Rabu, 30 Mac 2011

PERCINTAAN KOSONG



sajak pilihan ahli Cr.

 
Kubaca ribuan kalimat kertas kosong
Seperti menyayat kupu-kupu
Menjelma hari tak terhitung
Dalam rintihan tangisan patah

masih bersisa harum
masih melekat pada tongkat pendita
khotbah masih terngiang oleh bumi
Tapi aku sendiri telah lenyap
bercinta dengan kekosongan
Kita telah berkhianat pada zaman

Bau keringat percintaan
Telah hilang tertiup angin
kenikmatan telah hanyut
Dan peziarah telah senyap
Tapi aku di sini mendakap kosong

 
Oleh: Ku Dania
semasa di pulau langkawi
malam hari 2010 Mac 17 02:37
Diterbitkan semua tanggal 21/03/2011.






50 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Catat Ulasan :


Ku Dania dengan PENCINTAAN KOSONG sajak jiwa-jiwanya melakar kisah cinta dalam kehidupan anak muda di alam rumajanya. Ternyata benar pengucapannya bagai mengeluh dan kecewa. cerita kisah kemesraannya
bersama bf nya bagai angin berlalu sepi dan bertiup kosong. Apa-apa pun mesej sudah ada, dan punya
kemampuan menulis jika terus diasuh. Syabas!

Hantu Raya. berkata...

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB



2011/03/30
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

"Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang...jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada UMNO baru-baru ini.

Dr Zambry berkata, dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - BERNAMA

KOMENTAR:
Di Block 1 baru ini pun dahsat juga. Walaupun tak ramai sangat yang turut serta. Ada hati tapi segan dan malu agaknya. Asal tujuan baik untuk memanaskan badan dan baik kasihatan. Tetapi yang pakai seluar dan baju ketat, nampak luruh dan bentuk itu jadi haram. Isteri siapa orang duk tonton. Kalau dah main lagu dang dut . poco-poco dah banyak goyang dengan hingut. Suami yang tahu tentu malu.

Tapi poco-poco blok 1 hari itu yang nampak lebih wanita orang Indonesia yang khawin dengan orang malaysia. Mungkin lama tak dengar lagu dang dut: tergoyang-goyangan pinggul digoyangan. Apa lagi buang gian agaknya. Maaf jika ada yang tersinggong! Ini fatwa muftinegeri Perak kita.

Sedutan akhbar (BH)

Pengembara Masa berkata...

DISKO DAN SURAU

orang ajak ke surau
kau kata nanti dulu
kerja belum siap
nanti kau menyusul
langsung tiada muncul
tapi orang ajak ke disko
kamu kata sekarang juga
kerja esok boleh buat
kamu paling ke depan
langsung tiada tertahan
rugi katamu usia masih muda
enjoy selagi terdaya
nikmati hidup sepuasnya
dah tua boleh taubat kalau sempat tuhan kan maha pengampun
nanti balik minta ampun
masih sempat tapi takut tergolek tepi tangga macam mana nak sempat?

Pengembara Masa
sajak sindiran kepada kawan sy

Pejuang Islam berkata...

RAUNGAN YANG MURUNG

ini cerita duka mencuka
cerita kehidupan terbuang
cerita sang ibu menagih simpati
cerita sang anak laparkan nasi
sendu menyentap suara
mendidih peluh dibakar mentari
berlari memecut nada tenaga
lelah demi merangkul rezeki
mencari sisa-sisa nostalgia manusia
memungut lara demi sentosa
merangkak mencari sinar gembira
demi mengendong keluarga tercinta
ohh..duka makin mencuka
saban hari persis neraka
dia tetap terus usaha
mencari gembira, mencari bahagia
oh..duka kelak bertukar gula
kerana kuat nurani hatinya
sering mengadu pada yang Esa
meratap tangis di sejadah mulia
meraung syukur walau tersungkur

pejuang islam
sajak simbolik

Nuri Ketitel berkata...

BUNGA ITU MEKAR

bunga itu mekar bila segar
layu bila tak dijaga tegar
seperti juga diri ini
perlukan sinar hatimu..
aku tak perlukan cahaya bumi
menemani hanya ketika dinihari..
cuma perlukan mata yg melihat
hati diri wujud setiap hari..
tak usah putuskan tali gitar
jika kerna kamu tak tahu bergetar..
cuma detikkan disudut hati
berjanji setia sentiasa setiap hari
bia patah kata jangan patah janji
pabila berjanji janji mungkiri

Nuri Ketitel
sajak simbolik

Razak Abu berkata...

