu sudut perbandingan fakta. Ummi Hafilda secara terbuka samada dipentas ceramah mahupun kenyataan akhbar menceritakan dengan “terperinci” hubungan sulit seks Anwar – Shamdisar isteri Azmin Ali. Semenjak Ummi memulakan langkah menjelajah seluruh negara menceritakan siapa sebenarnya Anwar sekaligus merungkai banyak rahsia sulitnya dengan isteri Azmin, diberitakan anak Azmin bernama Afifah sudah mula memberontak..! Iya, anak gadis ini semakin dewasa dan bijak menilai, maka dia mahukan kepastian siapakah ayahnya yang sebenar...

Berbalik kepada tindakan Anwar yang respon terhadap isu video seks ini, pagi tadi beliau yang diiringi oleh penjilat penjilat tegarnya pergi membuat laporan polis. Pelik dan menghairankan..!! Kenapa identiti pelakon video lucah belumpun disahkan Anwar beriya iya sungguh membuat laporan polis..? Tetapi apabila begitu lantang suara Ummi menceritakan bagaimana abang kandungnya sanggup menjual bini kepada Anwar, kenapa pula perkara ini dibiarkan oleh Anwar..??

Master Game Plan untuk mengalihkan isu sebenar...? Supaya isu DNA, isu liwat Saiful akan berkubur dari fikiran rakyat negara ini..??

Tempoh seminggu yang “ditawarkan” oleh Datuk T kepada “pasangan suami isteri ahli politik Pembangkang” juga meninggalkan persoalan yang besar.., amat meragukan!! Teka teki menjandi semakin luas ruangnya. Sekiranya benar ujud Datuk T itu sekalipun, adakah orang ini “berkias” untuk peras ugut Anwar..??

Maka Anwar melihat ini ruang terbaik untuk “kenakan” BN dan UMNO... Mudah dibaca sifir permainan ini...! Tidak mustahil tempoh seminggu adalah enteng bagi Anwar menghantar utusannya “settle” apa yang patut dengan Datuk T. Nah..! Laporan polis sudah dibuat, selepas seminggu Datuk tidak muncul kembali.., video seks pun tidak disebarkan....

Nanti cerita Anwar dan barua baruanya dalam ceramah, “... lihatlah Tuan Tuan dan Puan Puan, setelah Anwar berani tampil dan membuat laporan polis mahu perkara ini disiasat.., mereka yang sanggup menjadi perkakas BN sudah gentaaarrr dan tak berani sebarkan video itu, inilah kerja fitnah amat dahsyaaatt mahu menjatuhkan Anwar...!! “

Oleh yang demikian, Datuk T kenalah buktikan beliau bukan Datuk Tipu @ Datuk Temberang yang mahu “cari makan” dengan mengugut Anwar.

Baca kupasan teori ini juga oleh sahabat Blogger GAP, klik sini dan sini


Petekan blog Duke dan Gap

Salikin Samsudin berkata...

AKU SEPI SENDIRI

Sepi sebenarnya aku sunyi
hari-hari yang aku lalui
seolah tiada erti
dari pagi hingga malam hari
hingga bertemu pagi kembali
aku masih begini...
aku tak tahu aku mahu
sering tak menentu
aku makin buntu...
seringkali aku terasa
jauh ingin kembara
membuka mata dan jiwa
derita ini telah lama
membuat aku merana
kerana isinya cinta
terhadap manusia
jauh aku hanyut dalam noda
berpaut di ranting asmara
yang menghulurkan sengsara...
sering juga aku cuba berlari
menggapai sang pelangi
rebah aku di kaki duri
sepi itu menggamit lagi
kisah luka hari ke hari...

Salikin samsudin
sajak jiwa2

Adi Cana berkata...

KU KEMBALI

ku pergi seketika pada waktu itu...
biarpun kutahu erat ganggamanmu
takkan melepaskanku...
namun langkah kian jauh...
kita makin menjauh...
kerna rajuk merasuk...
kuingin pergi jauh...
jauh darimu sejauh mungkin....
biar hilang dari ingatan...
makin jauh langkah makin gusar...
aku hilang arah...
sesat dalam titian berliku...
sepiku sendiri bayangmu mengejar...
ku tak mampu lagi berlari...
hingga terduduk aku seketika...
lantaran rasa kian meronta...
kususuri denai berarus...
kuredah menggapai tanganmu...
kerna kuyakin kau masih disitu....

Adi Cana
sajak jiwa2

Tok Mahat berkata...

HUBUNGAN TAK KEKAL

aku tahu hubungan
tak punya nama ini tak kekal lama
aku tahu apa yang kau
cuba zahirkan di depan mata
terkadang kau keliru aku cemburu
aku juga tahu kau
takkan pernah memahami aku.
aku tak mahu diri ini diperlu
hanya bila kau tiada selimut ketika tidur aku tak mahu jasad ini
kau dakap hanya ketika hati hancur
yang mana akhirnya
jiwa ini sakit kau robek
yang mana akhirnya
raga ini tenat kau carik
yang mana akhirnya
tampak dirimu belum serik
mencari sakit menambah perit
kau dapat perempuan kau kata hebat
buat kau tak sabar nak kahwin cepat
yang akhirnya menjadikan aku
bukan dua, tiga, atau empat,
tapi cuma persinggahan setempat
semoga kini kau bahagia
atau mungkin terus terluka?

Tok mahat
sajak kenangan dulu

Ambuyak berkata...

