Khamis, 3 Mac 2011

WARNA YANG DITEMPAH



buat anak gadis yang memburu kehidupan di kotaraya.


Semalam ada burung putih terbang tinggi
terbangnya sengaja bermain angin kencang
tiba-tiba dia dipukul ribut ganas
lalu jatuh terdampar di laut kota

Hari ini burung putih tak kuasa terbang lagi
hatinya telah terpaku pada keindahan warna
jiwanya telah tertambat pada riak kota
dia ingin memilih emaginasi kehidupan

Esok burung putih memilih jalan sendiri
dilaluinya satu lorong begaris hitam
maka terpalitlah bulu putih kesayangannya
dalam satu kerelaan yang tiada bertepi...


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda pernah tersiar,
cuma buat contoh kepada ahli/Pb CR.
ditebitkan semula pada Tarikh 3hb/03/2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

BERSAMBUNG.CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA MUTIRA
Sii ke empat.
______________________________________________________________________

Bila Ah Ling cuba mngamatinya apa yang sedang berlaku. Ternyata anak burung itu sedang menyuap ulat sebagai makanan ke dalam mulut burung but-but tua itu. Ah Ling tersentak, rasa malu kian menebal dimukanya.

“Aku paling tak berguna!” Bisik hati Ah Ling sendirian. Satu pengajaran yang tidak diduga telah menyentuh hati nuraninya . Hatinya begitu terasa dan tersentuh dengan sikap anak burung but-but itu. Kesedaran panjang mulai menyelinap masuk ke benak hatinya selama ini.

Ah Liang rasa cukup terharu, dia segera mendapatkan Pak cik Ah Hook yang sedang menyakul di kebunnya itu. Ah Ling terus menceritakan hal itu kepada Pakcik Ah Hook dengan penuh perasaan sdeh dan terharu nampaknya.

Dengan senyum Pakciknya berkata: “Ah Ling, sudah lama gua tak tenguk lu dating ke kebun? Baru hari ini lu dating. Sedangkan anak brung itu Pakcik lihat dia , setiap hari pergi mencari makan bawa balik ulat untuk ibunya yang sudah tua, itulah caranya anak burung membalas jasa ibunya,“

Bila Ah Ling mendengar kata-kata Pakciknya itu. Dia terasa mengeletar , insaf diri, terasa bagai bersalah selama ini kepada ibunya yang telah tua. Ah Ling cukup kesal dan malu. Sedangkan saekor anak burung dapat bertimbang rasa dan bekerja mencari makan untuk ibunya yang telah tua. Mengapa aku seperti manusia ini tidak dapat berfikir? Berbagai andaian dan persoalan datang bermain dibenak hatinya.

Tanpa bercakap panjangAh Ling terus ke kebunanya. Tidak membuang masa dia terus saja mengali ubi kayu dan keletek yang ditanam oleh ibunya itu. Hari itu dia mencari sebanyak mungkin untuk dijual ke pasar pecan kecil yang berdekatan dengen kampungnya itu. Dia brcadang untuk membeli beras dan ikan kering masin unuk ibunya memasak.

BERSAMBUNG.

Dayang berkata...

TERIMALAH DAKU

izinkan aku kawan
bertamu diruangan ini
aku datang dengan senyuman ulurkan tangan
terimalah daku seadanya
aku tak punya wang berjuta
aku tak punya pangkat nama
cuma yang ada padaku
sekeping hati tulus suci
buat tautan hubungan hati
sambutlah hadirku ini
kita jalin talian murni
kita simpul silaturrahim suci
semoa ikatan ini diredhai
dapat restu dari ilahi
terimalah daku ini¡­

Dayang
sajak simbolik

Sarah berkata...

PERMINTAAN TERAKHIR

mengapakah harus terjadi begini
inikah balasan setelah ku curahkan
biarku simpan kenangan cinta kita
kan ku abadikan di alam hidupku
relaku lepaskan demi kebahagiaanmu
untukmu biar ku mengalah
keangkuhan cintamu
bukanlah khalayan semata
kepergian dirimu bukan ku pinta
permintaan ku yang terakhir
agar kau damai disisinya
diiringi doa restu
semoga kau bahagia selalu
permintaan ku yang terakhir
agar kau tidak seperti ku
walaupun aku masih menyayangi
ku relakan jua perpisahan ini

Sarah
sajak jiwa2

Kasih Abadi berkata...

