Memaparkan catatan dengan label buat renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat renungan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2011

SEMUA MAKHLUK MENYANYIKAN PUISI ZIKERULLAH




Semua makhlauk d alam ini bisa berlagu puisi zikrullah
Pernahkah anda dengar akan nyanyian puisi zikirullah?
lagu-lagu pemujian berirama pumujaan pada maha suci
ingat ketika dalam tidur, jaga, diam, duduk, dan berdir

setiap lontaran suara bagai pagar dinding pada hatinya
menjadi terlalu kental sukar untuk ditembusi dari gudaan
segala bujukan syaitan ataupun  godaan iblis laknatullah
tidak bisa kerana bibir dibasahi, tahlil, tahmit,tasbih, takbir.

Sebenarnya pokok, beburung, serangga dan ikan di lautan
semuanya menyanyikan puisi ini pada waktu pagi dan petang
cuma kita  yang bergelar manusia masih pekak, bisu dan tuli
dan berat lidah, ingkar hati untuk menyebut puisi zikrullah ini.

Hanya orang beriman sering menyanyikan puisi zikrullah ini
kerana hatinya tersentuh mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
lalu seluruh tubuh mereka menjadi gementar , kecut dan takut
keangkuhan terlerai, begitulah rasa penghayatan puisi zikrullah.

 
Oleh : Nurimanja,
malam  sebelum tidur, 18hb,
April, 2010 jamembangunan.





Jumaat, 24 Jun 2011

PUISI ORANG BERIMAN





Buat orang-orang yang beriman
mereka terlalu banyak muhasabah diri
kerana sehari semalam baginya
cuma ada tiga waktu sahaja
Siang bekerja bersama keluarga
malam menulis mencatat peristiwa
bangun malam menyerah diri ke hujung pagi

Seorang iman Attabari
ternyata tidak ada masa memfitnah
jauh sekali membuat perkara yang laghou
apatah lagi melakukan maksiat dan mungkar
sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesuatu itu bukan perkara yang main-main
kerana ada syuga dan neraka bukannya sia-sia.


Oleh : Nurimanja,
jumaat pagi jam 9.00
sajak Lagnda waktu Malaysia Barat 2010.



Khamis, 23 Jun 2011

RAMA-RAMA




Aku bagaikan si rama-rama
warna cantik memukau mata
terbang bebas ke mana sahaja
tiada musibah datang melanda
mahu hirup madu di sana
mahu menatap indahnya bunga
dan biasanya bunga-bunga itu
tetap melambai minta diusap
tetap merayu minta dibelai
banyak mata iri memandang
banyak mulut terjuih mencela
namun aku tetap begini
selagi aku masih bernafas
Akan aku nikmati sepuasnya
segala nikmat jelma di mata
kerna ku tahu ketentuan
hayatku takkan lama di sini
aku mahu nikmati sepuasnya


Oleh: Balqish
saja simbolik/13 Mac 2011 3:40 AM






Ahad, 12 Jun 2011

GELAK TAKBUR



 sajak pilihan warga Cr.


Gelak tabur hilang semua luka lara
benci terbang ke awan
marah meresap ke udara semua hilang
tinggal rasa kosong seketika
air mana memenuhkan segenap ruang
ada rasa penuh sempurna
mimpi bulan hilang
mimpi bintang hilang
mimpi matahari hilang
tinggal adalah kosong tak bernyawa
titik dan bernoktah


Oleh: Ustaz Omar Sharif
sy imam di surau berdekatan semalam jalal mengajak saya masuk blog ni
kebetulan sy pun minat menulis sajak2011 Januari 3 18:40




Jumaat, 29 April 2011

BERASAK-ASAK



sajak pilihan ahli Cr.

berasak-asak menerpa seluruh rongga
menelan mati semua bernyawa
meredah hujan ribut
menongkah segala arus
cuma naik sedikit ke permukaan
menyedut sedikit udara
kematian yang abadi
sebelum masa yang termaktub
bila pilih untuk diam
kadang lagi molek dari segala
sebenarnya mahu memupuk aman
mengurang apa barang
gelombang badai selalu pilih lari
bukan atas dasar pengecut akan api
sekadar mahu sembunyi
barang sekejap di perut bumi
dalam air atas awan
celah batu ada situ


Oleh: Ustaz Zaidi
Harap qalam menerima baik kami berempat kami sahabat ustaz omar
Diterbitkan semula tarikh; 29/04/2011/ 2011 Januari15:45



Rabu, 23 Mac 2011

PAKSI DUNIA



sajak pilihan ahli Cr.

Paksi dunia tak akan terbalik
Penyakit tak sembuh
Lapar tak hilang
Derita tak sudah
Pasukan kegemaranmu
menang atau tidak piala
yang usul asalnya tidak berkait
walau secubitpun
dengan kewujudan kamu.
Selamanya kalis basi-basi
dari pangkal hingga akhir bumi.
Silalah pergi mati.

 

Oleh: Suara Rakyat
sungkai, Perak
jam 10mlm
2010 Mac 31 16:58
Diterbitkan semula tarikh; 23/03/2011.




Isnin, 14 Mac 2011

BILA ALAM MULA MARAH



mengenang tsunami lalu


Apabila alam mula marah
tercetuslah ombak pelabuhan
keadaan menjadi kucar kacir
bumi dan langit menjadi sendu
makhluk lain jadi mangsa sensara
yang parah dan resah adalah manusia.


Kemungkaran yang berluasa
Allah pun menurunkan musibahnya
tetiba bila lantai laut bergegar rasa
ombak pun menjadi gila dan ganas
dasar laut bagaikan tebelah dua
lalu menolak air laut melempah ruah.

Apabila air disedutnya kembali
lalu menarik kesemua ke tengah laut
diputarnya ligat membunuh segalanya
itulah Tsunami petaka yang mengerunkan
bisa memusnah dan menghancurkan semuanya
keindahan alam dan ciptaan jagat manusia.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dua tiga hari lalu 12.03.2011
bila melihat kemusnahan yang mengerunkan






Sabtu, 25 Disember 2010

KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR





Jika kamu telah jatuh!
dari perjalan yang tergelincer
kembalilah ke landasan yang sebenar
agar perjalanmu kini tidak akan sia-sia.

Begitulah keretapi laju!
tidak akan menerus berjalan
jika tidak duduk di landasan sebenar
kerana sukar sampai ke arah hala tujuan.

Begitu kita yang gelincer
bersegeralah muhasabah diri
kembali semula ke jalan yang benar
semoga kehidupan kita  penuh berarti
sebelum perjalanan kita ini diarah berhenti.

 
Oleh: Nurimanja,
2hb September 2010.
semasa perjalanan ke Perak.