DARI JAUH

Dari jauh kulihat ramai
dahulunya beluncas cuma
Keluar dari dunia sepinya
Indah menjadi dengan seribu warna
Dari jauh kulihat terhibur asyiknya
Cinta sang rama sepi kini tiada
Kerna cantik parasnya
Masih dari jauh kulihat
Si cantik rama-rama itu
Kerna tak mampu ku mendekatinya
Yang bagiku terlalu istimewa
Terlalu jauh jarakku dengan si rama
Terlalu berbeda aku dan dirinya
Terlalu asing dengan dunia indahnya
Lalu dari jauh mampu ku melihatnya.

Ambuyak
sajak jiwa2

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Aku Sepi Sendiri sajak oleh Salikin . cerita biasa saja cerita anak muda begitu juga bila Adam yang duduk dalam syurga pun terpaksa resah gelisah mencari teman untuk bergurau senda. Lalu Allah jadikan Hawa dari tulang rukuhnya. Maka sehingga kini kerinduan itu ada dimana-mana selagi manusia masih benyawa Dan memerlukan kemesraan bersama dengannya. Sajak jiwa-jiwa sekadar selingan saja (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Syabas! Juga sajak ada dipilih juga sebagai sajak selingan dalam ruangan citra rasa. Walaupun kisah jiwa-jiwa , al maklum kisah anak muda yang sedang memujuk rayu Pada anak gadis kecintaanya. Apa pun yang merajuk kena pujuk, yang jauh kena dekatkan. Agar jiwa dan hati tidak rasa tertekan. Cuma selingan saja (SS)

Tinta Azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Tok Mahat sering mengimbau cerita lama, sebagai memori dalam hatinya yang mungkin sesekali terubat rasa sunyi, jika dia duduk seorang diri, nostalgia biasanya datang menjelma dan bermain kembali di depan mata. Itulah kenangan dan pengalaman yang dikira secebis trasa dari mungkin beribu lagi kenangan yang tersimpan di dada. Tok Mahat. (SM)

Tinta azimad berkata...

DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

Pengucapan Ambuyak pada simboliknya pada sang rama-rama yang cantik untuk pandangannya semata. Untuk didekati agak sukar mungkin melangar tata susila dan ajaran agama juga, justeru itu sekadar boleh pandang dan memujanya dari jauh sahaja. Jika belum berpunya apa salahnya cuba meresek pula. Ada kelaianan sajak jiwa-jiwanya Sajak selingan yang layak diberi kemenangan juga (SM)

Hamba Allah berkata...

sajak utk sapa ni en nuri?

Saizul Maizav berkata...

ibu muda? kat flat aku byk

Mona berkata...

eh! ada sajak ibu muda plak? en nuri tujukan kat sapa?

Ustazah Hamidah berkata...

sapa ibu muda dalam sajak ni?

Madah Pujangga berkata...

ibu muda? ni smti kwin awal ni

Nasruq Haqq berkata...

ibu muda? berapa umur dia?

Pak Ngah But berkata...

ni msti kwin lps SPM pnya kes ni

Nabil Quldi berkata...

sian muda2 dah ada 2 anak

Abul Hassan berkata...

skrg kat teluk kumbar ni byk org kwin muda

Mei Ling berkata...

x sempat nak enjoy sbb muda dah kwin?

Ku Dania berkata...

kwin muda ni susah la sbb darah muda

Ummu Akilah berkata...

cerita en nuri kali best! sbb xdpt jangka apa yg berlaku nnt

Jalil Janggut berkata...

kenapa bini dia letak dalam bakul? hahhhhaa

Kembara Budiman berkata...

kejam btol bini letak dalam bakul plak?

Zuraifah berkata...

kejam punya laki bini letak dalam bakul plak? hahahahha

Salina berkata...

apa punya malang nasib dah bagi kwin dia letak dalam bakul plak?

Datuk Borhan berkata...

letak dalam bakul? mcm nak membunuh jer

Nurse Lisa berkata...

boleh mati lemas la dolma tu nnt

Taib berkata...

bangang punya org tua letak dalam bakul plak? hahahaha

Nur Atikah berkata...

eh! pemburu tu sapa plak? dia ke hero?

Pak Awang berkata...

rasanya pemburu tu bawak lari kot nnt dolma tu

Satria Juragan berkata...

pemburu tu xde nama ke? pakai nama saya pun xpa?

Diana Sanubari berkata...

baik dia kwin dgn pemburu dari kwin org tua tu

Golok Buta berkata...

apa punya malang dolma tu kena letak dalam bakul plak dah mcm binatang plak aku tgk

Olie Pajutdy berkata...

dayus punya laki kenapa letak dalam bakul!

Jessica Liew berkata...

eh! dolma diletak dalam bakul kenapa plak?

Harimau Berantai berkata...

wakakkaa letak dalam bakul plak dolma tu! adoiu

Ustaz Saad berkata...

dolma ni umur brapa?

Abang berkata...

kenapa nama dia dolma x macam org tibet pun?

Nuri Jaguh berkata...

ni kisah benar ke en nuri?

Raja Muda berkata...

eh! cerpen en nuri ni cerita zaman dulu kala ker?

Qalam Musoffa berkata...

sajak en nuri mmg elok ditujukan kpd org yg kwin muda

Dayang berkata...

selalunya org kwin muda ni org kena tangkap

Mamu berkata...

ni msti x pikir masak sbb kwin terlalu muda

Panglima Ketot berkata...

sian ibu muda tu muda2 dah jadi mak

Puan Rosnah berkata...

pelik la kenapa skrg byk org suka kawin muda

Nahul Hidzar berkata...

mcm tu je kena tipu dgn dubran? hahahhaa

Yusmanira berkata...

mmg tua2 keladi la durban ni

Badrolshah berkata...

siapalah agaknya ibu muda dalam sajak en nuri

Budak Surau berkata...

bodoh punya durban ada plak letak dalam bakul dia ingat bini dia tu apa?