Isnin, 28 Mac 2011

TERASA YANG RASA



sajak pilihan ahli Cr.


pandang bintang kelip kelip.
dalam berjuta kecil itu,
ada 1 bintang sinar
sampai butakan hati aku,
bukan mata tusuk panah sampai hati
kadang nak lari biarkan rasa
julung ini tapi tak boleh lari
sebab dia ikat hati aku.
dan segala apa yang aku punya.
cuma kini biar rasa ini keka
sebab aku tinggikan rasa
makin terasa ini untuk aku makin terasa
sampai rasa terasa


Oleh: Hajjah Jamilah
saya isteri kepada tuan haji abkam2011 Januari 5 15:33
diterbitkan semula tanggal 29hb, Mac,2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Sajak daripada isteri tuan haji abkam , Puan Hajjah Jamilah
dengan sajakanya bertajuk: TERASA YANG RASA. Pengucapannya
bagai ada sesuatu yang telah terikat atau telah pun bersama
dalam perjanjian , terasa diri bagai terperangkap dan hati
ingin lari, tetapi apakan daya kerana hati telah pun merasa
apa yang telah dirasakan. Untuk menunggu sampai bila untuk
tidak mahu merasa, menyeksakan diri, untuk bebas perlulah
ambil tindakan untuk membebaskan keadaan. Jika tidak anda
terus merasa apa yang sedang anda rasakan. Semoga keadaan
yang sedang anda rasakan, boleh menyakinkan. Fikirlah jika
perlu diteruskan. Amin.

Oleh: Qalam mutiara.

Hantu Raya berkata...

Video seks: Hishammuddin akan saman Anwar


2011/03/28
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lalu.

Hishammuddin hari ini melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu.
Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.
Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan. - BERNAMA

KOMENTAR : (HR)

Begitulah keadaannya Bila kita suka saman orang. Hari ini orang lain pula akan saman kita, Tetapi ada Penasihat menteri di luar negara kita dia hidup dengan wang saman menyaman saja. Sebab penguam ramai pengokong dia. Pembangkang di negara dia mana boleh hidup. Silap sikit saman, kena berjuta,
Akhirnya muflis, tak layak jadi wakil rakyat. Sampai dunia kiamat pembangkang tak akan ada harapan boleh menang.

Ummu Akilahj berkata...

sajak jiwa2 ke ni?

Haji Hamdan berkata...

sajak hajjah plak kali ni

Pendekar Waja berkata...

sajak ahli bru xde ke jalal? sajak aku sampai skrg xlepas lagi ke

Mona berkata...

sajak bini haji abkam plak?

Adi Cana berkata...

wah! sajak jiwa2 plak hajjah ni

Jalil Janggut berkata...

sajak simbolik ke jiwa2?

Kembara Budiman berkata...

sajak bini haji abkam plak

Golok Buta berkata...

sajak pasal apa plak ni?

Malik Wariya berkata...

sajak terasa pasal apa ni?

Suara Rakyat berkata...

anuar tuduh hisyamudin plak!

Bos Kacak berkata...

eh! kenapa tuduh hisyamudian plak

Salam berkata...

hisyamudin yg xde kena mengena pun kena tuduh?

Tsn Sri Yunus berkata...

ni dah lebih sampaikan hisyamudin pun kena?

En Sanusi berkata...

habis la anuar hisyamudin saaman dia berapa la agaknya

Ustaz Zulkarnain berkata...

kenapa tuduh hisyamudin plak?

Tanpa Wajah berkata...

saman je hisyamudin! biar padan muka sesumpah tu!

Seri Suri berkata...

selama ni dia asyik saman org kali ni padan muka org saman dia plak!

Ustaz Saad berkata...

brapa juta dia saman?

Ezad Emir berkata...

mampus la anuar dulu asyik nk saman org jer!

Halilintar berkata...

skrg bru dia tahu kena saman

Datin Maimun berkata...

kenapa di kaitkan dgn hisyamudin plak?

Danial berkata...

eh! hsiyamudin plak mangsa fitnah dia

Julia berkata...

kurang ajar btol dia sekali tuduh hisyamudin plak?

Roslan Bidin berkata...

brani dia tuduh org besar

Harimau Berantai berkata...

biadap btol dia tuduh org yg berpegaruh plak?

Zuraifah berkata...

padan muka dia org saman dia balik!

Mak Mah berkata...

baru dia tahu langit tinggi rendah bila kena saman balik

Salina berkata...

harap2 hisyamudin saman dia sampai muflis!

Nik Aziman berkata...

bru dia rasa plak kena saman asyik saman org jer

Tetamu Malam berkata...

mampus la dia kena saman plak? hahahha

Sharifah berkata...

kena saman sampai muflis padan muka dia!

Umar Haslam berkata...

klu dia kena saman dia x boleh bayar bangkrap padan muka!

Jupri Halim berkata...

harap2 hisyamudin saman dia byk2...

Suara Rakyat berkata...

saman bila ni? xkluar paper pun?

Atan Yahoo berkata...

eh! harap hisymiudin saman dia sampai muflis! hahahaha

Si Kecil berkata...

sajak hajjah plak kali ni

Comel berkata...

sajak hajjah plak? sajak jiwa2 masa muda ker?

