Memaparkan catatan dengan label Usop Nayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usop Nayan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2012

REMBULAN DAN BEBINTANG (1)





Renungan buat penduduk kampung.

Sayembara puisi Mei, tempat pertama

Sinar rembulan mengintip remang
tenggelam dalam kemrcik bebintang ,
seulas reaksi yang kaku dan lesu
sulit untuk diarti dan dimaknakannya
kerana rembulan dan  bebintang
terhempas sesame dalam riuh pikuk
suara-suara  sumbang yang datang
saling memburu dan bercakaran
sesama sendiri…

Oleh: Usop Nayan
Kampung Tersusun Nibung Hangus / Tanjung Nipis,
kerian, Kuala kurau, Perak Darul Ridzuan 
sajak sinis/31 Mei 2012 12:58 PG


Khamis, 24 Mac 2011

MERANDUK(SS)


sajak pilihan ahli Cr,

Demi cinta kita tak pernah sempurna
kasih ku tak mahu sengsara
tak kenal putus asa,
segala rasa selama ini aku luah,
aku pinta semoga kau
di sana mengadah hati,
seperti aku disini,
sedang terleka meminta pada Ilahi,
agar semuanya berakhir di sini.
kerana sayang walau bukan ini
aku inginkan hati ini
sudah lelah meranduk
sengsara yang panjang menyeksakan.

 
Oleh: Usop Nayan
jiwa2 sikit sajak ni/23 Mac 2011 5:11 PM
 Diterbitkan semuala 23/03/2011.