BARU TUMBUH

baru tumbuh lawa ingin mencuba
kehulu kehilir menunjuk di pinjam pandangan sinis menjeling
aku punya!! lantas terus berlari
kecacian membuatkan menjauhi diriku
sanggupkah memandang diriku?
menjauhi dari diriku?
sanggupkah melupakan antara kita?
soalan itu terlerai dengan jawapan.
jawapan memilukan hatiku,
merana hatiku menghayati
setiap perkataan namun,
jauh dilubuk hatiku,
hanya kau dapat
mengubah personaliti daripada terus tercalar tercemar.
hanya kau mampu mengubah cintaku.
hanya kau mampu mengubah
jalan cerita kehidupanku.
semua itu hanya mampu
tidak dapat dimampukan.
semua itu telah berakhir
dengan cerita pilu meranakan jiwa.
Hari ini adalah hari itu
membuatkan aku
mengimbas kembali kenangan itu.
terbuai aku dalam diam,
terbuai aku dalam cinta,
terbuai aku dalam tangisan,
terbuai aku dalam keindahan arus cerita kita bagai air terjun di temani batu pasir tersemat kenangan itu pada hari ini.
memoir itu akan kembali lagi
apabila tiba hari ini
pada hari akan datang.


Kasih Abadi
sajak kenangan dulu

Dang Anum berkata...

KAU KEKASIHKU

telah ku siapkan satu daerah sunyi
dalam hati untuk kau kasih
kau penuhi kemuliaan seorang wanita
kau mengerti dengan kelembutan
kau hargai dengan kasih sayang
ku ingin kau jadi wanita mulia
tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama kekasih
kerana kau kasihku
ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah kita janjikan


Dang Anum
sajak jiwa2

Jengking Perak berkata...

oh! patut la dia tersentap rupanya burung lebih sygkan mak sndiri

Ali Conan berkata...

patut kena contohi burung ni

Pak Bostamam berkata...

burung lbih mulia dari ah ling

Pak Haji berkata...

malu manusia kpd burung but2

Warga Emas berkata...

manusia lebih hina dari seekor burung

Seri Suri berkata...

malu la dekat burung tu sbb dia pun thu syg mak

Badrolshah berkata...

baru dia tahu nk insaf

Pedang Kesatria berkata...

sebelum lupa skrg bru nk insaf

Mona berkata...

ah ling ni insaf btol ke?

Lukiee berkata...

buat malu kat bintanang je ah ling ni!

Nyonya Ah Sui berkata...

ini anak patut di bakar hidup2 talak guna! insaf pun susah mau percaya

dam catur berkata...

eh! x sangka burung bagi pengajaran kat dia

Olie Pajutdy berkata...

rasanya burung tu jelmaan kot?

Julia berkata...

eh! burung tu wali kot?

Mat Noh berkata...

x sangka burung yg bagi dia pengajaran

Mei Ling berkata...

ah hook tu kenapa x kwin je dgn mak ah ling?

Raja Munir berkata...

selamat dia x cangkul kepala ah hook tu

Anis Syakila berkata...

ah hook ni hantu ke? entah2 jelmaan agaknya

Budak Rap berkata...

padan muka ah ling bila dia nak mati aku x sabar ni

Atan Yahoo berkata...

klu og mcm ah ling jd baik sekalipun aku pandang dia jijik

Saizul Maizav berkata...

sian mak dia masih sempatkah?

Abang berkata...

entah2 mak dia mati bila dia balik nnt

Nabil Quldi berkata...

rasanya dia x sempat nk minta maaf kat mak dia la

Siti Hajar berkata...

entah2 dia balik nnt tinggal mayat je

Busur BErduri berkata...

apa pnya anak la ah ling ni!

Lelangit Biru berkata...

x guna pnya anak ah ling ni!

Balqish berkata...

ah ling ni dah tua ke muda lagi ni?

Puan Rosnah berkata...

ada ke pmpuan yg nk kat dia nnt?

Ibrahim Lee berkata...

sian mak dia sanggup ah ling buat mcm tu

Jalil Janggut berkata...

x sangka burung mcm tu kecil lebih mulai dari ah ling

Sulaiman Embong berkata...

isu politik mne en nuri?

Mak Mah berkata...

mana isu politik ni?

Seruling Kelana berkata...

kenapa kali ni isu politik xde?

GUest berkata...

hanya ada cerpen je? isu semasa xde?

