Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan cuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekadar renungan cuma. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012

SEBUAH PERJALANAN HAMPER TAMAT





-Buat mereka usia 60an-

Sebuah lagu yang ku dengar
Dinyanyikan amat menyedarkan -Suara merdu yang berkumandang
Dengan memanggil memuji nammmu Ilahi -Sedarlah perjalnan kita hampir tamat.

Buat kita berada di hujung senja
Kerinduan dan kecintaan dicurahkan -Buat pengabdian pada yang maha esa
Agar pemergian kita tidak menyesal -Setelah kita semua sekembalinya nanti.

Ingatlah dunia pentas sementara
Kita semua pasti  akan kembali nanti -Yang tinggal hanyalah  kenangan sahaja
Ingatlah diri sendiri sebelum terlewat- Kerana perjalanan kita hampir tamat.

Oleh : Nurimanja,
Catatan bila mendengar sebuah lagu.
Pada tanggal 5hb, Mei, 2911, pagi hari sebelum subuh.




Isnin, 28 Mac 2011

SIKIRANYA AKU







Sekiranya aku masih bernafas
ketauhidan hati mesti kental
sepenuhnya hanya pada yang satu
mengabdikan diri setulus hati
cuma terserah kehadratmu Ya Rabbi.


Sekiranya aku maseh bernyawa
ketabahan mesti dimaksimakan
azimat keramat kekentalan jiwa
demi untuk memantapkan ujian
buat kita menilai erti keimanan.


Sekiranya aku masih hidup
kesabaran ubat segala penawar
adalah ujian nilai keimanan
betapa pun diri rasa terhina
di dunia ini bukan nilai harganya.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 6 ramadhan
catatan surau Furkhan, 23/O8/2009.