INGIN MELUAHKAN RINDU

ingin meluah rindu
tapi siapa yang akan mengerti
ingin meluah kasih
belum tentu ada yang fahami
ingin meluah sayang
bicara hati tak pernah dipeduli
ingin meluah cinta
namun jiwa makin terluka
kontang aku musim tengkujuh panjang
karam aku di lautan kemarau
tak mungkin hilang
sepi aku dalam keriuhan

Razak Abu
sajak jiwa2

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Pengambara masa dengan sajak sinisnya bertajuk DISKO DAN SURAU penceritaanya adalah kisah yang sememangnya berat untuk mengerjakan ibadah dan mudah untuk kita kerja perkara langha atau kemungkaran, kerana jalan ke syurga agak berat dan susah, tetapi kerja maksiat dan kemungkaran itu terlalu mudah dan senang dilakukan. Latak untuk (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Pejuangan Islam dengan sajak Raungan Yang Mutun pengucapannya membicara tentang kehidupan ibu geladangan bersama kerja hariannya menagih rezeki dari simpati orang ramai lalu lalang di pinggir jalan mungkin di sebauh bandar. Saban hari dan malam mengharapkan kebahagian dengan doa yang berpanjangan, mertap menagis di sejadah usang, semoga tuhan alan mengubah corak kehidupan bersama anak-anaknya. Amin layak (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Nuri Ketitel dengan sajak BUNGA ITU MEKAR kau ini adek beradek Nuri jaguh ke? Sajak anda perlu banyak pembetulan , jangan terlalu ikut irama pantun, semua bait akan melantun. mesej baik jadi kartun Sebaiknya biar ada rasa sedap dan puitis pengucapannya, isi dan maksud punya pengajaran dan yang saeloknya berkesan, baik simbolik, samar atau perbandingan. Ada kesan dan kesedaran pengucapannya/ Maaf sekadar (SS)

Qalam Mutiara berkata...

SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

Sdra. Razak Abu penjaga gol srk sungai ara, kerja apa sekarang kenal aniq ainullah? Dia duk melenggar di rumah. Kawan dah ramai kerja, bertunang khawin dan beranak . Dia duk macam tu saja. Apa-apa pun sajak INGIN MELUAHKAN RINDU belum boleh menandingan sajak nabil quldi dengan laut cina selatan. Banyak baca cerita cinta untuk dapat menulis sajak jiwa-jiwa. Maaf sekadar (SS)

Danial berkata...

sajak jiwa2 plak nampaknya

Roy Rashid berkata...

nampaknya ahli byk buat sajak jiwa2 plak?

Pengembara Masa berkata...

sajak ditinggalkan kekasih nampaknya ku dania ni

Olie Pajutdy berkata...

hubungan dingin agaknya ku dania ni

Ustaz Muda berkata...

putus dgn bf ke ku dania?

Seri Suri berkata...

ku dania ni msti cinta monyet

Harimau Berantai berkata...

ingatkan poco2 baik utk kesihatan rupanya haram

Angker 13 berkata...

eh! poco2 haram ke?

Pak Kassim berkata...

patutlah tgk poco2 cara menarik mcm pelik jer

Nabil Quldi berkata...

poco-poco ke pocong-pocong?

Kembara Budiman berkata...

wah! baru tahu syirik rupanya poco2

Abang berkata...

poco2 ni bukan asal dari negara indon ke?

Seri Suri berkata...

selamat aku x minat menari poco2...

Jalil Janggut berkata...

tgk dorg menarik poco2 pun lain mcm jer

Puteri Bunian berkata...

eh! bukan poco2 ni mcm yoga jgk ke?

Zain Issac berkata...

eloklah diharamkan sbb tarian dia pun lain mcm

Mei Ling berkata...

kalau org bukan islam pun dikira haram jgk ker?

Vijay Kumar berkata...

apa bnda fatwa tu?

Golok Buta berkata...

menari poco2 bukan baik utk kesihatan ke?

Atan Yahoo berkata...

setahu aku poco2 ni hanyalah senaman je...

Ku Farah berkata...

nampaknya lps ni x boleh la buat tarian poco2 ni

Salam berkata...

blok 1 ada poco2 ke? bila aku xthu pun

Saizul Maizav berkata...

selamatlah bini aku x terlibat dalam tarian poco2 tu?

Sharifah berkata...

mmg memalukan la poco2 tu

Zainal Arifin berkata...

apa yg best sgt poco2 tu? bagi aku malu la...

Orang Lama berkata...

tarian poco2 ni klu org kafir boleh la cuba org islam diharap jgn la...

Raju Linggam berkata...

kalau haram termasuk org bukan islam jgk ke????

Datin Maimun berkata...

poco2 bukan senaman utk kesihatan ke?

Mak Mah berkata...

kenapa bru skrg di katakan haram dulu xde ape2 pun?

Putera Damien berkata...

lps ni aku nak nasihat mak aku jgn pergi la poco2

Badrolshah berkata...

mmg meluat tgk org menari poco2 tu

Pendekar Waja berkata...

poco2 ni asal dari negara mana? yahudi ker?

Simsalabin berkata...

di harap lps ni jgn ada lagi tarian poco2 ni

Mozaire berkata...

kalau bdk2 xpe la menari poco2 ni yg tua2 memalukan la aku tgk masa tu

Ustaz Zulkarnain berkata...

kdg2 nak tergelak pun ada tgk cara dorg menari

Sulaiman Embong berkata...

poco2 tarian memuja roh ke?? biar btol!

Anis Syahila berkata...

ingatkan tarian tu hanya utk kecergasan badan

Geletek Malam berkata...

kalau yoga di kira haram jgk ke hantu raya?>

Hadi Hamzah berkata...

sian bini sapa la yg terlibat masa tarian tu? hahahhaa

Puan Rosnah berkata...

ni sapa yag bawak taria poco2 ke malaysia????