Datin Maimun berkata...

eh! ah ling dh mula nak insaf ker?

Diana Sanubari berkata...

insaf btol2 ke main2 je ni?

Ustaz Zamree berkata...

boleh ke org mcm ah ling nk insaf semula ni?

Rossa Long berkata...

eh! ah ling x balik rumah ke kenapa jmpa ah hook dulu?>

Haji Hamdan berkata...

rasanya dia x sempoat nk minta maaf la

Ustaz Mahfuz berkata...

mati kot mak dia nnt

Geletek Petang berkata...

1.Musssti baca..!!! Blogger PAS hina Orang Pahang/Felda di Kerdau..!!!

Saya ada "melawat" blog-blog pro-PAS yang menulis tentang PRK di DUN Merlimau dan Kerdau. Bukan apa, saja saya melawat untuk melihat "melihat tahap mentaliti" blogger-blogger PAS ini.

Namun, apa yang mengejutkan ialah tentang blog ini yang terang-terang marahkan DAP, tapi dilepaskan kemarahannya pada rakyat Pahang, khususnya di Felda.

Dengan membahasakan diri bagaikan orang Arab, "Ana", blogger ini sangat marah pada Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, kerana bercuti ke Chiang Mai. Dia menuduh Leong cuba mensabotaj kempen PAS di Kerdau. Dia turut mempersoalkan kerjasama yang sepatutnya dihulurkan DAP Pahang pada kempen PAS di PRK Kerdau.

Pendapat blogger ini turut disokong oleh blogger PAS lain seperti Gerakan Timur. DAP dituduh memboikot PAS dan tidak setia pada rakan Pakatan Haram itu.

Tapi, yang peliknya, MENGAPA PULA KEMARAHAN ITU DILEPASKAN PADA RAKYAT PAHANG, KHUSUSNYA DI KERDAU?

Antara ayatnya ialah...

Viger dan Tinta berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

TERIMALAH DAKU Sajak Dayang yang ingin bertamu alam blog ini mengharap ahli semua dapat meneimanya kerna dia datang dengan pnh kemesraan dan tulus khlas hati mngkin ingin mengnal sapa atau bertegur sapa. Dngan merendah ii mngatakan dia tidak punya harta an pangkat dan kedudukan atau nama yang lebih dikenali. Berharapa dapat jali kemesraan persahabatan yang sebaiknya diredhai Allah swt. Amin Layak dicalunkan seterusnya (TP)

Viger dan Tinta berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

Sajak putus cinta dan kekasih berpaling tadah atau pun meninggalkan dirinya yang telah setia sekian lama, setelah kaih dicurah, kekaih pula berpaling tanah atau mempunyai kekasih yang
Lain, maka makan hati berulam jantung lah di dara yang mendrita, malah trus merelakan pula semuanya kisah biasa, jika pengucapannya ada membawa pada kelaianan isinya pasti akan menarik hati kami memperbaiki atau menerimanya. Harap maaf terpaksa ditolak (TK)

Viger dan Tinta berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG

Kasih Abadi, sajak bertajuk BARU TUMBUH, penyusunannya agak kacau berserabut dan lari isi dan rasa kepuitisanya.Sajak ini kalaulah direngkaskan sadikit pengucapannya pasti menjadikan ia lebih mantap dan lebih berkeyakinan, terlalu banyak kata ulang, yang ertinya idak jauh berbeza. Walaupun isi ada rasa semacam kisah cinta dan pepisahan, ini kisah biasa dalam kehidupan , tetapi kalau kena gaya dan caranya akan lebih lagi menghidupkan penyampaian ceritanya. Maaf terpaksa ditolak (TK).

Viger dan Tinta berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011
Dang Anum dngan sajak jiwa-iwa yang pengucapannya agak ikhlas banyak pmbetulan yang terpaka diperbetulkan kerana isi penceriaannya baik jika dibandingkan dengan dua lagi sajak lain. Penucapan si penulis mengharap seorang lelaki yang bernama kekasih dapat menilai akan erti seorang kelembutan seorang wanita yang perlu kasih sayang dan kemeraan yang disediakan di ruang sudut hatinya benama cinta untuk diisi. Janganlah dipersiakan. Apa-apa pun sesuatu yang apa yang diharapkan mungkin sukar dicapai dalam hidup ini sebagai impian. Layak dicalunkan (TP