Ambuyak berkata...

wah! ni berita menarik ni biar padan muka mcm anuar!

Hajjah Jamilah berkata...

terima kasih siar sajak sy ni

Anis Syahila berkata...

sajak yg menarik

Pendekar Waja berkata...

TULISAN TERPANCAR

kini aku sedikit kelu.
baris ayat menjadi beku.
mengkin di sini sudah
sampai ke penghujung.
tidak seperti waktu
aku bermula dahulu.
ni membuatkan aku mengerti.
tiap bermula pasti akan berakhir.
namun aku masih
belum mahu berhenti lagi.
biarkan sepi di sini.
asal masih ada tulisan terpancar.
walau hanya sepasang mata melihat

Pendekar Waja
sajak simbolik

Pencari Inspirasi berkata...

PERTEMUAN KEMBALI

lewat petang tadi.
gerimis mengusik senja.
kalian datang buat pertama kali
di tanah kami diami.
tempat kami mencari rezeki.
mungkin sudah lama
kita tidak bersua.
saat dia berpindah kemari.
mungkin ini pertemuan sulong.
aku lihat wajah kalian
begitu ceria
aku turut sama menambah bual cerita
cukup indah pertemuan ini.
dapat aku baca di wajah kalian.
rasa rindu dalam aku merasainya.
cerita lama pernah terjadi di ulang
derai tawa membuatkan aku cemburu.
ingin sekali aku berada
bersama kalian saat itu.
aku duduk di penjuru bulatan
setia mendengar.
asap tembakau memenuhi ruang kamar.
aku sedikit rimas tapi tak mengapa
untuk saat berharga ini aku rela.
pertemuan singkat
berakhir di meja makan.
tapi persahabatan
tak pernah berakhir.

Pencari Inspirasi
sajak ketika brjumpa kawan lama

Marjinah Merkonah berkata...

JANGAN GANGGU AKU LAGI

aku tak mampu melayan kerenah kau,
tak banyak masa aku perlu
aku harapan ibu dan ayah,
kalau kau selalu datang,
bagaimana aku nak siapkan kerja
kalau kau selalu datang,
habislah lebam mataku.
cukuplah dulu ya?
esok kelas sudah nak mula,
aku perlu semangat.
nanti kalau terserempak kau
semangat aku pulang nanti
aku tak panggil kau datang semula.
cukup tadi penuh sebaldi aku nangis
terima kasih kerana memahami saya.

Marjinah Markonah
sajak buat org yg melukai sy

Hamblun MInanar berkata...

KEHADIRAN

malam ini
aku menanti untuk kehadiran itu
kehadiran yang menjanjikan airmata
kehadiran menjanjikan kesakitan
kehadiran yang menjanjikan kejauhan
namun tiada kehadiran itu terus airmata datang menyapa
terus kesakitan datang memeluk
terus kejauhan datang memujuk
aku cuma mahu lelap.
untuk bermimpikan
munculnya kehadiran itu
untuk bermimpikan
hangatnya kehadiran itu
untuk bermimpikan
damainya kehadiran itu
tetapi mata mengeras hati berdegil
mencuba tidak menyambut airmata
mencuba tidak mengerat kesakitan
mencuba tidak mengalah kejauhan
masih aku menanti kehadiran itu.

Hamlun Minanar
sajak simbolik

Tinta Azimad berkata...

Pendekar waja nama baru ahli Cr atau Pb nampanya masih baru dalam penulisan, Ianya sekadar melakar cerita tentan ingin menulis tetapi masih mencari-cari apakah yang mesti Anda tulis. Harap banyak membaca hasil karya orang lain. Baru anda boleh di datangi idea atau ilham/ yulis apa yang benar sebaiknya. Usaha lagi. (SS)

Tinta Azimad berkata...

Pencari Inspirasi ahli boleh dikatakan lama Cuma sajaknya kurang dipertuntonkan. Apa pun Sajak PERTEMUAN KEMBALI . pengucapan penceritaannya mengisah perjumpaan dengan sahabat lama yang tidak bersua, kini mereka datang untuk berrsua, Dalam kemesraan berjumpa merakam kembali kisah lama, selesai makan lalu berpisah semula. Namun tali persahabatan dengan kakal dan mesra. (SM)

Tinta Azimad berkata...

Marjinah Merkonah dengan sajak JANGAN GANGGU AKU LAGI. Penceritaanya sudah ada Walaupun sadikit jiwa-jiwa. Tetapi seni puitisnya masih samar dan perlu banyak membanyak agar lebih kaya dengan pembendaharaan kata. Dan dapat menguna ayat atau perkataan yang berbagai. Demi mencantekkan lagi pengucapan hasil karya puisi amda. Usaha lagi. (SS)

Tinta Azimad berkata...

Sajak Hamlun Minanar dengan sajak KEHADIRAN . mesej bagai ada sesuatu yang dinanti dari kehadiran sesaorang, kekadang kehadirannya membawa masalah pula . Apa-apa pun pengucapannya ada membawa penceritaannya yang hendak disampaikan.walaupun berputar sebelum sebul menutup cerita. Ada kemampuan . usaha lagi Syabas! (SM)